Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:27 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Pak Maun pesyen sekarang

Posted: 07 Nov 2016 06:19 PM PST


Ikut wayang P Ramlee, ada satu watak bernama Pak Maun, yang dilakunkan oleh Mahmud Jun.

Pak Maun ini gatal, dah tua tapi jiwa muda. Rupanya ada Pak Maun di zaman ini. Cuma lain pesyennya.


Di rumah konon baca kitab sejarah, rupanya dalam buku diisi gambar wanita-wanita muda yang pastinya cantik dan seksi untuk zaman itu.

Entah betul atau tidak, ada pula Pak Maun pesyen sekarang tengok porn dalam kereta dan rengikan didengar drebar.

Pak Maun pesyen sekarang beri jawapan dan tahun depan tanya soklan. Tanya pula soklan yang dia tahu dan bertujuan ugut untuk anak dapat projek.


Pak Maun cerita P Ramlee pakai kopiah dan baju Melayu untuk ke surau. Rupanya di dalam pakai baju kemeja dan seluar yankee yang ketat.


Bukan ke surau tapi ke majlis tari menari a-go-go.

Tidak jauh beza Pak Maun pesyen sekarang tipu konon jaga bini macam suami mithali.
Bila diarah tukar tempat, letak jawatan.

Tambah lagi, hendak habiskan masa mengaji bahasa Arab. Maklumlah orang ABIM berkumis di dagu.

Rupanya bukan ngaji Arab, tapi tabiat a-raba anak dara. Bila ditanya, minta usah usah diungkit cerita lagi.

Sengaja timbul kontroversi supaya bila diodit, orang tak percaya dia lakukan salahlaku. Padan Muhyiddin ajak sertai PPBM.

Sekarang pun sudah kamcing balik dengan Anwar.

Wow! Orang-orang Mahathir mesti ada jerangkung dalam almari

Comments (0)