Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:17 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS UCAP TAHNIAH KEPADA KERAJAAN PIMPINAN DS NAJIB

Posted: 25 Dec 2016 05:21 PM PST

Resolusi PBB: PAS ucap tahniah kepada wakil Malaysia




RESOLUSI PBB HENTIKAN AKTIVITI PENEMPATAN ISRAEL: PAS UCAP TAHNIAH KEPADA WAKIL MALAYSIA

PAS mengucapkan tahniah kepada wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas resolusi menghentikan aktiviti penempatan Israel di bumi umat Islam Palestin. Ini adalah suatu tamparan besar kepada kerajaan Israel yang sering kali bertindak menindas rakyat Palestin meskipun perkara tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

US tidak menggunakan kuasa veto yang dimilikinya bagi mempertahankan Israel walaupun telah dipinta oleh Perdana Menteri Israel sendiri. Akhirnya resolusi yang diusulkan semula oleh wakil negara Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela itu dibincang dan diluluskan.

Resolusi tersebut mengarahkan Israel supaya menghentikan sebarang aktiviti penempatan haram di Palestin dan Jerusalem. Israel telah membina penempatan haram sejak 1967 dan terus berdegil dengan aktiviti tersebut walaupun jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kejayaan resolusi tersebut tepat pada masanya ketika isu konflik Syria yang berkongsi sempadan dengan Israel sedang rancak diperdebatkan.

PAS masih konsisten tidak mengiktiraf negara haram Israel dan menolak solusi dua negara (two-state solution). PAS mengharapkan agar wakil Malaysia di PBB mempunyai pendirian yang tegas dalam memberikan tekanan kepada organisasi dunia tersebut supaya bertindak dengan cara yang sepatutnya dalam menangani konflik berpanjangan di Palestin.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

VIDEO PENSYARAH DAN MAHASISWA BENGANG DENGAN TUN M

Posted: 25 Dec 2016 05:19 AM PST




Dr Mahathir Mohamad seorang yang tidak berprinsip berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej 1971 (AUKU), Dr Baharuddin Aziz.

"Bercakap pasal AUKU ni, sebenarnya semua sedia maklum, diperkenalkan ketika dia menjadi Menteri Pelajaran.

"Masa itu, bukan saja kegiatan pelajar dikongkong, kerja-kerja akademik (kumpulan) pensyarah juga turut dikongkong jika berbanding sekarang," katanya. Mahathir, baru-baru ini hadir satu pentas bersama aktivis mahasiswa yang digantung pengajian, Anis Syafiqah Md Yusof bercakap mengenai AUKU dalam satu forum di Petaling Jaya.
Dalam forum tersebut, Mahathir bagaimanapun tidak menjawab secara tepat tentang pendirian semasanya sama ada akta tersebut akan dimansuh atau dikekalkan sekiranya pembangkang menerajui negara. Kumpulan Mahasiswa yang hadir pada majlis tersebut seterusnya melahirkan rasa kurang senang dengan jawapan berdolak-dalih oleh Mahathir itu.

Comments (0)