Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:55 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! DAP Perguna Dr. Mujahid, Zairil Untuk Permainkan Akidah Umat Islam... Asalkan Hentam UMNO BN, Bunuh Diri Pun Dianggap 'HERO'... #SahabatSMB

Posted: 17 Nov 2016 09:26 PM PST

BENARKAH HANYA KERANA WANG RM1000, AHLI KELUARGA MANGSA TERPAKSA TUNDUK DAN AKUR DENGAN KEHENDAK PIHAK PENGANJUR DARI KJAAN NEGERI P. PINANG?


JIJIK DAN PENUH DENGAN WAJAH-WAJAH PENGKHINATAN... mungkin inilah kesimpulan yg paling tepat yg boleh aku berikan untuk menggambarkan senario dan suasana ketika program forum anjuran kerajaan negeri P. Pinang... forum dengan tajuk 'FORUM TRAGEDI LAHAR YOOI' telah diadakan di Merbau Kudong, Sungai Dua... antara ahli panel yg dijemput termasuklah Dr. Mujahid Yusof Rawa, YB Sim Tze Tzin, YB Zairil Khir Johari serta menampilkan YAB Lim Guan Eng selaku jemputan khas...

Sebenarnya, tidak ada apa yg menarik pun dengan forum ini, sama lah seperti forum2 dan ceramah2 lain yg pernah Pakatan Harapan adakan sebelum ini... malah dari segi sambutan dan penerimaan masyarakat setempat juga sudah dapat diramal dari awal, HAMBAR dan GAGAL... bayangkan, sebuah dewan orang ramai yg boleh memuatkan tidak kurang 1000 orang, tetapi hanya dihadiri tidak lebih 50 orang pun...

Namun, apa yg menjadi isu sekarang, kenapa pihak penganjur yakni kjaan negeri pimpinan DAP menjadikan peristiwa atau tragedi bunuh diri terjun jambatan sebagai bahan untuk dipolitikkan... bukan saja menjadi topik perbincangan, malah tanpa berselindung, tanpa ada rasa bersalah, secara terang-terangan telah mengangkat nama mangsa sebagai tajuk forum dan terpampang di banner dan flyers...






Tak kiralah, walau macamana pun kisah disebalik kejadian ini, namun kita sebagai insan, apatah lagi sebahagian besar pihak penganjur yg terlibat mengaku beragama Islam perlu lebih peka, lebih sensitif, tidak boleh mengambil sikap 'asal boleh' dalam mendepani sesuatu isu...

Kedua, di dalam Islam, bunuh diri termasuk dalam kategori melakukan dosa2 besar... apatah lagi, pelakunya tentu sudah tidak ada lagi peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah... Islam tidak pernah menghalalkan cara yg salah, walau apa pun matlamat dan tujuannya, apatah lagi jika hanya dengan alasan kesempitan hidup atau tertekan...

Membunuh diri adalah satu perkara yg sangat mengaibkan, bukan saja ke atas si pelaku, malah turut melibatkan ahli keluarga dan masyarakat sekitar... perkara yg mengaibkan tidak patut dijaja, apatah lagi untuk dijadikan topik perbincangan... tindakan pihak penganjur yg cuba mengangkat semula isu ini untuk hebahan, apatah lagi apabila isu ini disandarkan kpd fakta dan tujuan yg salah, sememangnya ia sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat...

Aku sendiri sebenarnya tidak berminat untuk menjadikan cerita bunuh diri ini sebagai bahan... namun, aku terpanggil untuk menjawab tohmahan dan tuduhan jahat pihak penganjur yg didalangi pihak kjaan negeri pimpinan DAP yg cuba mensasarkan kjaan UMNO BN... satu persoalan yg patut dibangkitkan, khususnya kpd ahli panel forum yg mengaku Islam seperti Dr. Mujahid dan Zairil Khir Johari, tidakkah kalian berasa bersalah dan terhina, apabila orang bukan Islam dari DAP seolah mempergunakan kalian untuk cuba mengangkat mangsa bunuh diri ini seperti hero atau pejuang, sedangkan kalian tahu, bunuh diri adalah haram disisi agama Islam dan perkara yg boleh menjatuhkan maruah Islam...





Tidakkah kalian sedar, tindakan kalian ini seolah-olah seperti satu usaha mempromosi tindakan bunuh diri ini? adakah kalian maksudkan, jika ada di kalangan rakyat yg berasa tertekan dengan kehidupan, maka cara penyelesaiannya adalah bunuh diri dan kemudian salahkan pihak kjaan UMNO BN sebagai penyebab mereka bertindak menamatkan riwayat sendiri? atau, jika mahu diangkat seperti hero atau pejuang, bunuh diri satu caranya...

Seperti yg aku katakan tadi, sbg org Islam, kita bertanggungjawab menjaga aib sesama saudara seagama... kalau benar berniat ingin membantu keluarga mangsa, ini bukan caranya... kalaupun ingin menjadikan kisah ini sebagai tauladan kpd yg masih hidup, biarlah ia dibuat secara umum, bukan mendedahkan identiti mangsa hingga boleh menjatuhkan maruah ahli keluarga dan umat Islam keseluruhannya...

Apa yg berlaku di Tunisia tidak wajar dijadikan contoh oleh umat Islam di Malaysia... walaupun Dr. Mujahid cuba menjadikan kisah seorang pemuda Tunisia yg sanggup membakar dirinya gara2 tidak tahan lagi dengan kemerosotan perniagaan akibat daripada kelembapan ekonomi Tunisia, hingga mencetuskan revolusi 'Arab Spring' di Tunisia, ianya jelas berbeza dgn senario semasa di Malaysia... dan mungkin Dr. Mujahid tertinggal satu perkara, tentang kekesalan yg terpaksa ditanggung ahli keluarga pemuda Tunisia tersebut akibat drpd tindakannya... hari ini, walaupun Arab Spring boleh dikatakan berjaya membawa perubahan kpd politik kebanyakan negara2 Arab, namun ia bukan membawa kesan yg lebih baik, malah keadaan kehidupan rakyat di negara2 yg menempuhi Arab spring menjadi lebih teruk, lebih sengsara dan lebih susah... adakah ini yg mahu Dr. Mujahid jadikan contoh?

Berbalik dgn apa yg berlaku di Lahar Yooi... aku turut dimaklumkan bahawa ahli keluarga mangsa telah diberitahu oleh pihak penganjur akan hasrat mereka mahu mengadakan forum ini... dan menurut sumber, ahli keluarga mangsa turut menerima sumbangan khariat kematian drpd pihak kjaan negeri berjumlah RM1000... adakah sumbangan ini menjadi punca kenapa tidak ada dari kalangan ahli keluarga mangsa yg tampil membantah penganjuran forum ini... mungkin ahli keluarga mangsa ini tidak tahu bahaw di P. pinang, setiap keluarga yg baru kematian ahlinya berhak menerima sumbangan khariat kematian sebanyak RM1000 drpd kjaan negeri, seperti yg telah diumumkan dalam bajet kjaan negeri di sidang DUN...







Jadi, tidak wajar jika ahli keluarga mangsa berasa bersalah atau seolah termakan budi apabila menerima sumbangan ini... hinggakan terpaksa akur dengan apa sahaja kehendak mereka... bagi kami, hal ini sangat menyedihkan... pihak keluarga mangsa langsung tidak menghargai perhatian yg telah diberikan oleh pihak pemimpin setempat terutama yg mewakili UMNO BN... beberapa kali, ADUN kawasan dari UMNO BN, YB Mohd Yusoff Bin Hj. Md Noor tampil menghulur bantuan dan sentiasa mengambil berat masalah mereka... salah satu sebabnya adalah, kami sudah menjangka akan ada pihak dari kjaan negeri pimpinan DAP yg akan cuba mengambil kesempatan ke atas mereka... malangnya, ahli keluarga mangsa langsung tidak memaklumkan kpd kami tawaran kjaan negeri ini, hinggakan kami sendiri tahu bukan dari keluarga mangsa, tetapi setelah program forum ini heboh diwar-warkan...

Bermakna ahli keluarga sendiri menolak tangan yg telah kami hulur... malas aku nk kata, tapi persoalannya, adakah sebenarnya pihak keluarga mangsa turut ingin menumpang bangga dengan tindakan mangsa yg MEMBUNUH DIRI dengan cara terjun dari jambatan P. pinang? Aku biarkan persoalan ini menjadi teka teki...

Seperkara lagi... ada sesuatu yg menarik perhatian aku ketika majlis forum ini diadakan... salah seorang tetamu yg hadir sangat aku kenali, malah aku yakin beliau juga turut dikenali oleh sebahagian besar masyarakat setempat, khususnya di Sg. Dua dan Tasek Gelugor... siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Mohd Shariff Bin Hj. Omar, bekas Ahli Parlimen dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor... nampaknya, perjuangan puluhan tahun DS Shariff kini sudah menjadi sia2...

Walaupun beliau kini bukan lagi ahli UMNO setelah dipecat dari UMNO gara2 bertanding dalam PRU13 menggunakan tiket sbg calon BEBAS, namun bagi aku, soal prinsip dan akidah tidak wajar dipolitikkan... menurut maklumat yg aku perolehi, DS Shariff Omar kini sedang giat menarik sokongan dan keahlian untuk parti PPBM... malah beliau juga dikatakan bakal diletakkan sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dalam PRU14...


Hakikatnya... aku sangat tidak bersetuju dengan tindakan pihak penganjur dari kjaan negeri pimpinan DAP yg telah mengambil kesempatan ke atas keluarga mangsa dengan mengadakan forum yg langsung tidak mendapat sambutan ini... janganlah dipolitikkan isu melibatkan akidah... biarlah Islam kekal berada di tangga teratas dalam kehidupan manusia, khususnya rakyat di malaysia...

Comments (0)