Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:16 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAHFUZ MAHU TAHU KENAPA PAU UMNO TAK SERANG PAS ?

Posted: 03 Dec 2016 06:52 AM PST


mahfuz1Mahfuz Omar mahu tahu mengapa UMNO tidak `menyerang' PAS dalam perhimpunan agung parti itu kali ini sebaliknya `menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang seolah-olah tidak berpuashati dengan perkembangan tersebut menyifatkan perkara itu menunjukkan bahawa PAS dan UMNO tidak lagi bermusuhan sebaliknya musuh UMNO kini adalah Mahathir dan Pakatan Harapan.
"Persidangan Agung UMNO kali ini mencipta sejarah baru apabila buat julung kalinya PAS terlepas dari serangan UMNO, sebaliknya PAS buat pertama kali menerima pujian dari Presiden Parti UMNO," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mahfuz yang merupakan pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan turut mendakwa Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan politik pembangkang yang mampu mengambil alih Malaysia pada pilihan raya umum akan datang dengan bantuan Mahathir.
Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengenepikan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dibimbangi boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.
Gabungan parti pembangkang yang diketuai DAP itu kemudian disertai Parti Amanah Negara (PAN) kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.
Pakatan Harapan seterusnya menerima tawaran kerjasama oleh Mahathir yang menubuhkan Parti Pribumi untuk melunaskan dendamnya dengan UMNO.
Mahathir berdendam dengan UMNO kerana usahanya mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun lalu gagal. 

Comments (0)