Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:18 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Selepas Bertuala Di SUK, Jamal Berjubah Pula Serbu Pusat Judi..

Posted: 29 Dec 2016 04:13 AM PST


Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas, di sini, sebentar tadi.

Serbuan dibuat jam 3.45 petang ke atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1, bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai terkejut dengan serbuan dilakukan itu.

Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.

"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya.




Bagaimanapun menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat,tindakan Jamal itu melanggar undang-undang ditetapkan iaitu melakukan pencerobohan ke atas sesuatu tempat.

"Jika pemilik sesebuah premis membuat laporan, Datuk Seri Jamal boleh dikenakan tindakan atas kesalahan berkenaan. "Dia mungkin mempunyai niat yang baik untuk mendedahkan kegiatan judi dan maksiat serta pusat hiburan haram sekitar Selangor, namun gunakanlah saluran yang betul," katanya.

Laporan penuh bacalah di SINI

Amboi! Jauhnya Jamil Khir Pi Minum Teh..

Posted: 29 Dec 2016 12:46 AM PST


Sebagaimana yang tersebar dalam grup whatsapp dan media sosial, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom dilaporkan hadir dalam satu program "sessi teh tarik Akta 355" di Malaysia Hall, London pada 27 Disember, baru-baru ini.

Turut diajak "ngeteh" bersama dingin salji di kota London itu ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat dan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura parti Islam itu.

Mengapa sampai ke London membawa perbincangan Akta 355?

Apa kaitannya orang-orang Melayu di London dengan akta 355?

Malangnya, bersama gambar-gambar yang turut tersebar, khabarnya "sessi teh tarik" di kota London itu hanya mencatat jumlah kehadiran yang kecil saja.

Kenapa tidak pernah diadakan "sessi teh tarik" membincangkan akta yang sama di dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir sendiri?



Adakah semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak perlu diadakan sessi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak sesedap teh tarik di kota London?

Lagi persoalan yang dibangkitkan sila lihat di SINI

Skandal Air Sabah: Tiga Dituduh Seleweng RM3.3 Billion..

Posted: 28 Dec 2016 10:00 PM PST


Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.

Ketiga-tiga tertuduh diiringi oleh sepasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.20 pagi untuk di bawa ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkenaan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan bekas pengarah berumur 54 tahun dan timbalannya yang berusia 51 tahun di pejabat mereka selain akauntan berusia 50 tahun dan individu bergelar Datuk berusia 55 tahun yang juga abang kepada Timbalan Pengarah terbabit.

Pengarah dan timbalannya didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek pembinaan infrastruktur asas berkaitan air bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 kepada adik-beradik mereka.

Berikutan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM52.2 juta dengan masing-masing RM45 juta daripada pengarah dan RM7.2 juta lagi daripada timbalannya.

Semua wang terbabit ditemui disembunyikan dalam rumah, pejabat dan kereta milik suspek.

Selain itu, SPRM turut merampas, menyita dan membekukan harta lain milik suspek termasuk sembilan kenderaan mewah, geran tanah (127 keping), beg tangan mewah (98) dan barang kemas (14 kilogram), sejumlah jam tangan mewah serta wang dalam akaun suspek bernilai RM62 juta lapor Harian Metro



Harian Metro juga melaporkan semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001... bacalah laporannya di SINI

Jamal Dapat Berapa AP?.. Dan Kenapa Jamal Dapat AP?

Posted: 28 Dec 2016 08:50 PM PST


Selepas Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan tindakan merobohkan hotel miliknya di Sekinchan sebagai sikap pilih kasih kerajaan Selangor, seorang pemimpin DAP menuntut ketua Umno Sungai Besar itu mendedahkan bilangan lesen import (AP) kereta yang diterimanya.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng semalam mendakwa syarikat kenderaan Jamal diberikan AP, lesen dibekalkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan yang membolehkan kenderaan persendirian dan komersil diimport.

"Apa istimewanya Jamal sehingga mendapat layanan khas daripada kerajaan dalam hal AP?" soal Lim, yang mahu kerajaan menjelaskan pemberian AP kepada Jamal.

Jamal yang aktif menceburi pelbagai jenis perniagaan dipercayai pemilik sebuah syarikat kenderaan di Kuala Lumpur.

Minggu lalu, Sekin Fishermen Village Hotel & Resort miliknya dirobohkan penguatkuasa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), selepas dikenakan notis amaran di bawah Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.

Jamal menuduh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali berdendam terhadapnya disebabkan "protes tuala" yang dilakukannya di luar Bangunan SUK di Shah Alam bagi menunjukkan rasa tidak puas hati pemotongan bekalan air di Lembah Klang.

Beliau turut dilapor mempersoalkan apa yang didakwanya sikap pilih kasih dalam layanan kerajaan negeri yang memberikan lesen niaga kepada "anak dara", dipercayai merujuk pengusaha nasi lemak, Siti Hajjar Ahmad yang menerima pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajet 2017 Oktober lalu.

Lim berkata Siti Hajjar yang terkenal dengan "Nasi Lemak Anak Dara" itu diberi lesen kerana mematuhi syarat pihak berkuasa.

"Saya ingin ingatkan beliau bahawa resort tersebut adalah sebuah perusahaan tidak sah di sisi undang-undang, di mana Jamal sebagai pemiliknya telah melanggar arahan pihak berkuasa tempatan berkali-kali.

"Berbeza dengan Siti Hajjar yang menerima borang permohonan lesen niaga ketika lawatan menteri besar ke gerainya. Kelulusan diberikan setelah mematuhi syarat-syarat yang dikenakan," katanya lapor FMT



Comments (0)