Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Unknown | Posted on 12:30 PG | Posted in

sumber :-

Belantan


Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

Posted: 10 Dec 2016 03:22 AM PST

pc-10-of-15

SHAH ALAM, 8 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena sambutan Hari Keputeraan baginda ke-71.
Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini dengan disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Majlis isitiadat turut disaksikan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, anggota kerabat Diraja Selangor, barisan Exco Negeri dan dif kehormat lain.
Air Doa Selamat itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.
Sultan Selangor bakal menyambut Hari Keputeraan ke-71, pada 11 Disember ini (Ahad).

Suara Politik
Belantan

Comments (0)