Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


UMNO Kalah Melayu Kembali Dijajah?.. Takutnya Aku..

Posted: 01 Dec 2016 11:33 PM PST


Seorang perwakilan Wanita Umno semalam menyifatkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai 'bapa pilihan raya' yang akan menentukan masa depan Umno, yang jika diambil ringan boleh menjurus kepada 'kiamat politik Melayu'.


Justeru itu, Ketua Wanita Umno Ledang Khairin Nisa' Ismail mahu mentality menang dipahatkan dalam sanubari setiap anggota pergerakan itu kerana segala jasa selama pemerintahan Umno sudah tentu memberi kesan mendalam kepada rakyat.

Namun, katanya, Wanita Umno tidak boleh 'terlebih yakin' kerana kegagalan mencerap usaha sendiri boleh mengakibatkan 'perasaan rendah diri" yang kemudiannya memudaratkan parti.

"Pertarungan itu kelak akan membawa kepada jatuh bangunnya kerajaan (Barisan Nasional) yang ditunjangi Umno selain menentukan masa depan sebuah bangsa.

"Masa semakin suntuk dan hampir dengan peperangan PRU14 nanti, hindari perpecahan kerana kitalah penentu mengelak 'kiamat politik', yang andainya terjadi, Melayu akan dijajah kembali dan tidak akan mampu bangkit lagi," katanya ketika mencadang usul politik pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2016 di sini, semalam.

Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdullah pula mengingatkan Barisan kepimpinan Umno supaya memperjelaskan ungkapan 'Wanita tulang belakang parti' dalam bentuk tindakan dan realiti.

"Zaman didodoi dalam politik semakin berlalu, Wanita mahu melihat sejauh mana pembelaan dan keutamaan diberikan," kata beliau ketika menyokong ucapan dasar ketua sayap itu.

Menurutnya, menjelang PRU14, Wanita Umno mahu penyertaan dan penglibatan wanita diperluaskan dengan pencalonan 30 peratus wanita sebagai calon pilihan raya.

"Bukan kerana jumlah pengundi wanita itu, tetapi kita yakin wanita juga berkelayakan," katanya lapor MMO


Kami Sudah Serik “Diperbodohkan” Ahli Politik - Orang Asli Kelantan

Posted: 01 Dec 2016 06:35 PM PST


Tidak ramai tahu apa sedang berlaku kepada masyarakat Orang Asli di sini, sehinggalah mereka mula bangkit menyuarakan bantahan terhadap pihak berkuasa susulan pembalakan di kawasan yang diduduki mereka sejak sekian lama.


Kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini mendakwa protes di kalangan penduduk itu ialah kononnya mereka dihasut pihak tertentu supaya menentang pihak kerajaan.

Malah, semalam seorang pemimpin PAS membidas Siti Kassim, peguam mewakili Orang Asli yang lantang menyuarakan masalah mereka.

"Hal di Kelantan itu digerakkan oleh parti politik, berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam seperti Siti Kassim yang memusuhi Kerajaan Kelantan, bukan pencinta alam sekitar, jauh sekali pencinta Orang Asal," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Mohd Nor.

Bagaimanapun, tinjuan FMT ke kawasan itu mendapati kebanyakan penduduk Orang Asli membantah atas kesedaran sendiri dan kerana sudah serik "diperbodohkan" ahli politik.

Mereka kecewa pihak berkuasa yang membiarkan hutan yang menjadi punca pendapatan mereka seharian "dirogol" oleh tauke balak.

Pengerusi Kampung Pos Tohoi, Ahud Duga berkata tindakan Orang Asli menyekat aktiviti pembalakan adalah semata-mata mendesak kerajaan berhenti daripada terus menggondol tanah adat yang didiami mereka sejak sekian lama.

"Kita bukan penceroboh, ada pihak kata kita nak ceroboh tanah kerajaan, kami ini Orang Asli tinggal sudah lama, kenapa mereka kata kami penceroboh?" katanya.

"Kita bukan menumpang, kami tinggal di sini sudah lama."

Ahud berkata sehingga kini hampir 80% hasil pencarian Orang Asli sudah musnah.

"Yang terjejas akibat pembalakan, sumber makanan kami, hasil buah-buahan, ikan, malah air yang kami minum sudah berkelodak," katanya, dan menambah penduduk kini terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air.

Ekoran kawasan hutan yang semakin lupus, mereka juga kini terpaksa berjalan lebih 30km mencari hasil hutan seperti rotan, yang menurut Ahud kini sukar didapati.

"Kenapa kami masih dipersalahkan? Yang patut disalahkan adalah syarikat balak, mereka kaya raya dan Orang Asli jadi papa kedana, sebab itulah kami menentang," katanya.

Ayap Uda dari Kampung Pos Hau menyifatkan tindakan ke atas Orang Asli adalah jenayah. ahud 

"Kami minta kerajaan Kelantan beri hak kami, beri hak tanah kami, jangan ancam kami, kami bukan minta tanah satu Kelantan, kami bukan minta tanah satu Kuala Lumpur, jadi tolonglah kami, kami bukan nak lawan kerajaan.

"Berhenti buli Orang Asli," kata Ayap.

"Kami minta satu sahaja, kerajaan iktiraflah kami. Kalau kerajaan iktiraf kami, kami akan hormat kerajaan, kalau tidak kami akan terus memberontak," katanya.

Sehingga kini, pihak penguatkuasa Jabatan Perhutanan menangkap lebih 50 Orang Asli yang cuba menghalang jalan masuk ke kawasan hutan.

Semalam, 47 orang yang ditahan selepas pergelutan dengan pihak berkuasa dibebaskan lapor FMT


Comments (0)