Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:28 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Tahniah PM @NajibRazak Catat Pelaburan Tertinggi Hampir RM 150 Bilion #RespectMyPM

Posted: 02 Nov 2016 05:55 AM PDT


DS Najib Tun Razak berjaya mencipta rekod pelaburan tertinggi hampir RM 150 bilion antara Malaysia dan China. Sebanyak 14 MoU dimeterai semasa beliau dan rombongan di sana.

Satu pencapaian yang paling awesome yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu, termasuk juga PM Kuda.


Keberanian Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, memulakan hubungan diplomatik dengan China bagi menyemai bibit persefahaman dan kepercayaan pada 1974, adalah asas ampuh yang membawa kepada keakraban dinikmati antara Malaysia dengan republik itu, hari ini.

Mengimbau permulaan lebih empat dekad lalu yang hebat dikecam dan dikritik, Datuk Seri Najib Razak berkata, bapanya yakin dengan pegangan bahawa keamanan dan kerjasama dalam kalangan negara jiran adalah laluan terbaik.

Perdana Menteri mengakui turut menanyakan hal hubungan diplomatik itu kepada bapanya pada waktu itu, lalu dijawab: "(Perdana Menteri China) Zhou Enlai boleh dipercayai."

Selepas sekian lama, Najib berkata keputusan Tun Razak mempercayai China ternyata membuahkan hasil dan apa yang dikecapi kini adalah hasil wawasan jangka panjang bapanya.

"Hubungan ekonomi dan dagang Malaysia-China terus kukuh, berkat keakraban hubungan politik dan perniagaan peringkat atasan," tulisnya dalam artikel yang disiarkan portal chinadaily.com.cn, hari ini.

China adalah rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan nilai dagangan kedua-dua negara mencecah AS$100 bilion tahun lalu. Malaysia adalah rakan dagang kelapan terbesar China di peringkat global dan terbesar dalam kalangan negara ASEAN, selain menjadi sumber import terbesar dan destinasi eksport kedua terbesar republik itu.

Najib turut berkongsi pengalaman melawat China dalam pelbagai kapasiti merangkumi Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan, Timbalan Perdana Menteri dan kini Perdana Menteri.

"Dalam setiap lawatan, saya kagum melihat betapa rapatnya hubungan kita, bagaimana ia terus kukuh bersama masa dan membuka begitu banyak peluang.

"Saya menyaksikan China mengisi kedudukan sebagai kuasa dunia di pentas antarabangsa, manakala Malaysia beralih daripada negara berasaskan pertanian kepada ekonomi berpendapatan sederhana tinggi, dalam laluan menjadi negara berpendapatan tinggi.

"Kedua-dua negara akan membuka lembaran hubungan yang lebih teguh.

"Dalam lawatan ini yang turut membabitkan perbincangan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang, kita akan menandatangani pelbagai perjanjian baharu serta memorandum persefahaman baharu yang bakal melonjakkan hubungan dua hala," katanya.

Najib berkata, hubungan China-Malaysia dibentuk atas asas saling mempercayai dan menghormati. Pada masa sama, katanya, kedua-dua pihak mengakui ada perkara yang sukar untuk dipersetujui bersama.

"Dalam isu Laut China Selatan, kami percaya pertikaian berhubung tuntutan wilayah dan pertindihan kawasan maritim, perlu ditangani dengan tenang serta rasional menerusi dialog, berlandaskan undang-undang dan rundingan damai.

"Secara amnya, kami percaya negara besar perlu bersikap adil terhadap negara lebih kecil dan ini termasuk negara bekas kuasa penjajah.

"Mereka tidak berhak menentukan bagaimana kita perlu menyelesaikan hal dalaman masing-masing. 

"Malaysia dan China sepakat dalam mempersetujui keperluan mempertahankan kedaulatan negara manakala sejarah individu, nilai dan sistem tadbir urus sesebuah negara mesti dihormati," katanya.

Perdana Menteri berkata, pendirian itu penting dalam keadaan imbangan dunia mula beralih ke Timur. Atas dasar itu, katanya, Malaysia menyambut baik inisiatif China mewujudkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia.

"Kita memerlukan institusi baharu untuk era baharu. Kita perlukan dialog damai, bukannya campur tangan asing di negara berdaulat; kita mahukan kerjasama yang menguntungkan semua, bukannya hanya beberapa pihak," katanya.

Di akhir tulisannya, Najib merujuk era ini sebagai Abad Asia dan beberapa negara menampilkan potensi rantau ini lebih baik daripada China dan Malaysia.

"Melangkah bersama, kita mesti bergerak berpaksikan usaha Tun Razak pada 1974, yang bermula berabad lamanya sebelum itu pada zaman Dinasti Ming ketika rombongan dagang pertama China tiba ke Melaka.

"Peluang itu ada di depan mata, terpulang kepada kita untuk merebutnya. Atas dasar itu, saya yakin kita boleh mengubah kehidupan rakyat dan mencorakkan masa depan rantau ini serta dunia ke arah suasana lebih baik," katanya.

Good job PM !

Inovasi GTRS Hasil Penjimatan Jutaan RM Untuk #Prasarana #RapidKL

Posted: 02 Nov 2016 03:50 AM PDT


Berkat ketelitian dalam pemerhatian dan keyakinan kepada diri sendiri, enam kakitangan teknikal Rapid Rail Sdn Bhd telah menghasilkan satu inovasi hebat untuk membantu mengurangkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di samping menghasilkan penjimatan berjuta ringgit kepada syarikat induk, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Kumpulan GTRS - singkatan kepada 'Group Technical Rolling Stock' - terdiri daripada staf Jabatan Tren (Rolling Stock) LRT Laluan Kelana Jaya termasuk seorang jurutera, dianggotai oleh Muhammad Firdauss Ab Jalil, Muizzuddin Mohamad, Mohd Nazri Ismail, Ahmad Mahazam Mat Zaid, Muhammad Nor Ahmad Shupi dan Fahkri Noor Ramli.
Bermodalkan pelaburan kurang daripada RM5,000 dan dibangunkan sepenuhnya menggunakan penyelidikan dan kepakaran ahli kumpulan, mereka menghasilkan Alat Pengujian Sistem Penyejukan 'Linear Induction Motor' (LIM), yang merupakan komponen penting dalam pergerakan sesebuah tren LRT.

Bermula awal tahun lepas dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan, alat penguji berkenaan kini telahpun digunakan dalam operasi seharian perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya untuk tren-tren empat gerabak yang dikeluarkan oleh Bombardier.

Berdasarkan analisis dan perkiraan Rapid Rail, sekiranya dikontrakkan kepada pihak luar untuk menghasilkan alat penguji ini, ia akan menelan belanja tidak kurang daripada RM1 juta kerana banyak melibatkan aspek penyelidikan dan pembangunan dan hanya akan dilakukan oleh pembekal tren.

Keunggulan inovasi berkenaan telah mendapat perakuan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), yang menobatkan GTRS sebagai juara keseluruhan dalam saingan Team Excellence peringkat kebangsaan pada majlis National Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016, yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.

Dalam mencatat kejayaan itu, pasukan GTRS telah menewaskan 257 pasukan daripada 143 organisasi lain dari seluruh negara yang menyertai pertandingan kecemerlangan inovasi itu. Dengan kemenangan ini, hasil inovasi GTRS ini berpeluang mewakili negara pada Persidangan Antarabangsa QCC Asia Pasifik, yang akan diadakan di Manila, Filipina tahun depan.

"Kami memilih projek '4-car LIM Fan Improvement' (Pembaikan Sistem Penyejukan LIM untuk tren 4-gerabak) untuk pertandingan inovasi Team Excellence ini selepas mengkaji analisa Data Aduan Pelanggan dalam konteks kekerapan jumlah kegagalan sistem dan penilaian terhadap keutamaan yang sejajar dengan misi Syarikat untuk menyediakan perkhidmatan berkelas dunia untuk para pelanggan kami.

"LIM adalah salah satu sistem penting dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya. Sekiranya LIM tidak dapat berfungsi, maka tren tidak dapat beroperasi sekali gus akan menyebabkan gangguan perkhidmatan tren. Ini menunjukkan bahawa prestasi LIM memberi impak secara langsung terhadap operasi Laluan Kelana Jaya. Itu menjadi asas kepada projek inovasi kami," kata Firdauss, yang menjadi Fasilitator kepada pasukan GTRS ini.

Menurut beliau, Sistem Penyejukan LIM (LIM Fan) pula berfungsi untuk mengurangkan suhu operasi LIM, yang merupakan motor untuk menggerakkan tren. Sekiranya sistem penyejukan ini mengalami kegagalan fungsi, sistem keseluruhan LIM akan turut gagal beroperasi sekali gus menyebabkan menyekat pergerakan tren dan mengakibatkan gangguan dalam perkhidmatan.

"Hasil kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, kos penyelengaraan bagi Sistem Penyejukan LIM telah dapat dijimatkan berbanding pembelian unit baru dari luar negara. Di samping itu, ia juga dapat membangunkan kepakaran tempatan dalam industri rel di Malaysia dan mengurangkan kebergantungan kepada syarikat luar negara. Jumlah penjimatan yang dihasilkan daripada inovasi ini adalah sebanyak RM1.3 juta.

"Sistem Penyejukan LIM yang telah dibaikpulih memerlukan proses pengujian prestasi. Sebelum ini, proses pengujian memerlukan tempoh masa yang panjang antara tujuh hingga lapan jam. Unit Penyejuk LIM perlu dipasang di motor LIM. Selepas itu, LIM hendaklah diuji di tren dan memerlukan empat juruteknik untuk tujuan pengujian ini. Di samping itu, tren yang digunakan bagi tujuan pengujian tidak dapat beroperasi kerana ianya dilakukan di depoh. Ia adalah proses yang amat mengambil masa," kata Firdauss.

Pada majlis National Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016 itu juga, tiga penyertaaan lain dari Rapid Rail telah memenangi anugerah penghargaan Anugerah Emas Tiga Bintang atas kejayaan inovasi masing-masing - Pasukan SWS untuk inovasi pengesanan amaran brek; pasukan HMIT untuk inovasi memantapkan prestasi pintu tren, dan pasukan ELECTRON untuk suis 'bypass' tren empat gerabak Laluan Kelana Jaya.

Sebelum diumumkan sebagai pemenang anugerah keseluruhan, TEAM GTRS, ataupun Group Technical Rolling Stock, memenangi Anugerah Johan untuk Sektor Perkhidmatan.

"Anugerah-anugerah kebangsaan ini sebenarnya adalah bonus kepada kami. Lebih penting lagi bagi kami adalah impak daripada kewujudan alat pengujian ini. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa pengujian daripada lapan jam kepada 1 jam sahaja; tetapi ianya juga dapat mengurangkan guna tenaga daripada empat juruteknik kepada seorang jurutekniK.

"Ianya bersifat mudah alih kerana hanya bersaiz satu kaki persegi. Kami amat berbangga untuk dapat memberikan sumbangan ini kepada Rapid Rail dan kepada para pengguna LRT Laluan Kelana Jaya,' kata Firdauss.

Dengan pengalaman antara lima hingga 18 tahun dalam industri rel, inovasi alat penguji kipas LIM ini adalah penyertaan kedua daripada pasukan GTRS. Tahun lepas, mereka sekadar memenangi anugerah penghargaan Emas Tiga Bintang dengan inovasi mengenai sistem penapis untuk unit kuasa sokongan atau Auxiliary Power Unit.

"Kami di Prasarana khususnya Rapid Rail sentiasa digalakkan untuk berinovasi sebagai sebahagian daripada cara kita bekerja. Ia selaras dengan salah satu prinsip Transformasi Syarikat iaitu Berkemahiran atau 'Resourcefulness'," kata Firdauss.
Mengulas kejayaan pasukan GTRS, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato' Ir. Zohari Sulaiman berkata beliau akan terus menggalakkan tradisi berinovasi, yang telah sekian lama diamalkan dalam Syarikat berkenaan untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi.

Katanya, inovasi adalah penting untuk Rapid Rail terus berkembang maju selaras dengan aspirasinya untuk menjadi pemimpin dalam industri rel ini.

"Saya berharap kejayaan yang dicipta oleh pasukan GTRS ini akan merangsang dan memberi semangat kepada lebih ramai lagi staf teknikal di Rapid Rail untuk menghasilkan inovasi-inovasi untuk memanfaat operasi tren dan meningkatkan tahap perkhidmatan untuk para pengguna LRT dan monorel," tambah Dato' Ir. Zohari.


Tangga Sempit Sampai Mak Jatuh Tangga 5 Kali

Posted: 01 Nov 2016 11:25 PM PDT



Kecoh² sembang berkenaan kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat ditambah lagi dengan dakwaan kononnya keadaan ekonomi negara kita semakin teruk berbanding negara² lain.

Terbaru mengenai kos harga minyak yang 'melambung' naik. Padahal naik 15 sen je.

Ada satu posting menarik di Facebook hasil perkongsian Azrin Dhazzy berkenaan kos sara hidup di negara yang dibangga²kan sebilangan daripada kita di Malaysia ini. Tak kurang juga ada kalangan kita gemar bersungut di sini dengan pelbagai kos yang terpaksa didepani tetapi menghabiskan cuti hujung tahun dan membeli belah di sini.

Baca posting tersebut.


"Kat Malaysia tengah fofular isu harga naik. Nak share gak lah apa yg naik kat sini setakat new term ni, stakat pengetahuanku:
1. Tuition fees. Naik around £1000 (RM5,131.61) term ni. 
2. Parking utk research students kat uni naik about £1. (RM5.13)
3. Currently harga minyak lbih kurang £1.17 (RM8.78) per litre instead of only around 99p masa mula mai dulu. Ni harga paling murah yg selalunya di offer oleh Tesco, Sainsbury's Asda etc. Kalau Shell, BP smua terus kami cuba elak sbb mlampau jauh harga. Yes different companies offer different rates. And harga minyak berubah every single day. Basically nak isi minyak penuh keta aku would cost around £55 (RM282.24) now. You do the maths. Kalau biasa2 isi myk 2x sebulan. Kalau travel jauh2 lain cerita.
4. Ramai gak fellow Malaysians yg sewa umah naik sempena term baru, renew contract n pndah umah baru. I'm lucky in this sense. Masih kekal. Umah teres kami 2 tingkat halusss dgn 1 toilet £625 (RM3,206.26) per month (umah kosong kojol). Tangga sempit smpai mak dah jatuh tangga 5 kali. Ni harga average. Tak terlalu murah and ada yg lagiiii mahal. Oh n Coventry antara city yg offer rate sewa rumah plg murah di UK based on sharing dgn kwn2 county lain. Kalau London? Sila kali tiga.
5. Harga susu kat our favourite supermarket yg offer susu murah setahun yg lps pn dh naik mcm double.
6. Tambang public transportation katanya pun tiap2 tahun naik.
Oh current currency exchange: 5.11
Hrmmm....
Sila la tambah yang mana berkenaan. Ni je ingat. Hahahaha."

Ini kos yang sebenarnya jauh lebih mahal berbanding Malaysia namun ada juga kalangan kita yang tetap cuba membuktikan bahawa kos di negara barat ini lebih menguntungkan bahkan mereka sanggup menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang kejam terhadap rakyat.

Bayangkan harga minyak di Malaysia RON 95 (Nov 2016) sejumlah RM 2.30 per liter tetapi di sana jumlahnya jauh lebih besar berbanding kita. Agaknya bagaimana kalau harga minyak Malaysia naik sekitar RM 5 per liter?

Beliau turut menjawab persoalan yang ditanya mengenai perbezaan kadar matawang di sana dan di Malaysia yang berlainan. Baca ni.


Azrin Dhazzy : Wow. Last time i chcked Ringgit is doing ok now. British Pound yang merudum teruk sbb Brexit, from zaman kegemilangan currency exchange pernah 7 ish skrg dh jadi 5 ish je. Just want to highlight this is a world issue. Not just Malaysian.

Bukannya Malaysia xde masalah. Semua negara ada masalah economy yg lebih kurg sama. Takpe. You are entitled to your opinion. Saya cerita sekadar sebab saya belajar kat sini je. Perlu highlight psl ni sbb duit govt Malaysia jugak yg akan mengalir utk support sara hidup students tajaan di sini.

Ini hanyalah realiti kat sini.

Secara keseluruhannya memang terdapat pro and cons di antara kedua² negara. Saya pasti Azrin Dhazzy ingin berkongsi mengenai hal ini kerana mahu memberitahu kita semua bahawa realitinya biarpun hujan emas di negeri orang tapi lebih baik lagi merasai hujan batu di negeri sendiri. Baik serta buruk negara sendiri dan yang paling penting, Malaysia tetap memberi yang terbaik kepada warganya.

Hasil bumi bertuah Malaysia ini turut dirasai oleh warga asing dari pelbagai negara serantau.

Nasi Lemak Anak Dara, Azmin Ali Beriya² Turun Tengok. Bila Bab Air?

Posted: 01 Nov 2016 06:30 PM PDT


Comments (0)