Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Unknown | Posted on 4:15 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Hmm...al Qaradhawi masih bersemangat berucap mengenai krisis di Aleppo.

Posted: 25 Dec 2016 04:30 AM PST

Majlis penganugerahan dan ulangtahun 90 tahun usia
Dr Yusuf Qaradhawi di Istanbul oleh Turkey pada Dis 9, 2016
 Walau sekalipun tok guru Presiden Pas masih mahu kekal dgn ijtihad peribadi ke Iran bersama dgn kepimpinan syiah baru ini, namun janganlah pula memperlekeh maruah seseorg sebegitu sekali. You're free to endorse whatever decision you wanted, tapi janganlah sampai meniti fitnah dan dusta!

 Alhamdulillah. Kuasa di tangan Allah.

 Ditakdirkan seorang sahabat saya dari Shah Alam dijemput dari Malaysia untuk ke satu majlis penganugerahan dan ulangtahun 90 tahun usia Dr Yusuf Qaradhawi di Istanbul oleh Turkey, yg turut dihadiri ramai kepimpinan Ikhwan pada 9 Disember 2016 baru ini. 

Selma satu jam cukup bersemangat menjawab
pelbagai soalan wakil dunia sambil berjenaka
dan senyuman, tidak seperti seorang di Rusila!
Sahabat ana itu menyaksikan sendiri dgn matanya wajah segar Syeikh memberikan syarahan yg cukup bersemangat selama satu jam, serta menjawab pelbagai soalan wakil dunia sambil berjenaka dan senyuman.

 Bahkan, dalam internet terpapar lagi pelbagai program Syeikh di pelbagai lokasi lain memberikan pandangan dan syarahan ummah!

 Nabi sebut;

 "Fitnah itu sifatnya tidur". Allah melaknat barangsiapa yang membangunkan fitnah itu. Kenapa? 

 Sebab fitrah sesuatu FITNAH itu, apabila terbangun sahaja, seolahnya dah tak mampu lagi untuk ditidurkan semula, dan dosanya berjariah. W'alam ~ sumber

  Seorang netizen turut menyertakan komen beserta rakaman vdo ucapan bersemangat Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi selama lebih kurang sejam pada dua 9 Disember 2016 di Istanbul, Turki sempena majlis penghormatan anugerah 'Imam Kesederhanaan dan Pembaharuan' (إمام الوسطية والتجديد) dan sambutan usia beliau ke-90 tahun. Sila ikuti video ini

 Menurutnya memang benar kesihatannya tidak sebaik mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (berusia 91 tahun) yang mampu berdiri lama untuk berucap, membaca dan menulis tetapi kelihatan al Qaradhawi masih bersemangat berucap mengenai krisis di Aleppo.

 "Jadi tidak pelik, walaupun kesihatan al Qaradhawi tidak baik tetapi beliau mampu mengeluarkan kecaman ke atas penglibatan Presiden PAS yang juga Naib Ketua KUIS, Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Syeikh Haji Abdul Hadi bin Almarhum Tuan Guru Haji Awang ke Persidangan Perpaduan Islam anjuran agamawan Syiah Iran di Tehran minggu lalu" tambahnya lagi.  

Hj Hadi memuji tentera Lubnan dan Hizbullah....Langsung tidak sebut tentang kekejaman di Aleppo

Posted: 24 Dec 2016 11:10 PM PST

  Amat memalukan! Apabila nyata terkantoi setelah al-Qardhawi menafikan pemergian Hj Hadi ke persidangan di Teheran mewakili KUIS !

 Seperti biasa, tanpa berasa malu atau bersalah, Hj Hadi buat nyadin sahaja... bukan nak minta maaf kerana berbohong...

  Tiba-tiba sahaja Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat buat kenyataan bahawa Hj Hadi kesana mewakili Parti Islam Semalaysia sebagai Presiden parti!

  Awat hang tak habaq lagu tu awai-awai lagi....???

  Kemudian, dengan panjang lebar at-Takiri cuba memberikan gambaran yang hebat untuk menjustifikasi pemergian Hj Hadi pergi berpelukan dengan Ketua Syiah Iran, Ali Khameini di Teheran bahawa PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas....Kah! Kah! Kah!

 Kata at-Takiri, PAS bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Kah! Kah! Kah! (bacalah kelentong at-Takiri di laman rasmi Pas di sini)

  Hj Hadi telah diberi peluang berucap ketika di hari pembukaan persidangan tersebut tetapi Hj Hadi tidak menyuarakan penentangannya terhadap kezaliman dan jenayah jijik yang dimainkan oleh Iran, sekutu-sekutunyanya dan barua-baruanya dalam wilayah Arab.

  Iran melakukan kezaliman, melakukan jenayah, mencabul kehormatan insan di beberapa buah negara Islam dan Arab, lebih-lebih lagi membunuh dan memperkosa anak2 gadis dan wanita-wanita, malah menyembelih dan menghalau saudara-saudara kita di Syria; tapi Hj Hadi tidak berani mengecam perbuatan tersebut apabila diberi peluang berucap pada persidangan itu.

 Bahawa PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas hanyalah retorik semata-mata. Ucapan Hj Hadi yang disiarkan oleh media Dunia Iran tidak sedikit pun sentuh pasal serangan di Aleppo atau Syria!

 Maka sebab itu, ramai yang menganggap pemergian Hj Hadi ke Teheran adalah bersekongkol dalam jenayah-jenayah pembunuhan dan melakukan kerosakan, pemusnahan dan penghancuran yang menyeluruh yang telah dilakukan oleh Iran dan sekutu-sekutunyanya keatas rakyat Syria.

 Berikut adalah terjemahan ringkasan ucapan pembukaan oleh Hj Hadi di Tehran tempoh hari serbagaimana yang disiar oleh Dunia Iran yang langsung tidak sebut tentang Aleppo atau isu kemanusiaan di Syria .. yang jelas disini adalah kenyataan tentang persamaan antara syiah dan sunni , serta pujian kepada Hizbullat ... terjemahan : 


Mufti Malaysia ( TGHH ) dalam ucapan pembukaannya di Muktamar "Wahdah islamiyyah" kesatuan Islam yang ke -30 yang diadakan di Tehran baru-baru ini mengatakan bahawa Organisasi Zionis bekerja untukk melaksanakan perancangan Freemason mereka pada dunia serta melaksanakan apa yang telah terjadi pada Timur Tengah dengan menaburkan perselisihan diantara umat Islam .

Beliau menambah lagi , bahawa kejahilan terhadap ilmu-ilmu Islam serta tidak mempraktikkan ajaran agama yang menyebabkan terzahirnya gejala kafir-mengkafir antara mereka.

TGHH menambah lagi bahawa secara hakikatnya tiada perbezaan antara Syiah dan Sunnah serta menambah :

 "Sayangnya, disana terdapat beberapa individu-individu fanatik yang mengambil pendekatan takfir antara mereka dan kita seharusnya menghapuskan prasangka serta sifat fanatic tersebut dalam mencapai kesatuan antara umat Islam."

 Beliau juga mengingatkan , bahawa serangan Zionis di Gaza dan di Selatan Lubnan dahulu dengan menekankan bahawa sekiranya tiada serang balas daripada tentera Lubnan serta Hizbullah ke atas Zionis , tidaklah umat Islam mampu menghadapi konspirasi musuh Islam ketika itu. Dalam konteks yang sama , TGHH menyeru ulama-ulama diserata negara Islam untuk bersatu berdakwah kepada Islam yang sebenarnya . (kredit kepada Asri Khalid)
  Inilah rupa Hj Hadi yang sebenarnya! Dia kata, secara hakikatnya tiada perbezaan antara Syiah dan Sunnah dan ucapannya jelas memuji tentera Lubnan dan Hizbullah....

 Hj Hadi ke persidangan di Teheran itu adalah lebih kepada tujuan untuk mendekatkan antara Ahli Sunnah dan Syiah, sebagaimana dengan resolusi yang dikeluarkan oleh muktamar tersebut.Perkara yang sama yang pernah bertahun-tahun cuba dilakukan oleh al-Qaradhawi

 Namun al-Qaradhawi telah mengakui keilapannya itu lalu menarik semula fatwa sebelumnya yang pernah ia ucapkan pada 2006, yang menyatakan wajib hukumnya mendukung Hizbullah dan pemimpinnya, Syekh Hasan Nasrullah.

 "Saya pernah membela-selama bertahun-tahun-Hasan Nasrullah yang menamai partainya Partai Allah (Hizbullah), padahal partai itu adalah partai tirani (thoghut) dan partai setan. Mereka membela Bashar Assad,"

 "Selama ini dan sudah berlangsung bertahun-tahun saya menyerukan pendekatan antara mazhab (taqrib bainal madzahib). Untuk itu, saya terbang ke Iran saat dipimpin Presiden Mohammad Khatami. Mereka sebenarnya berpura-pura ketika menginginkan pendekatan antara mazhab."

 Pengakuan Syekh Qardhawi mengenai kesalahan fatwanya itu telah menjadi viral dan menjadi berita besar di berbagai media Arab. Mustahil Hj Hadi yang berada dilapangan tidak mengetahuinya??

Al-Qardhawi : Sanjungan berubah jadi cercaan bila kecam Hj Hadi.

Posted: 24 Dec 2016 04:34 PM PST

 Sebelum ini bukan main para pentaksub Hj Hadi menyanjung dan mengagungkan al-Qardhawi hingga seringkali menggunakan nama beliau dan dikaitkan dengan Hj Hadi.

  Bertambah lagi bila Hj Hadi dilantik jadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia... hinggakan ada yang kata Hj Hadi sebagai orang paling kanan kepada al-Qardhawi, kononnya jadi orang nombor dua dalam KUIS... malah ada yang menganggap HJ Hadi sebagai ulama bertaraf dunia.... semua ini hanya kerana al-Qardhawi angkat Hj Hadi sebagai Naib Ketua KUIS....

 Hj Hadi sendiri mempromosikan dirinya begitu rapat dengan al-Qardhawi... hinggakan mengaku mendapat perkhabaran dari al-Qardhawi sendiri melalui telepon yang mengatakan haram tubuh parti baru 'Amanah' selagi Pas masih ada...

  Pas gunakan nama dan gambar al-Qardhawi untuk program Ijtimak anjuran Pas di Rusila, kononnya al-Qardhawi akan bersama mereka di perhimpunan tersebut. Walaupun yang sebenarnya, sebulan sebelum itu telah dimaklumkan bahawa al-Qardhawi tidak boleh hadhir! Hu! Hu!

  Tapi bila al-Qardhawi kecam Hj Hadi kerana mengaku kononnya sebagai mewakili KUIS ke persidangan di Teheran , para pentaksub mula naik angin dan cuba memburuk-burukan al-Qardhawi.

   Jelas bahawa pendirian al-Qardhawi dalam isu Syria ini bertentangan dengan Hj Hadi. Hj Hadi kezaliman Bashar Al Assad, sebaliknya al-Qardhawi tidak!

   Hj Hadi sendiri cuba memberi gambaran buruk mengenai peribadi al-Qardhawi Dikatanya beliau uzur, telinga tak dengor, mata tak berapa nampok... malah Hj Hadi cuba memburuk-burukan pimpinan KUIS yang lain dengan mengatakan, yang lain pun udzur ...tua-tua semua ... banyak udzur...
 
 Macamlah diri dia tu muda sangat dan tidak ada sebarang keudzuran!

   Lupakah dia yang dia sendiri pernah dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki selama sebulan pada Jun 2014 kerana komplikasi jantung?

 Hj Hadi juga telah dimasukan ke IJN pada awal pagi 12 Jan 2016 bagi menerima rawatan susulan komplikasi jantung.

 Pada petang Sabtu, 1 Oktober 2016, Hj  Hadi dimasukkan lagi ke IJN kira-kira jam 5 petang. Beliau dibenarkan keluar dari wad hospital pada pagi Khamis 6 Oktober...

  Pada 18 November 2016, masuk lagi hospital di Kuala Trengganu mengadu kepenatan ....So, janganlah hanya pandai ngata kat orang lain; diri sendiri pun apa kurangnya asyik keluar masuk terima rawatan kan?
 
Hj Hadi bersama Ahmad Bareddin Hassoun
 Ramai orang mendakwa bahawa Ahmad Bareddin Hassoun yang selama ini gigih membela kezaliman Bashar Al-Assad adalah seorang Sunni (muslim ahlussunnah wal jamaah).

  Hj Hadi pun seorang sunni, juga dilihat membela kezaliman Basyar Al-Assad.Pendirian Hj Hadi sama sahaja dengan Ahmad Bareddin Hassoun!

  Tentu saja hal ini sangat janggal bagi orang yang beraqidah ahlussunnah gigih membela teroris yang telah membantai lebih dari 1 bilion rakyatnya sendiri yang beraqidahkan ahlussunnah 

 Untuk memastikan kebenaran berita tersebut sila amati pandangan ulama aswaja Suriah asli yang sangat terkenal dan beliau juga pendiri organisasi kemanusiaan untuk Suriah "Syria Care" yaitu As-Syeikh Kurayyim Rajih.

Berikut pandangan Syeikh Kurayyim Rajih mengenai muftinya teroris Assad, Ahmad Bareddin Hassoun :

  "Hassoun ini orang yang sangat buruk (aqidah dan akhlaknya), dia muslim dalam suatu masa, kadang dia juga jadi Yahudi kadang juga kristen terkadang juga syiah juga alawiyah juga muktazilah juga jahmiah, Hassoun ini tidak memiliki pendirian aqidah yang tetap, bisa berganti-ganti aqidah sesuai dengan lingkungan"

 Selengkapnya saksikan video berikut:

 Dia di antara orang yg paling sesat diantara makhluk Allah subhanahu wa-ta-'aala.  Dia pernah ziarah saya sebelum ini.

Comments (0)