Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:36 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


#Prasarana Perbaharui Ikrar Memperkasa Nilai² Integriti Selaras Kemajuan Organisasi @MyRapidKL @SPRMMalaysia @azmiaziz60

Posted: 08 Nov 2016 04:30 AM PST


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini membaharui komitmen dan iltizam Kumpulan berkenaan dalam memperkasakan nilai integriti di dalam organisasi itu dengan memeterai satu Memorandum Persefahaman dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Memorandum 'Memperkasa Integriti Prasarana Di Peringkat Negara dan Antarabangsa' itu dirangka bagi mengganti memorandum yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada tahun 2012 selaras dengan kemajuan pesat Kumpulan Prasarana, yang kini sudah mengembangkan sayap operasinya di pentas antarabangsa.
Diadakan di Auditorium JAKIM, Putrajaya, memorandum berkenaan ditandatangani oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato' Sri Azmi Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dengan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato' Azam Baki dan Ketua Pegawai Integriti Prasarana, Haji Izani Ishak.

Berucap pada majlis berkenaan, Tan Sri Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada SPRM atas sokongan padu yang telah diberikan untuk inisiatif dan program yang disusun oleh Prasarana bagi memartabatkan nilai-nilai integriti khususnya merealisasikan memorandum berkenaan.

Melalui memorandum berkenaan, kedua-dua pihak akan meneruskan kerjasama erat untuk memartabatkan integriti sebagai budaya wargakerja Kumpulan Prasarana dan mengangkat imej Prasarana di dalam dan luar negara sebagai organisasi yang sentiasa memperkasakan integriti dalam segala urusannya.

Bagi mencapai matlamat itu, Prasarana dan SPRM akan bekerjasama dalam perkongsian kepakaran dalam aspek operasi, pengesanan, khidmat rundingan, penyaluran maklumat, latihan dan usaha-usaha lain bagi memantapkan lagi penguasaan nilai-nilai integriti dalam Kumpulan berkenaan.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh kontraktor-kontraktor dan vendor-vendor untuk Kumpulan Prasarana, satu Ikrar Integriti Korporat turut dimeterai bagi menyatakan janji dan komitmen antara kedua-dua pihak untuk menegakkan integriti dalam semua urusan. Ikrar berkenaan adalah deklarasi oleh sesebuah organisasi korporat dalam menyatakan sokongan padu untuk usaha-usaha pencegahan rasuah di negara ini.


Dengan menandatangani ikrar berkenaan, sesebuah organisasi korporat bersetuju mendukung prinsip-prinsip pencegahan rasuah termasuk komitmen kepada mempromosi nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik; pengukuhan kawalan dalaman; pematuhan undang-undang, polisi dan prosedur; memerangi amalan rasuah serta menyokong segala inisiatif pencegahan rasuah oleh SPRM.

Majlis itu turut menyaksikan perlantikan Duta Integriti, yang dilantik di kalangan wargakerja dalam program SPEEDS atau 'Strategic Prasarana Executive Enhancement & Development Scheme' dan dilihat sebagai bakal pemimpin berintegriti tinggi untuk Kumpulan Prasarana.

Duta-duta ini akan ditempatkan di pelbagai Jabatan di bawah Kumpulan Prasarana dan akan bertanggungjawab memperkenalkan Jabatan Integriti dan mempromosi program dan inisiatif-inisiatifnya kepada wargakerja lain di samping menyerlahkan imej cemerlang melalui personaliti, penampilan dan tingkah laku mereka.

Kumpulan Prasarana adalah agensi pertama di kalangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Milik Kerajaan (GOC) untuk melantik Duta Integriti, yang mana mereka akan diberikan pendedahan oleh SPRM melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama.

Salah satu program yang telah diatur untuk Duta-Duta Integriti Kumpulan Prasarana adalah

program 'walkabout' bersempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa, yang akan diadakan pada 9 dan 10 Disember ini.

Semasa program 'walkabout' ini, para peserta termasuk 300 pegawai SPRM akan mengadakan aktiviti di stesen-stesen LRT dan monorel Rapid KL dengan mengedarkan risalah dan memberi penerangan mengenai pencegahan gejala rasuah.

#Bajet2017 Ahli Parlimen Pembangkang Undi Tidak Sokong Manfaat Kerajaan Kepada Rakyat

Posted: 07 Nov 2016 11:19 PM PST


Semasa dibentangkan = Wakil Rakyat Pembangkang bertindak protes keluar Dewan Rakyat.

Semasa dibahaskan =
Wakil Rakyat Pembangkang timbulkan pelbagai spekulasi, persoalan, cadangan dan kebanyakannya diambil maklum oleh Kementerian yang terlibat. Tidak kurang juga isu kontroversi Ahli Parlimen DAP Segambut bertindak biadap terhadap Speaker Dewan Rakyat.


Semasa pengundian = Wakil Rakyat Pembangkang bersepakat TIDAK MENYOKONG Bajet2017 ini. Mereka TIDAK MENYOKONG perbelanjaan kerajaan bagi tujuan membayar gaji kakitangan awam, TIDAK MENYOKONG subsidi yang diberikan, TIDAK MENYOKONG BR1M, TIDAK MENYOKONG peruntukan untuk pendidikan, kesihatan, dan pelbagai lagi perancangan pembangunan Kerajaan.

Keputusan pengundian.

Tidak Mengundi = 11
Tidak Bersetuju = 70
Bersetuju = 117

Masih nak pilih Pembangkang sebagai Wakil Rakyat korang?

Comments (0)