Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:33 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Video Jamal Di Bilik Air Dikutuk Netizen

Posted: 20 Dec 2016 04:00 AM PST


Tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memuat naik status dan video di laman facebooknya yang memaparkan beliau berada di dalam bilik air sambil menyalahkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali kerana ketiadaan air di negeri itu sejak dua hari lalu dikutuk netizen.

Video berdurasi 34 saat itu menunjukkan Jamal tanpa berbaju sedang berada dalam sebuah bilik air berkata:" Nak keluar pagi mandi pun tak boleh,air pun takda...gampang menteri besar selangor Azmin Ali, mangkuk ayun betul..selalu macam ni..pagi tak mandi...pagi tak mandi," ujarnya.

Video yang dimuat naik sejam lalu itu juga mendapat kecaman netizen seolah-olah beliau tidak sedia maklum akan hal tersebut, antaranya menyindir beliau kerana menyalahkan menteri besar terhadap krisis air yang bermula sejak 19- 24 Disember ini berikutan kerja penyelenggaraan di lakukan TNB .

Netizen Ali Adriano berkata," jangan tunjuk tak pergi sekolah, buat malu orang kampung jer...dah bagi tahu lama dah akan datang tak ada air beberapa hari," ujarnya.

Bagi Muhammad Sollehin Mohd Shah berkata;" Aiikk...bilik air punya lawa, rumah punya mewah takkan tak ada tangki air besar, takan tak simpan sumber air. Pelik."

Bagi Rosfaz Qhafiq Qurr pula berkata:" kalau bising-bising jangan guna air Selangor...ko sambung paip dari Pekan terus ke rumah ko," ujarnya.

Manakala ramai lagi netizen yang menghamburkan kata-kata kesat kepada Jamal yang juga Presiden Gabungan NGO Melayu Malaysia ini.

Difahamkan juga ekoran ketiadaan bekalan air dalam tempoh enam hari, Jamal akan mengadakan sidang medianya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam berkaitan isu air di Selangor jam 9.30 pagi esok.

Semalam dilaporkan hampir 3.9 juta pengguna akan berhadapan dengan bekalan air terputus susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.

Ia sekali gus menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.

Gangguan air dijangka berlaku sehingga ambang sambutan Krismas, 24 Disember ini.

bagaimanapun respon terhadap TNB ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali mahu tempoh gangguan bekalan air di beberapa bahagian di Lembah Klang berakhir lebih awal daripada jangkaan enam hari.

Beliau berkata mesyuarat bersama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan diadakan bagi meneliti bagaimana untuk mempercepatkan kerja-kerja senggaraan di pencawang masuk utama (PMU) Bukit Badong lapor MalaysiaDateline



Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia Kecam Lawatan Hadi Ke Iran

Posted: 19 Dec 2016 10:30 PM PST


Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menafikan lawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran sebagai mewakili pertubuhan itu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pertubuhan hari ini, pihak Kesatuan Ulama terkejut dengan lawatan Abdul Hadi yang memegang jawatan Naib Presiden pertubuhan itu yang tidak kena pada masa dan tempat.

"Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia terkejut dengan pemilihan waktu lawatan ini, ketika mana Iran telah memainkan peranan jahatnya dalam membunuh saudara kita khususnya di Aleppo dan di Syria amnya, dan juga penglibatan Iran di Iraq dan Yaman," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, pemergian Hadi Awang itu atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (dilantik oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusof Qaradawi) supaya dapat mengurangkan tekanan ke atas Ahli Sunnah yang berada di negara berkenaan dan ia tidak bercanggah dengan pandangan Sheikh Al-Qaradawi.

Dalam kenyataan sama, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata, pihaknya tidak dapat menerima lawatan itu dilakukan atas nama pertubuhan kecuali dilakukan atas nama individu sendiri.

"Ia dianggap tidak boleh diterima dilakukan oleh pimpinan pertubuhan ini, kecuali dilakukan atas kapasiti individu.

"Diharap agar Abdul Hadi dapat menilai semula lawatan ini yang langsung tak dapat diterima, sama ada pada masanya dan tempatnya.

"Kesatuan Ulama berusaha ke arah kesatuan umat Islam tetapi mengambil pendirian jelas menentang sikap yang diambil Iran.

"Pada masa sama kita tidak melupakan peristiwa pedih yang menimpa umat Islam, pertumpahan darah di Aleppo, jutaan terbunuh, cedera dan ditangkap di kalangan warga Syria di semua tempat," katanya lapor IsmaWeb

Ini terjemahan kenyataannya..

"Kesatuan Ulama Islam se-Dunia mengutuk ziarah TG Hadi ke Iran : 
Kesatuan Ulama Islam se-Dunia -yang diwakili pengerusinya al-'Allamah Dr Yusuf al Qaradhawi dan setiausaha agung Dr Ali al Qaradaghi- dengan keras mengutuk tindakan ziarah Syeikh Abdul Hadi Awang-Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden Parti Islam Malaysia- ke Iran baru-baru ini. 
Kesatuan Ulama Islam Sedunia juga terkejut dengan tarikh ziarah ini diadakan, di masa yang mana Iran menjalankan jenayahnya yang sangat kejam membunuh Ummat kita di Aleppo secara khusus, dan Syria umumnya, tambahan dengan peranan(hegemoni)nya dan kerakusannya di negara-negara kita seperti di Iraq dan Yaman.

Dalam KUIS mengutuk ziarah ini, yang dilakukan pada waktu ini (waktu perang Syiah-Sunni), yang mana ia dikira sebagai ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalamnya(KUIS), dan (yang mana ziarah itu) tidak dikira (sebagai wakil KUIS) tetapi atas kapasiti peribadi sahaja, dalam masa ini KUIS menunggu daripada Syeikh Abdul Hadi Awang untuk menarik diri daripada ziarah yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak pada masanya dan tidak juga pada tempatnya! 
Dalam usaha KUIS menyatukan Ummat Islam, KUIS juga mengambil pendirian yang jelas menentang kerakusan projek sektarianisma(Syiah) Iran, dan tidak melupakan musibah yang dilalui oleh Ummat kita, dan penumpahan darah yang mengalir di Aleppo, dan jutaan rakyat Syria yang terbunuh, tercedera, ditawan, dan kehilangan rumah di Syria keseluruhan."

Kenyataan tersebut boleh dilihat di SINI

Kenyataannya secara terbuka mungkin bagi menjawab kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat ni kot.. tengok perenggan No. 5



Sekali serban dililit...

Budak Sekolah Pun Tolak Najib - Kaji Selidik Ibrahim Ali

Posted: 19 Dec 2016 08:48 PM PST


Barisan Nasional (BN) tetap akan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang sekali gus mengekalkan kuasa sebagai pemerintah meskipun ada yang mendakwa negara kini berdepan dengan krisis keyakinan rakyat semakin kronik.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana terlalu banyak faktor yang membantu kemenangan BN.

"Melalui kaji selidik yang dibuat 90 peratus rakyat tolak Najib, semua tolak Najib, budak sekolah pun tolak Najib.

"Tapi dia kata BN tak akan kalah. Pelik tak?

"Sebab pilihan raya ini saya nak bagi tahu bukan semata-mata isu, bila datang pilihan raya ia banyak sebab seperti jentera pilihan raya, cara kempen di mana untungnya BN dia menguasai media dan kerajaan, polis dan tentera ikut dia (BN) dan pengundi di Malaysia ini pula berterabur dengan macam-macam latar belakang geografi," kata Ibrahim dalam wawancara bersama Malaysiakini di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.

Ibrahim berkata demikian mengulas apakah BN mampu bertahan dan terus kekal berkuasa pada PRU akan datang dengan krisis keyakinan rakyat yang semakin kronik hari ini.

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin kelmarin dilapor sebagai berkata kerajaan perlu segera menangani ketidak yakinan rakyat kerana ia sudah berada pada tahap kronik.

Kata Tun Daim, krisis tersebut perlu diatasi segera kerana tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, amat sukar bagi kerajaan menyelesaikan masalah lain terutama yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata apa yang dinyatakan itu benar tapi untuk rakyat tidak memilih BN dan mengundi pembangkang tidak akan berlaku.

"Memang ada krisis, krisis keyakinan rakyat yang Tun Daim cakap ini menyebabkan rakyat betul-betul menolak BN.

"Kalau orang tak sokong BN sebab harga barang naik, 1MDB atau krisislah, ia betul. Tetapi pada masa yang sama walaupun ada yang tak puas hati semua ini (krisis) dia tidak sanggup lagi undi pembangkang kerana mereka pun berkecamuk," kata Ibrahim.

Tambah, Ibrahim yang juga bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu kemenangan BN juga turut dibantu pengundi luar bandar yang merupakan deposit tetap BN.

"Pengundi di Kelantan dan Johor lain, daripada 122 kerusi BN sekarang ini yang pasti BN menang 122 dan masih kerajaan lagi.

"Sebab macam kerusi-kerusi Felda, luar bandar yang ada kerusi Melayu yang masih berharap kepada kerajaan. Ini Najib pandai, RM200, RM300, RM500 untuk pekebun getah, untuk nelayan.

"Sebab itu pada pilihan raya undi boleh lari lagi 5 peratus," tambah Ibrahim lapor Malaysiakini



Comments (0)