Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:20 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Jamal Dakwa Azmin Balas Dendam, Roboh Hotelnya Yang Tak Ada Lesen?

Posted: 21 Dec 2016 11:35 PM PST


Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghantar notis perintah tutup Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dan serta-merta merobohkan premis milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus hari ini.

Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.

Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.

Jamal ketika dihubungi mengesahkan menerima notis itu dan akan mengadakan sidang medianya esok jam 3 petang untuk menerangkan butiran lanjut mengenai penyitaan MDSB di premis perniagaannya yang dibuka sejak lima tahun lalu.

Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas 25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.

Beliau tidak menolak kemungkinan notis dihantar MDSB ini dilaksanakan ekoran tindakannya membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkaitan isu air di negeri itu.

Jamal semalam hadir di SUK Shah Alam hanya bertuala sambil membawa berus gigi, shampoo dan sabun untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar tetapi hajatnya itu dihalang di pintu masuk bangunan SUK.

Jamal turut memaklumkan kerja meroboh premis perniagaannya oleh MDSB sedang dilakukan itu dakwanya atas arahan menteri besar.

"Pagi tadi hantar notis petang ni dirobohkan. Ini adalah tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.

"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah ketiadaan air," ujarnya.

Malah dakwa Jamal pula semua syarat dan bayaran telah dibuatnya kepada MDSB sebaliknya beliau berkata surat dan semua dokumen tersebut tidak benar sama sekali.

" Lesen sudah dimohon lima tahun. Semua syarat dan bayaran telah dibuat tetapi lesen tidak diberi oleh MDSB," ujarnya lapor MalaysiaDateline



Aksi Jamal Yunos Bertuala Di Pejabat SUK, Disindir Siti Nurhaliza

Posted: 21 Dec 2016 08:43 PM PST


Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengkritik sikap ketua kumpulan Baju Merah yang bertuala ketika berdemonstrasi di bangunan pentadbiran Selangor semalam.

Menerusi Instagram, penyanyi terkenal itu berkongsi foto Datuk Jamal Yunos yang hanya bertuala putih di pinggang dan bahu.

"Jangan jadi macam Jamal ya? 👎👎👎#kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

"Jamal sudah empat hari tidak mandi. Minta jasa baik menteri besar tumpang mandi di pejabat SUK #LOL," coret Siti dengan berseloroh.

Foto yang dimuat naik Siti itu mendapat 12,000 tanda "suka" dan lebih 1,000 ulasan.

Jamal membawa peralatan mandi lain seperti gayung, sabun dan berus gigi sebagai membantah kerajaan negeri di Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, juga dikenali pejabat setiausaha kerajaan (SUK), di Shah Alam susulan masalah air di negeri ini.

"Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah," kata ketua Umno bahagian itu seperti dilaporkan.

"Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo Baju Merah ataupun bawa senjata. Jika tidak boleh [mandi] di pejabat menteri besar, di tingkat bawah pun jadilah."

Masalah terbaru bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur berpunca daripada penyelenggaraan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) lapor MMO



Comments (0)