Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:11 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Dulu, takde pun Mahathir cakap kita jual negara kepada Jepun.

Posted: 04 Nov 2016 11:15 PM PDT

Malaysia dan Jepun telah menikmati hubungan diplomatik, ekonomi dan budaya yang baik sejak Tanah Melayu merdeka dari Britain dalam tahun 1957. Jalinan di antara dua negara ini telah diperkuatkan dengan dasar `Pandang ke Timur' yang diperkenalkan dalam tahun 1982 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam tahun 1993, Jepun, dengan $11.3 bilion adalah pembekal terbesar dunia untuk Bantuan Pembangunan Rasmi (BPR). Kebanyakan dana ini adalah pinjaman kerajaan dalam matawang Jepun iaitu Yen.

Malaysia adalah penerima BPR Jepun yang terbesar di Asia. Dari Januari 1969 hingga Mac 2001, Malaysia telah menerima pinjaman dua-hala sebanyak 827.4 bilion Yen (RM26.4 bilion). Kalau dibahagikan dengan setiap rakyat Malaysia, jumlah ini adalah bersamaan dengan RM1,165 iaitu nilai tertinggi di Asia (Ruhanie, 2001).

Pada tahun 2003, kerajaan Jepun telah bersetuju untuk memberi 82.4 bilion Yen (RM2.3 bilion) sebagai pinjaman dua-hala untuk projek Saluran Air Mentah Pahang-Selangor.

Telah dilaporkan sebelum ini dalam Ogos 1998 bahawa Tokyo telah bersedia untuk menawarkan pinjaman bernilai beberapa bilion yen dengan kadar bunga yang rendah sehingga Mac 1999.

Kerajaan Malaysia turut membuat permohonan rasmi untuk pinjaman negara Jepun semasa Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia.

Jepun telah memberikan beberapa pinjaman sebanyak 10 bilion yen setiap tahun untuk Malaysia dalam dekad 1980-an.

Pinjaman terakhir Tokyo kepada Malaysia berlaku dalam 1994 apabila Jepun membekalkan 61.5 bilion yen (RM2.5 bilion) sebagai BPR untuk membina Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Pasca-1998, Jepun juga memberi pinjaman berikut kepada kerajaan Mahathir:

1999 - Projek Loji Rawatan Kumbahan - 4.9 bilion Yen (RM200 juta)
1999 - Projek Dana Pinjaman Pengajian Tinggi (II) - 5.3 bilion Yen (RM210 juta)
1999 - Projek Pemulihan Stesen Janakuasa Port Dickson (Tuanku Jaafar) - 53.7 bilion Yen (RM2.17 bilion)
1999 - Projek Stesen Janakuasa Hidroelektrik Kenyir 17 bilion Yen (RM690 juta)
2002 - Projek Saluran Air Mentah Pahang-Selangor 82 bilion Yen (RM3.32 bilion)

----
http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1998aj/japan%20looking%20imalaysia.pdf

http://www.japanesestudies.org.uk/articles/2007/FuruokaLoKato.html

http://www.nytimes.com/1994/11/11/news/11iht-yen_0.html

http://www.my.emb-japan.go.jp/English/ODA/ODA.htm


Sent from Samsung tablet.

Comments (0)