Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:08 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Siapa pecah undi siapa?

Posted: 20 Nov 2016 06:19 PM PST


UMNO ditubuhkan untuk satukan Melayu bagi menuntut kemerdekaan.

Sebaik mesyuarat agong pertama, puak lebai tuntut lebih kerusi dalam jawatankuasa.

Bila Haji Ahmad Fuad tidak dapat dan disogok British dengan jawatan di Pulau Pinang, dia keluar dan bersatu dengan puak Hisbul Muslimin untuk tubuh PMIP yang kemudian jadi PAS.

Dari situ, PAS jadi pemecah undi Melayu UMNO. Namun begitu, suara Melayu perlu di sebelah pembangkang.

Setiap kali ada pergeseran dalaman UMNO maka muncul parti baru seperti Semangat 46, Adil (PKR) dan Pribumi Bersatu untuk pecahkan undi UMNO.

Beberapa tahun lepas, timbul pula PAN untuk pecahkan pula undi PAS yang selama ini untuk pecahkan undi UMNO.

Kini Perkasa pula muncul sebagai pemecah undi Melayu terbaru.

Katanya dia nak tanding kawasan yang DAP dan PH tanding. Nampaknya macam pemecah undi kepada pemecah undi Melayu UMNO dan PAS.

Tetapi ahlinya atau potensi pengundi adalah dari ahli-ahli UMNO dan sedikit sebanyak PAS.

Jika dia tanding kawasan yang ditandingi DAP dalam kawasan majoriti Cina, Perkasa hanya pecahkan undi minoriti Melayu.


Pening nak faham strategi Perkasa sebab dulu banyak betul cakap tentang penyatuan Melayu.

Anggap saja halatuju politik Perkasa itu unik dan berlainan. Maka Husin tertanya pula jika demikian, siapa pula akan pecahkan unfi Perkasa?

Wow! Banyak duit nak tanding 50 kerusi

Comments (0)