Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:08 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kebakaran Besar Di Israel Strategi 'False Flag' Rejim Zionis?

Posted: 11 Dec 2016 04:00 AM PST


KEBAKARAN besar yang melanda Israel bulan lalu bukan sahaja meninggalkan kesan kemusnahan yang dahsyat malahan juga pelbagai persepsi.

Ada yang membentangkan teori kejadian bahawa itu adalah strategi 'false flag' rejim Zionis sendiri yang bermotif untuk mengkambinghitamkan Palestin.

Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana tidak lama selepas bencana itu meletus, terdapat kenyataan daripada pihak Zionis yang menuduh orang Arab sebagai punca. Termasuk yang menyatakan demikian adalah perdana menterinya sendiri, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu mendakwa kebakaran itu adalah suatu bentuk keganasan terancang, lalu memberikan amaran bahawa hukuman paling berat akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

Berikutan itu, 23 suspek ditahan namun kesudahannya, tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mereka disebabkan kekurangan bukti.

Begitupun, Menteri Pendidikan, Naftali Bennett tetap menuding jari kepada Palestin.

"Kamu datang bakar rumah kami, kemudian kamu datang untuk memadamkannya," katanya menyindir Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menghantar pasukan bomba untuk membantu Israel menangani bencana itu.

Apa yang jelas, fenomena api besar selama lima hari bermula 22 November itu masih tidak berupaya untuk merobohkan tembok keangkuhan dan ego pemimpin Zionis. Mereka tetap mahu menyalahkan orang lain, terutama Palestin atas masalah yang dihadapi walaupun pada masa yang sama, mereka mengharapkan bantuan daripada pihak berkenaan untuk memadamkan api yang membakar sebahagian wilayah mereka siang dan malam.

Itulah tipikal Yahudi yang telah dimaklumi sejak zaman berzaman!

Netanyahu, juga Bennett mungkin berpura-pura tidak sedar bahawa peneroka haram Yahudi sendiri yang berpengalaman merampas tanah penduduk Palestin sebenarnya lebih berpotensi untuk jadi punca bencana itu kerana mereka ada pengalaman melakukannya terhadap tanah milik orang Palestin.

Soalnya sekarang, benarkah teori bahawa itu adalah permainan strategi Zionis sendiri, untuk tujuan yang hanya mereka ketahui?

Pelik

Daripada rekod, bencana kali ini melibatkan sejumlah 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat dengan 20 daripadanya adalah kebakaran besar. Dari segi kesan pula, ia mengakibatkan kemusnahan 700 premis dengan kebanyakannya adalah rumah kediaman.

Bagaimanapun apa yang mengejutkan adalah hanya 122 kecederaan dilaporkan. Bukanlah mengharapkan yang lebih buruk namun apabila dibuat perbandingan mengenai tahap kejadian termasuk tempohnya dengan bilangan mangsa berbanding apa yang pernah berlaku sebelum itu, ia boleh dianggap mencurigakan.

Memanglah diketahui bahawa Israel adalah pihak yang tidak pernah telus dalam pemaparan maklumat melibatkan kerugian atau kehilangan di pihak mereka namun fakta ini secara tidak langsung menunjukkan seperti ada 'persediaan' untuk mereka menghadapi kejadian itu.

Angka kematian yang sifar dan kecederaan yang sangat kecil dikira luar biasa walhal kebakaran kali ini adalah lebih besar berbanding pada 2010 yang mengorbankan 42 nyawa dalam tempoh empat hari sahaja.

Namun, bukanlah menghairankan bagi Zionis untuk melakukan sesuatu yang secara zahirnya persis merugikan malah mengorbankan nyawa orang Yahudi sendiri demi mencapai matlamat 'besar' mereka.

Pada 1951, Israel pernah mengebom sinagog Masauda Shem-Tov di Iraq untuk memaksa orang Yahudi Iraq berpindah ke Tebing Barat dan Gaza yang dirampas daripada orang Palestin sebagai langkah meluaskan lagi jajahan mereka. Sebelum itu, Zionis telah melakukan pelbagai cara untuk memaksa mereka berpindah namun tidak membuahkan hasil.

Damai

Orang Yahudi Iraq memberikan alasan, tidak ada sebab untuk mereka berpindah ke tanah yang telah diduduki oleh orang Arab selama ribuan tahun sedangkan di Iraq, mereka hidup aman damai dengan orang Arab tanpa ada sebarang masalah. Keengganan itu tidak dapat diterima oleh Zionis lalu nyawa jadi galang ganti. Pemimpin Zionis tidak peduli untuk mengorbankan orangnya sendiri bagi memastikan setiap kehendak mereka dipatuhi.

Lebih 15 tahun sudah berlalu namun tragedi 9/11 hingga kini masih lagi kontroversi. Siapa dalang sebenar serangan yang merobohkan menara berkembar World Trade Centre di New York?

Bersandarkan hujah-hujah mereka yang tersendiri, ada pihak mempercayai tragedi yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa itu didalangi atau setidak-tidaknya 'direstui' oleh Zionis.

Pembikin filem, Michael Moore menerbitkan 'Fahrenheit 9/11' pada 2004 untuk mencungkil fakta di sebalik tragedi itu dan baginya, George W. Bush, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu adalah watak yang cukup mencurigakan di belakang tabir tragedi.

Hakikatnya, selepas peristiwa itu, Bush telah bertindak menyerang Iraq atas alasan mahu memerangi keganasan. AS kemudian berjaya menguasai negara Teluk itu dan meninggalkan proksi untuk memerintah hingga hari ini. Senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dijadikan alasan serangan tidak juga ditemukan. Bush Jr. sekadar mahu melunaskan hajat bapanya, Bush Sr. yang gagal menurunkan Saddam Hussein dalam Perang Teluk I.

Meskipun menurut Moore serta beberapa penganalisis, 9/11 adalah angkara Bush sendiri namun yang meraih keuntungan daripada kemusnahan Iraq adalah Zionis. Ini kerana Iraq di bawah rejim Saddam sebelumnya adalah ancaman terbesar bagi Israel dalam kalangan negara-negara Arab.

Berasaskan itu, pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Pulau Pinang, Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin berkata, bukan mustahil jika kebakaran besar yang melanda Israel baru-baru ini juga wajar untuk dihitung sebagai taktik untuk mereka melakukan sesuatu yang lebih besar pada masa depan.

"Sejarah yang berlaku di Iraq satu contoh Zionis sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan orang Yahudi sendiri untuk mencapai tujuan mereka demi meraih keuntungan yang berganda. Mereka mahu orang Islam percaya itu pembalasan tuhan terhadap mereka tetapi saya percaya, mereka juga mahu dunia percaya bahawa bangsa Yahudi akan sentiasa jadi mangsa kepada orang-orang goyem (bukan Yahudi). Mereka perlu melakukan sesuatu setelah modal Holocaust kini dianggap semakin lapuk," katanya.

Menurut Mohd Hapiz, logik syarak juga tidak menyokong peristiwa kebakaran besar Israel boleh diterima sebagai petanda kehancuran negara haram itu ataupun Imam Mahadi akan muncul dalam masa yang terdekat.

"Aturan ceritanya sama dan korelasi antara plot juga makin terserlah apabila ada kumpulan jihadis bangang mengaku bertanggungjawab sedangkan Netanyahu berulang kali beri amaran bahawa hukuman keras akan dikenakan terhadap mereka yang mencetuskan kebakaran di Israel," ujarnya.

Menteri Pertahanan Zionis, Avigdor Liebermann menyatakan, 17 daripada 110 kebakaran dikenal pasti berpunca daripada perbuatan khianat. Sebelum itu, sebuah kumpulan militan proDaesh, Ma'sadat al Mujahideen mengaku bertanggungjawab dalam insiden itu.

Mohd Hapiz menyuarakan rasa bimbang sekiranya kebakaran besar itu dijadikan asas untuk Israel bertindak lebih agresif menyerang Palestin bagi meluaskan lagi kawasan pencerobohan mereka.

"Pihak berkuasa Palestin terutama Hamas perlu merancang pelan pertahanan yang lebih kukuh manakala umat Islam di seluruh dunia wajar untuk mengubah qunut nazilah kepada memohon perlindungan ALLAH terhadap saudara Islam di Palestin yang mungkin akan dihadapkan dengan serangan yang lebih buruk," katanya.



1MDB: KJ Pernah Hantar Surat Letak Jawatan Kerana Tak Percaya Auta Najib?

Posted: 10 Dec 2016 10:00 PM PST


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu.

"Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi.

"Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan Najib," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin.

Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.

"Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri," katanya.

Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.

"Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.

"Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini.

"Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu. Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang mereka bangkitkan itu," katanya lapor Sinar



Surat Palsu Zahid Disifatkan ‘Fitnah Dajal’ Oleh Veteran UMNO

Posted: 10 Dec 2016 07:35 PM PST


Penyebaran kabinet bayangan kononnya diedarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhastApp disifatkan sebagai tidak matang.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, penyebaran viral palsu itu tidak ubah seperti tindakan pelajar sekolah.

"Ini kerja kanak-kanak sekolah... siapa yang ambil serius, saya rasa dia pun macam kanak-kanak sekolah," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran kabinet bayangan Ahmad Zahid di media sosial.

Barisan kabinet bayangan yang mula viral beberapa hari lalu itu menunjukkan nama Zahid sebagai Perdana Menteri diikuti Timbalan Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Menteri Dalam Negeri.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, beliau yakin selepas ini lebih banyak senarai kabinet bayangan disebarkan di media sosial.

"Lepas viral kabinet Ahmad Zahid, akan keluar pula kabinet bayangan PKR, DAP dan Pas," katanya.

Sinar Harian juga melaporkan surat tersebut disifatkan sebagai fitnah dajal oleh veteran UMNO

Veteran Umno mengecam tindakan penyebaran surat palsu, kononnya ditandatangani Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perbuatan itu adalah satu 'fitnah dajal' yang cuba melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.

"Ia dilakukan sebagai usaha menimbulkan keraguan ahli Umno, terutama selepas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang memperlihatkan kesatuan dalam pucuk pimpinan dan ikrar wala' yang dilafazkan Ahmad Zahid kepada Najib," katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam surat yang diviralkan di laman sosial itu, Ahmad Zahid dikatakan menandatangani surat yang mendesak Najib berundur.

Surat itu turut menyenaraikan barisan anggota Kabinet baharu yang mengandungi beberapa nama.

Menurutnya, surat itu tidak menjejaskan kepercayaan Najib kepada Ahmad Zahid.

Namun katanya, Veteran Umno bimbang jika ia boleh menimbulkan rasa was-was ahli parti terhadap Ahmad Zahid.

"Keraguan mereka terhadap kepimpinan Najib dengan pengedaran surat itu boleh menjejaskan sokongan kepada presiden parti dan akan menjejaskan sokongan undian PRU14.

"Surat itu direka pembangkang untuk menjatuhkan Najib dan memecah-belahkan Umno," katanya.



'War Of PRU14', Fitnah Ala Nazi - Kit Siang

Posted: 10 Dec 2016 04:30 PM PST


Sentimen politik kebencian sangat menonjol seperti yang dapat dilihat pada ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno lalu, tegas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Beliau mendedahkan selepas Perhimpunan Agung Umno terdapat kempen yang dianggapnya propaganda ala Nazi dan menyebarkan kebencian.

"Saya digambarkan Perdana Menteri dalam 'War of PRU14'. Tun Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Ini fitnah ala Nazi yang menunjukkan betapa rendah mereka yang mencipta fitnah termasuk mengaitkan dengan George Soros. Ini kempen tidak sihat.

"Moga rakyat berwaspada dengan kempen kebencian seperti ini," ujarnya ketika sidang media pada Konvensyen Nasional Amanah hari ini.

Tambahnya, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak kempen kebencian dan berbaur fitnah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita dalam Pakatan Harapan dan parti Tun (PPBM) mengutuk sekeras-kerasnya politik kebencian," katanya lagi.

Terdahulu, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Amanah yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh besar dan sangat berjaya dalam setahun penubuhannya.

"Rakyat mahu melihat perubahan. Ini satu perkembangan yang baik untuk negara kita," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, lebih ramai lagi pemimpin diperlukan untuk menjayakan usaha bagi mengakhiri pemerintahan diktator.

"Kita jaga terus garis perjuangan bagi menamatkan era diktator Najib Tun Razak.

"Usaha dan komitmen kita untuk selamatkan Malaysia. Untuk jatuhkan Umno-BN, kita perlukan kerjasama.

"Kita gabungkan semua parti pembangkang ini dengan niat untuk mereformasikan Malaysia dan memastikan Najib dan pemerintahan BN digantikan," kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi lapor MalaysiaDateline


Comments (0)