Followers

Nuffnang

bERANIKAN hATI

Posted by Unknown | Posted on 4:19 PTG | Posted in

sumber :-

bERANIKAN hATI


KERAJAAN SELANGOR BIARKAN RAKYAT TAK BASUH BERAK

Posted: 20 Dec 2016 09:01 PM PST




Kerajaan Selangor sengaja membiarkan rakyat hadapi masalah terencat bekalan air bagi timbulkan tidak puas hati kepada agensi tertentu. Sebelum ini saya dah menulis didalam 'Kerajaan Selangor Berlepas Tangan Masalah Gangguan Air' (Klik Sini).

Kerajaan negeri sepatutnya mengetahui keadaan yang akan dialami terlebih awal, bahkan dinyatakan 3 bulan sebelum masalah ini berlaku. Tetapi kenapakah tidak ada persediaan awal dan tindakan wajar diambil bagi mengatasinya? Jawapan mudahnya adalah bagi tujuan mempolitikkan keadaan ini.

Sebelum PRU lalu pembangkang berjanji akan memberikan air percuma kepada rakyat Selangor, maka pengundi-pengundi yang terpengaruh dengan 'janji syaitan' itupun memberikan undi mereka dengan memilih pembangkang. Apa yang berlaku setelah memerintah adalah sebaliknya. 

Bukan setakat janji air percuma tidak ditepati, bahkan kerajaan Selangor juga seakan membiarkan dan menyeksa rakyatnya dengan membiarkan mereka dalam keadaan tidak berair, bahkan untuk membasuh berakpun rakyat Selangor tidak lagi berupaya.



'STOCKPILE' BAUKSIT TIDAK SUSUT, MORATORIUM AKAN DILANJUTKAN

Posted: 20 Dec 2016 05:54 PM PST

YB Andansura buat apa di sini ?


Moratorium perlombongan bauksit sudah ditangguhkan untuk kali ke-3nya, dan kali ini masih berbaki dua minggu lagi. Bagaimanapun masih terdapat banyak lagi longgokannya di kawasan penyimpanan (stockpile).

Moratorium bertujuan menghentikan sebarang kerja-kerja perlombongan dan dalam masa sama 'mengosongkan' 'stockpile' yang dengan cara mengekspotnya supaya aktiviti perlombongan baharu dan kaedah-kaedah pengangkutan dapat dijalankan semula dengan lebih terurus.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merakamkan kekesalannya apabila dalam tempoh yang ditentukan bauksit yang ada di 'stockpile' sudahpun di eksport namun bakinya masih seakan tidak pernah berkurangan. Maksudnya perlombongan secara haram masih diteruskan. Sudah pastilah sekali lagi tempoh moratorium akan dilanjutkan lagi. Persoalannya; siapakah yang mendapat keuntungan dari keadaan ini?

"Melihat situasi seperti ini, saya percaya kerajaan persekutuan akan melanjutkan tempoh itu sehingga tiga bulan lagi," kata YB Andansura, Adun Beserah. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui berkhatan beramai-ramai di Balok Makmur baru-baru ini.


Comments (0)