Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:27 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO: YDP MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TERIMA RASUAH JUDI

Posted: 23 Dec 2016 01:40 PM PST

Datuk Seri Jamal Md. Yunos menyerbu sebuah premis judi haram di Sekinchan.

Jamal mendakwa, premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah namun masih tetap dibenarkan beroperasi sehingga hari ini.

"Di mana MDSB…saya dah hubungi majlis daerah, saya nak tengok mereka datang atau tidak untuk gempur pusat perjudian ini," 

Beliau mendakwa, kerajaan negeri Selangor selalu bermain politik hinggakan pusat judi dibiarkan berleluasa di Pekan Sekinchan.

"Resort saya yang jadi pusat pelancongan diroboh, tetapi pusat judi ini dibiarkan terus beroperasi," katanya.

ADAKAH YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM BERSUBAHAT MENERIMA RASUAH DENGAN MENYEMBUNYIKAN KEGIATAN JUDI HARAM INI? SPRM BUKA FAIL 

DEWAN ULAMA PAS: INSHAALLAH KITA AKAN BERGABUNG

Posted: 23 Dec 2016 05:45 AM PST

Image result for UMNO PAS GABUNG
Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.
"Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain," kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.
PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini berkata parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.
Katanya, PAS yakin memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.
Mahfodz bagaimanapun mengulangi pendirian pemimpin PAS untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, yang kini mempunyai kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
"Kita tetap dengan pendirian sebelum ini gabungan dengan parti dalam Pakatan Harapan kita sudah tolak awal-awal DAP dan Amanah, tetapi dengan parti-parti lain yang menghormati PAS, kita masih sedia," katanya.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegaskan parti itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14.
"Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut, memandangkan PAS kini komited bersama Gagasan Sejahtera untuk menumbangkan Umno dan BN pada PRU14," katanya – 

Comments (0)