Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:10 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


WAN AZIZAH TOLAK PAS SELANGOR , MUKA PAS TAK TAHU MALU, MAIN BUBUH GAMBAR SAYA SESUKA HATI

Posted: 07 Dec 2016 10:54 PM PST

ceramah-mega

Wan Azizah Wan Ismail menolak jemputan untuk menghadiri Ceramah Mega Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
"Adalah dimaklumkan kepada saudara dan saudari tentang program ceramah anjuran DUN Paya Jaras pada 12 Disember 2016 di Tapak Pasar Malam Paya Jaras seperti poster tertera.
"Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail TIDAK AKAN HADIR ke program ceramah seperti yang tersebar di media sosial.
"Pengesahan ini dibuat Setiausaha Agung parti (PKR)".
Sejak semalam, tersebar poster Ceramah Mega Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bakal dihadiri oleh enam orang tokoh politik.
Mereka adalah; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS), Datuk Iskandar Samad (Pesuruhjaya PAS Selangor), Mohd Khairuddin Othman (Setiausaha PAS Selangor), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden IKATAN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) dan Wan Azizah (Presiden PKR).
Poster yang disebar PAS Selangor itu bagaimanapun tidak menjemput wakil DAP dan PAN dalam ceramah berkenaan.
Menurut Hanisya Abdul Hamid, ketidakhadiran Wan Azizah dalam ceramah PAS itu ada kaitannya dengan ketiadaan DAP dalam program tersebut.
"Dapat info bila dah kena sergah dengan DAP, terus Kak Wan suruh Sivarasiah wakili beliau ceramah mega rakyat di Paya Jaras 12 Disember ini.
"Kan dah cakap DAP penentu segala keputusan PH.
"Lagi nak nafi walaupun DAP bukan peneraju seandainya PH menang PRU ke-14 tawan Putrajaya (rasanya mustahil lah misi tersebut tanpa bantuan dan sokongan PAS) tetapi penentu setiap polisi, dasar dan keputusan mutlak ditentukan oleh DAP,"katanya.
hani
hani1

LAWATAN RASMI PANGLIMA ATM TEMU PRESIDEN MYNMAR KEKALKAN HUBUNGAN BAIK

Posted: 07 Dec 2016 05:30 AM PST

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, mengadakan pertemuan hormat dengan Presiden Myanmar, Htin Kyaw, di kediaman rasmi presiden di Naypyitaw, Myanmar pada 6 Disember 2016 baru-baru ini.

Pertemuan berkenaan adalah sebahagian daripada lawatan sempena persaraan Zulkifeli yang merupakan lawatan mengekalkan hubungan baik di antara negara Malaysia dengan Mynmar. Turut hadir sama pada pertemuan itu, ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing. Pertemuan tersebut tiada kaitan dengan isu Rohingya yang berlaku sekarang.

Lawatan Zulkifeli ke Myanmar jelas menunjukkan Htin menghormati Aangkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai rakan pertahanan Myanmar.

Comments (0)