Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 10:23 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Perhimpunan UMNO Hanya Medan Bodek Najib?

Posted: 01 Dec 2016 06:00 AM PST


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengkritik sikap Umno yang menjadikan persidangan agungnya kali ini sebagai medan membodek dan mengangkat Datuk Seri Najib Razak.


Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman juga kecewa kerana ia turut menjadi platform mengkritik bekas pemimpin Umno.

"Saya nak ucap terima kasih juga kerana mempopularkan PPBM sekurang-kurangnya," katanya kepada FMT hari ini.

Semalam bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM menjadi sasaran ucapan ketua Pemuda dan Wanita Umno Ketua Pemuda Umno,

Khairy Jamaluddin memetik sajak "Melayu Mudah Lupa" karangan bekas perdana menteri itu, sementara Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil menyifatkan hari Dr Mahathir "bercium mulut" dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai "hari paling gelap" buat dirinya.

Mengulas lanjut, Hamidah dalam masa yang sama turut mempersoalkan kenyataan Shahrizat yang menyatakan Najib sebagai perdana menteri terbaik.

"Bagaimana ketua Wanita yang berpengalaman membuat penilaian mengatakan Najib adalah terbaik? Lebih baik daripada Dr Mahathir dan Tun Abdul Razak sendiri?

"Pada saya Shahrizat mungkin terlalu lena di atas, tidak melihat rintihan dan suara rakyat di bawah yang mengeluh melalui keperitan hidup dan sebagainya," katanya.

Beliau turut melihat persidangan sayap Wanita Umno tidak digunakan sebaiknya bagi membela rakyat terutama dari segi kenaikan kos hidup, pengangguran, kenaikan harga barang dan sebagainya..

"Perkara itu tak dibangkitkan, ia digunakan sebagai sesi menghentam Dr Mahathir secara khususnya. Ia satu perhimpunan yang gagal membawa aspirasi rakyat," katanya.


Ayat Quran Disorok Dalam Alas Kaki, Penjual Kena Tindakan

Posted: 01 Dec 2016 04:04 AM PST


Jabatan agama Terengganu mengesan sebuah kedai di Dungun yang menjual alas kaki mengandungi keratan ayat-ayat suci al-Quran.


Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan operasi termasuk merampas barangan itu, lapor Berita Harian.

Siasatan dibuat untuk mencari pihak yang meletakkan helaian ayat al-Quran pada alas kaki yang dijual dengan harga RM2 susulan aduan pengguna semalam, kata pesuruhjaya JHEAT.

Pengeluar dan penjual alas kaki tersebut boleh dikenakan hukuman menurut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu, kata Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

"Jika sabit kesalahan pihak terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya," katanya kepada akhbar itu.

Khamis lalu, seorang pengguna Facebook mendedahkan alas kaki yang dibelinya mengandungi ayat suci al-Quran selepas ia dikoyak dengan gunting.

"Petang tadi [Khamis] ada sampai [mesej] WhatsApp pasal alas kaki ada ayat al-Quran.

"Apabila balik di rumah, [saya] periksa, rupa-rupanya [alas kaki saya] ada juga," kata Kamariah Ali, seorang guru di Kuala Berang.

Najib Cuba Nak Perbodohkan Melayu Lagi Dengan Isu DAP..

Posted: 30 Nov 2016 09:28 PM PST


Sepatutnya Najib ni carilah idea lain untuk menakut-nakutkan dan memperbodohkan orang Melayu.. ni tak habis-habis dia nak gempar dengan nama DAP..


"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa.

Orang Melayu sekarang bukannya bodoh sangatlah Najib, majoriti boleh berfikir secara rasional.. yang minoriti tu ada dalam UMNO..

Bagaimana DAP boleh mendominasi pemerintahan negara kita sedangkan DAP hanya bertanding 51 Kerusi Parlimen dari 222 yang ada?

Itupun DAP hanya menang 38 Kerusi Parlimen itu?.. lagipun kalau DAP menang kesemua 51 Kerusi Parlimen yang ditandinginya, DAP sendirian tak mungkin menjadi parti majoriti

Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP. 
Presiden Umno berkata rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut. 
"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. 
Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa. 
Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya. 
Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya. 
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, parti yang mampu membela keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya. 
Presiden Umno turut mengingatkan rakyat syiar Islam dan pengamalannya akan diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah sekali gus membangkitkan rasa risau, sakit hati dan marah dalam kalangan umat Islam. 
Najib berkata perkara itu tidak mustahil apabila Perlembagaan DAP langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak menjunjung institusi Raja-Raja Melayu, malah tiada komitmen untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera. 
Lebih membimbangkan, katanya, kewujudan institusi-institusi berkaitan Melayu Islamseperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji; Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar. 
Laporan penuh silalah baca di SINI

Yang dia cakap tu semua dijamin oleh perlembagaan.. sudah-sudahlah Najib jangan perbodoh rakyat, perbodoh ahli UMNO tak apa..

Comments (0)