Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Unknown | Posted on 4:02 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Insentif RM2,500 Yang Tersebar Di WhatsApp Adalah Palsu - KWSP

Posted: 27 Dec 2016 04:44 AM PST


MSTAR ONLINE


 
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan dakwaan kononnya kerajaan menyediakan insentif RM2,500 kepada warga emas, sekali gus menggesa ahli mengeluarkan wang itu daripada akaun KWSP sebelum 31 Disember ini, adalah palsu.

Menurut KWSP, insentif yang didakwa khusus untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas itu disebarkan melalui satu mesej audio WhatsApp.

"KWSP ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan insentif yang disebut di dalam mesej tersebut tidak wujud," menurut KWSP dalam kenyataan di sini, Selasa.

Menurut KWSP, pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu yang dilihat sengaja mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu ahli KWSP dinasihat tidak terpengaruh dengan maklumat palsu berkenaan dan tidak menyebarkan mesej itu.

"Ahli digalakkan supaya mengunjungi laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 bagi mendapatkan maklumat sahih," menurut kenyataan itu.

BR1M - ANTARA RASUAH DAN AUTA MURAH HATI

Posted: 27 Dec 2016 04:30 AM PST

shahbudindotcom


Tersentak dan tergelujat beberapa menteri UMNO apabila Tun Mahathir Mohamad tampil dengan serangan terbarunya bahawa pemberian BR1M adalah rasuah dan perbuatan yang salah.

Berlumba-lumba mereka tampil mempertahankannya kerana BR1M, selain pertandingan tiga penjuru, adalah dua senjata yang masih tinggal buat UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Nak harapkan imej dan wibawa Najib....hancur.

Nak bergantung personaliti menteri-menteri....pun hancur.

Nak harapkan 1MDB....juga hancur.

Nak bergantung kepada Felda dan FGV...pun mula hancur.

Tiada apa yang tinggal untuk UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang, selain mengharapkan perpecahan pembangkang akan berterusan dan berlakunya pertandingan tiga penjuru serta ditambah dengan gula-gula BR1M yang seolah-olah menggambarkan Najib seorang pemimpin yang pemurah lagi baik hati.

Jika pembangkang mula bersatu hati dan BR1M juga ditolak, makin dekatlah Najib, UMNO dan BN menemui titik penamatnya di hati rakyat.

Untuk menilai dakwaan Tun Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah, mari kita teliti serta amati ulasan Mohamad Ezam Mohd Nor yang pernah bertugas sebagai Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan:-


1. Dakwaan Tun M unsur rasuah dalam BR1M bukan tanpa asas. Hisbah berpandangan ianya  mempunyai asas dan perlu diteliti.

2. Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat Hisbah ianya mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.

3. Semasa di Kementerian Kewangan saya sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.

4. Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang desperado dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.

5. Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru2 ini Presiden UMNO  umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir di berikan melalui UMNO bahagian.

6. Di sini wujud elemen rasuah kerana UMNO berkepentingan sbg parti yang mahu meraih undi. Memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.

7. Kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah mengapa pemberian melalui UMNO? Dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan. Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan. Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli umno sahaja. Mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?

8. inilah satu lagi bukti bagaimana dasar baik disalahguna bila pemimpin sudah terdesak dan mahu terus bergayut pada kuasa dengan apa cara sekalipun (at all cost).

9. Kesimpulannya dakwaan Tun Mahathir ada unsur rasuah didalam BR1M bukan tidak berasas sama sekali. Dakwaan itu ada asasnya pada hemat Hisbah.
 
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
27 Disember 2016.


Dalam pada itu, BR1M juga adalah auta licik Najib, UMNO dan BN untuk melakukan silap mata kepada rakyat. BR1M menampakkan seolah-olah sikap pemurah dan memberi, tetapi sebenarnya wang rakyat diambil semula melalui GST dalam jumlah yang lebih daripada yang diberi.

Jika seseorang membelanjakan RM70 sehari atau RM2000 sebulan untuk perbelanjaan keluarga, bayaran bil dan lain-lainnya misalnya, bermakna GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM120 setiap bulan.

Dalam setahun, ia menjadi RM2000 x 12 bulan  = RM24,000.

Bermakna GST 6 peratus yang dibayar bagi perbelanjaan RM24,000 setahun ialah RM1,440.00.

Jika perbelanjaan harian meningkat kepada RM100 sehari atau RM3000 sebulan, maka GST yang perlu dibayar ialah RM180 setiap bulan.

Jika setahun, ia menjadi RM3000 x 12 bulan = RM36,000. Daripada jumlah itu, cukai GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM2,160.

Kiranya seseorang itu menerima BR1M sebanyak RM1200 setahun, tanpa sedar sebenarnya apa yang kerajaan beri itu amat kurang berbanding  cukai GST yang penerima BR1M bayar kepada kerajaan.

Lihat, nampak BR1M seperti memberi dan murah hati, namun sebenarnya wang kita diambil kemblai dengan jumlah yang lebih daripada itu melalui GST. Licik dan auta kan!!

Tanpa BR1M dan GST, rakyat Malaysia jauh lebih bahagia kehidupan mereka
 
 
 

Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah

Posted: 27 Dec 2016 04:25 AM PST

Hafiz Yatim 



Empat pelajar Universiti Malaya, termasuk Anis Syafiqah Md Yusof, hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, memohon perintah bahawa tindakan disiplin ke atas mereka adalah tidak berperlembagaan.

Anis Syafiqah dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali adalah pelajar tahun akhir yang digantung oleh Lembaga Disiplin Universiti Malaya untuk penggajian semester akan datang kerana pembabitan mereka dalam perhimpunan "Tangkap MO1" pada Ogos lalu.

Selain daripada kedua-dua mereka, pelajar-pelajar lain yang digantung itu adalah Muhamad Luqman Hakim Mohd Fazli dan Suhail Wan Azahar.

Mereka menamakan UM, menteri pendidikan tinggi dan kerajaan sebagai defendan dalam saman itu.
Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15 (3) (b) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Peraturan 3 dan 13 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar), yang melarang pelajar daripada mengambil bahagian dalam demonstrasi aman, melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa Seksyen 15 (3) (b) Auku dan kedua-dua peraturan itu melanggar Perkara 10 (1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan mengawal tingkah laku mereka di institusi pengajian tinggi di luar kampus.

Perhimpunan Tangkap MO1 menyaksikan sekitar 2,000 pelajar berkumpul untuk mendesak tindakan terhadap tokoh yang dinamakan 36 kali sebagai 'Malaysian Official 1 (MO1) dalam saman sivil pelucuthakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Saman itu adalah sebahagian daripada usaha anti-kleptokrasi terbesar AS setakat ini, dan bertujuan untuk merampas aset dan perbelanjaan yang didakwa DOJ telah digelapkan daripada 1MDB.

'Dana 1MDB digubah melalui firma undang-undang'

Posted: 27 Dec 2016 04:18 AM PST

MALAYSIAKINI

 


Kelemahan dalam peraturan akaun amanah oleh firma undang-undang Amerika Syarikat membolehkannya disalahgunakan untuk tujuan pengubahan wang haram, lapor The Wall Street Journal.

Memetik 1MDB dan beberapa contoh lain, laporan itu berkata kelemahan tersebut digunakan oleh dalang di sebalik skandal pengubahan wang haram antarabangsa.

Tidak seperti akaun biasa, yang memerlukan pelanggan mengisytiharkan tujuan memindahkan sejumlah besar wang kepada institusi kewangan apabila berbuat demikian, piawaian sama tidak digunakan bagi  akaun amanah yang dimiliki oleh firma undang-undang.

Akaun amanah digunakan oleh firma undang-undang untuk mengendalikan dana pelanggan mereka, seperti wang untuk pembelian hartanah.

"Firma undang-undang sekaligus memasukkan wang pelanggan yang dipegang untuk tempoh yang singkat ... ke dalam akaun bank bersama, dan firma undang-undang tidak perlu mendedahkan wang tunai siapa yang berada di dalam akaun mereka.

"Menurut bank, mereka umumnya hanya melihat nama sesebuah firma undang-undang," kata laporan itu.
Dalam kes 1MDB, selepas AS$700 juta didakwa diselewengkan kepada akaun bank RBS Coutts di Switzerland yang dikawal oleh Good Star Limited milik Jho Low pada September 2009, dana AS$148 juta kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun amanah firma undang-undang Shearman & Sterling pada bulan berikutnya.

Wang AS$22 juta daripada akaun amanah itu kemudian didakwa digunakan untuk membeli unit Kondominium Park Laurel di New York pada Februari 2010.

Begitu juga, apabila AS$238 juta yang kononnya diselewengkan daripada 1MDB antara Jun dan November 2012 disalurkan ke dalam akaun BSI Bank di Singapura yang dikuasai oleh Red Granite Capital milik anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Shahriz Abdul Aziz, AS$34 juta dipindahkan ke akaun amanah Shearman & Sterling pada 16 Nov, 2012.

Tiga hari kemudian, AS$34 juta dipindahkan ke akaun amanah sebuah firma undang-undang lain, Sullivan & Cromwell.

Wang itu didakwa digunakan oleh Riza untuk membeli unit Kondominium Park Laurel yang sama daripada Jho Low.

Semua ini diperincikan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang setebal 136 muka surat dalam usahanya untuk merampas aset yang diperolehi menggunakan wang kononnya disalahgunakan oleh 1MDB dan digubah melalui sistem kewangan negara itu.

Isu Felda-Eagle High: Rafizi ajukan soalan kepada PM

Posted: 27 Dec 2016 04:12 AM PST

MALAYSIAKINI

Dengan kritikan yang semakin memuncak mengenai pembelian terancang Felda yang mahu mengambil alih pegangan saham 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations Tbk, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menjawab beberapa soalan mengenai perkara itu.

Permintaan beliau muncul setelah Felda mengumumkan akan membeli kepentingan bukan kawalan dalam perladangan di Indonesia pada harga AS$505.4 juta atau RM2.26 bilion.

Semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Rafizi memetik harga saham purata Eagle High Plantations pada 2015 adalah antara 132 rupiah hingga 315 rupiah sesaham.

Berdasarkan harga saham purata dalam tempoh 52 minggu yang lalu, saham Eagle High Plantations adalah 200 rupiah atau 6.7 sen sesaham.

Justeru, tambah Rafizi, Felda akan membayar premium 290 peratus untuk membeli 37 peratus pegangan saham dalam Eagle High Plantations iaitu tiga kali ganda lebih daripada harga saham purata yang dicatatkan dalam tempoh berkenaan.

Walau jika pembelian itu dibandingkan dengan harga saham semasa Eagle High Plantations pada masa ini, jelas beliau, Felda masih akan membayar premium 195 peratus untuk mengambil alih kepentingan berkenaan.

Menurut Penyata Kewangan Felda 2014 yang telah diaudit, Rafizi mendakwa Felda hanya mempunyai tunai dalam tangan sebanyak RM291 juta.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, angka itu hanya untuk penyata kewangan 2014. Penyata kewangan Felda untuk tahun 2015 masih belum diserahkan kepada anggota Parlimen.

Oleh itu, Rafizi mahu tahu bagaimana Felda akan membuat pembelian RM2.26 bilion untuk mengambil alih kepentingan dalam Eagle High Plantations sedangkan hanya mempunyai RM291 juta dalam bentuk tunai pada akhir 2014.

"(Dan) siapa yang berikan arahan untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam Eagle High Plantations pada harga tiga kali ganda lebih daripada harga pasaran," tambahnya.

 

Rafizi: Kos MRT1 dua kali lebih mahal berbanding projek lain

Posted: 27 Dec 2016 04:06 AM PST

 
 


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa projek MRT1 menelan perbelanjaan lebih dua kali ganda daripada projek yang sama di negara-negara maju seperti Sepanyol dan Korea Selatan.

Rafizi berkata projek MRT bawah tanah antara bandar Barcelona Sants-La Sagrera sejauh 5.8 km yang siap pada 2011 menelan belanja AS$39 juta bagi setiap km manakala projek MRT Seoul Line 9 sejauh 27 km bernilai AS$43 juta setiap km.

Sebagai perbandingan, katanya, berdasarkan harga RM21 bilion, projek MRT1 sepanjang 51km itu akan menelan kos AS103 juta bagi setiap km, walaupun pada kadar pertukaran sebanyak RM4 berbanding satu dolar.

"Pada harga AS$103 juta setiap km, kos MRT1 yang telah disiapkan adalah 2.5 kali ganda lebih mahal dari projek di Barcelona dan Seoul," kata Rafizi pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sedangkan, menurut pemimpin PKR itu, kedua-dua projek tersebut adalah bawah tanah sepenuhnya dan MRT1 dari Sg Buloh ke Kajang hanya mempunyai sembilan stesen di bawah tanah.

Memandangkan demikian, Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan mengapa kos projek MRT1 begitu tinggi.

Menurutnya, pada tahun 2010, apabila projek MRT1 diumumkan, kerajaan pastinya telah mengambil kira kos projek yang sama di seluruh dunia.

Mengulas mengenai kenyataan pemilik MRT1, MRT Corp yang berkata bahawa kos RM40 bilion yang diumumkan oleh Najib ketika itu tidak lagi relevan, Rafizi tidak bersetuju.

"Angka RM40 bilion itu masih relevan kerana semestinya ia dibuat selepas membandingkannya dengan projek-projek lain," kata Rafizi.

Menurut MRT Corp, bahawa jumlah RM40 bilion tidak termasuk kereta api elektrik, sistem berkaitan dan pengambilan tanah.

Pada sidang medianya itu, Rafizi juga mengingatkan Najib bahawa cabaran supaya mendakwanya di mahkamah dalam masa tujuh hari jika hujahnya mengenai projek MRT1 adalah adalah tidak benar sudah berlalu.

"Hari ini genap seminggu masa yang saya berikan kepada Najib untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya (melalui saman fitnah) sekiranya betul dakwaan saya bahawa kos keseluruhan MRT bagi 150 km melebihi RM100 bilion," katanya.

Najib, semasa pelancaran fasa pertama MRT antara Sungai Buloh dan Semantan bulan ini, berkata, projek MRT menelan belanja RM21 bilion, berbanding dengan kos yang disasarkan sebanyak RM23 bilion pada peringkat awal.

Azizah enggan janji PKR beri kerusi pada PPBM

Posted: 27 Dec 2016 03:52 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pimpinan tertinggi PKR hari ini enggan memberi komitmen untuk menyerahkan kerusi tradisi miliknya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi membolehkan ia bertanding pada Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).
 
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR mahupun Pakatan Harapan (PH) perlu menjaga hubungan sesama parti komponen yang lain dalam isu pembahagian kerusi membabitkan PPBM.
 
"Kita runding dulu, PPBM masih parti baru. Kita ada rakan lama," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
 
Minggu lalu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesediaan partinya untuk menyerahkan kerusi kepada PPBM, selepas termeterainya muafakat politik antara parti itu dan PH.
 
Ujarnya 'kekuatan' PKR pada hari ini adalah disebabkan kesediaan rakan-rakan pembangkang pada suatu ketika dahulu menyerahkan kerusi kepada mereka.
 
Reaksi menteri besar Selangor itu menyusul selepas Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakan-rakan pembangkang memberi kerusi untuk partinya untuk bertanding dalam PRU14 nanti.
 
Muhyiddin juga berkata, perjanjian PPBM dengan PH akan menjadi sia-sia, jika tiada kerusi diberikan kepada mereka untuk bertanding kelak.
 
Pada sidang media yang sama, Wan Azizah juga ditanya sama ada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang menjadi perdana menteri walaupun bekas ketua pembangkang itu masih menjalani hukuman penjara.
 
Anwar dihukum penjara selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
 
"Mengapa (cakap) tidak? Jangan sesekali kata tidak," katanya.
 
Azizah kemudiannya menyamakan Anwar dengan mendiang Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara.
 
"Mandela jadi presiden..." katanya sambil menambah pembangkang akan membincangkan calon perdana menteri sementara.
 
14 Disember lalu, Anwar gagal mengenepikan permohonan semakan sabitan dan hukuman kes liwatnya apabila ia ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
 
Mahkamah turut memutuskan tidak berlaku ketidakadilan dalam perbicaraan kes liwat itu berdasarkan integriti sampel, penyalahgunaan proses mahkamah dan dakwaan konspirasi dalam pertuduhan ke atasnya.
 
Dengan keputusan itu, Anwar yang sudah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya.
 
Dalam sebutan keputusan peraturan penjara bersabit dengan kelakuan banduan bagaimanapun mungkin membolehkan Anwar dibebaskan pertengahan 2018.
 
Pasukan peguam Anwar juga dijangka menimbang kemungkinan mengemukakan rayuan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Muhammad V.
 
 

Peminat desak Exco FAS letak jawatan

Posted: 27 Dec 2016 03:31 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KELANA JAYA: Sekumpulan penyokong yang mendakwa dari Gabungan Penyokong Bola Sepak Selangor hari ini mengadakan demonstrasi mendesak semua Exco Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan jawatan serta- merta.
 
Timbalan Presiden gabungan berkenaan, Asrul Nizam Adnan berkata keengganan Exco FAS berbuat demikian adalah satu penderhakaan terhadap titah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang sebelum ini mengarahkan mereka meletak jawatan.
 
"Tujuan utama kami datang ke sini hari ini adalah untuk mendesak Exco FAS menjunjung titah Raja Muda Selangor yang meminta mereka meletak jawatan. 
 
"Sebagai penyokong Selangor, kami tidak mahu lagi mendengar sebarang alasan supaya mereka boleh kekal di atas 'takhta' (jawatan) sekarang. 
 
"Kami berharap mereka tidak membelakangi titah Raja Muda Selangor. Keengganan berbuat demikian adalah satu bentuk penderhakaan kepada Institusi Raja dan Istana Selangor," katanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi aman bersama sekumpulan 20 penyokong tegar The Red Giants di hadapan Bangunan FAS, di sini, sebentar tadi.
 
Konflik membabitkan pengurusan FAS sebelum ini mendapat perhatian Tengku Amir, apabila membuat teguran menerusi akaun rasmi Instagramnya.
 
Baginda turut menyarankan 'orang lama' dalam organisasi terbabit supaya berundur diri dengan cara terhormat. 
 
Tambah Tengku Amir, mentaliti pengurusan FAS yang mengharapkan subsidi dan dana kerajaan negeri perlu dihapuskan selain rombakan penuh Exco badan induk bola sepak negeri itu agar ia lebih relevan dan sesuai dengan kehendak generasi sekarang. 
 
Pandangan itu kemudiannya disokong Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya pengurusan persatuan bola sepak negeri itu dirombak semula.
 
 
 

PRU14: Amanah mahu tanding kerusi PKR, PAS

Posted: 27 Dec 2016 03:30 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Amanah mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Pengarah komunikasinya, Khalid Samad berkata pemilikan kerusi tradisi yang dipertahan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.
 
Justeru, Amanah nekad untuk mengemukakan senarai 40 kerusi yang mahu ditandinginya pada mesyuarat Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang dijadual pada Januari nanti berhubung isu pembahagian kerusi.
 
"Ia akan dibincangkan dalam mesyuarat PH dan PPBM. Apa yang penting adalah senario politik hari ini sudah berubah. Tidak seperti 2013 (PRU13). Kita tidak boleh jadikan tahun 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita alu-alukan kenyataan PKR yang menyatakan kesediaan mereka serahkan kerusi kepada PPBM, kerana ia bersandarkan politik semasa hari ini.
 
"Kita sudah kenalpasti 40 kerusi parlimen yang kita berhasrat untuk tandingi. Kita akan bincang dalam mesyuarat. Ada beberapa kerusi yang ditandingi oleh PAS pada pilihan raya lepas, ada juga yang ditandingi PKR. Kita lihat dan bincang. Tetapi inilah kerusi yang kita rasa ada harapan untuk menang," katanya selepas sidang media Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, tengah hari tadi.
 
Khalid juga menggesa PAS memahami realiti politik semasa yang kini dirancakkan lagi dengan kehadiran PPBM dan Amanah, maka perbincangan mengenai pembahagian kerusi perlu dilakukan segera.
 
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata perbincangan itu penting supaya setiap parti politik pembangkang ada kekuatan sehingga membolehkan mereka menerajui setiap negeri.
 
"Ada cadangan untuk kita patut mendepani PRU14 ini dengan mengenalpasti negeri-negeri yang setiap parti boleh terajui. Contohnya PKR di Selangor dan Perak, DAP di Pulau Pinang dan mungkin Negeri Sembilan.
 
"PPBM mungkin di Kedah dan Pahang, Amanah di Johor, manakala PAS di Kelantan atau Terengganu. Jika PAS mahu setuju dengan formula ini kita akan beri mereka terajui Kelantan dan Terengganu. Maka itulah pentingnya untuk duduk dan berbincang," tegasnya lagi.
 
Amanah sejak awal lagi mencanang akan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi PAS, meskipun parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertegas akan tetap mempertahankan kesemua kerusi tradisinya.
 
Selain Hadi, timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya akan datang hanya akan dicapai jika tiada mana-mana parti pembangkang mengusik kerusi tradisi miliknya, terutama Amanah.
 
 

Benarkah Dr Yusuf Qardawi kecam Haji Hadi?

Posted: 27 Dec 2016 03:24 AM PST

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
[ULASAN] Sekecil mana pun sesebuah pertubuhan agama, budaya, ekonomi atau politik itu, seharusnya ia berusaha mencari dan merebut peluang untuk melaungkan falsafah dan pendekatan perjuangannya pada umum. 
 
Lebih-lebih lagi jika pertubuhan berkenaan adalah sebuah jemaah agama. Amat perlu idea dan halatuju kesatuan berkenaan difahami dan diwakili dalam apa jua persidangan. Begitu juga dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS).
 
Perbalahan di antara mazhab bukan perkara baru dalam dunia Islam. Perselisihan di antara mazhab Syiah dan Ahlussunah wal jamaah memang sudah berabad berlaku hingga menumpahkan banyak darah. 
 
Namun menurut Islam, adalah tidak wajar perbezaan ini diperbesarkan hingga menjadi punca kelemahan ummat yang berlarutan. Forum atau muzkarah di antara kedua-dua mazhab perlu diselenggarakan bagi mengatasinya.
 
 Tradisi ini diteruskan oleh Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa, di Tehran baru-baru ini. Ahlussunah diwakili oleh KUIS yang dipimpin oleh Dr Yusuf al Qaradawi. Dalam persidangan itu, KUIS diwakili Naib Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
 
Hadi sedia letak jawatan
 
Ini bukan kali pertama Hadi menghadiri muktamar itu. Beliau adalah ahli Majma' Taqrib, iaitu Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran sejak penubuhannya pada tahun 1980.
 
"Saya hadir ke situ dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama, tanpa mengira Sunni dan Syiah. Mereka perlu bersatu. Kena baca ucapan saya (di Tehran), saya tidak tunduk pada mana-mana kerajaan yang terpengaruh dengan Barat atau Timur.
 
"Apa yang penting ialah kepentingan Islam dan apabila ada desakan (pihak luar) ini, saya dah tulis surat kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) bahawa itulah pendirian saya. 
 
"Saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, Arab Saudi dan sebagainya," katanya dalam video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya.
 
Beliau telah menulis surat kepada Presiden KUIS, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi yang dikatakan mengecam tindakannya menghadiri sidang itu.
 
"Saya sudah tulis surat dan saya bersedia untuk letak jawatan (jika diminta). Saya pegang jawatan itu pun bukan saya minta, dia lantik saya. Saya hadir ke muktamar (kerana) dia dan saya bersedia," tegasnya.
 
Bagaimanapun, Hadi mempersoalkan kesahihan kecaman yang didakwa dibuat oleh Dr Yusuf Al-Qardawi, memandangkan ulama itu terlalu uzur dan menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan.
 
"Saya tidak tahu kenyataan dia itu benar atau tidak. Guna alat (pendengaran) pun payah, mata pun tidak berapa nampak. Saya tidak tahu adakah benar daripada dia atau daripada orang lain. 
 
"Surat saya hantar melalui Setiausaha Agung Kesatuan (Syaikh Dr Ali Al-Qaradaghi) supaya dibaca oleh mereka.Saya mahu supaya kesatuan ulama ini ada pendiriannya, tidak dipengaruhi oleh negara Qatar atau mana-mana negara. 
 
"Saya juga dijemput oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar, 30 peratus rakyat Iran adalah Sunni. Yang hadir muktamar itu sebahagian besar adalah ulama Sunni dari Iran," katanya.
 
Penerangan Hadi ini secara langsung mencerahkan isu di mana beliau dituduh hadir di Iran 'tidak kena pada masanya' sebab ketika itu rakyat Syria 'disembelih dengan kejam' dan berlaku campur tangan Iran. 
 
Mufti Perlis didakwa kritik Hadi dengan sokong Yusof Qardhawi 
 
Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di Syria.
 
Isu ini hangat di Malaysia apabila Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat kenyataan terbuka menyokong pendirian Dr Yusuf Qardawi yang menganggap tidak wajar KUIS menyertai persidangan itu. 
  
"Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini," kata Asri.
 
Asri juga dilaporkan mempersoalkan apakah Hadi bersuara lantang dalam menegur kezaliman Syria ke atas rakyatnya di Allepo dalam persidangan itu.
 
"Namun secara peribadi yang saya lihat, setakat yang dilaporkan media, saya tidak nampak apa-apa kritikan yang tegas terhadap Iran. Sebaliknya ucapan Hadi memuji Iran dari awal hingga akhir.
 
"Hadi patut mempunyai kenyataan yang lebih tegas dan jelas. Jika itu berlaku, saya rasa pengkritik Hadi tidak ada banyak alasan untuk mengkritik," tegas Asri.
 
Bagaimanapun kenyataan Asri itu disanggah oleh penyokong Hadi. 
 
"Ia timbul kerana melihat kepada pertembungan antara Sunni dan Syiah tetapi Tuan Guru Presiden melihat ini sebagai satu (kelaziman) dalam politik antarabangsa. 
 
"Pertembungan Sunni-Syiah tu memang sengaja diwujudkan kuasa-kuasa besar untuk menimbulkan suasana tidak tenteram di negara umat Islam," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
 
Malah beliau mendakwa ada pihak terutamanya di Barat yang mahu mengalih isu yang lebih besar berhubung tindakan Zionist-Israel terhadap Palestin kepada pertembungan Sunni-Syiah.
 
Sebagai seorang mufti sudah tentu Asri faham adab membuat teguran terhadap orang lain, terutama jika pihak yang hendak ditegur itu seorang ulama. Dengan menyokong Yusuf Qardawi bererti beliau mempertikaikan usaha Haji Hadi. 
 
Kenapa Dr Asri hanya rujuk laporan media?
 
Menurut beliau sendiri, rumusan yang dibuatnya  mengenai ucapan Hadi hanya bersandar pada laporan media dan beliau nampaknya tidak berusaha merujuk pada empunya badan.
 
Kisah Yusuf Qardawi "mencampuri" politik Malaysia bukan baru. Menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu, Dr Yusuf dikatakan menulis surat terbuka pada parti-parti politik Malaysia, termasuk DAP, supaya menyokong Datu Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
 
Bagaimanapun surat itu dianggap ramai sebagai palsu dan gagal mendorong pembangkang menjatuhkan kerajaan Umno-BN. Kali ini Hadi juga mencurigai kesahihan apa yang dikatakan surat kecaman Dr Yusuf. 
 
Yang menyedihkan, maklum peringatan Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seseorang fasik membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (hukuman) kepada sesuatu kaum dengan secara jahil, lalu kamu akan menyesal."
 
Ayat 6 surah al Hujurat itu dipetik oleh Asri sendiri dalam bukunya, "Menjawab Persoalan, menjelaskan kekeliruan" pada halaman 485 terbitan Karya Bestari Sdn Bhd. 
 
Dalam mempertahankan integriti dan iman Imam Ibnu Taimiyyah, Dr Asri menggunakan ayat berkenaan untuk mengukuhkan pertanyaan, "apakah wajar kita menerima sesuatu cerita yang mentohmah seorang muslim…"? Mengapa Asri hanya bergantung pada laporan media berhubung peranan Hadi di Tehran?
 
Seorang mufti juga seharusnya insaf betapa apa yang disebutkannya di depan khalayak ada kesannya. Dengan memilih menyokong kenyataan Dr Yusuf yang dilaporkan media (bukan Islam?) sebenarnya beliau mengkritik Hadi.
 
Bagi Hadi usaha mendamaikan umat Islam yang bertelingkah bukan baru. Beliau terbabit dengan rundingan di Yaman dan bersedia merintis jalan damai di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. 
 
Melalui isu ini Hadi juga bersedia letak jawatan KUIS. Datuk Asri Zainal Abidin pula bagaimana?
 
 

Selamatkan Malaysia daripada musibah alam sekitar dan ekonomi

Posted: 27 Dec 2016 03:12 AM PST


 
Oleh Anas Alam Faizli 

DALAM karyanya bertajuk Plague, Albert Camus mengisahkan sebuah kota masyarakat Oran, Algeria sekitar tahun 1940-an. Wabak dan kematian menyelubungi kota itu. Karya itu mengisahkan dengan terperinci bagaimana Kerajaan kota itu tidak mahu mengakui situasi sebenar, lambat memberi maklum balas dan lewat bertindak.

Kini, kita juga sedang berdepan dengan "musibah" dalam bentuk pemanasan global dan perubahan iklim dunia yang disebabkan tindakan kita sendiri, dan bukti wujudnya perubahan iklim dunia sudah tidak dapat disangkal lagi; kecuali kepada kumpulan fanatik yang digelar "penafi perubahan iklim dunia".
Pernah satu ketika dahulu kita percaya yang jerebu yang melanda Malaysia hampir setiap tahun susulan El-Nino ialah kemuncak kebahayaan perubahan iklim global. Dalam penyesalan, kita terpaksa "meraikannya" dengan memakai topeng N90 sehingga menutup sekolah kerana bimbang bahaya jerebu kepada kesihatan anak-anak kita. Rakyat Malaysia yang umumnya ceria dan gembira bertukar sedih dan tertekan sepertimana langit biru kita berubah menjadi kelabu, gelab dan busuk.

Kata orang, yang walaupun klise, "ketidakpedulian ialah rahmat". Jadi, dalam diam kita menerima dengan rela yang El-Nino menyebabkan jerebu, tanpa disedari dalam setiap helaan nafas, kita menyedut sesuatu yang sangat merbahaya, udara tercemar, pembunuh senyap yang wujud dalam atmosfera kita. Semakin lama kita bernafas di dalamnya, semakin dahsyat kesannya.

Pencemaran yang disebabkan amalan harian kita, daripada keperluan pengangkutan sehinggalah penggunaan tenaga. Hanya kerana kita tidak melihatnya di depan mata dan ia tidak nyata, tidak bermakna ia tidak wujud. Selamat datang ke dunia yang dicemari dengan CO2, NOx (Nitrogen oksida) dan pelbagai lagi unsur membunuh. Unsur-unsur ini mengancam nyawa manusia dan haiwan, malah pendedahan berterusan boleh membawa kepada musibah kematian.

Tetapi, wujud jalan penyelesaian sekiranya kita bersedia untuk memahami punca masalah dan mula bertindak menyelesaikan semuanya. Mari kita lihat apakah yang sudah wujud dan mempertimbangkan sekiranya tindakan kita kini sudah mencukupi, atau mula berfikir untuk berusaha lebih keras bagi kesejahteraan masa depan kita.

Paling mustahak, adakah usaha kita betul dan tepat?

Konvensyen Kerangka Kerja PBB Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC)

UNFCCC ialah kerjasama antarabangsa alam sekitar yang diwujudkan pada 1994. Matlamat utamanya ialah menstabilkan ketepuan gas rumah hijau (GHG) di atmosfera kepada satu tahap yang boleh diterima pakai yang seterusnya boleh mengurangkan kesan antropogenik kepada sistem iklim global. Ia telah diratifikasikan oleh 197 negara termasuk Malaysia menyebabkan ia mempunyai kesahihan undang-undang yang terpakai kepada semua ahlinya.

Dalam Persidangan Ahli (COP) ke-15 di Copenghagen pada 2009, Malaysia dengan rela memberikan komitmen untuk mengurangkan 40% pembebasan karbon dalam KDNK pada 2020 berasaskan nilai pembebasan karbon dalam KDNK pada 2005. Pada COP ke-21 di Paris, Malaysia bukan sahaja bertindak selaku perunding utama untuk negara-negara membangun, tetapi juga meningkatkan komitmen pengurangan pembebasan karbon sebanyak 35% lagi menjelang 2030, dengan janji untuk terus mengurangkannya sehingga 45% sekiranya sokongan pembiayaan dan pemindahan teknologi wujud di peringkat antarabangsa. Jadi, sejauh manakah tindakan kita sekarang untuk memenuhi janji ini?

Pada 1965, Malaysia membebaskan 7 juta tan karbon dioksida. Pembebasan itu meningkat sehingga 100 juta tan pada 1996 dan mencecah tahap membimbangkan pada 2014 sebanyak 258 juta tan. Menyedihkan, tiada pemantauan yang dilakukan ke atas NOx, yang jauh lebih merbahaya berbanding CO2 yang terbebas.

Di sinilah dilema wujud, sekiranya anda mensasarkan pengurangan pembebasan, ia dikatakan boleh menjadi penghalang pembangunan industri. Tetapi menetapkan kepadatan karbon kepada sasaran KDNK boleh dilihat sebagai muslihat dokumentasi.

Muslihatnya ialah meningkatkan KDNK tanpa mengurangkan pembebasan gas rumah hijau daripada pembangunan sebenar. Jalan lain yang wujud, kita juga boleh meletakkan petanda aras dengan menggunakan pembebasan per kapita; yang juga sebenarnya meningkat!

Mari kita lihat lima sektor utama yang merupakan penyumbang terbesar pembebasan CO2 dan NOx dan apa yang kita boleh lakukan. "Lima Utama" ini ialah Tenaga, Pengangkutan, Pembinaan, Air dan Pengurusan Sisa.

Kelestarian tenaga - Kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui

Bagi perbincangan menyeluruh isu Tenaga, kita perlu memahami dua aspek yang meliputi permintaan (penggunaan) dan pembekalan (penjanaan tenaga). Kedua-duanya perlu diuruskan dengan optimum untuk memastikan pembekalan yang stabil dan berterusan kepada pengguna dengan kaedah yang mandiri dan kesan paling minimum kepada alam sekitar, tanpa mengorbankan pembangunan ekonomi.

Di rantau ini, Malaysia ialah salah satu pengguna tenaga paling tidak cekap; kalau diukur tingginya tahap kepadatan tenaga (energy intensity) kita. Negara jiran jauh ke depan berbanding kita dalam aspek EE. Ini merupakan jalan paling mudah untuk negara kita menjimatkan kos pengguna dan meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar dengan adaptasi penggunaan tenaga yang cekap, atau Kecekapan Tenaga (EE).

Kalau kita beri tumpuan kepada EE sahaja, ia boleh menjimatkan lebih RM60 bilion dalam masa 10 tahun (dengan menunda pembinaan tapak janaan tenaga baru, simpanan sumber untuk janaan tenaga dan simpanan subsidi gas) menurut KeTHHA; seperti mana yang awalnya dirancang dalam Pelan Induk Kecekapan Tenaga Negara (NEEMP), tetapi kemudiannya "diturun taraf" menjadi Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) pada 2014.

Menurut Natural Resources Defense Council (NRDC), EE ialah sumber tenaga paling utama- mengurangkan pembaziran tenaga dan menggunakan sepenuhnya apa yang sedia ada. Perkara ini juga benar kepada Malaysia. Sekiranya Malaysia boleh menjimatkan walaupun hanya 20% permintaan Tenaga, ia sudah bersamaan dengan 3,000 MW yang setanding dengan tiga unit tapak janaan tenaga nuklear. Bayangkan!

Mengapa tiada undang-undang atau dasar untuk mengawal EE di Malaysia? Sedangkan inilah yang sangat diperlukan sekarang. Kerangka pengawalan yang menyeluruh perlu dilaksanakan. Kita boleh bermula dengan memperkenalkan undang-undang kepatuhan EE kepada semua bangunan industri dan komersial!

Sektor pembekalan perlu memberi tumpuan kepada perkara sebenar, bukan 'gimik pembungkusan' semata-mata. Di Malaysia, janaan tenaga daripada sumber angin, gelombang dan laut mempunyai potensi terhad. Kita perlu mengakui yang pengganti kepada sumber tenaga boleh diperbaharui yang mempunyai aspek ekonomi berdaya maju ialah sumber hidro dan solar kecil (PV), sisa buangan, biogas, sisa perladangan, biomas daripada industri kelapa sawit. Ini ialah sumber yang kita perlu berikan perhatian.

Menurut Sustainable Energy Development Authority (SEDA), sasaran kepada janaan tenaga boleh diperbaharui perlu mencapai 2080 MW atau 11% menjelang 2020. Ini termasuk Ladang PV yang boleh meningkatan sasaran kepada 3,140 MW. Bagaimanapun, sehingga 2016, janaan tenaga boleh diperbaharui hanyalah 2%. Adakah kita tidak memberikan penekanan yang sewajarnya bagi mempromosikan janaan Tenagan Boleh Diperbaharui (RE) di Malaysia?

Menurut SEDA lagi, pada 2015, terdapat 128 projek RE (RM1.37 bilion) yang diluluskan dimana 84 projek ialah projek tenaga solar, 33 projek biogas, 4 projek hidro mini dan 7 projek biomas. Dalam tahun yang sama, 31 projek dalam EE (RM406.5 juta) juga telah diluluskan.

Soalnya sekarang, kemanakah duit yang diperuntukkan ini dan apakah perubahan yang terhasil dan kesannya kepada kita?

Perlu dinyatakan berdasarkan pemerhatian dilakukan yang walaupun insentif ini telah diberikan, projek-projek ini gagal dilaksanakan kerana syarikat-syarikat terlibat gagal melaksakanannya atau gagal memperolehi dana untuk pembiayaan projek.

Feed-in Tariff (FiT) yang boleh dianggap rendah serta subsidi yang diberikan kepada sektor tenaga bahan fosil menjadikan RE tidak berdaya saing. FiT semasa di Malaysia (tidak termasuk solar yang kini menggunakan meter tenaga piawai) ialah 0.05-0.10 USD/kWh berbanding di Indonesia pada 0.13-0.22 USD/kWh, Filipina pada 0.11-0.19 USD/kWh dan Thailand 0.12-0.19 USD/kWh.

Dengan meningkatkan FiT tanpa memindahkan kos kepada pengguna dan menghapuskan subsisi tenaga berkaitan fosil, anda akan dapat menyaksikan RE menjadi lebih berdaya saing.

Satu lagi kecanggungan yang wujud ialah proses pemberian tender kepada tapak janaan RE. Tender tapak tenaga solar banyak dianugerahkan melalui rundingan terus, malah terma dan syarat tender diklasifikasikan di bawah Aktar Rahsia Rasmi 1972.

Pengangkutan awam - Meningkatkan jumlah pengguna

Bagi sektor pengangkutan, langkah untuk bergerak maju ke depan perlu meliputi aspek jumlah kenderaan peribadi, meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam, dan yang paling utama ialah peralihan daripada pengangkutan yang menggunakan sumber fosil. Bagaimana kita mahu mencapai perkara ini dan di manakah kita sekarang? Adakah kita berada di landasan yang betul?

Pada 1980, 30% rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak. Ini ialah zaman bas mini yang kini sudah terhapus disebabkan dasar pengangkutan yang lebih menekankan pemilikan kenderaan persendirian berbanding penggunaan pengangkutan awam. Angka ini jatuh mendadak kepada hanya 12% pada 2008, sebelum meningkat sedikit mencecah 17% pada 2015, jauh lebih rendah berbanding 62% di Singapura dan 90% di Hong Kong, seperti dilaporkan Bank Dunia.

Peningkatan 5% sepanjang tujuh tahun lepas banyak disumbang oleh Transit Aliran Ringan (LRT). Bagaimanapun, 17% ialah jumlah yang sangat membimbangkan dan petanda betapa kita ketinggalan dan Malaysia perlu memikirkan kembali hala tuju masa depannya dalam aspek pengangkutan.

Bagaimana pula dengan kenderaan persendirian? The Journal of Traffic and Logistic Engineering (2015) mendedahkan yang sehingga tahun 2012, terdapat sekurang-kurangnya 20 juta kenderaan berdaftar di Malaysia. Pemilikan kereta di Malaysia ialah yang ketiga tertinggi di dunia pada tahap 93% dengan 54% isi rumah mempunyai lebih daripada sebuah kereta.

Situasi lebih banyak kenderaan persendirian didaftarkan berbanding pengangkutan awam (bas) ini tidak sihat. Menurut Bank Dunia, penduduk Kuala Lumpur menghabiskan lebih daripada 250 juta jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas! Dan kesesakan lalu lintas ini merupakan kos lepas untuk KDNK sebanyak 2% atau RM80 per jam per pemandu.

Pembinaan Aliran Transit Massa (MRT) dan cadangan pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) adalah antara langkah perlu yang diambil bagi membangunkan kemudahan pengangkutan awam yang sesuai tetapi kosnya tinggi dan langkah ini sahaja masih belum mencukupi.

Anggaran kos pembinaan untuk MRT meningkat mendadak daripada kos awal RM40 bilion kepada kos sekarang berjumlah RM120 bilion (tinggi 2-3 kali ganda berbanding kos standard pembinaan di seluruh dunia), dengan pecahan kos ECRL dijangka mencecah RM55 bilion dan kos HSR ialah RM60 bilion.

Ketiga-tiga projek merupakan jenis pengangkutan dalam bandar yang berbeza tetapi penganalisis industri berpendapat yang peningkatan kos ini tidak masuk akal dan tidak munasabah. Satu-satunya sebab ia tidak menerima tentangan hebat masyarakat ialah kerana kita sangat terdesak memerlukan lebih banyak pengangkutan awam. Sangat mendukacitakan apabila keadaan semasa seperti ada pihak yang menangguk di air keruh.

MRT juga hanya dapat memberikan tambahan 2 juta pengguna setiap hari malah tidak dibincangkan secara serius apabila diumumkan di Parlimen sebagai projek kerajaan yang kemudiannya diubah menjadi projek swasta. Sangat mengejutkan apabila pembiayaan besar RM120 bilion dibelanjakan semata-mata untuk membina MRT yang sebahagian besar faedahnya hanya diterima penduduk Lembah Klang.

Apa yang lebih diperlukan ialah sistem pengangkutan awam yang holistik yang mampu mewujudkan perhubungan tempat yang lebih luas serta menyatukan pelbagai jenis pengangkutan; seperti Transit Bas Perantara (BRT) yang memberikan sokongan kepada perkhidmatan kereta api. Untuk setiap kilometer MRT, kita boleh membina 20 kilometer BRT. Lebih luas kawasan bermakna lebih capaian kepada orang awam.

Pengangkutan awam - Pengurangan pembakaran tenaga fosil dan pembebasan unsur bahaya

Usaha untuk membawa masuk Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan kenderaan Hibrid ke Malaysia perlu diraikan. Semua ini pastinya dapat membantu mengurangkan pembebasan GHG dan menjadikan Malaysia pusat serantau kenderaan mesra alam.

Bagaimanapun, seperti mana kes pembinaan Landasan Kereta Api kita, matlamatnya tersasar jauh. Insentif yang ditawarkan disalurkan kepada sasaran yang salah.

Mengapa perlu kita memberikan insentif kepada EV persendirian mewah yang akhirnya hanya menjadi alat mainan orang kaya bermegah-megah? Pertama, ia tidak mampu dimiliki oleh majoriti rakyat. Kedua, tenaga yang digunakan untuk mengecas kereta itu datangnya daripada grid tenaga negara- di Semenanjung Malaysia- yang mana 95% dihasilkan melalui bahan bakar api fosil.

Bagaimanapun, pengangkutan janaan elektrik boleh dipertimbangkan untuk pengangkutan awam samada LRT, MRT, Monorail, serta memperkenalkan BRT, bas dalam bandar, kereta api dalam bandar dan sebagainya. Semua ini sepatutnya jenis pengangkutan mesra alam. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam, mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya yang akhirnya akan dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Dalam masa kita menjadikan pengangkutan kita mesra alam, kita juga boleh memberikan insentif yang lebih banyak kepada kerajaan untuk menggunakan bas yang digerakkan oleh sumber biogas atau etanol. Ini ialah langkah yang sudah lama wujud, tetapi jarang sekali dilaksanakan. Kita dengan mudah dapat memperolehi biogas daripada sisa bio yang terdapat di Malaysia atau sistem sisa kumbahan perbandaran.

Sekiranya kerajaan merancang untuk membelanjakan wang membeli bas elektrik, kita boleh gunakan wang itu untuk membeli bas yang menggunakan biogas. Kalaupun ada yang mendakwa bas biogas lebih mahal berbanding bas konvensional, ianya akan berdaya saing sekiranya subsidi bahan api fosil dihapuskan.

Satu lagi insentif yang canggung ialah kenderaan hibrid mewah yang dipasang dalam negara termasuklah Audi, BMW atau Mercedes-Benz yang tidak mampu dimiliki oleh majoriti rakyat Malaysia.

Sebaliknya kita perlu memfokuskan kepada pemberian insentif dan potongan cukai yang lebih banyak kepada kenderaan mampu milik seperti model Honda dan Toyota dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000 cc.

Ketika kerajaan memperkenalkan pengecualian cukai kepada EV dan kereta hibrid pada 2012, kita menyaksikan peningkatan mendadak pembelian oleh pengguna. Malangnya, tindakan ini dihentikan pada 2014 dan pembelian kereta jenis tersebut jatuh mendadak.

Bangunan hijau- Industri Pembinaan dan Indeks Bangunan Hijau (GBI)

Industri pembinaan juga memainkan peranan penting dalam menyelamatkan Malaysia daripada Wabak semasa. Industri pembinaan ialah industri utama yang menggunakan sumber tidak boleh diperbaharui dan antara pengeluar sisa terbesar. Selain itu, operasi bangunan juga bertanggungjawab ke atas hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan gas CO2 yang dibebaskan.

Antara 30%-40% sumber semulajadi dieksploitasi oleh industri pembinaan, termasuklah 50% tenaga digunakan untuk menyejukkan bangunan. Hampir 40% penggunaan bahan dunia digunakan untuk pembinaan persekitaran dan 30% tenaga lagi digunakan untuk perumahan. Jelas sekali, industri pembinaan boleh memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar dan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang memudaratkan.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), agensi yang bertanggungjawab mengawalselia industri pembinaan Malaysia sentiasa mengambil tindakan proaktif untuk menangani isu pembinaan lestari dan membantu semua pihak melaksanakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan pembinaan berasaskan keluli yang lebih mesra alam dan mempunyai kecekapan tenaga lebih tinggi berbanding kaedah tradisional yang digunakan di Malaysia.

Ini boleh diukur melalui Indeks Bangunan Hijau (GBI), sistem ranking kebangsaan dan garis panduan untuk pembangunan hijau yang diperkenalkan pada 2009. Ia adalah kadar metrik yang memberi pengkelasan kepada semua aspek pembangunan hijau, daripada perancangan tapak pembinaan yang lestari sehinggalah kepada kecekapan operasi serta sumbangan pembinaan kepada kesejahteraan sosial. Semakin tinggi mata yang diperolehi, semakin tinggi kelulusan GBI yang diberikan serta insentif cukai hijau yang boleh digunakan bangunan terbabit.

Di Malaysia, contoh terbaik bangunan berkelulusan GBI ialah Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya. Contoh lain ialah bangunan Malaysian Green Technology Corporation dan bangunan Suruhanjaya Sekuriti.

Malangnya, tidak banyak bangunan hijau yang wujud. Kita perlu bergerak pantas untuk mengubah semua pembangunan yang bakal dijalankan menjadi bangunan hijau lestari. Usaha yang lebih hebat sangat diperlukan dalam hal ini. Salah satu caranya ialah memastikan PR1MA menggunakan kaedah pembangunan hijau dalam perlaksanaan projeknya memandangkan buat masa kini mereka ialah penyumbang terbesar dalam pembinaan kediaman di Malaysia. Bagi pembangunan komersial pula, lebih banyak penguatkuasaan boleh diperkenalkan secara berperingkat untuk mencapai sasaran bangunan hijau lestari.

Air - Pemantauan bijak

Di Malaysia, 1,3890 juta liter air setiap hari (MLD) hilang kerana kebocoran paip dan kecurian, ia merupakan 32% bekalan air yang dikelaskan sebagai kadar air tidak berhasil (NRW). Bank Dunia mensasarkan NRW di setiap negara pada kadar 25% dan ke bawah. Kita jauh ketinggalan dan sesuatu perlu dilakukan secepat mungkin. Untuk maju, kita perlu menetapkan matlamat untuk mencapai tahap negara maju seperti Singapura (5%) dan Jerman (7%).

Lebih banyak teknologi dalam pengurusan dan penggunaan sumber air diperlukan untuk menyediakan kualiti, kecekapan, perolehan, rawatan air yang lebih baik; yang boleh dicapai melalui pelbagai projek berteknologi tinggi. Sebaiknya, kita boleh bermula dengan pelaksanaan sistem pemeteran bijak yang membolehkan pengurangan kebocoran, kecekapan penggunaan, dan mewujudkan kesedaran penggunaan air di kalangan pengguna.

Bagaimanapun, semua ini tidak akan berhasil tanpa kewujudan pengurusan yang cekap yang perlu bermula sekarang.

Pengurusan sisa - Katakan tidak kepada tapak pembuangan sampah terbuka

Pengurusan sisa termasuklah rawatan kumbahan air, penggunaan sisa pepejal dan tapak pembuangan sampah terbuka yang bersih. Pelbagai jenis sisa wujud daripada industri, perbandaran, pertanian, kumbahan dan sisa organik. Umumnya, Malaysia buat masa sekarang menghasilkan 33,000 tan sisa pepejal setiap hari, ini tidak termasuk sisa pembinaan; dua pertiga daripadanya datang dari isi rumah bandar yang mempunyai tahap kitar semula yang sangat rendah iaitu sekitar 9.6%.

Masalah terbesar yang perlu diberikan perhatian ialah kewujudan tapak pelupusan sampah terbuka yang tidak bersih di Malaysia. Sekiranya kita boleh meletakkan sasaran 40% pengurangan sistem pembuangan terbuka menjelang 2020 kita boleh memperolehi manfaat pengurangan sekitar 5.8 juta tan CO2 yang bersamaan dengan pembebasan daripada 1.2 juta kereta di atas jalan setiap tahun. Kita boleh menjimatkan sebanyak RM 80 juta (perolehan tanah), RM16 juta setahun (untuk rawatan bahan larut resap tanah) dan RM 5.2 bilion (pengelakkan CAPEX).

Tambahan pula, tapak pembuangan sampah yang tidak bersih sedia ada kini apabila ditutup, masih tidak boleh digunakan paling kurang selama 20 tahun. Apatah lagi, jangka hayat purata tapak pelupusan sampah terbuka hanyalah 10 tahun. Ketika ini, kita berterusan memperluaskan lagi tapak ini dengan perolehan tanah berdekatan dengan lokasi tapak sedia ada. Ia satu kerugian penggunaan tanah sedangkan kawasan itu boleh digunakan untuk perkara lain seperti tapak perumahan rumah kos rendah. Kita perlu bertindak pantas dengan mengurangkan sisa buangan ke tapak pelupusan sampah terbuka yang membebaskan gas metana merbahaya.

Teknologi untuk kitar semula sisa, sisa untuk tenaga, sisa sebagai baja, pengurangan sisa boleh diimport ke negara-negara utama di Eropah. Ketika ini, banyak syarikat datang untuk melabur dan menjalankan pemindahan teknologi, tetapi kita perlu menyediakan jumlah Upah Longgokan (Tipping Fee) yang bersesuaian bagi memastikan projek ini berdaya saing dan menjimatkan.

Ketika ini, Upah Longgokan yang diberikan kerajaan kepada pengendali tapak sampah terbuka menutup pilihan lain. Sekadar perbandingan, Thailand, Indonesia dan Filipina menyediakan Upah Longgokan dua kali ganda nilai kita.

Menyelamatkan alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi lestari Malaysia

Usaha kita ialah usaha serampang dua mata. Kita masih boleh memelihara alam sekitar serta menjana faedah ekonomi, dan dalam jangka panjang, mengambil peluang untuk menjadi pemimpin teknologi rantau ini. Ini juga merupakan satu bentuk tambah nilai kepada ekonomi dan berubah daripada "kapitalisma rentier" kepada kapitalisma industri teknologi.

Tindakan pantas untuk membuktikan kita bukan "cakap kosong" perlu dilakukan sekarang bagi merealisasikan komitmen Malaysia sepertimana termaktub dalam COP 15 (2009) dan COP 21 (2015).

Dalam isu Tenaga, kita perlu memberi tumpuan kepada EE yang boleh memberikan faedah mudah dan segera, dan kemudiannya mengembangkan komponen RE, hanya selepas itu dilakukan kita boleh mempertimbangkan samada perlu atau tidak membina tapak tenaga fosil yang baru.

Kita perlu segera melaksanakan Akta EE dan dasar yang secara menyeluruh mengawal selia dan melaksanakan EE di Malaysia. Bagi mempromosikan RE, penilaian semula kepada FiT dan penyediaan insentif perlu menjadi keutamaan segera.

Bagi pengangkutan, jumlah wang yang banyak yang dibelanjakan dalam projek pengangkutan yang sedang berlangsung perlu dinilai semula dan dipersoalkan secara serius. Pengangkutan menyeluruh yang meliputi semua jenis pengangkutan perlu diperkenalkan.

Insentif juga perlu ditawarkan kepada penggunaan kenderaan elektrik persendirian, mengurangkan kenderaan persendirian, dan proses meningkatkan jumlah pengguna kenderaan awam perlu dinilai kembali dengan memberikan keutamaan kepada keperluan pengguna.

Hybrid dan EEV untuk kegunaan persendirian adalah pilihan yang lebih baik berbanding EV, kerana ia lebih mampu milik untuk pengguna yang bergantung kepadanya untuk berhubungan.

Bagaimanapun, pengangkutan awam- gabungan pengangkutan janaan elektrik dan adaptasi biogas sebagai sumber bahan bakar ialah penawar yang sangat kita perlukan sekarang.

Lebih banyak tumpuan wajar diberikan untuk menggalakkan pembinaan bangunan lestari dan bandar pintar. Pembiayaan R&D dalam semua inisiatif teknologi hijau juga perlu ditingkatkan. Kita perlu menyelesaikan isu NRW dengan teknologi terkini bagi mengurangkan kebocoran paip air. Tiada usaha signifikan yang dilakukan untuk pengurusan sisa buat masa ini, maka sudah tiba masanya untuk memberikan tumpuan kepada perkara ini. Pasukan khas industri perlu dibentuk bagi menangani masalah ini.

Bagi melengkapi kerajaan dan sektor swasta, penggerak ketiga iaitu organisasi sivil perlu diberikan sokongan kerana mereka mampu untuk menerobos masuk ke peringkat akar umbi dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia. Misalnya ialah Malaysia's National Coalition of Environmental (MENGO), gabungan 30 NGO yang ditubuhkan pada 2009 yang sangat aktif dalam mencetus dan membentuk kesedaran alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia.

Semua perkara di atas ialah desakan untuk semua pihak berkaitan melakukan perubahan menyeluruh dengan sokongan penuh kerajaan, termasuklah agensi, sektor swasta dan juga penggerak ketiga; NGO dan semua rakyat Malaysia.

Kita boleh membantu menjaga alam sekitar, membunuh "Musibah" yang sedang kita depani, pada masa yang sama membangunkan ekonomi kita dengan mengutamakan inisiatif pembangunan ekonomi bagi memperolehi "nilai terbesar untuk setiap sen yang dibelanjakan".

Pelaburan modal di bawah rancangan pembangunan 5 tahun kita; terutama untuk Rancangan Malaysia ke-11 yang sedang berlangsung, dan eksport perkhidmatan teknologi dan pakar kita dalam rantau ini dengan menjadi pemimpin teknologi hijau serantau, adalah pilihan di depan mata yang mampu menjana keuntungan lebih besar serta pertumbuhan ekonomi mapan tetapi pada masa yang sama masih mengawal pembebasan Karbon kita.

Perlaksanaan semua cadangan di atas perlu bergegas dilakukan sekarang untuk Lima Sektor Utama. Malaysia Boleh!



*Anas Alam Faizli memegang ijazah kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan. Beliau adalah seorang professional bidang pembinaan dan minyak & gas, seorang warganegara Malaysia yang prihatin dan adalah pengarang Rich Malaysia, Poor Malaysians dan bertweet di @aafaizli

KWSP hilang keyakinan pada FGV?

Posted: 27 Dec 2016 03:08 AM PST





 
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menunjukkan betapa rendahnya keyakinan pelabur pada Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad hari ini.

Kesian kepada para peneroka yang masih perlu membayar balik setiap bulan duit pinjaman yang diambil untuk memiliki saham FGV, yang kini berlegar pada paras RM1.63, 63.5% lebih rendah berbanding dengan nilainya ketika disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dengan harga RM4.45 sesaham.

Beberapa penganalisis berkata prestasi saham FGV tidak akan menyebabkan Umno BN kehilangan undi.

Pandangan ini akan terbukti silap terutamanya apabila para peneroka mula merasai manfaat-manfaat yang diperolehi selama ini mula terkikis sedikit demi sedikit susulan masalah kewangan yang dihadapi Felda untuk menyelamatkan FGV.

Peneroka hari ini sudah pun merasai nilai pulangan hasil yang rendah daripada ladang-ladang yang diuruskan Felda.

Meskipun FGV masih ialah pengeluar sawit terbesar di Malaysia, namun masa depan FGV agak malap kerana kadar pengeluaran tandan buah segar (FFB) adalah terendah, iaitu 14% sahaja berbanding saingannya IOI (55%), Sime Darby (45%) dan Genting Plantations (14%).

Bukan itu sahaja, masalah kewangan FGV bakal mengganggu hidup peneroka apabila isu seperti perumahan untuk peneroka generasi kedua yang terbengkalai, kelewatan bayaran hasil kelapa sawit dan kos sara hidup yang meningkat kerana kejatuhan nilai Ringgit semakin menjadi-jadi.

Jika saham FGV terus merudum, siapa yang bakal menyelamatkannya? Seperti 1MDB, siapa yang membayar pada akhirnya kalau bukan kerajaan menggunakan duit yang dikutip daripada poket rakyat?

*  Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS

Comments (0)