Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:15 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


TMJ hadiahkan RM15,000 buat Faiz Subri

Posted: 06 Dec 2016 07:45 AM PST

TMJ hadiahkan RM15,000 buat Faiz Subri
TMJ berkenan kurniakan RM15,000 buat Faiz Subri. - Facebook Johor Southern Tigers
 

PENAUNG Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan untuk memberikan kurniaan ganjaran sebanyak  RM15,000 kepada Mohd Faiz Subri diatas kejayaan beliau berada dalam kelompok tiga terbaik Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Jelas Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor, kurniaan ini diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama negara.

"Namun ia tidak ada ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri!," katanya menerusi satu kenyataan yang dipaparkan di laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Air Hitam, Kedah itu dijangka akan menghadiri majlis Anugerah  Puskas Fifa di Zurich pada 9 Januari tahun depan.

Mohd Faiz menyempurnakan jaringan yang menakjubkan itu semasa membuat sepakan percuma ketika menentang Pahang pada aksi Liga Super, 16 Februari lalu, untuk membolehkan pasukan itu mengatasi Pahang 4-1.


INI BARU BETUL2 SANDIWARA NAMANYA!!

Posted: 06 Dec 2016 07:38 AM PST

shahbudindotcom

 
 
Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. 

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan  tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar,  U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan  beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada. 

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua  yang menyokong turut "basah" dibuatnya.


Polis wanita sembunyi maklumat pengganas dipenjara 7 tahun

Posted: 06 Dec 2016 03:50 AM PST

Koperal Jusninawati Abdul Gani disabitkan bersalah atas pertuduhan dengan sengaja tidak memberikan sebarang maklumat berkaitan kumpulan pengganas kepada pihak berkuasa.


Jusninawati-lindungi-daesh

KUALA LUMPUR: Menyifatkan kesalahan berkaitan pengganas adalah serius dan perlu dibendung hingga ke akar umbi, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara maksimum 7 tahun terhadap seorang anggota polis wanita kerana tidak memberikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35, selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan dengan sengaja tidak memberikan sebarang maklumat berkaitan kumpulan pengganas kepada pihak berkuasa.

Tertuduh ialah anggota polis wanita pertama dihukum penjara bagi kesalahan berkaitan kumpulan pengganas

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap pada 22 Mac lepas.

Nordin berkata tertuduh yang diamanahkan untuk menjaga undang-undang gagal memikul amanah itu hingga menyebabkan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai "Abu Kedah" pergi ke Syria dan terkorban.

"Tugas anggota polis adalah untuk mengumpul maklumat mengenai kumpulan pengganas dan memprosesnya serta memberi maklumat yang diperoleh kepada pihak berkuasa. Tertuduh yang merupakan anggota polis terlatih sepatutnya tidak menjadikan alasan untuk tidak memberi atau mendedahkan maklumat di luar kewajarannya," kata Nordin.

Beliau berkata Jusninawati yang memberi keterangan secara tidak bersumpah dalam kandang tertuduh dengan membacakan kenyataannya, turut menafikan pertuduhan yang dihadapinya.

Namun, Nordin berkata Jusninawati tidak menafikan "Abu Kedah" ada memberitahunya dia ingin membawa saksi pertama pendakwaan (SP1) Nor Azimah, yang juga merupakan rakan Facebook tertuduh ke Syria.

Nordin berkata tertuduh dalam pembelaannya menyatakan maklumat yang diperolehnya itu hanya cakap kosong dan bukan senang untuk masuk ke Syria kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

"Tertuduh juga menganggap cerita 'Abu Kedah' untuk membawa SP1 ke Syria adalah cakap kosong dan maklumat itu tidak perlu diberitahu kepada pihak berkuasa," katanya.

Nordin berkata berdasarkan keterangan saksi, tertuduh juga berhasrat ke Syria tetapi niatnya terhalang kerana masalah kewangan, bagaimanapun mahkamah berpendapat tidak timbul isu kesukaran untuk tertuduh pergi ke Syria, kerana dia mengetahui beberapa anggota IS turut berada di sana.

"Tertuduh juga masih berhubung dengan anggota lain di Syria meskipun dinasihati polis Bukit Aman untuk tidak melibatkan diri dengan kumpulan pengganas itu," katanya.

Jusninawati yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan yang dipercayai perbuatan keganasan di pejabat IPD itu antara Ogos 2015 dan Mac 2016 mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memohon hukuman penjara yang setimpal berbentuk pengajaran bagi mencerminkan keseriusan kesalahan itu.

"Tindakan tertuduh tidak memberikan maklumat mengenai kumpulan pengganas itu menyebabkan satu kehilangan nyawa berlaku dan tertuduh memang sengaja untuk tidak memberi maklumat berkenaan," katanya.

Peguam Nik Zarith Nik Moustpha yang mewakili Jusninawati merayu hukuman ringan kerana anak guamnya perlu menjaga 2 anaknya yang masih bersekolah dan dia juga berpisah dengan suaminya serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Tiada doktor kerajaan terlibat sindiket jual bayi

Posted: 05 Dec 2016 11:39 PM PST

 
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata beliau diberitahu perkara tersebut hanya melibatkan rumah jagaan ibu dan bayi.


drhilmi

BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada pengamal perubatan kerajaan yang terlibat dalam sindiket menjual bayi seperti yang didakwa dalam dokumentari sebuah stesen televisyen antarabangsa baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata beliau diberitahu perkara tersebut hanya melibatkan rumah jagaan ibu dan bayi.

Bagaimanapun, katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya terdapat pegawai kementerian terlibat, tindakan tegas akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan mereka.

"Saya difahamkan kegiatan penjualan bayi didalangi pihak swasta termasuk mereka yang berselindung di bawah pusat perlindungan gadis yang terlanjur dan hamil sebelum berkahwin.

"Sindiket ini menjadikan perkara itu sebagai satu perniagaan di mana pada mulanya mereka akan bertindak untuk membantu ibu mengandung khususnya ibu tunggal untuk mendaftarkan bayi sebelum mencari pembelinya," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Dr Hilmi diminta mengulas mengenai sebuah program Al Jazeera bulan lepas yang melaporkan wujud sindiket penjualan bayi di Malaysia.

Beliau berkata kes jualan bayi terletak di bawah bidang kuasa pihak polis yang sedang menjalankan siasatan.

Katanya, pihak kementerian tersebut turut memandang serius kegiatan tersebut dan pemantauan serta siasatan sentiasa dijalankan bagi memastikan tiada pegawai perubatan kerajaan yang terlibat.

"Malah kami juga sedang memantau dan mengenal pasti beberapa klinik dan pihak tertentu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan penjualan bayi," katanya.

Katanya, sindiket berkenaan adalah licik dan ada antara mereka yang meyakinkan mereka hanya sekadar menolong waris bayi untuk membuat pendaftaran kelahiran dan menguruskan dokumentasi pengambilan anak angkat.

Isu Rohingya: Kenapa Najib tidak guna kuasa PM, soal Tun M

Posted: 05 Dec 2016 04:42 PM PST

tun-mahathir 


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pelik mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri bagi membantah kekejaman etnik Rohingya, sebaliknya turun menunjuk perasaan.

"Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.

"Saya sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu menunjuk perasaan," katanya kepada pemberita, pada Ahad.

Ia berikutan penglibatan Najib dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Tasik Titiwangsa, hari ini bersama-sama beberapa Menteri Kabinet dan pemimpin PAS.

Katanya, tindakan tunjuk perasaan adalah bentuk penentangan terhadap penguasa, bukan sebaliknya digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.

"Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan," katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan supaya Malaysia memutuskan hubungan dengan Myanmar sebagai membantah penghapusan etnik Islam Rohingya di Rakhine.

"Cadangan saya adalah (Malaysia) memutuskan hubungan diplomatik (dengan Myanmar) untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kita dengan cara Rohingya dilayan," katanya.

KKM masih tunggu laporan JKR, agensi terbabit

Posted: 05 Dec 2016 04:35 PM PST

Bernama, 
hospital-sultanah-aminah-johor 


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi terbabit mengenai kebakaran tingkat dua unit rawatan rapi selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pada 25 Oktober lepas.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima laporan awal daripada HSA mengenai kejadian itu dan sedang menelitinya.

"Kami berbincang dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenai perkara terperinci (laporan) dan menunggu laporan JKR dan agensi lain sebelum kita boleh membuat keputusan tentang kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Ampang dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata, kementerian bercadang menambah baik fasiliti di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang dalam masa terdekat.

Ini kerana, katanya, ramai pesakit mendapatkan rawatan bagi kes-kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan hospital itu.

"Mereka (pesakit) menyatakan bahawa ia (jabatan itu) adalah tempat di mana mereka boleh datang dan mendapatkan rawatan serta merta berbanding tempat lain di mana mereka perlu membuat temu janji.

"Proses ini perlu dipermudahkan supaya orang ramai boleh menghubungi dan pergi ke bahagian berkenaan… jadi, mereka tidak perlu ke jabatan kecemasan untuk kes seperti selesema dan batuk," jelasnya.

Dr Subramaniam berkata, kementerian akan meninjau klinik-klinik di kawasan itu untuk meningkatkan keupayaan merawat kes-kes bukan kecemasan.

"Ini adalah sebahagian daripada cara di mana kita cuba mengoptimumkan kemudahan di klinik supaya hospital digunakan dengan sewajarnya," kata beliau.

PAN cemburu lihat Najib, Abdul Hadi sepentas

Posted: 05 Dec 2016 04:26 PM PST

BNBBC, 
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Timbalannya  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa hari ini. Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pada Ahad. Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan). – Gambar Bernama


PAN (Parti Amanah Negara) dilihat mencemburui langkah dua pemimpin utama UMNO dan PAS duduk sepentas mengenepikan fahaman politik dalam himpunan semalam dengan mendakwa ia cubaan mengambil kesempatan terhadap penderitaan yang menimpa masyarakat Rohingya.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAN, Raja Bahrin Shah berkata dakwaan tersebut secara jelas dirujuk kepada UMNO dan PAS apabila kedua-dua Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk di atas pentas yang sama bagi Perhimpunan Solidariti Rohingya.

"Pada pagi 4 Disember di Stadium mini Titiwangsa, UMNO dan PAS telah menggunakan kesempatan untuk menyuarakan pandangan mereka berhubung kezaliman kerajaan Myanmar terhadap rakyatnya sendiri ia itu kaum Rohingya.

"Tajuk isunya adalah sama- kekejaman atas Muslim Rohingya! Ini bermakna isu isu yang sepatutnya di bahas secara serious di Parlimen telah di bawa lari kesebuah Stadium untuk di bahas olih hanya UMNO dan PAS.

"Dengan itu ramai melihat ini sebagai usaha mengambil kesempatan dari penderitaan kaum Rohingya demi kepentingan politik dua parti politik terbabit, bukan sebagai mencari penyelesaian terhadap tragedi tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak dinyatakan secara jelas, ternyata PAN cemburu sekaligus menggesa Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen mengenai masalah Rohingya itu.

"Kami ahli Parlimen Pembangkang terutamanya, tidak redha isu sepenting ini di HIJACK oleh Parti parti politik tertentu sahaja untuk kepentingan politik murahan mereka dan menafikan Parlimen Malaysia membuat ketetapan yang rasmi untuk Negara dan Rakyat Malaysia.

"Oleh itu kami disini menuntut Perdana Menteri mengadakan satu Sidang Parlimen Khas untuk Membahas Isu Kekejaman Keatas Muslim Rohingya di Dewan Parlimen Yang Mulia," ujarnya.

Dalam solidari tersebut, lebih 10,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Ia dihadiri Najib, Hadi, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat hadir.

Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi 'bebaskan Rohingya' dan 'Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik'.

Najib dalam perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.

Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Polis Nasihat Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang Jangan Degil, Bubar BPS

Posted: 05 Dec 2016 04:20 PM PST




pps


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati Kerajaan DAP Pulau Pinang agar tidak berdegil dan mematuhi arahan agar membubarkan Badan Pasukan Sukarela (BPS) kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mampu menjaga keselamatan masyarakat di negeri itu.


Beliau berkata selepas penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan sebelum ini, kerajaan DAP itu telah menghidupkan semula pasukan itu dengan jenama baharu sebagai BPS.

"Kita semua tahu PPS telah disahkan sebagai satu pertubuhan tidak sah, jadi saya nasihatkan kerajaan negeri supaya bubarkan BPS yang baru ini kerana tak guna kalau ada, kita akan haramkannya juga," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara PDRM dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Tambahnya, anggota BPS disaran agar menyertai 'community policing' atau sebarang pertubuhan sedia ada yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan bernaung di bawah PDRM.

Katanya polis juga mengenal pasti penasihat BPS yang disifatkan sebagai individu yang tidak layak untuk memberi nasihat dalam aspek keselamatan.

"Kalau nak beri nasihat, panggil sahaja ketua polis negeri yang dapat memberikan nasihat lebih baik tentang undang-undang dan hal-hal keselamatan.

"Bila suka-suka buat pertubuhan, ahli-ahlinya ada yang tidak disemak, jadilah macam-macam seperti pukul orang, peras ugut orang. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku," kata Khalid.

Pada 13 November lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng melancarkan penubuhan BPS di bahagian pulau negeri ini dan pada 12 Nov lepas pasukan itu dilancarkan di sebelah Seberang Perai.

Difahamkan BPS, badan sukarela di bawah Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diletak untuk menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan bersatu padu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan PPS pada 2009 yang kemudian diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa pada 2014 kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

pps1
Instrumen DAP – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) – Jadi Pengawal BERSIH 5

 LIHAT VIDEO DI SINI:
VIDEO - 1
VIDEO - 2
VIDEO - 3
VIDEO - 4
VIDEO - 5

Comments (0)