Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:15 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Kejatuhan Ringgit Bukan Disebabkan Isu 1MDB - Rahman Dahlan

Posted: 20 Nov 2016 06:35 AM PST

Konvensyen PAU 2.0 Meneruskan Kelangsungan Kuasa Melayu - Islam

Posted: 20 Nov 2016 04:35 AM PST

Kenapa Lihat ECRL Dari Sudut Negatif? - Dr. Azmi Hassan

Posted: 20 Nov 2016 03:21 AM PST

Tuntutan Bersih 5.0 Sepatutnya Dijawab Oleh Mahathir

Posted: 20 Nov 2016 02:47 AM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya menjawab kepada tuntutan penganjuran Bersih 5.0 yang mana antaranya meminta agar pilihan raya di negara ini di laksanakan secara bersih.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dengan menjelaskan bahawa sistem dan kaedah pilihan raya yang digunakan pada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak ketika ini hanyalah menyambung daripada pentadbiran terdahulu.

"Tuntutan Bersih apa? Dia hendak pilihan raya bersih. Tuntutan dia tidak ada kena mengena dengan cara berdemonstrasi atau tunjuk perasaan.

"Kalau Bersih tidak puas hati terhadap pilihan raya maka pihak yang bertanggung jawab ialah Dr Mahathir sendiri. Berapa lama dan berapa kali pilihan raya menggunakan sistem yang sama.

"Apa yang Datuk Najib buat dalam sistem pilihan raya hari ini tiada perubahan tetapi hanya menyambung apa yang dibuat oleh Tun Mahathir.Jadi apa Bersih nak tuntut, perlu dijawab Tun Mahathir; tiada apa diubah melainkan apa yang dibuat Mahathir dulu," ujar ketika ditemui pemberita di RTC Gopeng petang tadi.

Bersih 5.0 yang diadakan di ibu negara hari ini adalah penganjuran oleh parti DAP dan disokong oleh beberapa parti pembangkang yang lain.

Kelihatan Tun Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin turun bersama sertai demonstrasi jalanan tersebut.

Sementara itu, Tan Sri Annuar yang ditanya mengenai jalinan hubungan rapat Tun Dr Mahathir dengan pembangkang , beliau melihat ada kemungkinan ia strategi Tun Dr Mahathir terlepas daripada 'ditelanjangin' pembangkang semasa zaman pentadbirannya.

"Ini mungkin strategi Tun Mahathir kerana suatu masa dahulu ketika berkuasa banyak skeletonnya yang disimpan. Mungkin dia bimbang Anwar Ibrahim tidak lama akan keluar daripada penjara dan kalau dia tidak bersama mereka ini maka dia akan di mamah pembangkang, mungkin di telanjangi pembangkang mungkin dia akan dikritik pembangkang.

"Dr Mahathir jangan tafsir kan apa yang dia buat pada benda yang dibuat, dia selalunya ada dua tiga (motif) di belakang," katanya yang aktif berpolitik dalam UMNO sejak tahun 1979.

Jika Tiada Kuning Maka Tiadalah Merah

Posted: 20 Nov 2016 02:41 AM PST




Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa parti itu sama sekali menolak aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi apabila dikaitkan dengan kumpulan Baju Merah.

"Saya tidak nafikan orang UMNO dan ada pemimpin UMNO termasuk Jamal (Datuk Seri Jamal Md Yunos- penggerak Baju Merah) ingin melaksanakannya tetapi tidak secara rasmi datang daripada parti (UMNO),"jelasnya.

Kenyataan itu merujuk kepada satu teks mesej yang viral di laman sosial dengan memaparkan senarai ahli UMNO yang dihantar bagi menyertai perhimpunan Baju Merah pada siang tadi di ibu negara.

Namun kata Tan Sri Annuar, pembentukan kumpulan Baju Merah itu tidak akan wujud sekiranya tidak diadakan demonstrasi Bersih 5.0 yang turut sama diadakan di lokasi dan tarikh yang sama.

"Bersih bukan NGO, ia dianjurkan oleh DAP dan parti-parti pembangkang jadi kenapa nak jadi isu kalau ada orang UMNO menyertainya (Perhimpunan Merah)? Ini tidak relevan.

"Setiap tindakan (Bersih) ada reaksi balas (Baju Merah). Kalau tidak ada Bersih tiada Baju Merah kalau tidak ada Maria Chin tidak ada Jamal.

"Jangan andaikan dalam negara ini sesetengah orang buat apa sahaja dan orang UMNO duduk diam, Orang UMNO ada perasaan dan ada keberaniannya,"katanya lagi.

Walau bagaimana pun, Tan Sri Annuar mengingat kan ahli UMNO supaya tidak melanggar undang-undang namun sekiranya itu berlaku mereka juga tidak terlepas daripada dikenakan tindakan.

Beliau ditemui pemberita selepas berucap di siri Jelajah Penerangan Pimpinan Bersama Akar Umbi Negeri Perak di Dewan RTC Gopeng pada Sabtu petang.

Dalam berdepan cabaran seperti ini, Tan Sri Annuar berkata ia sebenarnya menjadikan UMNO lebih kuat dan bersiap siaga .

"UMNO bukan terdiri daripada kelompok golongan elit, tetapi rakyat yang kukuh, dan lipatan sejarah seawal Dato Onn Jaafar membuktikan kita boleh mengatasi perkara ini, lihat pada kapalnya, bukan pada nakhodanya,"ulasnya pada sesi sidang media.

Akhirnya Mahathir Ditewaskan Soros TS Annuar Musa

Posted: 20 Nov 2016 02:22 AM PST





Nov 19, 2016
19/11/2016 -- Akhirnya Mahathir Ditewaskan Soros:- TS Annuar Musa

Bekas perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulu bertungkus lumus berperang dengan, George Soros kini tunduk dan akur dengan permainan penyangak mata wang negara itu.



Jelas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, beliau membuat kesimpulan itu kerana melihat Tun Dr Mahathir kini menyokong cara permainan Soros dalam menjatuhkan pentadbiran sesebuah negara.



"Sebahagian tugas Soros adalah untuk jatukan sesebuah kerajaan, kalau dulu kita lihat Soros hendak jatuhkan Matahir dengan cara serang mata wang kita dan menyebabkan krisis ekonomi dan berlaku kegawatan dan Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri) lihat Mahathir goyang ketika itu dan timbul keinginan Anwar nak jatuhkan Mahathir lalu Mahathir memecat Anwar .



"Tapi sandiwara di belakangnya itu ada peranan Soros sebaba Soros nak jatuhkan Mahathair kerana Mahathir kerajaan waktu itu. Dan kini permainan itu belum habis; cuma akhirnya antara Soros dan Mahathitr, Soros menang.



"Kenapa saya kata begitu? Sebab hari ini Soros boleh menggunakan Mahathir untuk menjalankan permainan yang sama. Soros menang, Mahathir kalah,"ujarnya yang ditemui pemberita di Gopeng pada Sabtu.



Terdahulu Tan Sri Annuar ditanya mengenai peranan Soros dalam membiayai serta menyalurkan dana bagi mengadakan demonstrasi di negara ini seperti yang dianjurkan menerusi Bersih.



Namun, perkara tersebut tiada lagi rahsia kerana secara terang Soros mengisytiharkan bahawa pihaknya menerusi institusi tertentu menyalurkan dana kepada beberapa badan penubuhan di Malaysia termasuk Majlis Peguam.



"Dr Mahathir pernah berkata apabila orang nak rosakkan ekonomi Korea adalah dengan cara demostrasi… dan sepatutnya dia (Mahathir) tahu ini budaya siapa dia bawa untuk adakah demonstrasi ini (Bersih),"katanya.



Tambahnya, pembangkang memilih dengan sengaja untuk berdemostrasi bagi meruntuhkan kerajaan negara seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat di Libya, Teheran serta Jakarta.



"Dalam keadaan pembangkang kalut ribut dengan cara dia siapa yang peduli masalah rakyat?




"(Namun) Datuk Seri Najib tidak peduli dan dia fokus untuk cari dan tambah pelaburan bagi negara. Dia fokus jaga hubungan diplomasi yang tidak beres semasa zaman Mahathir yang berpuluh tahun tidak selesai dengan Singapura, China, Filipina malah Amerika…kini hubungan diplomatik Malaysia dengan banyak negara yang sangat baik .



"Saya terpaksa kata sebab saya pernah duduk dalam kabinet Tun Mahathir , hubungan diplomatik zaman Datuk Najib ini jauh lebih baik, lebih berguna bagi Malaysia ,"kata Tan Sri Annuar.

Comments (0)