Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:14 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Selagi Anak Melayu Bernafas Di Muka Bumi Ini Selagi Itu Jugalah UMNO Terus Bernyawa - @NajibRazak #PAU2016

Posted: 30 Nov 2016 01:00 AM PST


Mukhriz Madey Masih Menggunakan Jawatan² Dalam UMNO? #PAU2016

Posted: 29 Nov 2016 11:00 PM PST


Alaa jeles lah tu sebab parti pak dia walaupun duit banyak tapi takleh nak buat mahupun beli bangunan untuk parti sendiri. Pasal apa? Pikiaq sendiri.

Bangunan setinggi 70 tingkat tu nanti bukannya setiap tingkat akan digunapakai oleh UMNO tapi ianya akan disewakan kepada mana-mana syarikat untuk beroperasi di dalam premis berkenaan.
Peluang pekerjaan juga akan bertambah nanti. Kemungkinan besar juga ahli-ahli parti pak dia pun akan 'cari makan' di dalam bangunan yang sama.

* amboi siap buh nama dengan bekas jawatan-jawatan dalam UMNO lagi tu. Masih berbangga dengan jasa dan pencapaian UMNO kot hihi.

UMNO Berjaya Disebabkan Sokongan Padu Ahli² - @NajibRazak #PAU2016

Posted: 29 Nov 2016 09:30 PM PST


Kejayaan UMNO sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan dicapai dan dikecapi pada hari ini tanpa sokongan padu jutaan anggota parti, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Presiden UMNO itu berkata kejayaan dan limpahan rahmat itu malah turut dikecapi dan dinikmati oleh rakyat Malaysia pada keseluruhannya.

"Banyak yang telah dicapai oleh negara hingga detik ini. Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab, dengan sokongan padu UMNO bersama rakan parti komponen, sentiasa mengotakan janji dengan memberi khidmat bakti demi manfaat rakyat Malaysia.

"UMNO bukan hanya berkhidmat untuk orang Melayu tetapi untuk semua tanpa batasan kaum, agama atau latar belakang, katanya.

Datuk Seri Najib yang juga perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC).

Mulai 1 Dis 2016, Penumpang Aliran Ampang Tak Perlu Tukar Tren Di Chan Sow Lin #RapidKL

Posted: 29 Nov 2016 07:27 PM PST


Bermula Khamis ini, para penumpang RapidKL Laluan Ampang tidak perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin untuk meneruskan perjalanan ke Sentul Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Rail Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, laluan Sri Petaling - Ampang sepenuhnya akan menggunakan tren enam gerabak kenderaan rel ringan (LRV) sekali gus menamatkan perkhidmatan kereta api lama.
"Tren yang diberi nama Amy sebahagian daripada 50 set LRV keluaran CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co. (CSR) itu digunakan untuk berkhidmat di laluan Sri Petaling - Ampang termasuk 11 stesen baharu yang dibina dibawah projek penyambungan landasan (LEP).

"Sememangnya, kami berhasrat untuk mengurangkan masa menunggu setelah mempunyai kesemua 50 tren baharu tahun depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Comments (0)