Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:35 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


MAIJ Janji Akan Teliti Bukti Skandal Seks Bekas Pemimpin UMNO?

Posted: 27 Dec 2016 01:26 AM PST


Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dikatakan berjanji akan meneliti 'bukti' berkaitan dakwaan skandal seks bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah berkata pihaknya sudah pun menerima surat daripada majlis itu menyatakan komitmen mereka.

"Menurut surat tersebut pihak MAIJ akan memperhalusi dan meneliti semua dokumen bukti laporan untuk tindakan selanjutnya berdasarkan laporan yang telah dikemukan oleh pihak JMM kepada MAIJ," katanya dalam kenyataan.

JMM juga melaporkan dakwaan sama kepada Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) pada 16 November lalu.

Kes itu membabitkan akuan bersumpah (SD) bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya Nika Gee Siew Yee.

Stanley dan isterinya membubarkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, September lalu.

Muhyiddin pada 1 September lalu berkata dakwaan kecurangannya dengan isteri orang itu membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu boleh bergantung kepada "cerita seks" untuk mempertahankan perdana menteri.

Muhyiddin juga berkata pendukung Najib bankrap idea dengan membawa cerita seks "yang biasanya mereka yang berpemikiran seumpama itu mampu lakukan." lapor Malaysiakini



EXCO Bebal! Kata Perakam Video Limpahan Air Cameron Highlands

Posted: 26 Dec 2016 09:01 PM PST


Individu yang mengaku merakam video limpahan air deras dari lereng bukit di Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi tular, 25 Disember lalu tampil mengecam pihak berkuasa yang menafikan insiden tersebut.

Pengguna Facebook, Nazrul Aznan Mohd Kadri menyifatkan Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin sebagai bebal apabila menidakkan kejadian tersebut.

Terdahulu, Zainol dilapor Harian Metro berkata, kejadian itu tidak berlaku seperti yang dimaklumkan JKR Perak.

"Exco bebal ni. Kena tunggu ahli keluarga dia kena (musibah) baru nak betul kot. Tu pasal aku cakap dulu pemimpin Malaysia elok bom je rakyat. Pasal kalau hidup ramai-ramai ni menyusahkan dia orang je," bidas Nazrul.

Tinjauan Malaysia Dateline mendapati, Harian Metro menarik semula berita berkenaan bertajuk "Rakaman recyle", 26 Disember lalu itu.

Walau bagaimanapun, Bernama melaporkan penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pula ketika dihubungi lewat malam, 25 Disember lalu.

Bahkan, Shahidan mendakwa insiden berkenaan berlaku pada 2014.

Tidak cukup itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Lt Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji turut menafikan kejadian limpahan air itu.

Beliau mendakwa pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya, polis serta bomba tidak menerima laporan mengenai kejadian tersebut. Sementara itu, beberapa insiden tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata berlaku ekoran hujan lebat lapor MalaysiaDateline



Comments (0)