Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:52 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Ketua AMK PKR Rupanya Yang Jadi Anjing PENYANGAK Kepada Azmin Ali... Tokey Cina P. Pinang Pun Kini Dah Jadi RAKAN KAWTIM... #SahabatSMB

Posted: 31 Oct 2016 11:05 AM PDT

ORANG ASLI SUKU TEMIAN DIUGUT DAN DIUSIR OLEH SAMSENG2 AZMIN ALI APABILA CUBA MEMPERTAHANKAN HAK TANAH MEREKA DI ATAS TANAH PAYA INDAH WETLANDS... 4000 ORANG MELIBATKAN 7 BUAH KAMPUNG ORANG ASLI TERLIBAT DAN BAKAL TERJEJAS...


Pada 19 Oktober 2016 yg lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat) - DUN Selangor telah mengumumkan keputusan kes berkaitan Lot 68054, Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, yg mana telah diputuskan bahawa kes ini tidak memerlukan pendengaran awam kerana ia bukan terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. Pengumuman ini membuktikan SELCAT lebih parah dari Jawatankuasa Kira - kira Wang Negara (PAC) peringkat Parlimen, ini kerana sekurang kurangnya PAC memanggil perbagai pihak bagi mendengar aduan termasuk pihak yang dikenali sebagai 'penentang' namun SELCAT membuat keputusan menolak kes tanpa memanggil pengadu pun. Bagaimana kes dibicarakan tanpa pengadu dipanggil ? Ini satu pembohongan dan tindakan 'korup' !


Merujuk kepada minit mesyuarat Keputusan MMKN Bil 11/2014 berhubung kertas EXCO MTES no. : 4/6/2014 ternyata dengan jelas permohonan pembangunan di Lot 68054 telah ditolak kerana alasan kawasan tersebut terletak didalam kawasan Paya Indah Wetland. Cuma ketika itu Menteri Besarnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi Exco terbabit juga merupakan pada potfolio yang sama. Adakah SELCAT buta dengan fakta ini atau cuba berbohong kerana menjaga kepentingan masing masing ?



Ramai pelik kerana sebaik sahaja Azmin Ali naik menjadi Menteri Besar semua proses pada tanah tersebut dipercepatkan termasuk perlengkungan semula dan pindaan kepada Rancangan Tempatan kawasan tersebut. Ini boleh diperjelaskan dengan wujud proksi Azmin Ali dalam syarikat pemaju yang tanpa berselindung menggunakan kedudukan politik melobi perubahan status tanah tersebut. Soalnya berapa juta bertukar tangan kerana lobi ini berjaya ? Adakah SELCAT menghalalkan kegiatan ini ?


Perubahan status lot 68054 turut memberikan kesan kepada Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang mana turut dizonkan sebagai kawasan perumahan. Ini satu pengkhianatan kepada janji menjaga alam sekitar.


Petikan dokumen dari fail pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor sendiri membuktikan bahawa Kerajaan Negeri meluluskan pemusnahan hutan simpan. Kenyataan kononya ia melalui proses pendengaran awam dan tiada bantahan ialah tipu. Ternyatan Jabatan Alam Sekitar (sebelum dilobi) membantah.

Dalam isu ini SELCAT ternyata hanya melepaskan batuk ditangga demi menghalalkan kemusnahan alam & korupsi (komisyen yang bertukar tangan) demi kepentingan tertentu. Jika SELCAT membuat 'kerja rumah' yang betul tentu mereka menjumpai kes di mana orang asal menuntut hak tanah mereka. Tuntutan tanah ini termasuk dalam kawasan lot 68054 yang dimaksudkan. Soalnya bagaimana kerajaan negeri meluluskan pembangunan dalam kawasan yang masih kesnya tergantung di Mahkamah ? Di mana ketelusan kerajaan negeri ?




Kerajaan Negeri Selangor ROMPAK hak Tanah Adat Orang Asli Suku Temuan.


Dalam janji Buku Jingga yang dibuat oleh gabungan parti yang mentadbir Selangor kini sebelum PRU lepas ternyata janji mereka ialah menjamin hak tanah adat orang asal tidak dicabuli mana - mana pihak. Adakah ia janji palsu hanya untuk meraih undi kerana realitinya berbeza, apabila orang asal menuntut hak di mahkamah mereka ditentang oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Malah lebih teruk sebelum kes mahkamah selesai, orang asal sekitar 4000 orang (Temuan) di 7 kampung sekitar lot 68054 dikianati dengan tanah yang dipertikaikan diberi kebenaran pembangunan. Kalau pun mereka menang dimahkamah , tanah tersebut telah musnah.




Pada 19 Oktober lepas juga, NGO SAMM yg diketuai oleh CheguBard dan sekutu telah mengadakan sesi taklimat media yang dihadiri wakil orang asal 7 kampung terbabit yang hadir diketuai sendiri oleh Batin Malam anak Gerchang, iaitu cucu kepada Panglima Tok Pelangi seorang tokoh Sakai yang seangkatan Sultan Abdul Samad. Dalam taklimat media hampir dua jam itu telah dibentangkan panjang lebar mengenai bagaimana kerajaan menabur janji manis tetapi akhirnya mengkhianati masyarakat orang asal dengan memusnahkan tanah - tanah mereka dengan menyerahkan kepada 'kapitalis besar'. Bukannya pendengaran awam malah suara bantahan mereka sehingga ke mahkamah dilawan oleh kerajaan negeri.

Untuk pengetahuan semua mesin - mesin besar sudah memasuki tanah lot 68054 yang dimaksudkan. Namun terdapat kegiatan yang agak pelik di mana tanah merah dan pasir diangkat berlori - lori keluar dari lot tersebut ke luar. Malah menurut orang asal dikawasan tersebut ia turut melibatkan kawasan hutan simpan bersebelahan. Tanpa sebarang papan tanda makluman kebenaran kerja atau  kebenaran melombong ia kelihatan seperti kegiatan haram. Orang asal telah membantah dengan cuba menahan lori - lori yang laju melalui kawasan mereka malah ada yang mengancam keselamatan anak - anak mereka. Sebagai tindak balas pemaju telah menggunakan 'gangster' dan orang asal diugut bunuh jika mengganggu kerja mereka. Satu laporan polis telah dibuat oleh orang asal, namun kami yakin tidak akan ada tindakan berlaku seperti biasa kerana semua sistem dalam negara melindungi kepentingan pemodal.

Orang asal yang miskin ini cuma menuntut hak tanah nenek moyang mereka yang juga menjadi tempat sumber pencarian hidup mereka. Mereka kini juga sedang mencari dana bagi melawan kerajaan negeri di mahkamah. Mereka memerlukan RM3,000 untuk failkan kes mereka di mahkamah sebelum 26 Oktober. Nampaknya Kerajaan Negeri bawah Khalid Ibrahim pernah membanggakan kita dalam perkara ini melalui kes Sagong Tasi dimana kerana negeri terbukti membela orang asal namun Kerajaan negeri dibawah Azmin Ali bertindak lebih zalim dari Bn menindas orang asal. Melalui tindakan Azmin ini maka tidak salah kalau orang mula mempertikaikan adakah janji PRU kita benar ikhlas hendak dilaksanakan ? 




Sebenarnya, isu tanah Wetland ini mula mendapat liputan meluas sejak 26 Ogos lalu, bilamana CheGuBard telah mendedahkan proksi Azmin Ali MB Selangor Zainol Abidin Mohamed, yg juga merupakan Ketua AMK Gombak ( Azmin Ali Ketua Cabang) merangkap Pengarah Projek Salak Land Development Sdn Bhd pemilik tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands.


CheGuBard turut mendedahkan Mesej aplikasi "whatapps" antara bukti "arahan" kepada Exco Kerajaan Negeri dan penjawat awam bagi mendapat kelulusan pertukaran status 68054 daripada Pertanian kepada bangunan kediaman (pembangunan ) walaupun terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetlands di mana 4 MB Selangor ( 22 tahun) tidak meluluskan kawasan itu. Namun sejak Azmin MB semua pantas berubah kerana Zainol Abidin adalah orang kuat dalam Cabang Gombak.


Semua urusan itu diuruskan oleh Zainol Abidin yang mempunyai akses kepada MB Selangor. Jika tidak bagaimana beliau mendapat kandungan fail mesyuarat Exco? Tentunya fail rahsia itu diperolehi melalui pejabat Menteri Besar. Para pegawai MB bersekongkol dengan Zainol. Zainol yang juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya tentulah memahami selok belok pengurusan ubah suai Rancangan Tempatan ( RT), status tanah, kewangan hinggalah kepada Kebenaran Merancang! Untuk makluman Zainol bukan pertama kali ditahan SPRM sebelum ini adalah kes rasuah PBT

Tentulah seseorang dari Salak Land Development Sdn Bhd telah berurusan dengannya bagi urusan pertukaran status tanah sehingga melantik Zainol sebagai Pengarah Projek. Itulah hebatnya kuasa wang!

Hari ini terdapat usaha untuk menutup semua maklumat yang ada. Fail-fail penglibatan atau sokongan MB. Malah ada yang panik kini mula pujuk exco-exco supaya jangan mengaku terima mesej tersebut. Tetapi mereka ingat SPRM bodoh. Mereka lupa rekod Whatapps dan mesej boleh diperolehi semula oleh alat canggih SPRM.


Berapa jutakah komisen yang Zainol dan MB Selangor terima dari projek ini? Katanya Salak Land Development Sdn Bhd bakal membina projek GDV bilion ringgit di tapak tanah 68054 ini. Malah Rancangan Tempatan Zon Tanah diubah semata-mata kerana syarikat Salak Land. Lihat cara saja hidup Zainol kaya raya memiliki kereta mewah "hummer" walaupun beliau Ahli Majlis PBT


Kronologi skandal lot tanah 68054 menunjukkan Zainol Abidin proksi MB Selangor mempunyai hubungan berkepentingan untuk mempengaruhi keputusan MB dan Exco dalam MMKN.

◽️ 24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan Perumahan.


◽️ 9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.


◻️ 17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. Terbukti mesej whatapps mendedahkan segalanya!


Menurut sumber dalaman isu ini nampak menggusarkan Azmin Ali. Ramai yang terlibat termasuk Elizabeth Wong Exco berkaitan Alam Sekitar. Laporan kepada SPRM baru-baru ini sangat menekan Azmin Ali. Apakah Azmin bakal kena? .


Pendedahan ini bukanlah satu pendedahan kosong , kerana sejak dari awal, ia telah berjaya mematahkan hujah dengan bukti rasmi milik kerajaan negeri. Berikut ialah kronologinya :

Mac 2016
Pasukan khas dibentuk bagi meneliti maklumat bahawa ada yang tidak kena dengan pertukaran status tanah lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.

April , Mei & Jun 2016
Dokumen – dokumen rasmi diperolehi dari banyak pertemuan termasuk dengan pegawai – pegawai kerajaan cukup menyakinkan ada sesuatu yang tidak kena.

26 Julai 20136
Kenyataan pertama dengan tajuk "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA" dengan desakan tukar kembali status tanah tersebut.


26 Julai 2016
Exco Kerajaan negeri YB Elizabeth Wong, dalam kenyataan yang dikeluarkan freemalaysiatoday.com dan sehari kemudian berita sama disiarkan oleh Selangorkini, menggelar CheguBard sebagai pemberontak PKR dan menafikan wujud sebarang pertukaran status tanah mahupun perlengkungan semula di kawasan tersebut. Penafian beliau merujuk kenyataan media pertama CheguBard dengan tajuk "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA"

27 Julai 2016
CheguBard mengeluarkan kenyataan menyatakan penafian Elizabeth Wong merupakan penafian palsu , dan telah memberikan Elizabeth Wong sehingga Isnin (1 Ogos) untuk menunjukkan bukti penafiannya terhadap kenyataan media 26 Julai itu salah atau CheguBard akan munculkan bukti dan dia harus letak jawatan.

2 Ogos 2016
Mungkin eli tidak tahu apa hendak diperjelaskan maka dia telah senyap sehingga Isnin (1 Ogos) maka 2 Ogos CheguBard telah muncul dengan Dokumen Rasmi Kerajaan Negeri yang mengesahkan tanah lot 68504 itu telah ditukar status dan beliau bawa juga petikan minit mesyuarat Kerajaan negeri Selangor (Febuari 2014) yang ketika itu dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan jelas menolak permohonan pertukaran status tanah Lot 68054 dengan alas at dalam minit tersebut kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland. Telah didedahkan juga dokumen yang bocor dari pejabat Exco yang menyatakan proses perlengkungan (re zone) bukan sahaja libatkan kawasan sekitar Paya Indah Wetland tetapu Hutan Simpan Kuala Langat Utara turut terlibat

2 Ogos 2016
Menteri Besar dilaporkan media lari dari wartawan bila ditanya soalan berkenaan pendedahan tersebut dan menyerahkan kepada Exco untuk menjawab. Inilah sejarah kali pertama Azmin lari dari bertemu wartawan. Mungkin ketika peringkat awal Elizabeth Wong menafikan berlaku perubahan status sambil menyelar saya pemberontak dia tak menyangka CheguBard telah bersedia dan punya dokumen rasmi. Panik dengan itu dia telah memanggil sidang media dengan menyebut lot tanah yang lain kononya masih tidak ditukar. Bila ditanya wartawan mengenai lot 68054 dia tidak menjawab kerana katanya tidak relevan.


9 Ogos 2016
Telah diadakan sidang media dengan mendedahkan peranan sebuah kapitalis besar yang tersenarai di BSKL, GAMUDA disebalik #skandalAzmin68054. GAMUDA telah membeli tanah tersebut dengan mengambil alih Salak Land Development Sdn Bhd dari tauke cina pemilik asal.

Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat "‪#‎survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ? Ini semua sangat pelik.

Dalam satu artikel bertarikh 9 Ogos 2016 dengan tajuk 


CheguBard sudah bangkitkan mengenai peranan GAMUDA di Selangor dan usaha mencari proksi.

10 Ogos 2016
Apabila mula terkait kapitalis besar maka media telah mengecilkan liputan. Maka diumumkan satu hash tag #skandalAzmin68054 bagi memudahkan sebaran dan carian maklumat berkaitan kes ini. Diumumkan juga aka nada rapat khusus bagi mengumpulkan semua yang terlibat pasukan yang dibentuk bagi merumuskan dan meneliti beberapa penemuan baru.

14 Ogos 2016
Setelah rapat selama 7 jam akhirnya ditemui beberapa dokumen yang mana dikenal pasti wujud seorang yang sangat rapat dengan Azmin Ali diberikan kedudukan dalam projek lot 68054.

Kami menemui dengan jelas satu watak yang dikenali sebagai Zainol yang merupakan Ketua AMK Gombak yang mana Azmin merupakan Ketua PKRGombak muncul sebagai Pengarah Projek bagi pihak pemaju.


Kesalahan jelas berlaku :

1.       Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh 'proksi' ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar. Proksi ini secara jelas mempergunakan kedudukan politik dan hubungan dengan MB untuk meraih keuntungan atau habuan.

2.       Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.

3.       Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang yakin secara sedar tahu kewujudan 'proksi' dalam pemaju dan dari siasatan kami kami yakin semua ahli MMKN sedar mengenai ini.


SPRM didesak bertindak segera. Parti Keadilan Rakyat juga tidak boleh mengelak bagi bertindak dalam perkara ini segera, ia satu pengkhianatan yang sangat memalukan. 


Siapa Sebenarnya Pemilik Nama Zainol Abidin Mohamed?


Hebat Zainol Abidin Mohamed ini hanya dengan 'WhatsApp' nya permohonan pertukaran status tanah lot 68054 Paya Indah Wetlands diluluskan MB dan Exco dalam MMKN pada 17 Februari 2015!


Beliau yang juga adalah Ketua AMK Gombak merupakan MD Syarikat Mula Holdings Sdn Bhd, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan proksi Azmin Ali MB. Mungkin beliau adalah Ahli Majlis PBT paling kaya di Malaysia punya kereta "hummer" sendiri walaupun atas nama Ch'ng Cheng Boon berasal dari Seberang Perai Pulau Pinang ini.

Umum mengetahui pemimpin PKR Selangor tradisinya ialah menyimpan dan menggunakan kenderaan milik "taukeh" sebagaimana pernah menjadi isu kepada Zuraida Kamaruddin MP Ampang.

Persoalannya apa hubungan Zainal Abidin dengan Ch'ng Cheng Boon MD Sri Indar Management & Builder Sdn Bhd yang terlibat dalam industri perhotelan dan pembinaan ini? Tidak mungkin beliau memberi kenderaan mewah "Hummer" kepada seseorang jika tanpa timbal balik. Cheng Boon banyak terlibat di Pulau Pinang.


Comments (0)