Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:20 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Parti² Pembangkang Mempunyai Agenda Tikam Menikam Tersendiri

Posted: 14 Nov 2016 12:34 AM PST


Kerjasama di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berjaya kerana masing-masing mempunyai agenda dan prinsip perjuangan yang berbeza.

Menurut anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, parti baru itu akan menghadapi masalah dalam soal pengagihan kerusi bagi pilihan raya umum kerana parti pembangkang yang lain pasti sukar untuk melepaskan kerusi mereka.

"Bukan senang bagi mereka nak bersatu sebab setiap parti ada agenda tersendiri. Mungkin mereka tidur sebantal tapi mimpi lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO dan Jabatan Kemajuan Masyarakat bagi Parlimen Kuala Selangor di sini pada Ahad.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata parti itu berhasrat menyertai Pakatan Harapan yang ketika ini merangkumi DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Rafizi Rela Memfitnah & Akhirnya Meringkuk Di Dalam Penjara

Posted: 13 Nov 2016 08:29 PM PST


Setiausaha Agung PKR yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

SPRM Didesak Siasat Kekayaan Luar Biasa Ketua AMK Ampang

Posted: 13 Nov 2016 06:08 PM PST


Persoalan pertama yang bermain di benak kepala netizen semalam adalah seorang budak berjawatan Ketua AMK Ampang dan bergelar Dato' (anugerah Pahang) memiliki kekayaan luar biasa. Memiliki sebuah banglo beranggaran RM 7 juta dan puluhan kereta mewah.

Dari mana datangnya kemewahannya?

Captain M pernah mendedahkan Zuraida dan pegawai khasnya Adam Rosly budak miskin yang kini kaya-raya selepas menjadi pegawai khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang. Ini adalah bukti bahawa Zuraida menggunakan proksi untuk mengumpul kekayaannya. Laporan kepada SPRM juga telah dibuat. entahlah SPRM seakan tidak berminat dengan rasuah orang politik.

Kontroversi 2013 di Ampang mengingatkan pengundi di sana berkenaan seorang macai bernama Adam Rosly yang pernah menyeleweng sumbangan seorang tokoh korporat bergelar 'Tan Sri' untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan RATUSAN RIBU RINGGIT MALAYSIA lesap entah ke mana. Perkara ini pernah dibicarakan di dalam pelbagai blog pada tahun tersebut.

Adam ketika itu cuba menapak di dalam PAS Pandan diselamatkan oleh Zuraida selepas ditolak oleh kepimpinan PAS. Akhirnya selepas pemilihan PKR, beliau berjaya menjawat jawatan Ketua AMK atas dasar 'arahan' Zuraida.
Tahun silih berganti, Adam Rosly semakin ligat mengumpul kekayaan di kala ahli & pengundi PKR terus dibisikkan dengan persepsi bahawa kehidupan rakyat semakin teruk dan tersepit. Namun dalam masa yang sama, ramai yang telah mula bersuara mempersoalkan kekayaan beliau pada usia muda ini, memiliki rumah mewah RM7 juta dan puluhan kenderaan mewah seperti Zuraida Kamaruddin bosnya.

Zuraida menggunakan kuasanya telah melantik Adam menjadi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Selaku proksi Zuraida, kini Adam kaya raya hasil rompakan di PBT secara terbuka, beliau juga mempunyai hubungan istimewa dan rapat dengan Mantan MB Tan Sri Khalid sebelum ini & kini MB Azmin Ali.


Ketika kisah Zuraida Mak Lampir menjadi isu sejak 16 Jun 2016 yang lalu berhubung kekayaan dan pemilikan kereta mewahnya bertali arus isu muncul sehingga terdedahnya kenderaan milik 'taukeh'. Namun kelibat Adam dilihat cuba tidak menonjolkan diri di hadapan umum.

Malah proksi Zuraida Marsita Ahmad, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor merangkap Ketua Wanita PKR Hulu Selangor pernah didedahkan sebelum ini menerusi TV3 oleh CheGuBARD dan akhirnya menekan Zuraida.

Bulan Julai lalu Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang sudah bergelar Dato' berbanding MP Ampang dan ADUN di kawasan Ampang. Zuraida yg rapat dengan MB Selangor pun tak dapat gelaran itu.

Persoalannya apakah jasa yang menyebabkan beliau mendapat pingat di Pahang? Bak kata ahli PKR Ampang, bukankah lebih mula sekiranya pingat tersebut didapatkan untuk bos nya si Zuraida. Itu tandanya Adam Rosly kaya raya untuk membeli gelaran Dato' itu. Agak-agak APA JASA ADAM ROSLY DI PAHANG jika Selangor pun tidak berminat mengenang jasa Adam Rosly dan Zuraida Kamaruddin!
Pendedahan rumah mewah Adam RM 7 Juta di Ampang ditengah-tengah kawasan orang miskin bukti betapa khabar angin kekayaan Zuraida melalui proksi adalah benar. Penipuan Zuraida menggunakan kelayakan MP dalam pembelian kereta mewahnya sudah terbukti.

SPRM tidak boleh teragak-agak kini. Apa guna tangkap pegawai hidup mewah kalau kes Zuraida pun hilang "telor". Ayuh SPRM!

Sumber :
Captain M

Comments (0)