Followers

Nuffnang

.

Posted by Unknown | Posted on 3:50 PG | Posted in

sumber :-

.


Perebutan tanah: Bila keadilan tidak tegak maka terbongkar kemungkaran

Posted: 29 Dec 2016 04:30 AM PST

BAHAGIAN (6)

Walaupun isu penjualan senidang tanah di Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas dan pertikaian mengenainya, ia tidak sebesar isu 1MDB dari segi nilainya, tetapi kesan moralnya sama sahaja dengan skandal 1MDB yang memualkan itu.

Nilai skandal 1MDB (dikira wang yang disonglapkan ke dalam akaun presiden Umno Najib Razak ialah RM2.6 billion), sementara nilai tanah yang dipertikai itu hanya sekitar RM 22 juta sahaja. Walaupun begitu ia dianggap besar apabila berlaku dalam parti agama yang pemimpinnya bercakap bersendikan Quran dan Hadith.

Saat para ahli dan pendokong bawahan menganggap parti agama (Pas) lebih mulia daripada parti-parti lain, tidak seharusnya kerja-kerja tidak bermoral atau "penyelewengan" seperti ini berlaku. Disebabkan kepercayaan agama yang tinggi diberikan itu apabila isu ini meletus ia menyebabkan mata orang ramai terutamanya pendokong dan ahli Pas sendiri terbeliak.

Apa yang dikatakan kepada Umno selama ini yang parti itu korup nampaknya sudah membidas juga kepada Pas.

Mengenai angka jumlah nilai skandal itu ada signifikan. Kedua-dua nilai dalam isu ini bermula dengan angka 2. 1MDB 2.6 billion manakala dalam kes tanah itu RM 2 juta lebih.

Adapun senario kedua-dua isu atau kes itu berbeza, namun ia tetap masih berkisar dan dipertiakaikan kerana membabitkan maruah parti dan integriti pemimpinnya.

Di sini saya tidak mahu memperpanjang skandal RM2.6 billion itu tetapi ingin menumpukan kepada isu penjualan dan pertikaian tanah di Rantau Panjang itu sebagai sambungan kepada beberapa posting mengenainya sebelum ini. Posting yang anda baca kini merupakan bahagian ke -5. Bahagian ke - 4 dan sebelum-sebelumnya boleh diikuti dalam blog ini. Boleh skrolkan.

Di bawah ini saya cuplikan catatan atau posting bahagian 4.

http://msomelayu.blogspot.my/2016/09/isu-perebutan-tanah-fatah-hanya-broker.html#more

Posting sebelum ini tidak begitu jelas kedudukannya, terutama dari segi figure (angka) keluasan tanah serta berapakan nilai sebenarnya. Atau siapa-siapa berhak ke atas tanah berkenaan. Dan macam mana ia boleh terjadi?

Dalam bahagian  ke 4, penjelasan salah seorang yang berada dalam kancah pertikaian itu, cuba memberi gambaran sikap tamak atau pun tidak jujur Yang DiPetua Pas Rantau Panjang Abdul Fatah Haron. Fatah digambarkan "khianat" apabila membawa isu penjualan tanah berkenaan ke mahkamah dan membuat injuksi di Mahakamh Tinggi Kota Bharu. Beliau juga mendakwa Fatah tidak ada locus standy kerana ia tidak mengeluarkan wang satu sen pun semasa membeli tanah berkenaan.

Memang tanpa mendapat maklumat sebenar itulah anggapan umum. Ia nampak pengkhiatan daripada bekas ahli Parlimen Rantau Panjang dan juga bekas Adun Bukit Tuku itu. Sebab itu saya berusaha turun ke Kota Bharu minggu lepas untuk hadir di Mahakamah Tinggi mengikut perbicaraan kes pertikaikan tanah ini. Seperti mana dinyatakan saya ingin maklumat dan keterangan jelas bagi mengelakkan ada orang tidak berdosa "tergodam" dengan ulasan dan laporan saya.

Saya tidak ada apa-apa kepentingan melainkan ingin memberi gambaran apa sebenar berlaku untuk mengelakkan berlaku salah tanggap dan fitnah. Yang penting apa diharapkan bukan sahaja maruah tetap hak parti itu juga dijamin.

Dalam pada itu ada juga mengatakan saya sengaja memperbesrkan isu kerana kepentingan tertentu. Sama ada tuduhan itu benar atau tidak penjengok bola nilai sendiri setiap apa yang saya tulis dan isu yang saya angkat dalam blog ini. Mereka yang wala' dengan Pas dan menerima pemimpin Pas maksum, sukar mempercayainya.

Alhamdulilah, apa yang saya hajati berhasil. Saya mendapat penjelasan berkaitan isu ini dengan jelas berserta dengan beberapa dokumen. Ada beberapa maklum yang diperolehi menunjukkan bukti jelas berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa. Saya tidak bercadang untuk mendedahkan segala maklumat itu di sini buat masa ini.

Cuma agak kecewa sedikit ketiga-tiga yang terlibat dalam pertikaian itu tidak semua hadir. Yang hadir hanya Abdul Fatah sebagai plantif. Abdul Halim Abdul Rahman dan Mustapa Ali sebagai defenden tidak hadir. Halim dikatakan waktu ini uzur, cakap pun tidak berapa "bbutir".

Sepihak lagi sebagai defenden yakitu anak-anak dan menantu Allahyarham Wan Othman yang diwarisi saham berkaitan tanah itu hadir.

Apabila saya mendapat penjelasan dan bercakap sendiri dengan Abdul Fatah, saya menperolehi cerita sebenar berhubung isu tanah berkenaan. Ternyata daripada penjelasan Fatah, ada beberapa maklumat atau tanggapan salah mengenai isu itu sebelum ini terutamanya mengenai dirinya. Hal ini dijelaskan dengan dokumen.

Yang dapat disimpulkan di sini, tindakan Fatah membawa perkara itu ke mahkamah bukan atas dasar tamak jauh sekali untuk mengkhianti parti, sebaliknya untuk mendapatkan keadilan ke atas haknya. Dari sudut lain seperti mana dijangka sebelum ini tindakan Fatah itu juga sebagai membela hak partinya sendiri yang juga mempunyai saham ke atas hartanah berkenaan. Dalam kes ini parti agama Kelantan sepatut memberi sokongan moral kepada tindakan Fatah itu.

Ahmad Yakob wajar campur.
Sebenarnya ahli Pas patut berterima kasih atas keberanian dan ketelusan Abdul Fatah membawa isu penjualan tanah di Rantau Panjang yang menjadi pertikaikan itu ke mahkamah kerana ia membuka banyak rahsia yang sebelum ini tertusuk kemas. Perbicaraan kes itu nanti akan mendedahkan tembelang sebenar sikap hipokrasi pemimpin Pas.

Sekiranya tiada tindak Fatah itu mungkin rahsia sebenar di sebalik isu tanah itu tidak akan terdedah. Kata mulanya Fatah yang berhak ke atas tanah itu tidak mahu perpanjangkan sehingga mahkamah. Beliau mahu ia diselesaikan dengan baik tanpa mengusik parti. Namun kerana kedegilan defenden untuk menyelesai secara baik, beliau tidak ada pilihan melainkan mendapat keadilan mahkamah untuk mendapat keadilan.

Isu pertikaikan yang boleh membarahkan parti itu sebenarnya boleh selesai kalau ada campur tangan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Peliknya kenapa parti agama Kelantan tidak ikut campur tangan. Ahmad Yakob sebagai Pesuruhjaya sepatutnya memanggil kesemua pihak terlibat dan minta diselesaikan secara baik bagi mengelakkan kohong parti terdedah.

Ketidakpedulian Ahmad ini sekali lagi menunjukkan kelemahan kepimpinannya. Beliau tidak boleh melepas tangan kerana pembelian tanah dipertikai itu membabitkan wang parti itu. Ini bererti wang ahli seluruhnya. Mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan orang akan berasakan Ahmad tidak tahu beperanan dan bertanggungjawab kepada parti. 

Apakah beliau juga dibabitkan sama. Tunggu bahagian seterusnya. Apa yang menarik dalam bahagian akan datang penjualan sebahagian tanah itu seluas 80 ekar kepada Kelkon Sdn Bhd, anak syarikat SEDE seakan ada konflit intres dan menyalahgunakan kuasa. Katanya hasil julan itu digunakan untuk belanja pilihan raya tahun 2008. Berapa nilainya? [wm.kl.8:29 pm 29/12/16]

Comments (0)