Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Unknown | Posted on 4:53 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


“Tang mana Guan Eng anti-Melayu?” soal Sharif Omar

Posted: 02 Dec 2016 05:55 AM PST


 Bekas menteri UMNO, Datuk Seri Sharif Omar mempersoalkan pihak yang gemar memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya anti-Melayu.

 "Saya nak tanya orang Pulau Pinang sekarang, tang mana dikatakan Lim Guan Eng ini anti-Melayu, kot-kot saya tak tau.

 "Tak ada sebenarnya," katanya di forum bertajuk "Biarlah aku berkorban untuk Malaysia" anjuran Parti Amanah Negara pertengahan bulan lalu.

 Forum itu diadakan bagi mengingati kematian Mohd Shukri Saad yang terjun dari jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup.

 Menurut bekas Menteri Pertanian itu, sejak dari dahulu UMNO gemar memainkan sentimen kononnya orang Melayu tidak boleh menyokong DAP kerana parti itu anti-Melayu.

 Hakikatnya kata beliau, tidak ada satu pun tindakan DAP yang menunjukkan parti tersebut anti-Melayu sepanjang Pakatan Harapan memimpin Pulau Pinang sejak tahun 2008.

 Malah beliau berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu lebih banyak menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang, termasuk kaum Melayu di negeri itu berbanding pemimpin sebelum ini.

 "Lim Guan Eng ini buat lebih baik dari dulu. Ini berasaskan fakta. Jadi isu rasis yang UMNO dok canang tu tak laku dah. Orang Pulau Pinang tak boleh terima dah isu tu. 

 "Yang depa tahu, hidup UMNO, hidup Melayu. Padahal dia sapu habis semua dah," ujar bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu.

 Menurutnya, slogan UMNO itu hanyalah retorik semata-mata kerana pemimpin UMNO lah yang telah merosakkan kaum Melayu sendiri.

 "Kami dah bye-bye kepada UMNO. Kami dah tinggalkan UMNO. Kami tak kisah lagi dah mahu masuk parti mana – PKR, DAP, Amanah atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

 "Saya sertai PPBM dan akan bekerjasama dengan ketiga-tiga parti ini kerana kita hendakkan perubahan tanpa kira Melayu, Cina atau India," tegasnya.

 Sharif pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1995 sehingga 1999. Beliau kini adalah Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang. – Roketkini.com

ADAKAH KERAJAAN KELANTAN TELAH BERLAKU ADIL KEPADA RAKYATNYA DARI SUKU KAUM ORANG ASLI?

Posted: 02 Dec 2016 12:00 AM PST


(Status ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah hak dan keadilan di sudut Islam yang telah diberikan kpd masyarakat orang asli, bukannya untuk melihat di sudut peraturan dan undang undang yg sedia ada)

 Secara umumnya penempatan orang asli di Kelantan lebih tertumpu kpd Jajahan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai. Mereka telah menetap beratus ratus tahun dahulu sblm wujudnya pentadbiran moden samada sebelum dan selepas merdeka. Pos Pos utama mereka ialah;

 1 Gua Musang
 Kuala Betis, Tohoi, Gob, Simpor, Pasik, Pulat, Blau, Hendrop, Mendrop, Broke, Sendrop, Lojing, Tuel, Hau, Belatim, Dakoh, Balar, Bihai, Bahung, Tendrip, Balar, Redip, Penaq, Jadel dll. 

2. Kuala Krai Pasir Linggi, Aring, Kuala Koh, Depak, Sungai Pertang dll 3. Jeli9 Sungai Rual dll

 Setakat ini, mengikut apa yang disebut oleh YAB Menteri Besar Kelantan,Dato Bentara Kanan, Dato Ahmad Yakob, Kerajaan Negeri Kelantan telah mewartakan tiga kawasan orang asli sbg rezab awam untuk kepentingan mereka, iaitu;

1. Pos Jedip, Lojing (606 ekar ) 

2. Ulu Nenggiri /Kuala Betis (577 ekar) 

3. Jeli Tepi Sungai /Sungai Rual ( 1464 ekar)

Sementara satu lagi masih di peringkat cadangan iaitu di Pos Gob (2,404 ekar) Setakat pengetahuan ambo, penempatan orang asli di Kuala Betis dan Sungai Rual merupakan Rancangan Penempatan Semula (RPS) yg telah dimajukan oleh JKOA di awal 1980'. Mereka diberi tanah seluas 10 ekar sbg ladang dan sekitar 1/6 ekar untuk tapak rumah. 

Di RPS Kuala Betis, seramai 248 peserta belum diberi hak milik tanah, mereka hanya diberi dividen bulanan antara rm400 - rm1000 sebulan bagi ladang seluas 10 ekar seorang.

Manakala tanah di Pos Jedip seluas 606 ekar diserahkan kepada Yayasan Amanah Tok Kenali sebagai agensi pemaju dan Tatok pula telah menyerahkan pemajuan tanah tersebut kpd Syarikat Golden Jullian secara sewa bulanan bagi tujuan pertanian komersial. Tidak ada orang asli yg terlibat secara langsung dlm rezab ini walaupun ianya diwartakan untuk kepentingan orang asli. Setakat ini setahu ambo mereka masih belum menikmati apa apa faedah secara langsung daripada tanah rezab tersebut.

Saya tidak tahu status terkini tanah di Pos Gob seluas 2,404 ekar yang dikatakan akan diwartakan sebagai kawasan orang asli. Sebelum ini ada beberapa syarikat telah memohon tanah ini untuk projek pertanian komersial secara kerjasama dengan agensi Kerajaan spt Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, YAKIN, YIK dan sebagainya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah dlm kenyataannya spt yang dilaporkan oleh Mkini pada 20/10/2016 dan Exco Agama Kelantan, Mohd Nassuruddin Haji Daud dalam status facebooknya pada 1/12/2016 berkata Kerajaan Kelantan telah menyediakan seluas 3.9 juta hektar tanah sebagai kawasan orang asli, 1.6 juta hektar telah diwartakan, satu keluasan yang melebihi keluasan Negeri Kelantan, iaitu 1.5 juta hektar.

 Jika kita melihat di sudut Islam, sepatutnya orang asli juga berhak diberi hak milik tanah sptmana yg telah diberikan kpd warganegara yang lain. Mereka bukan pendatang, bahkan pribumi asal kpd negeri ini. Enakmen berkaitan Rezab Melayu dan Kanun Tanah Negara sepatutnya tidak boleh mengatasi hukum Islam bagi sebuah negeri yang mendakwa perpandukan kpd hukum Allah.

 Kedudukan tanah di negeri Kelantan yg telah diwartakan sebagai Rezab Melayu, kecuali di beberapa mukim tertentu shj dan Akta 134, Akta Orang Asli 1954 sepatutnya tidak dijadikan halangan dan alasan untuk kita berlaku adil dan menyempurnakan hak rakyat mengikut Islam, bukannya berpegang teguh dengan peraturan dan undang undang ciptaan manusia.

 Jika kerajaan boleh memberi milik tanah kpd rakyat kelantan termasuk kepada bangsa cina dan india, agensi kerajaan, syarikat dan NGO's, mengapa sebagai sebuah Kerajaan Islam tidak boleh mengkaji untuk menyelesaikan isu tuntutan hak milik tanah dari kalangan masyarakat orang asli.

 - Penulis ialah Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Kelantan (Amanah). Walaubagaimana pun tulisan ini tidak mencerminkan dasar dan keputusan parti Amanah kecuali selepas diputuskan sedemikian.~ sumber

PAU : Ampusana, Ampusini ...

Posted: 01 Dec 2016 05:59 PM PST

Ada netizen kata, kali ini paling ramai kaum Bunian turut menyertai PAU....
 PAU kali ini adalah yang paling tidak ramai dihadiri. Kalaulah ini dijadikan pengukur jumlah ahli Umno yang masih setia, berapa yang masih tinggal ??? 

"Begitu juga dengan parti politik, ada yang mengaku ahli juta-juta, tetapi bila buat majlis yang kehadiran dibayar mirip diupah, nak penuhkan dewan kecil dengan manusia biasa pun tak boleh. Sebab yang ramainya ialah ahli bunian. " tulis seorang netizen di fesbuknya.

Yang hadir itu pun belum tentu lagi akan undi umno dalam PRU 14 nanti.

 Kehadiran yang lesu jelas menyatakan kepada kita semua bahawa, PAU bukan lagi perhimpunan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia.

 Umno bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Kata-kata 'Rakyat didahulukan' hanyalah rhetorik umpama menanam tebu dibibir Najib yang merah!

Tidak ada perwakilan yg membangkitkan masalah rakyat yang dibebani kos sara hidup akibat GST, nilai Ringgit jatuh dan pemotongan subsidi hingga taraf kehidupan mendadak naik tanpa seiring dengan pendapatan ekonomi rakyat.

Kenaikan melibatkan serba-serbi, harga barang keperluan harian, kadar tambang serta kos perkhidmat­an termasuk pengangkutan awam.

Khabarnya, perwakilan hanya dibenarkan berucap dan berbahas melalui teks yang diluluskan.....Maka sebab itulah tidak ada isu rasuah dan integriti, dibangkitkan walaupun Umno sarat dengan isu-isu tersebut.

Tidak ada yang membangkitkan soal 1MDB yang melibatkan kehilangan wang kerajaan yang terlalu besar. Apatah lagi nak bertanya kepada PM Najib mengenai 2.6 billion Ringgit yang tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

Perhimpunan Umno sepatutnya menjadi flatform bagi perwakilan membawa suara daripada akar umbi dan pandangan setiap lapisan masyarakat  supaya dapat dirumuskan dan dapat dirasai denyut nadi akar umbi dan rakyat keseluruhannya bukan sekadar lebih kepada perhimpunan elit yang ampu sana, ampu sini.

Program Bicara Rakyat mendapat sambutan yang menggalakan.
Bandingkanlah dengan sambutan rakyat sewaktu Program Bicara Rakyat Melaka Bersatu, di Kg Kerubong Tengah, Melaka malam 29 Nov lalu, ribuan hadir mendengar ceramah oleh pimpinan PPBM, PKR dan PAS. Lebih mengujakan, seramai 250 orang ahli Umno Bahagian Tangga Batu isytihar keluar Umno dan menyertai PPBM!

Comments (0)