Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Unknown | Posted on 4:08 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Apa yang orang ramai persoalkan ialah sikapnya sebagai seorang manusia yang bergelai ulama dunia berbohong

Posted: 20 Dec 2016 08:08 AM PST

 Tak kira apa sekali alasan suci dililitkan diatas pemergian Hj Hadi menghadiri persidangan di Teheran itu; apa yang orang ramai persoalkan ialah sikapnya sebagai seorang manusia yang bergelar ulama dunia berbohong!

  Hj Hadi telah banyak kali kantoi kerana berbohong tapi macam tak ada apa-apa kepadanya. Selamba menyadin...

 Minta maaf untuk mengaku kesalahan atau kesilapan pun adalah jauh sekali...

 Baru-baru ini, melalui sebuah laman sesawang ulamasedunia.org, telah memaparkan satu artikel seperti berikut :
Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam

   Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) menghantar wakil iaitu Naib Presidennya Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ke Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam di Teheran untuk menyampaikan mesej kesatuan itu dalam menangani krisis yang melanda umat Islam pada masa kini.

Kehadiran Naib Presiden KUIS itu adalah rentetan perbincangan dalam mesyuarat persidangan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia di Turki pada bulan Ogos yang lalu.

 Dalam Mesyuarat Persidangan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang diadakan di Konya Turki tersebut wakil Kesatuan Ulamak Islam Iran, Dr Abdul Rahman Bayraan yang merupakan seorang ulamak sunni dan dilantik sendiri oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah menyarankan supaya Naib Presiden KUIS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dihantar ke Persidangan Antarabangsa Kesatuan Islam di Tehran ini sebagai mewakili kesatuan itu.

 Ketika lawatan Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi ke Malaysia baru-baru ini juga, kedua-dua tokoh ulamak tersebut turut membincangkan berkenaan pemergian Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke Tehran sebagai membawa suara Kesatuan Ulamak Islam Sedunia ke sana.

 Di tambah pula dengan penjelasan setpol Hj Hadi sendiri, mengatakan pemergian Hj Hadi ke Teheran telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

 Kantoi !  Sebab melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi mengecam lawatan Hj Hadi ke Teheran

Kantoi ! Sebab al-Qaradhawi kata, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.

Kantoi ! Sebab Yusuf al-Qaradhawi menafikan Hj Hadi mewakili KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.

Kantoi ! Sebab artikel tersebut (Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam) kini sudah tidak dapat diakses lagi. Telah dihilangkan begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan diberikan mengenainya atau pun memohon maaf kepada pembaca kerana dakwaan palsunya itu.


Kantoi ! Sebab Nasrudin Hassan At Tantawi memuat naik di akaun fesbuknya dengan dakwaan palsu " YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mewakili kesatuan itu telah menghadhiri satu persidangan di Tehran yang mempertemukan alim ulamak Islam dari seluruh dunia dan juga para pemimpin Syiah di Tehran."

Kanto ! Sebab hingga kini Tantawi belum lagi menarik balik dakwaan palsunya itu dan mohon maaf kepada pembaca.


Kantoi ! Sebab pada 15 Dis anak Hj Hadi telah mencadangkan bapanya menjadi orang tengah untuk merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria lantaran kedudukan bapanya dalam Kesatuan Ulama Sedunia itu. Cadangan konon!! Sedangkan pada 15 Dis itu, Hj Hadi sudah berada di persidangan Teheran dan telah menyampaikan ucapan dalam majlis pembukaan persidangan itu  dan bersalam dengan penjenayah penumpah darah Ayatullah Ali Khamenie (Sabtu 17/12/2016) - Maklumat ini diperolehi dari Prof. Dr. Abdel Fattah al-'Awaisiy yang telah mengutus surat kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia meminta supaya Hj Hadi dipecat dari keahlian Kesatuan Ulama Islam Sedunia.Sebelum ini beliau mengecam keras kehadiran Hj Hadi ke Teheran sebagai sangat mengaibkan dan menganggap Hj Hadi telah bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia di minta supaya Hj Hadi dipecat

Posted: 19 Dec 2016 05:00 PM PST

 Prof. Dr. Abdel Fattah al-'Awaisiy yang sebelum ini mengecam keras kehadiran Hj Hadi ke 'penyatuan Islam' di Teheran sebagai sangat mengaibkan dan menganggap Hj Hadi telah bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria, telah mengutus surat kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia meminta supaya Hj Hadi dipecat dari  keahlian Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

 Berikut adalah terjemahan surat terbuka tersebut :

 Ke hadrat Syeikh al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, semoga dlm peliharaan Allah. Ke hadrat saudara2 ulama yg mulia anggota Majlis Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Islam Sedunia, semoga mereka semua dlm peliharaan Allah. Assalamualaikum wrt. wbt. 

Mungkin anda semua telah mendengar tentang penglibatan aktif Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia dan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam apa yg disebut persidangan 'penyatuan Islam' yg dianjurkan oleh Badan Antarabangsa Bagi Mendekatkan Mazhab2 Islam di Tehran, iaitu ibu negara musuh Iran penjajah Syria dan juga penjajah 3 ibu kota Arab yg lain. 

Syeikh Abdul Hadi telah menyampaikan ucapan dalam majlis pembukaan persidangan itu (Khamis 15/12/2016) dan bersalam dengan penjenayah penumpah darah Ayatullah Ali Khamenie (Sabtu 17/12/2016) yg mengulang2 apa yg disebut oleh khatib rasmi Tehran iaitu Ayatullah Muhammad Amami Kasyani dlm khutbah Jumaat 16/12/2016 bahawa "Halab (Aleppo) telah merdeka dan umat Islam (Syiah) telah menang ke atas orang2 kafir (Sunnah)"

 Di sebalik peranan jenayah jijik yang dimainkan oleh Iran, sekutu2nya dan talibarut2nya dalam wilayah Arab, iaitu kezaliman, melakukan jenayah, mencabul kehormatan insan di beberapa buah negara Islam dan Arab, lebih2 lagi membunuh keluarga kita, memperkosa anak2 gadis kita dan wanita2 kita, menyembelih dan menghalau saudara2 kita di Syria, membantu seorang penjenayah penumpah darah iaitu Bashar al-Asad agar hidup lama, saya merakamkan rasa jengkel dan pelik saya terhadap penyertaan aktif Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam persidangan yang diadakan di Tehran itu.

 Di mana tiada ruang untuk tidak berkecuali atau untuk mengambil pendirian lunak dlm situasi ini, saya mengharapkan pihak tuan memecat Syeikh Abdul Hadi Awang daripada Majlis Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan daripada keahlian Kesatuan.

Saudara anda,
Abdel Fattah al-'Awaisiy

Comments (0)