Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


5 SEBAB, PKR TIDAK KONSISTEN NAMAKAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI

Posted: 18 Dec 2016 07:40 PM PST

DS Anwar Ibrahim, mantan TPM
Situasi 1
Untuk menang persepsi, Lim Kit Siang mendahului rakan-rakannya dalam PH/Pribumi dengan menamakan DS Wan Azizah Perdana Menteri sementara dan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri. Kita tahu kedua-dua penama di atas tidak membalas politiking Lim Kit Siang itu, kerana sudah pasti mereka tidak bersetuju.

LKS tahu Muhyiddin mahu menjadi PM, manakala DS Wan Azizah mahu suaminya DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Oleh kerana LKS tahu itu, LKS awal-awal memberi gentlemen warning kepada mereka berdua supaya mereka tidak mendahuluinya sebagai pemimpin de facto utama PH.

Situasi kedua
Cita-cita Anwar dan PKR adalah mahu menjadikan Anwar sebagai PM. Saya mendapati Nurul Izzah, Wan Azizah mahupun Saifuddin Nasution yang merupakan orang-orang kepercayaan Anwar sangat lambat menjaga reputasi Anwar dalam permainan persepsi LKS di atas.

Pada pandangan saya, PKR mesti segera menamakan semula Anwar sebagai PM Pakatan Harapan, bukannya Muhyiddin dan Mukhriz. PKR tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan LKS menguasai game tersebut. Mereka tidak sepatutnya membiarkan penyokong melihat PKR tidak lagi konsisten memperjuangkan Anwar.

Situasi ketiga
Saya meramalkan, Muhyiddin dan Shafie akan kembali semula kepada BN dan UMNO selepas PRU14. DS Nazri Aziz sudah pernah menyatakannya dan ada asas yang kuat. Saya juga sudah meramalkan di perenggan ke 8 di sini.

Situasi keempat
Sejak mereka mendekati Pakatan Harapan, rakyat tidak pernah mendengar dari mulut Tun Dr. Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Afdal untuk bersetuju menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kerana sejak 1998, mereka berkempen untuk menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Memang sah mereka tidak mahu Anwar Ibrahim.

Jika begitu, mengapa PKR menerima kerjasama Parti Pribumi? Jawapannya mudah, mereka mahu mendapatkan undi daripada penyokong-penyokong Pribumi, manakala parti Pribumi juga mahu mendapatkan undi dari penyokong-penyokong PH.

Malangnya, mereka gagal meletakkan Anwar Ibrahim sebagai pilihan Perdana Menteri tanpa perlu dipersoal.

Situasi kelima
Kenyataan Prof Dato' Dr. Mohammed Ridzuan, VC UNISEL bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 di sini sangat berasas. Punca utamanya ialah mereka gagal memuktamadkan Anwar sebagai Perdana Menteri PH.


Sejak Prof Ridzuan mengeluarkan kenyataan di atas, seolah-olah beliau sudah digam untuk bercakap lagi sehingga ke hari ini. Tiada lagi kelibat dan komentar beliau di dada akhbar.

MAT SABU DIAM DIRI CADANGAN PAN DIBUBAR, MAT SABU SUDAH DIBELI ?

Posted: 18 Dec 2016 06:17 AM PST

muh1

Penyertaan Parti Pribumi ke dalam Pakatan Harapan telah menyebabkan masalah pembahagian kerusi semakin rumit sehingga menimbulkan cadangan agar PAN dibubar dan diserapkan ke dalam PKR.
Namun cadangan itu dibantah oleh Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang berkata sepatutnya kelima-lima parti pembangkang, DAP, PKR, PPBM, PAN dan PAS perlu duduk semeja untuk berunding soal pembahagian kerusi.
"Dulu kita ada tiga parti, PAS-PKR-DAP. Sekarang ni kita dah ada lima parti, kalaulah dikatakan persefahaman (baru) ini menjadi kenyataan (sebab itu) soal pembahagian kerusi ini tidak boleh (dibahagi) ikut 'status quo' lagi dah.
"Kelima-lima parti ini kena bincang balik, duduk di meja rundingan untuk dibincangkan. Parti Pribumi pun nak bertanding. Kalau PKR, PAS, DAP tak beri kerusi kepada Parti Pribumi akan jadi masalah.
"Sebab itu dalam soal pembahagian kerusi tu kena bincangkan semula supaya biarlah ada situasi menang-menang," katanya.
Sany berkata demikian bagi mengulas cadangan Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin, supaya PAN dibubar dan bergabung dengan PKR untuk mengelakkan berlaku ketegangan dalam soal pengagihan kerusi pada PRU14.
"Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.
"Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.
"Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR," katanya.
Afif yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan orang kepercayaan Azmin Ali.
Bagimanapun cadangan Afif itu dibidas oleh Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution yang disifatkannya sebagai cadangan kurang matang.
Presiden PAN tidak memberi komen, petanda barangkali sudah dibeli ?

Comments (0)