Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 9:57 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Anwar Masih Ada Peluang Bertanding Dalam PRU14

Posted: 16 Dec 2016 03:53 AM PST


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dua pilihan lain berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Satu, mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V atau kedua, permohonan untuk membatalkan kehilangan kelayakan berdasarkan Perkara 48 (3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya permohonan pengampunan itu ditolak. 

Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata, walaupun sebelum ini keluarga Anwar memfailkan permohonan itu dan ia ditolak oleh Lembaga Pengampunan Diraja, tiada mana-mana peruntukan undang-undang mengatakan permohonan itu tidak boleh dibuat berulang kali.

"Anwar boleh mencubanya di hadapan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dengan memfailkan permohonan itu sendiri," katanya seperti dilaporkan Sinarharian hari ini.

Beliau berkata, apabila permohonan itu dikemukakan, ia tidak bermaksud keputusan dan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sebelum ini diketepikan.

"Dengan permohonan ini, sabitan terhadapnya masih ada cuma tidak perlu menjalani hukuman penjara lima tahun sebagaimana diputuskan oleh mahkamah," katanya.

Syahredzan berkata, opsyen kedua juga boleh digunakan bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding pada PRU14.

"Apa yang boleh dilakukan, selesai menjalani hukuman penjara, beliau boleh mengemukakan permohonan membatalkan kelayakan kerana individu yang disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan bertanding selama tempoh lima tahun.

"Sekiranya gagal, beliau perlu menunggu PRU 15 untuk bertanding," katanya.

Pada 16 Mac tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen pengampunan diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar.

Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.



Amanah Terlindung Dari PAS Jika Bergabung Dengan PKR?

Posted: 15 Dec 2016 10:00 PM PST


Seorang pemerhati politik menyambut baik cadangan agar PKR dan Amanah bergabung, dan berkata ia memberi kelebihan kepada Amanah di sebalik serangan ke atasnya oleh PAS.

Prof Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia berkata percantuman kedua-dua parti itu juga akan memperkasakan pakatan pembangkang.

"PAS tidak akan dapat mengkritik Amanah seperti mana sekarang dan ia mungkin menyaksikan PAS bekerjasama dalam Pakatan Harapan," katanya kepada FMT.

Idea bergabung itu dilontarkan semalam oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin, dilihat sebagai jalan penyelesaian sebarang perebutan kerusi yang timbul pada pilihan raya umum akan datang.

Ia susulan beberapa ucapan pemimpin Amanah pada konvensyen parti Sabtu lalu, yang memperlihatkan kemungkinan berlaku perebutan kerusi menjelang pilihan raya umum.

Afif berpandangan kedua-dua parti berkongsi nilai sama seperti kepelbagaian kaum dan kesederhanaan dalam pendekatan Islam.

Bagaimanapun, rata-rata pemimpin politik menolak cadangan itu dan berkata memadai kedua-dua parti bergerak di dalam Pakatan Harapan.

Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff tidak setuju dengan pandangan 2 parti itu mempunyai nilai sama.

Menurutnya, Amanah merupakan sebuah parti berlandaskan Islam progresif manakala ideologi PKR berlainan.

"Mereka mempunyai pendekatan berlainan, pengundi berlainan, ideologi berlainan dan penyokong berlainan," kata Agus yang berkata percantuman kedua-dua parti itu tidak akan memperkasakan pakatan pembangkang.

PAS sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah.

Amanah ditubuhkan bekas pemimpin PAS susulan kemenangan puak yang menyokong presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada muktamar tahun lalu, yang menyaksikan PAS mengambil pendekatan lebih mesra dengan Umno di samping memutuskan hubungan dengan DAP.

PKR dalam bentuknya sekarang merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia, pada 2003.



Comments (0)