Followers

Nuffnang

TINTA MUTIARA

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 8:38 PG | Posted in

sumber :-

TINTA MUTIARA


UNTUNGNYA MELABUR EMAS ...

Posted: 12 Nov 2016 08:14 PM PST

CARA JANA UNTUNG MELALUI PELABURAN DAN PERNIAGAAN EMAS

BELI EMAS FIZIKAL DAN PEGANG SELAMA YANG MUNGKIN SEBAGAI ASET.

Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan memegangnya selama yang mungkin; contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini. Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?

Dengan andaian harga emas naik 27% setahun dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

SEBAGAI CONTOH,

Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400. Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410.

Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108%. Maka nilai emas sudah naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23 712 = RM15 412.80.

Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM36 024. Oleh sebab itu, nilai pinjaman Ar-Rahnu yang anda dapat ialah 65% x RM36 024= RM23 415.60.

Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM48 336. Anda akan memperoleh pinjaman Ar-Rahnu sebanyak 65% x RM48 336= RM31 418.40.

Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun. Perlu diingat bahawa kita boleh buat pinjaman sebanyak itu tanpa penyusutan walau 0.1 gram pun emas milik kita. Kita tetap juga memiliki emas seberat 100 gram selepas mengambil wang pinjaman itu.

>>>>>BEGITULAH HEBATNYA PENANGAN EMAS<<<<<


Anda dah simpan berapa gram ?

Kalau belum ada, eloklah mula dari sekarang ...


Comments (0)