Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:24 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Warga Emas Mengamuk Di Penang Selepas Disaman Buat Batu Nisan

Posted: 20 Nov 2016 08:59 PM PST


Seorang lelaki warga emas mengamuk dan menjerit di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Padang Kota, selepas dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh, hari ini.

Beliau yang berusia 60-an dan enggan dikenali berkata, dia kecewa dan marah dengan pemerintahan kerajaan DAP yang tidak berhati perut.
"Saya nak buat batu nisan untuk ibu mentua pun kena saman, kerajaan ini memang sangat tidak berhati perut.

"Saya bukan hendak membuat kacau di sini, saya cuma hendak membuat luahan perasaan ini kepada Exco Kebajikan," katanya ketika meluahkan perasaan di luar DUN.

Beliau berkata, dia sudah membayar saman berkenaan, bagaimanapun dia ke DUN selepas diarahkan seorang penguat kuasa MBPP untuk berjumpa dengan Exco terbabit.

"Saya ke pejabat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), ada seorang kakitangan MBPP mengarahkan saya ke sini untuk berjumpa Exco.

"Apabila sampai di sini, pengawal keselamatan tidak membenarkan masuk ke dalam DUN. Saya terpaksa menjerit dari luar untuk meluahkan perasaan saya," katanya yang datang dalam keadaan bertongkat.

Comments (0)