Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:35 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[DEDAH] PANAS!!! Ini Buktinya Kenapa Projek ECRL Jauh Lebih Bermanfaat Berbanding KLCC... Paling Tidak, Aku Boleh Terus Ke Bejing Dari KL Hanya Menaiki Keretapi... #SahabatSMB

Posted: 09 Nov 2016 11:25 PM PST

MENJAWAB 1001 PERSOALAN DAN PERTIKAIAN BERHUBUNG ISU PROJEK EAST COAST RAILWAY LINE (ECRL)... CUKUPLAH KORANG JATUHKAN 1MDB, NFC, HINGGA KE TABUNG HAJI...


Sejak kerajaan mula menandatangi MoU dengan syarikat dari negara China, China Communication Construction Co. (CCCC) berhubung rancangan pembinaan projek landasan keretapi East Coast Railway Line (ECRL), yg akan menghubungkan pantai timur dan pantai barat semenanjung merentasi Banjaran Titiwangsa, maka riuh rendahlah musuh2 kjaanyg bencikan UMNO BN mula bermain dgn pelbagai sentimen dan persepsi bagi mempengaruhi rakyat... menariknya, kali ini, kjaan dilihat sudah bersedia dan sudah menjangka bentuk serangan serta isu2 yg mungkin akan diketengahkan oleh puak pembangkang... jadi tidak hairanlah apabila kita lihat puak pembangkang seolah sedang dihimpit ke dinding, terkapai-kapai mencari talian hayat, hingga akhirnya memaksa mereka mengeluarkan isu hanya mengikut logik akal sempit mereka seperti dakwaan konon harga tiket ECRL akan mencecah RM520 dan sebagainya... nak tentukan harga tiket ECRL tak sama seperti nak letak harga jualan barangan kedai runcit korang... tak semudah harga modal tambah 20% keuntungan untuk mendapatkan harga jual...

▪Ada beberapa pihak mendakwa Kerajaan agak terburu-buru dalam membuat keputusan melaksanakan projek ini... Terlebih dulu, kita perlu faham mengenai ECRL... ia merupakan landasan keretapi Port to Port:- yang menghubungkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra - Lapangan Terbang Kertih - Pelabuhan Kertih - Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kuantan hingga ke Pelabuhan Klang.

▪ Bagi mereka yang biasa dengan projek ini pasti mengetahui Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) mencadangkan ECRL sejak tahun 2007 sebagai projek kritikal untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di koridor ini. Ketika itu, anggaran kos diberi ialah antara RM30 bilion hingga RM70 bilion... Malah, projek ini sudah mula dibincang di pelbagai peringkat sejak 1981... Sejak cadangan asalnya, perancangan menyeluruh, pelan kewangan, kaji selidik pasaran dan kajian sudah dilakukan, termasuk tiga kajian kesesuaian sejak 2007.

▪ Perancangan dengan kerajaan China akan membabitkan kerangka kewangan bernilai sehingga RM55 bilion berdasarkan syarat yang memberi kelebihan kepada Malaysia - menerusi pinjaman mudah dan kadar faedah yang rendah untuk tempoh 20 tahun oleh Bank of China Import-Eksport (EXIM). Tiada bayaran balik prinsipal diperlukan sepanjang tempoh tujuh tahun pertama pinjaman.


Namun begitu, kajian yg dibuat pada 1981 mendapati pembinaan landasan keretapi tersebut tidak ekonomikal kerana didapati 10% sahaja rakyat Terengganu bakal menjadi pelanggan keretapi tersebut.

Berbanding dengan ECRL yang bertujuan untuk memperkasakan ECER (East Coast Economic Region) bagi menghubungkan daerah-daerah yang direkayasakan untuk pembangunan Industri.


  • Pembinaan landasan keretapi ini bakal memberdayakan contohnya Kertih Integrated Petrochemical Complex :- kompleks industri ethylene dan polyethylene. KIPC ini mampu menyimpan dan mengedarkan sehingga 2.7 juta tan ethylene dan polyethylene setiap tahun. Fasaliti marin KIPC mampu menampung sehingga 6 kapal tangki seberat 40,000 tan.



  • Begitu juga dengan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang dibangunkan di atas tanah seluas 685 hektar dengan sasaran pembinaan industri berat dan berteknologi tinggi seperti produk besi, elektrik, elektronik, teknologi maklumat dan lain-lain.



  • Keperluan bahan mentah yang krusial sedang dihadapi oleh Gambang Halal Park :- Taman Industri yang memfokuskan pengeluaran makan halal dan juga produk halal bukan makanan seperti farmaseutikal, kosmetik dan lain-lain.



  • Pada tahun 2010, satu kajian Business, Strategic, Implementation and Planning (BSIP) telah dilakukan oleh Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT):- menyarankan pembangunan infrastruktur yang teliti dan berskala komprehensif perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan Kemaman Heavy Industry Park.


  • ECRL ini juga amat penting kepada Gebeng Integrated Petrochemical Complex (GIPC), Kuantan Integrated Biopark, dan Pekan Automotive Park (PAP)...Pekan Automotive Park yang memasang kereta Volkswagen, Suzuki dan Mercedes memerlukan pengangkutan berskala masif bagi memastikan pengedaran yang ekonomikal ke seluruh negara. PAP dijangka melahirkan 270 usahawan baharu dan 28,338 pekerjaan menjelang 2020.



  • Pengedaran produk pertanian bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan juga akan menerima impak positif dari pembinaan ECRL ini dimana ianya akan memenfaatkan industri tenusu di Cattle Research and Innovation Centre in Muadzam Shah yang memfokuskan kajian penternakan lembu dan pengeluaran susu. Pusat ini bakal menarik pelaburan swasta dalam industri tenusu di 3 buah ladang komersial di Terengganu, Kelantan dan Mersing selain memenfaatkan 100 ladan satelit baru di Pantai Timur.

  • Produk berasaskan kambing di Kuala Berang dan Telaga PApan Terengganu juga bakal menerima menfaat dari ECRL bagi membolehkan bekalan daging kambing diedarkan dengan lebih murah.



  • Bagi industri perikanan pula, ECRL merupakan pengangkutan termurah dan bakal menguntungkan Taman Pemprosesan Ikan di Tanah Putih, Kuantan, Marine Fish Hatchery and Fish Seed Marketing Centre di Merchong, Pahang malahan bakal bertempiasan sehingga ke Taman Integrasi Perikanan Tok Bali, Kelantan, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan, Pengkalan Kubor, Kelantan yang bakal memproses sehingga 82,000 liter budu.


Ini cuma sebahagian industri yang bakal menerima menfaat dari ECRL. Berdasarkan kajian yang dibuat pada 1981, sasaran pasaran untuk penumpang keretapi hanyalah 10% manakala keperluan industri hari ini dijangka melibatkan 90% pasaran.

ECRL diperlukan bagi memudahkan pengedaran produk siap dan mengalirkan bahan mentah secara ekonomikal dari/ke Pantai Timur.

Dari segi aspek sosial pula, ECRL dijangka mengurangkan kos perumahan yang tertumpu di lokasi strategik di bandar sahaja serta membolehkan pengangkutan tenaga buruh dalam jarak lingkungan yang lebih besar dan jauh.


MENGAPA MAHAL?

Ada banyak sebab bro...

1▪ Kita hanya sign MOU dengan China.... bukan satu perjanjian muktamad, tetapi lebih kepada persefahaman. Kos yang disebut dalam media adalah kos kasar berdasarkan RFI yang dibuat oleh China Communications Construction Co (CCCC).... Engineer paham apa mender RFI ni....


Dalam RFI, ia hanyalah tawaran melibatkan kajian kasar berdasarkan apa yang ditawarkan oleh kontraktor.

Untuk memahami RFI ni, aku bagi contoh mudah:- Aku nak buat rumah kat tanah seluas 4 ekar :- aku buka tawaran RFI, kontraktor berebut-rebut hantar RFI dengan design rumah masing2 dan harga masing2.. termasuklah ada yg offer Financing.

Dari tawaran2 dalam RFI ni, aku pun deal la ngan satu kontraktor ni yang offer harga 55 juta.... Aku pilih dia bukan semata-mata sebab harga tetapi tawaran sampingan contohnya dia janji nak tanam pokok durian kat keliling tanah aku, dia gak offer nak sewa tanah aku untuk bukak nursery pokok durian dan akan ajar anak aku cara tanam durian yg berkualiti... Selain tu dia offer aku utk loan buat umah aku tu selama 20 tahun asalkan aku tak amik sewa dari nursery tadik dan dusun durian tu dia berhak jual 50% utk diri sendiri.

Jadiknya, aku pilih dia, bila aku dah pilih dia, aku pun duk bincang pasal rekabentuk rumah, aku nak atap kayu jati ker apa ker... kendian barulah satu perjanjian memuktamadkan pembinaan dengan kos bersih.

2▪ China Communications Construction Co (CCCC) bukan sekadar membina landasan tetapi jugak membina infrastruktur keretapi lain seperti stesen, port loading keretapi kargo, infrastruktur kargo (kren dll), bekalan kuasa alternatif termasuklah membekalkan lokomotif, kontena dan gerabak penumpang serta sistem perkomputerannya.

3▪ Kalau kita bandingkan dengan Awash-Weldia railway contohnya... Awash-Weldia disiapkan dalam masa 42 bulan saja atau 3 tahun setengah berbanding ECRL yg mengambil masa 5 tahun... Awash-Weldia tidak membabitkan pengambil-alihan tanah awam sebesar ECRL yang mana majoritinya adalah tanah milik rakyat dan swasta.

4 - Apabila kita sebut pasal Financing ni, samalah macam kita beli barang kat Singer atau Courts Mammoth.... Kita dapat barang tu dan bayar bulan2 dengan harga murah, tetapi kos jangka panjang adalah amat tinggi. Kerajaan tidak perlu menggunakan Dana Awam sekiranya kemudahan pinjaman ini lebih menguntungkan walaupun jangkanya lama. Kaedah yang hampir serupa apabila kerajaan membiayai pembinaan Putrajaya, tetapi menggunakan Dana Awam dari Petronas dan KWSP...

5 - Oleh kerana keadaan topologi Malaysia dan bagi mendapatkan garis jajaran yang optimum, pembinaan ECRL mempunyai cabaran yang unik dan kompleks sendiri termasuk lah menembusi terowong batu yang keras dan pembinaan jambatan yang merentangi banjaran gunung Tititwangsa serta kawasan hutan yang amat tebal.

Cabaran seperti ini juga akan merangkumi pembinaan pelbagai jambatan sepanjang 110km dan terowong-terowong sepanjang 50km yang bakal merentasi banjaran Titiwangsa.

Hakikatnya, projek ini akan dikategorikan sebagai projek kejuruteraan dan pembinaan yang paling mencabar di Malaysia setakat ini.

 - ECRL menjamin hubungan jangka panjang dengan China dari segi ekonomi dan pertahanan. Perubahan climate politik di Eropah dan Amerika (Trump menang) bakal membawa banyak perubahan yang mungkin menekan kita.

Negara2 Asia Tenggara dimomokkan mengenai penguasaan China di Spratly oleh Amerika sehinggalah menyebabkan ketegangan negara serantau menyebabkan pembelian senjata secara masif oleh negara2 yg terlibat.

Trump sebagai Presiden sudah pastinya mengotakan janjinya untuk keluar dari TPPA yang akhirnya menekan negara2 kecil lain dalam TPPA kerana mereka berhajatkan pasaran Amerika.

Malaysia perlu mencari alternatif pasaran baharu untuk produk2 domestiknya seperti sawit, getah dan automotif. China adalah prospek besar pasaran automotif malahan Proton juga dipasang dengan jenama China di sana.

Aku percaya akan wujud persefahaman serantau untuk memajukan Spratly dengan semua negara terlibat mendapat bahagian masing-masing.


China lebih berhajatkan Penguasaan Pertahanan di Laut China Selatan sebagai memenuhi rangka Strategi Pertahanan First & Second Island Chain mereka bagi melemahkan ASBI (Air-Sea Battle Initiatives) Amerika yang bertujuan "mengepung" China dari arah lautan...

Dan aku percaya akan wujud persefahaman pertahanan bersama antara negara2 di pesisir Laut China Selatan termasuklah membasmi lanun dan lain2 bagi memastikan kemakmuran Asia terjamin.

So secara mudahnya, pembinaan ni menguntungkan Malaysia dari jangka panjang bukan sekadar dpt jalan keretapi, tetapi Transfer of Technology, Peluang-peluang pelaburan dari China termasuklah persefahaman pertahanan bersama...


KENAPA GUNA SYARIKAT RM2 TANDATANGAN MOU DENGAN CHINA?


1. Mana-mana syarikat sdn bhd yang baru ditubuhkan akan didaftarkan dengan modal berbayar (paid up capital) RM 2.00. RM 1 setiap pengarah merangkap pemegang saham.


2. Apabila kerajaan menubuhkan syarikat Sdn Bhd ia akan memberi kuasa kepada dua orang pegawai kanan kerajaan menjadi Pengarah Syarikat. Ini kerana dua orang pengarah adalah minimum keperluan dalam sebuah syarikat Sendirian Berhad ditubuhkan di negara ini.

3.  Kena bezakan antara pemegang saham dan pengarah. Bagi syarikat kerajaan yang baru ditubuhkan pemilik sahamnya ialah MOF Inc. Tapi mula-mula tubuh dua orang ini kenalah jadi pengarah dan pemegang saham dulu. Mereka ini penama atau nominee MOF inc sahaja. Lain kali baca juga Memorandum of Association.

4. Selalunya syarikat sdn bhd milik orang biasa mereka akan meningkatkan modal berbayar ke RM 100 ribu atau lebih untuk menaikkan kredebiliti,  keperluan tender atau pinjaman bank.

5. Bagi syarikat milik kerajaan seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang menandatangani MOU dengan syarikat dari China untuk kerjasama pembinaan landasan kereta api koridor timur,  ia tidak perlu meningkatkan apa-apa modal berbayar sebelum tanda tangan perjanjian kerana tidak dikehendaki oleh pihak satu lagi.

6. Lagi pun menurut Rafizi and The Gang, syarikat ini ditubuhkan pada 26 September 2016. Jadi memanglah modal berbayar masih RM 2. Untuk meningkatkan modal berbayar sahaja perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan proses.

7. Syarikat luar percaya dengan syarikat RM 2 kerajaan, mengapa mereka yang kecoh? Ia tidak menjejaskan apa-apa wang rakyat melalui syarikat ini.


8. Lagi pun ini baru tandatangan MOU. Syarikat Darul Ehsan Investment Group (DIEG) bertahun dah, aset berbilon dipindahkan ke syarikat ini, modal berbayar masih RM 2. Malah Pengarahnya bukan kakitangan kanan kerajaan negeri pun.


KENAPA RM55B DAN BUKAN RM46B? BENARKAH RM9B HILANG?

Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Construction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan landasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.

Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.

Jadi ada macai dan netizen yang bermain persepsi bahawa semua bajet RM55B tu adalah untuk China Communication Construction Company Ltd atau CCCC sahaja.

Hakikatnya dalam pembinaan ada 2 harga ygang perlu diketahuai iaitu kos projek dan satu lagi kos kontrak.  

Kos projek merangkumi kos kontrak dan juga kos-kos lain yang diambil kira seperti pengambilan balik tanah, feasibility study dan kerja ukur (survey works).

Jika kos kontrak yang ditandatangani dengan CCCC RM46B bermakna bakinya adalah dari jumlah kos projek. Adalah perkara biasa kos pengambilan tanah dan lain-lain boleh mewakili 30% kos projek.

Biasanya pengambilan balik tanah dibawah kuasa agensi pelaksana bukannya oleh kontraktor atau konsesi yang dilantik. Walaupun dibawah PFI, ia masih dibawah kerajaan atau agensi pelaksana.


ECRL adalah satu projek mega yang menghubungkan Kuala Lumpur - Kuantan - Kuala Terengganu - Kota Bharu, ia merupakan laluan  terus barat ke timur yang seratus peratus laluan baru yang pastinya perlu diteroka. Bukan menggunakan laluan yang sedia ada yang mana keretapi menuju ke Selatan (Gemas) terlebih dahulu sebelum ke Timur melalui Gua Musang - Kota Bharu.Tentunya kos lebih besar.

Adalah perkara biasa jika projek PFI dimana syarikat akan pajakkan projek dan dibayar secara ansuran oleh kerajaan. Sama seperti projek MRT dan LRT3. Jika projek melibatkan kontraktor luar negara seperti China yang melibatkan hubungan G to G bermakna ada kontrak yang disesuaikan antara Malaysia dan China. Walaubagaimanapun agensi atau pihak berkaitan perlulah menjelaskan isu ini memandangkan ia kini dibincangkan secara terbuka.

Bagi netizen dan macai yang gemar mempertikaikan  kos projek, kajian untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bawah DAP pun adalah bernilai RM305 juta! Bayar kertas A4 sahaja. Inikan pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur bernilai RM55 bilion

APAKAH JAMINAN UNTUK MEMASTIKAN PROJEK ECRL INI BERJAYA?

CCCC atau China Communication Construction Company Ltd merupakan sayarikat milik penuh kerajaan China yang diseliakan oleh State-owned Assets Supervision and Administration Commission of the State Council (SASAC)....

CCCC mempunyai rekod yang baik dalam projek-projek pembinaan di Malaysia termasuk kejayaan menyiapkan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 2014 dan projek RM2.3 bilion STP2 – iaitu projek penambakan tanah yang masih dalam pembinaan oleh sebuah syarikat usaha sama, di mana sebahagiannya dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang .

MOU ECRL adalah antara Kerajaan dengan Kerajaan dimana Kerajaan Malaysia diwakili oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China diwakili oleh CCCC.

Penting untuk umum tahu bahawa pemilikan, pengurusan dan operasi ECRL akan secara sepenuhnya di kawal oleh Malaysia. Oleh itu, dakwaan yang digembar-gemburkan yang Malaysia bakal kehilangan kedaulatannya tidak pernah timbul sama sekali.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, CCCC perlu melantik syarikat-syarikat tempatan untuk melaksanakan projek ini dan ini termasuklah pemindahan teknologi kepada rakan kongsi tempatan sehinggalah kepada syarikat operasi kereta api. Ini akan dirangkumkan dalam perjanjian akhir nanti.

Ulasan terakhir dalam berita ko tepek ni adalah satu "ulasan kecewa" oleh syarikat-syarikat Barat yang gagal bersaing dengan syarikat China bukan kerana rasuah tetapi kos dan kepakaran yang ditawarkan oleh China jauh lebih rendah.

Malahan dalam urusniaga ECRL ni aku percaya dan yakin, sebahagian besar pembayaran adalah dalam bentuk barter-trade dengan komoditi utama Malaysia seperti sawit dan getah ke China....

MOU ini jugak meyakinkan aku bahawa akan ada lebih banyak pelaburan China akan dibawa masuk ke Malaysia terutamanya dalam bidang petrochemical:- Peta ECRL sendiri menunjukkan "minat" CHina dalam bidang ini.

Seingat aku, China amat berminat untuk membina penapis minyak di Malaysia dan acapkali rundingan sebelum ini diadakan termasuklah dengan kerajaan Kedah dan Perak ketika kedua-dua negeri dikuasai PAS....

Koridor Timur Semenanjung Malaysia secara tradisinya lebih ketinggalan dari pertumbuhan di pantai barat. Oleh yang demikian, projek ECRL bakal memberi kesan yang ekonomi yang berganda yang seterusnya akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan memberi limpahan nikmat ekonomi yang lebih besar kepada Malaysia.

ECRL mempunyai potensi yang besar untuk membuka peluang baru kepada bandar-bandar di sepanjang jajarannya, seperti meningkatkan aktiviti pelancongan dan perindustrian.

Laluan kereta api ini akhirnya akan menghubungkan pelabuhan di pantai timur dengan pelabuhan terbesar Malaysia yakni Pelabuhan Klang di pantai barat. Projek ini akan menjadi game-changer dan menawarkan pelbagai kelebihan logistik dan pengangkutan yang tersendiri. Ini adalah visi YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib buat rakyat di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.


Pembangunan kawasan-kawasan baru di koridor timur Malaysia akan turut membantu meningkatkan tahap pendapatan juga melonjakkan taraf hidup penduduk di kawasan ini dan projek ini akan memangkin usaha untuk merapatkan jurang pembangunan dengan kawasan di koridor barat Semenanjung Malaysia.

ECRL akan bertindak sebagai rangsangan untuk sektor pembinaan dan apabila siap nanti, ia akan menjadi sebahagian daripada rangkaian kereta api Pan-Asia yang akan merapatkan lagi hubungan kita dengan Negara-negara ASEAN, Asia dan Eropah. Ini seterusnya akan memberi impak yang besar dalam meningkatkan perdagangan antarabangsa bagi Malaysia.

Kajian kami menunjukkan bahawa projek ECRL ini secara purata bakal menyumbang sebanyak yang 1.5% pertumbuhan KDNK tahunan tambahan kepada Wilayah Pantai Timur dalam tempoh 50 tahun akan datang di mana penerima tertinggi adalah terdiri daripada rakyat luar bandar dan separa luar bandar di negeri-negeri Pantai Timur.

Oleh kerana banyak faedah-faedah ekonomi dan pembangunan yang akan diperoleh, kerajaan akan memastikan bahawa projek ini kelak akan berjaya dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif utama Perdana Menteri dalam menjadikan Malaysia ke arah yang negara yang seimbang, maju dan berpendapatan tinggi.

Sumber  :
1. Kernel Stack Dump - Azrinsham
2. Abd Jalil Backer
3. Wa Sengat Lu
4. Datuk Rahman Dahlan

Comments (0)