Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Unknown | Posted on 12:13 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO: SAIFUDDIN NASEHAT SRIKANDI PARTI PRIBUMI JANGAN GELOJOH, SAMA-SAMA NIKMATI PUNCAK KEMENANGAN

Posted: 15 Dec 2016 04:30 PM PST


Saifuddin Nasution menasihati Presiden Parti Pribumi, Muhyiddin Yassin agar tidak terlalu gelojoh menuntut kerusi sedangkan parti itu masih baharu berada dalam Pakatan Harapan. Ini bukan adegan seks.
"Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi," katanya.
Pada 13 Disember lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, muafakat kerjasama antara Parti Pribumi dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada partinya.
"Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan PAN) untuk menyumbangkan kerusi.
"Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral," katanya.
Kena sama-sama menang, sama-sama rasa puncak kemenangan.

TUN M DAN MUHYIDDIN BERKRISIS PULA

Posted: 15 Dec 2016 07:58 AM PST


Keputusan Parti Peribumi hanya bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan tanpa menyertai gabungan pembangkang itu sepenuhnya seolah-olah membayangkan terdapat krisis dalaman di antara pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semalam, Parti Peribumi yang diwakili Muhyiddin tidak menyertai Pakatan Harapan sebagai parti kompenan keempat sebaliknya hanya mengikat perjanjian dengan gabungan parti yang diterajui DAP, PKR dan PAN itu semata-mata untuk mendapat kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Tun Mahathir tidak hadir dalam masjlis menandatangani perjanjian di antara Muhyiddin (Peribumi), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Mohamad Sabu (PAN) dan Lim Guan Eng (DAP) itu.
Majlis menandatangani perjanjian di antara Perbumi dengan Pakatan Harapan semalam seumpama menyerupai konsep 'Pakatan Harapan plus' yang pernah diperkatakan sebelum ini.
Pakatan Harapan plus bermaksud hanya bersetuju bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU 14 tanpa terikat sepenuhnya dengan terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani di antara DAP, PKR dan PAN sebelum ini.
Pada 27 November lalu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menafikan Peribumi hanya menuntut parti itu dimasukkan sebagai 'Pakatan Harapan plus', sebaliknya parti itu mahu menjadi kompenan ke-empat PH yang sekarang ini diwakili DAP, PKR dan PAN.
"Saya sendiri mendengar dari mulut Yang berbahagia Tun Mahathir bahawa konsep yang Peribumi mahu adalah bukannya Pakatan Harapan plus.
"Dia (Tun Mahathir) mahu Pakatan Harapan menerima kehadiran Bersatu…Pakatan Harapan akan jadi empat iaitu Amanah (PAN), PKR, DAP dan Bersatu,"kata Salahuddin.
Pada 12 November lalu, Tun Mahathir ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam menafikan dakwaan Muhyiddin tidak bersetuju untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.
"Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan Pakatan Harapan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Dia (Muhyiddin) bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan," katanya.
Walaupun dinafikan Tun Mahathir, namun Muhyiddin yang diberi peluang berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan itu mengumumkan penangguhan Peribumimenyertai Pakatan Harapan.
"Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf," kata Muhyiddin.
Majlis menandatangani kemasukan Peribumi sebagai anggota ke-empat Pakatan Harapan yang sepatutnya menjadi acara kemuncak konvesyen itu telah ditukar dengan acara mengangkat sepanduk 'Bebas Anwar'.
Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan tarikh untuk berbincang dengan pimpinan parti dan pakatan pembangkang mengenai draf perjanjian yang akan ditandatangani.
"Saya minta supaya beri peluang kepada pimpinan Peribumi untuk mengadakan pertemuan kali pertama dengan pimpinan Pakatan Harapan.
"Walaupun saya telah mengadakan perbincangan dengan presiden PKR, tetapi ahli-ahli kita tidak tahu hal ini.
"Jadi wajarlah saya beritahu kepada mereka dan mendapatkan tarikh untuk bersama dengan kepimpinan Pakatan Harapan, selepas itu kita boleh mewujudkan persefahaman," katanya.
Sebelum ini, pernah mendedahkan terdapat pergolakan dalaman di peringkat akar umbi di antara penyokong Tun Mahathir dan Muhyiddin.
Muhyiddin dan orang-orangnya dilaporkan telah menguasai parti dan tidak akur sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pengerusi parti berkenaan, Tun Mahathir.

Comments (0)