Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:28 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Tolak DAP, China Masa Depan Kita?.. Apa Ni?

Posted: 03 Dec 2016 04:00 AM PST


Dalam Ucapan Dasar PAU atau Perhimpunan Bodek Najib, Najib memberitahu bahawa rakyat di negara ini hanya ada dua pilihan sama ada Umno atau DAP untuk memerintah Malaysia.


Bila dah Najib kata macam tu maka Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang telah ditolak oleh rakyat tapi diselamatkan oleh Najib pun menyokonglah demi periuk nasi dia..

Katanya rakyat negara ini mempunyai pilihan sama ada mahu ditadbir Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi berasaskan semangat perpaduan pelbagai kaum atau pembangkang yang hanya dikuasai kaum tertentu.

Dan disambut pula oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang ada 2 pilihan iaitu Umno dan DAP.

"Pada pilihan raya umum akan datang, pengundi akan dihidangkan dengan dua pilihan, sama ada Umno diketuai BN atau Pakatan Harapan pimpinan DAP.

"Ini adalah realiti yang dihadapi oleh pengundi seperti diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya..

Tak payah tulis banyak-banyak lah.. aku yakin semua faham kenyataan dari pemimpin UMNO itu hanyalah untuk menakut-nakutkan Melayu..

Tapi strategi tu dah tak berapa laku sekarang ni sebab kebanyakkan rakyat yang celik politik dan faham makna demokrasi..

Tapi yang lawaknya dalam pemimpin UMNO itu sendiri bersungguh-sungguh mengajak rakyat untuk menolak DAP yang didominasi oleh kaum Cina itu.. perwakilan UMNO pulak boleh kata China masa depan kita..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Seorang Perwakilan Umno hari ini menggesa orang Melayu meningkatkan kemahiran mereka untuk kerjasama yang lebih rapat dengan China.

Ketua Wanita Umno Pasir Salak Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata salah satu kemahiran itu ialah mempelajari bahasa Cina yang mungkin sukar tetapi sangat memberi manfaat.

"Seperti batu jed yang tidak berguna jika tidak digilap, seseorang itu berguna hanya jika dia berilmu.

"China adalah masa depan jadi kita kena dekatkan diri dengan China. Perlu belajar bahasa Cina, (ia) sukar tetapi ini demi ilmu dan masa depan," katanya ketika membahaskan usul berkenaan agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.

Katanya, hubungan baik dengan negara itu akan memberikan peluang kepada rakyat menunjukkan kebolehan dan produk mereka memandangkan China kini menjadi salah satu pasaran dagang terbesar di dunia.

"Misalnya pelabur China perlukan jurutera dalam bidang tertentu, tentunya mereka akan ambil anak tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Kita selalu lihat iklan pekerjaan yang tertulis 'hanya untuk yang boleh berbahasa Mandarin. Jika betul majikan mencari pekerja seumpama itu, marilah kita sahut cabaran dan ramaikan anak Melayu yang boleh berbahasa Mandarin," katanya.

Wan Norashikin juga menggesa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang mampu "berfikir di luar kotak" untuk menyahut cabaran globalisasi.

Beliau berkata walaupun ada ramai graduan hari ini, kebanyakan masih gagal mendapatkan pekerjaan.

"Maka Umno Perak sarankan kementerian pantau universiti agar kursus sentiasa relevan dengan keadaan semasa serta tambah kolej vokasional. Malah setiap kawasan Parlimen kena ada kolej vokasional," katanya lapor FMT

Video berkaitan..



Ha.. ha.. ha... nampak sangat hipokritnya UMNO ni..


Betullah Bagai Dikata PAU Kali Ni Hanyalah Untuk Bodek Najib.. 4 Isu Kritikal Ni Langsung Tak Disentuh..

Posted: 03 Dec 2016 12:00 AM PST


Pilihan raya umum yang akan datang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Umno dan pembangkang.


Umno yang akan menggunakan senjata perkauman bagi mewujudkan ketakutan di kalangan pengundi manakala pembangkang dengan tema 'harapan baru' untuk masa hadapan negara, mewakili aspirasi 99 peratus rakyat terbanyak di Malaysia.

Mencermati intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, terdapat 3 tema yang diketengahkan:

• Pertama, wala' (kesetiaan) kepada presiden Umno dan perdana menteri adalah perkara terpenting mengatasi segalanya. Dengan erti kata lain, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal adalah pengkhianat parti.

• Kedua, pilihan raya umum akan datang adalah tentang membuat pilihan antara kerajaan yang bakal diterajui oleh Umno atau DAP. Dalam hal ini, Umno akan bermati-matian menentang DAP bagi mempertahankan orang Melayu.

• Ketiga, PAS adalah rakan Umno.

Skrip ini tidaklah terlalu sukar difahami. Najib menyemai rasa takut di kalangan rakyat terhadap DAP dan bukan Melayu untuk menyeru ahli-ahli Umno berjuang bersama beliau sepertimana ungkapan yang dilaungkan dalam PAU; "Kami berjanji akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa kami ditukar ganti!"

4 ISU KRITIKAL

Namun, Najib terus mengelak dari menyentuh empat isu kritikal sedang melanda negara dan menjerut rakyat: GST, 1MDB, kejatuhan nilai matawang ringgit dan peningkatan kos sara hidup.

Apabila pendapatan rakyat tidak meningkat, GST akan memberi kesan terhadap pendapatan bolehguna mereka. Skandal 1MDB pula menghakis keyakinan luar terhadap ekonomi Malaysia dan institusi-institusinya, bahkan turut memberi kesan terhadap nilai tukaran matawang. Peningkatan kos sara hidup pula antaranya berpunca dari penarikan subsidi, kejatuhan ringgit dan perlaksanaan cukai GST.

Apabila pendapatan bolehguna rakyat menguncup, keyakinan mereka untuk berbelanja turut sama menguncup. Ini memberi kesan negatif kepada perniagaan/bisnes. Sekiranya keadaan ini berlarutan, tidak mustahil Malaysia bakal berhadapan krisis lebih parah yang sukar dipulihkan lagi.

Rakyat Malaysia terbanyak - iaitu kelompok 99 peratus - adalah kelompok yang bakal menerima kesan langsung dari kelemahan urustadbir ekonomi dan pentadbiran negara pimpinan Perdana Menteri Najib. Pun begitu, beliau hingga kini masih terus membisu. Lebih dari itu, beliau memainkan sentimen perkauman sempit sebagai senjata bagi mengekalkan survival kuasanya.

Kita tidak perlu terkejut, bahkan kita mesti bersiap sedia dengan kemungkinan lebih buruk lagi. Agenda perkauman sempit ini bakal dimainkan oleh kerajaan Najib menuju hari-hari mendatang menjelang pilihan raya.

Kepada seluruh rakyat yang tidak mahu Malaysia terus dicengkam oleh kleptokrat Najib, termasuklah ahli-ahli Umno yang tidak bersetuju dengan Najib, kita perlu bergerak dari sekarang untuk memastikan pilihan raya yang akan datang adalah bebas dari muslihat agenda perkauman sempit ini.

Pilihan raya umum ke-14 bukan perlawanan untuk memilih kerajaan yang bakal diterajui Umno atau DAP, jauh sekali perlawanan antara Melayu dan Cina tetapi perlawanan sebenar adalah antara minoriti 1 peratus Najib dan kroninya dengan 99 peratus rakyat Malaysia yang mengimpikan masa hadapan negara yang lebih cerah.


Demi menyelamatkan negara, demi generasi masa hadapan, demi melawan ketakutan untuk Malaysia yang lebih gagah, tiada pilihan lain melainkan kita - kelompok 99 peratus - perlu bangkit segera!

LIEW CHIN TONG

KJ Dan Pemuda Umno Pengkhianat Negara Sebenar, Kata Ezam

Posted: 02 Dec 2016 09:56 PM PST


Pengkhianat negara sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Khairy Jamaludin dan Pemuda Umno, kata Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin Pemuda Umno.


Ezam yang kini meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertikaikan di mana Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ apabila pemuda Cina yang bernama Jho Low menyapu duit berpuluh bilion dari rakyat.

"Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion, mana KJ dan Pemuda Umno yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

"Malu lah kepada pemuda-pemuda Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta Polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Mana pemuda Umno Melayu?" tanya bekas ketua pemuda Parti Keadilan Nasional kini PKR itu.

Bagi Ezam yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi timbalan perdana menteri itu, sebagai pemuda Melayu yang pernah belajar di Universiti Oxford, KJ sepatutnta faham apa yang berlaku dalam kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura.

"KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

"KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang.

"Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan," kata Ezam, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan. Jika ini pemikiran KJ dan Pemuda Umno, kata Ezam,

"Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita."

"Bila seorang negarawan tua umur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara anak-anak muda dalam Pemuda Umno ini panggil dia pengkhianat?

"Kamu biarkan seorg pemuda Cina Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita, kamu jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya.

"Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup.

"Kalau bukan pengkhianat apa lagi nama sesuai kamu wahai pemuda Umno?" kata Ezam dalam kenyataannya lapor MalaysiaDateline


Comments (0)