Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SALAH KAH HAJI HADI KE IRAN ?

Posted: 19 Dec 2016 06:09 PM PST


PADA 17 Disember 2016, genaplah 6 tahun kebangkitan dunia Arab yang lebih dikenali sebagai "The Arab Spring".

Kisah Arab Spring ini bermula apabila Mohammed Bouazizi, seorang pemuda di Tunisia telah membakar dirinya sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa tempatan yang menganiaya dirinya yang merupakan peniaga kecil.

Semenjak daripada itu, protes kebangkitan rakyat terhadap rejim diktator yang berkuasa telah merebak daripada Tunisia (Disember 2010) ke;
ii.Mesir (Januari 2011)
iii.Libya (Februari 2011)
iv.Yaman (Januari 2011)
v.Syria (Januari 2011)

Kaedah revolusi yang diambil itu telah berjaya menumbangkan;
i.Presiden Tunisia, Zainal Abidin Bin Ali
ii.Presiden Mesir, Hosni Mubarak
iii.Presiden Libya, Muammar Ghadafi
iv.Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh
v.Presiden Syria, Basyar Al Assad pula masih tidak berjaya dilucutkan kuasanya sehingga kini.

Namun, kebangkitan ini tidak membuahkan hasil seperti yang diidamkan. Ya, sememangnya rejim diktator yang zalim lagi korup berjaya ditumbangkan tetapi ianya perlu dibayar dengan kehilangan nikmat sebuah negara yang aman dan stabil. Hanya Tunisia sahaja yang sedang menjalani proses penyuburan demokrasi sedangkan Mesir kembali ke zaman gelap apabila Jeneral As Sisi merampas pula kuasa daripada Presiden Mohd Morsi.

Bagaimana pula dengan Libya, Yaman dan Syria? Negara tersebut sudah musnah, kacau-bilau akibat tiada Kerajaan yang stabil memerintah.

Apa yang lebih malang lagi ialah apabila Arab Spring ini telah menjadi medan Perang Wakalah (Perang Proksi) di sebalik tabir. Hakikatnya, ummat Islam telah menjadi mangsa pertaruhan pertembungan blok kuasa besar dunia iaitu antara Amerika dan Rusia. Kelihatan zahirnya seolah perang ini antara Sunni dan Syiah. Satu pihak menyokong Sunni, satu lagi pihak menyokong Syiah.

Kuasa besar ini menyalurkan sumbangan dana, senjata bagi menyemarakkan api permusuhan sehinggalah berlaku pertumpahan darah sesama ummat Islam.

Maruah, tanah air, nyawa, harta benda ummat Islam telah hancur sekelip mata akibat persengketaan yang tidak berkesudahan ini.

Pada masa sama, muncul pula kelompok esktrem Sunni yang menggelar diri mereka sebagai IS/ISIS. Kita pun tidak pasti siapa sebenarnya mereka ini? Silap gaya, mereka ini adalah ciptaan dan tajaan musuh bagi memburukkan imej Islam sebagai agama yang ganas. Mereka sanggup membunuh, menyeksa dan memerangi orang Islam sendiri atas nama menegakkan "Islamic State".

Kita juga hairan melihat Pakatan Negara Arab yang diketuai Arab Saudi sanggup pula berpakat dengan Amerika Syarikat bagi menyerang Yaman. Sudah berapa ramai orang awam yang menjadi mangsa korban pertempuran ini. Mungkin kita boleh minta pandangan hukum berkenaan hal ini daripada penyanjung Arab Saudi, seperti Dr Maza dan Dr Juanda?

Kesimpulannya, konflik Asia Barat yang sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya ini tidaklah semudah zahir apa yang kita lihat. Kita mungkin lihat ini hanyalah pertembungan antara Sunni dan Syiah sehingga terlupa bahawa adanya kuasa besar di belakang yang sedang mencatur dan memetakan masa depan dunia Islam.

Saya tetap berkeyakinan penuh kepada kebijaksanaan Tuan Guru Presiden PAS, yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang gigih berusaha mencari jalan penyelesaian melalui kaedah rundingan dan diplomasi.

Beliau sering menyebut dalam ucapan samada ketika kuliah di masjid, majlis ceramah parti mahupun berbahas di Dewan Parlimen bahawa urusan ummat Islam sewajibnya diselesaikan oleh kita sendiri, usahlah kita menjemput kuasa besar kuffar masuk campur hal ehwal negara ummat Islam.

Apabila perang yang masih tidak bernoktah itu berlaku, adakah jalan penyelesaiannya hanya melalui kaedah perang juga.?

Adakah salah untuk kita memilih jalan perdamaian seperti perbincangan dan diplomatik agar kedua-belah pihak menghentikan serangan.?

Kepada yang begitu bising lagi tidak keruan apabila terlihat gambar Tuan Guru Presiden PAS menghadiri persidangan di Tehran itu, apa pula usaha kamu untuk menyelesaikan konflik di negara Arab itu?

Atau sekadar gah menjadi pahlawan pengkritik tegar di alam media sosial sahaja? – HARAKAHDAILY 20/12/2016

Comments (0)