Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PAS akui tidak sertai konvensyen kerana DAP

Posted: 09 Nov 2016 09:37 PM PST

Ketua penerangan PAS menegaskan parti Islam itu bukan sebahagian daripada pakatan dan tiada keperluan menyertainya walaupun dijemput.
Nasrudin-HassanKUALA LUMPUR: PAS tidak akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam pada Sabtu ini walaupun dijemput, kata Nasrudin Hassan Tantawi.
Ketua penerangan PAS itu berkata, keputusan demikian dibuat memandangkan parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP yang merupakan sebahagian daripada gabungan PH.
"Ya, kerana DAP. Kita dah lama putus hubungan dengan DAP," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada benar DAP menjadi punca PAS tidak menyertai konvensyen itu.
Katanya, PAS bukan sebahagian daripada gabungan PH dan ia tidak patut menyertainya.
"Kita tidak terlibat dengan konvensyen PH. Menghantar jemputan adalah hak mereka tetapi bagi pihak parti, kita tidak akan menyertainya kerana kita bukan sebahagian daripada mereka.
"PAS bukan bekerjasama dengan PH dan ini bukan konvensyen PKR untuk kita sertai," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menerima surat jemputan semalam dan tidak akan menghantar wakil memandangkan kesemua pimpinan tertinggi mempunyai program lain.
Konvensyen pertama PH pada Sabtu ini bakal menyaksikan perjanjian antara gabungan PKR, DAP dan Amanah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mewujudkan kerjasama mencapai strategi satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Nasaruddin turut menafikan sebarang perancangan pertemuan PAS dengan pimpinan PPBM.

Mahkamah arah Jamal failkan pembelaan pada saman BERSIH

Posted: 09 Nov 2016 09:34 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos memfailkan pembelaannya dalam saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Arahan itu dibuat selepas peguam Maria memaklumkan kepada timbalan pendaftar mahkamah Norfauzani Mohd Nordin bahawa mereka telah menyerahkan dokumen saman kepada Jamal, yang memimpin kumpulan Baju Merah anti-BERSIH.

Susulan itu, kata peguam Maria, Melissa Sasidaran, mahkamah mengarahkan Jamal memfailkan pembelaannya sebelum 2 Disember.

Maria pula harus menyerahkan jawapan balas kepada pembelaan itu sebelum 16 Disember.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab pada 27 Disember.
Maria menyaman Jamal atas dakwaan BERSIH diresapi elemen kumpulan bersenjata IS.

Jamal membuat kenyataan itu dalam sidang media pada 28 September dan laporan polisnya berkaitan perkara itu pada 4 Oktober.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: 'Bekas pegawai BSI terima maklumat terus dari Jho Low'

Posted: 09 Nov 2016 09:19 PM PST

Bekas perancang kewangan bank BSI, Yeo Jiawei menerima maklumat mengenai pegawai tertinggi Malaysia secara langsung daripada ahli perniagaan Jho Low, kata Pengurus Perhubungan Amicorp, Jose Renato Carvalho Pinto semalam.
Bercakap semasa perbicaraan kes Yeo di mahkamah Singapura, Pinto berkata, Yeo turut serta untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerana beliau berada dalam pasukan penstruktur pelaburan 1MDB dan SRC International yang diletakkan di bawah penelitian pada masa itu.
Yeo memberitahunya untuk terus bertenang dalam masa beberapa hari sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada kabinet, kata Pinto, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Markets.
"Bertenang buat masa ini. Saya difahamkan masa telah tiba untuk perang dalaman Malaysia dan negara-negara lain sedang menunggu kesudahannya sebelum mengambil tindakan selanjutnya," menurut Yeo dalam tulisannya kepada Pinto pada 22 Julai tahun lepas.
"Sementara itu, kita tidak harus membuat apa-apa kesimpulan sehingga penghakiman akhir," ujar Yeo lagi, menurut bukti yang dikemukakan di mahkamah semalam.
Apabila disiasat selanjutnya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiang Ke Yue, Pinto yang merupakan saksi pendakwaan penting dalam kes itu berkata, Yeo mendapat apa jua maklumat secara terus dari Low.
Beliau sangat pasti mengenai itu, Pinto berkata, kerana pada masa yang sama, Yeo telah meminta beliau untuk mendapatkan dokumen bagi pihak Low

Fitnah IS: Jamal lawan Bersih di mahkamah

Posted: 09 Nov 2016 09:18 PM PST

Pemimpin Baju Merah itu sebelum ini membuang surat tuntutan Maria Chin ke dalam tandas selepas enggan memohon maaf kerana mengatakan Bersih 2.0 adalah ejen IS.
jamal-maria-court-1
KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah DatukJamal Yunos melantik peguam untuk mewakilinya dalam saman fitnah oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Jamal sebelum ini membuang surat tuntutan Maria ke dalam tandas.
Peguamnya Melissa Sasidaran berkata, Mohammed Nasser Yusof dan Mohamad Fauzi Abd Samad daripada firma guaman Fauzi dan Nasser memfailkan kehadiran pada Khamis
Saman Maria disebut bagi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah mengarahkan Jamal memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 2 Disember, menurut Melissa. "Maria perlu memfailkan jawapannya kepada Jamal pada 16 Disember."
Kes itu akan dibentangkan di hadapan Hakim Datuk Zaki Abdul Wahab pada 27 Disember.
Maria menghantar surat tuntutan pada 4 Oktober, meminta Jamal memohon maaf atas kenyataannya dalam tempoh 48 jam.
Beliau mengadakan sidang akhbar pada hari berikutnya untuk mengatakan beliau tidak akan meminta maaf.
Maria menyaman Jamal yang juga ketua Bahagian Umno Sungai Besar kerana mendakwa Bersih 2.0 sebagai ejen kumpulan militan Islamic State (IS).
Read More / Baca Lagi >>

BN hadapi masalah jika semua pembangkang bersatu

Posted: 09 Nov 2016 09:08 PM PST

RAKYAT  kini menyaksikan para pembangkang sedang mencari kata sepakat untuk bersatu menentang BN pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) kelak.
Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang mendakwa BN bakal punyai masalah besar jika parti dan tokoh pembangkang utama di negara ini bertindak untuk bersatu.
"Jika kesemua mereka bersatu dan memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu antara kelompok calon parti-parti pembangkang, maka ia akan beri kesan yang besar kepada BN.
"Saya merasakan usaha penyatuan semua parti utama pembangkang dalam satu gagasan mestilah merangkumi peranan kelompok pemimpin yang dipayungi oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan Pas, PKR dan DAP.
"Bagaimanapun, salah satu daripada kelompok ini tidak bersama pakatan pembangkang maka ia tidak membawa impak kukuh dalam perlawanan dengan BN," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Tambah beliau lagi, dengan isu yang wujud kini membuatkan rakyat mudah untuk mencari parti alternatif selain BN.
"Dengan isu politik membabitkan kepimpinan utama BN yang wujud kini, ditambah pula dengan isu ekonomi sosial masyarakat serta isu kos sara hidup.
"Ia menjadi faktor pelengkap kepada peningkatan simpati dan sokongan pada tokoh dan parti lain selain BN," katanya lagi.
Beliau juga mencadangkan agar BN berwaspada kerana faktor kemenangan parti itu pada PRU 14 nanti bergantung sejauh mana kelompok parti tersebut mampu bergabung atau tidak.
"Kemenangan BN bukan hanya atas faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya mengikut garis populasi kaum tetapi ia juga bergantung pada sejauh mana parti-parti ini mampu untuk bergabung sesama mereka.
"Jika berlaku pertandingan satu lawan satu, BN perlu mengutamakan siapa calon yang sesuai dan kekuatan calon ini bakal mengatasi lambakan isu yang menghentam BN ketika ini," tambahnya.
Bagaimanapun, beliau turut merasakan bahawa Pas sudah serik untuk berkomplot dengan DAP kerana sikap parti itu yang keras dalam perjuangan liberal dan anti agenda Islamisasi gaya Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Dr Mahathir cabar SPRM siasat semula skandal derma RM2.6 bilion

Posted: 09 Nov 2016 09:00 PM PST

Haniff menggesa ketua SPRM membuktikan ucapannya untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukan sekadar retorik.
haniff-macc-src-1
PETALING JAYA: Peguam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu mengotakan apa yang dikata dengan membuka semula siasatan ke atas sumbangan dan dana RM2.6 bilion yang didakwa diambil daripada SRC International.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad juga perlu mendapatkan sokongan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengumpul bukti daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Persekutuan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang kononnya daripada seorang putera Saudi.
"Adakah anda bersedia untuk menyahut cabaran ini dan membuktikan kenyataan baru-baru ini bukan retorik," kata peguam itu yang disiarkan di laman Facebook beliau.
Haniff berkata demikian yang merujuk kepada Dzulkifli apabila baru-baru ini menggesa ahli-ahli politik dan pemimpin masyarakat yang "masih mabuk dan tenggelam dalam rasuah" menghentikan pengkhianatan dan salah guna kuasa.
Ucapan kontroversi Dzulkifli itu dibuat sempena 100 hari beliau memegang jawatan tetapi ahli Parlimen pembangkang, Ramkarpal Singh menolak dan menganggapnya sebagai cakap kosong.
Baru-baru ini, bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata SPRM boleh mengemukakan semula kertas siasatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion itu dan kes-kes SRC International berikutan kemunculan bukti baru di luar Malaysia.
Abu Talib berkata SPRM bertanggungjawab menyiasat jika terdapat jenayah yang dilakukan dan ia boleh menghantar semula kertas siasatan kepada pendakwa raya untuk pertimbangan beliau.
Beliau berkata demikian sebagai tindak balas kepada kemunculan bukti baru berikutan siasatan dijalankan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland.
Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata awal bulan ini yang siasatan bermula Ogos tahun lepas membongkar "skim Ponzi" didakwa pada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Read More / Baca Lagi >>

Berkecuali: Semua pemimpin tinggi PAS sibuk, tidak hadir konvensyen Pakatan

Posted: 09 Nov 2016 08:57 PM PST

Konvensyen pertama Pakatan Harapan bakal menyaksikan gabungan itu mengadakan persefahaman satu lawan satu menentang BN.
takiyuddin_hassan
PETALING JAYA: PAS mengesahkan tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam, Sabtu ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau menerima jemputan daripada PH itu semalam.
Katanya, kesemua pimpinan tertinggi parti itu mempunyai program lain.
"Saya dah semak kebanyakan kita ada program. Memang saat-saat akhir tak sempat nak pergi.
"Saya pun ada program di Kota Bharu," katanya yang menambah terpaksa hadir sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan.
Takiyuddin bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut program yang terpaksa dihadiri pemimpin lain.
"Itu tak perlu (tahu) kot. Sebab semua ada komitmen masing-masing. Semua ada program parti yang tak boleh dibatalkan serta merta," katanya.
Konvensyen pertama PH Sabtu ini bakal menyaksikan perjanjian antara gabungan PKR, DAP dan Amanah itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mewujudkan kerjasama mencapai strategi satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
PAS setakat ini masih belum membuat keputusan sama ada akan bekerjasama dengan pembangkang lain pada PRU akan datang.

TPPA: Apa strategi Malaysia berdepan Trump?

Posted: 09 Nov 2016 08:56 PM PST

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Kerajaan Persekutuan memikirkan strategi ke hadapan untuk berunding dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Katanya, pendekatan berhati-hati perlu diambil dengan langkah bijak sama ada TPPA akan diteruskan atau tidak.

tppa"Kita harus bersikap neutral atau mempertahankan kebebasan dirantau ini tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
"Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS sememangnya menolak TPPA. Dalam keadaan negara menubuhkan The Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) yang cenderung kepada kuasa besar China, kita akan ada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 45.
Pada masa sama, Shamsul mahu kerajaan mengambil pendekatan berbeza dalam isu itu selari dengan politik Trump.
Terdahulu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melahirkan kebimbangan dalam isu perjanjian TTPA .
Katanya, kerajaan perlu melihat perkembangan TPPA supaya semua usaha dibelanjakan untuk perjanjian itu tidak menjadi sia-sia.
"Soalan pertama kami adalah sama ada TPPA akan tetap diteruskan atau sebaliknya, memandangkan Trump komited untuk menghapuskan TPPA, ini adalah kebimbangan kita.
"Jika tidak ada pemantauan daripada kerajaan perjanjian ini akan menjadi sia-sia," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku di AS ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

Berapa buruk Trump boleh jadi, tanya Razak Baginda

Posted: 09 Nov 2016 08:52 PM PST

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda percaya Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump tidak melakukan lebih buruk daripada pendahulunya.
Ini kerana Amerika Syarikat, kata Razak, telah lama memainkan peranan "diktator" dalam arena antarabangsa.
"Amerika Syarikat telah 'skru' dunia banyak kali. Ia telah menyokong diktator, bahkan menyokong diktator yang menentang kebangkitan popular," kata Razak kepada Malaysiakini.
Beliau memberi contoh usaha yang dikatakan untuk membunuh bekas Perdana Menteri Cuba dan Presiden Fidel Castro yang turut mendapat sokongan AS, di bawah Presiden Barack Obama, serta desakan anti-Muammar Gaddafi di Libya.
"Trump tidak melakukan lebih buruk daripada apa yang presiden Amerika Syarikat telah lakukan setakat ini. Mereka telah skru dunia," kata Razak.
Merujuk kepada "pembunuhan beramai-ramai" di Timur Tengah, Razak berkata, ia semuanya berdasarkan dasar luar Amerika Syarikat.
"Saya bukan anti-Amerika, tetapi melihat apa yang telah berlaku di Iraq. Amerika Syarikat boleh campur tangan, tetapi mereka keliru dengan konsep selepas campur tangan, "jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Razak berkata ia berpusat kepada undi anti arus perdana.
"Sama ada anda bersetuju atau tidak, undi terhadap Hillary Clinton adalah undi terhadap arus perdana," katanya merujuk kepada kelas pekerja berbanding kerajaan yang besar.
Read More / Baca Lagi >>

'Ringgit menjunam ke paras terendah, OPR dijangka turun'

Posted: 09 Nov 2016 08:48 PM PST

Ringgit menjunam ke paras terendah setakat ini pada kadar RM4.2537 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) setelah dunia dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump.
Jangkaan penurunan kadar faedah Malaysia jangka pendek boleh juga telah memberi kesan kepada matawang tempatan itu.
Memetik laporan theedgemarkets.com, para penganalisis berkata, kemenangan Trump menimbulkan ketidak pastian mengenai dasar negara Uncle Sam itu dengan bersandarkan latar belakang politik dan ekonomi dunia.
"Kemenangan Trump itu boleh dilihat sebagai 'Brexit' kedua. Pasaran global bertindak balas negatif pada mulanya ekoran percaya Clinton akan menang," ujar Ketua Penyelidik AmBank (M) Bhd, Anthony Dass dan Strategi Ekuiti, Joshua Ng dalam nota, hari ini.
Data Bloomberg menunjukkan kadar pertukaran dolar AS dengan ringgit setakat hari ini berlegar-legar antara RM4.2343 dan RM4.2537 bagi setiap dolar AS.
Read More / Baca Lagi >>

Penangkapan Jufazli dan masa depan Sabah

Posted: 09 Nov 2016 07:52 PM PST

Jufazli bersalah kerana cuba mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran Sabah yang sering dianggap deposit tetap BN.
Jufazli-Shi-Ahmad
Oleh Wan Salman Wan Sallam
Malam tadi, Jufazli Shi Ahmad memuat naik status di laman Facebook berkenaan penahanannya di Balai Polis Travers, kuala Lumpur.
Saya mengenalinya secara peribadi. Jufazli bukan calang-calang orangnya. Jika kita menyangka orang Malaysia Timur selalu senyap akan penindasan pemerintah, hanya tahu "memakan dedak" dan berpelajaran rendah, beliau adalah sebaliknya.
Pada 2008, Jufazli merupakan salah seorang daripada 6 pelajar terbaik STPM peringkat negeri Sabah, dengan memperoleh PNGK 4.00.
Jufazli juga merupakan lulusan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kelantangannya sebagai salah seorang penggerak utama Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah menidakkan dengan lebih agresif lagi stereotaip orang Sabah yang tidak peduli akan penindasan yang dilakukan terhadap mereka yang hanya dianggap sebagai deposit tetap Barisan Nasional saban pilihan raya.
Sehingga cerita ini disiapkan, masih belum ada lagi sebab khusus penahanan Jufazli oleh pihak polis.
Tetapi di sini saya senaraikan antara "jenayah" Jufazli:
* Mempersoal kebobrokan kritikal bekalan air di Sabah meskipun diperuntukkan belanjawan tertinggi sejak 5 tahun lalu untuk bekalan air (RM715.36 juta).
* Mempersoal kronisme projek air yang dianugerahkan selama 20 tahun.
* Menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dengan mendalam tanpa bertolak ansur, bukan sahaja Pengarah Jabatan Bekalan Air Sabah tetapi juga terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan bekas ketua menteri, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.
* Mengkritik dengan lantang Datuk Seri Najib Razak kerana mempertahankan Musa dan pemimpin Sabah lain.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi mungkin goyah, bank lebih berhati-hati lulus pinjaman

Posted: 09 Nov 2016 07:50 PM PST

Antara faktor mengurangkan pertumbuhan pinjaman adalah jualan ringgit dan ketidakstabilan saham global selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, semalam.
loans-malaysia-1
KUALA LUMPUR: Bank di Malaysia lebih berhati-hati ketika memberikan pinjaman, lapor Bloomberg.
Antara faktor yang mengurangkan pertumbuhan pinjaman adalah jualan ringgit dan ketidakstabilan saham global selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, semalam.
Risiko pertumbuhan global juga mengurangkan hasrat syarikat Malaysia untuk meminjam dan berbelanja.
Ini boleh menjejaskan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih besar, termasuk "mengepam" lebih banyak wang ke dalam sistem melalui Bajet 2017.
Pertumbuhan pinjaman mungkin merosot kepada sekurang-kurangnya 12 tahun terendah pada 2016, menurut unjuran AmInvestment Bank Bhd, Institut Penyelidikan RHB dan data yang dikumpul Bloomberg.
Menurut Bloomberg, ekonomi Malaysia goyah dengan ramalan Bank Dunia yang pertumbuhan ekonomi negara kurang daripada 5% dari 2016 hingga 2018.
Pengembangan mungkin tidak berubah pada 4% pada suku lalu, demikian menurut kajian Bloomberg, disebabkan kejatuhan harga komoditi yang mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan kredit yang lemah.
"Apa yang membimbangkan kita adalah kredit yang ketat," kata Weiwen Ng, pakar ekonomi di Australia dan New Zealand Banking Group Ltd di Singapura.
"Hasrat untuk mendapatkan pinjaman kekal lemah, manakala bank-bank berhati-hati dengan pinjaman tidak berbayar, jadi mereka akan lebih berwaspada untuk memberi pinjaman."
Pinjaman mungkin naik 5% hingga 6% tahun ini dan seterusnya, ramal AmInvestment.
Read More / Baca Lagi >>

Demo seluruh Amerika sambut kemenangan Trump

Posted: 09 Nov 2016 07:49 PM PST

Penunjuk perasaan berpusu-pusu berarak di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat semalam bagi membantah kemenangan mengejutkan hartawan terkemal Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu semalam.
Mereka mengecam retorik kempen kontroversinya berkaitan pendatang, orang Islam dan kumpulan lain, lapor Reuters.

Di New York, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan di Manhattan untuk menuju ke Menara Trump. Mereka juga bersorak "Bukan Presidenku".
Di Chicago, kita-kira 1,800 orang berkumpul di Trump International Hotel and Tower, sambil melaungkan slogan "Tolak Trump! Tolak KKK! Tolak AS yang rasis".
KKK atau Ku Klux Klan (KKK) merujuk kepada pergerakan pelampau AS yang diasaskan sejak penghujung abad ke-19 yang memperjuangkan ketuanan golongan kulit putih dan antipendatang di negara itu.
"Saya benar-benar bimbang apa yang akan jadi pada negara ini," kata Adriana Rizzo, 22, yang memegang poster bertulis "Nikmatilah hak anda sementara boleh".
Mereka menyatakan bantahan terhadap kenyataan Trump dalam kempennya untuk membina tembok dengan Mexico bagi mengelakkan pendatang memasuki negara itu secara haram.

Beratus-ratus lagi berkumpul di Philadelphia, Boston, Seattle dan Portland, Oregon manakala demonstrasi seterusnya dirancang di San Francisco, Los Angeles dan Oakland, California.

Kebimbangan diusir menghantui penduduk minoriti Amerika

Posted: 09 Nov 2016 07:16 PM PST

Pada pagi selepas Donald Trump dipilih sebagai presiden baru Amerika Syarikat yang sewaktu kempennya mahu mengusir pendatang tanpa izin dan menghadkan pelarian Islam, seorang ibu di New Jersey, Yasmeen Shehab, terjaga oleh bunyi tangisan yang kuat.
Anaknya yang berusia 10 tahun memeluknya sambil menangis teresak-esak.
"Presiden Trump akan haramkan kita dan akan buat kita tinggalkan Amerika," kata snak perempuan Shehab yang begitu takut, walaupun dilahirkan di Amerika, dia dan keluarganya akan diusir.
"Ke mana kita nak pergi?" tanya anak kecil itu.
Retorik garang anti-pendatang Trump ketika berkempen, telah menakutkan ramai pendatang di Amerika Syarikat dan kumpulan minoriti.
Pada hari Rabu, beberapa pekerja asing melaporkan diejek dan diganggu manakala kanak-kanak minta dibawa pulang dari sekolah ekoran berlaku perbuatan membuli etnik atau agama, demikian menurut ibu bapa dan guru-guru.
Orang ramai beralih ke media sosial untuk menyuarakan kemarahan dan kebimbangan mereka, dan pertubuhan hak menerima panggilan dari mereka yang dalam kebimbangan bagi mendapatkan nasihat.
Sementara itu, ibu bapa dan ramai penyokong, berusaha untuk menenangkan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan anti-TPPA berhati-hati dengan janji Trump

Posted: 09 Nov 2016 07:08 PM PST

Walaupun mereka akan menyambut baik dengan tangan terbuka sekiranya Presiden baru Donald Trump menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), namun kumpulan anti-TPPA percaya ia mungkin tidak berlaku.
Timbalan pengerusi kumpulan Bantah TPPA, Azlan Awang berkata mungkin terlalu simplistik untuk pihaknya mempercayai Trump akan mengotai janjinya kepada rakyat Amerika untuk menolak TPPA, memandangkan lobi yang kuat oleh syarikat multinasional semasa pentadbiran Presiden Barack Obama.
Menurut Azlan, kemenangan Trump boleh membawa kepada beberapa senario.
Satu, katanya kepada Malaysiakini, Obama dan Kongres - kedua-duanya terhutang budi kepada perniagaan besar - akan cuba untuk meluluskan TPPA semasa tempoh peralihan.
Trump hanya akan mula memegang jawatan presiden pada Januari tahun depan dan Bantah TPPA melihat kelulusan perjanjian itu oleh Kongres sebagai "tidak mungkin tetapi boleh berlaku".
"Tetapi sebagai presiden, Trump masih boleh menyekatnya daripada dikuatkuasakan," jelas Azlan (foto).
Satu lagi senario, katanya, tiada apa yang berlaku dalam tempoh terdekat, tetapi selepas mengambil alih jawatan presiden, Trump mungkin tunduk kepada tekanan dan lobi syarikat multinasional besar.
Beliau boleh bersetuju untuk meneruskan TPPA dengan perubahan kecil dan dengan lebih banyak konsesi dari negara-negara rakan yang lain, kata Azlan, sambil menambah bahawa Amerika pernah berbuat demikian sebelum ini berkaitan perjanjian perdagangan dua hala yang lain.
Sebahagian daripada perubahan yang mereka mungkin teruskan ialah manipulasi mata wang dan memberi lebih banyak konsesi ke atas harta intelek (IP), katanya.
Azlan menjelaskan bahawa tidak mungkin bagi negara-negara lain untuk meneruskannya tanpa penyertaan Amerika kerana mereka tidak akan mempunyai kekuatan ekonomi untuk melaksanakannya.
Bagaimanapun, katanya, perkembangan baru dalam hubungan Malaysia dengan China juga akan mempunyai kesan ke atas bagaimana Malaysia melihat TPPA.
Di peringkat serantau, hujahnya, perkembangan rundingan-rundingan seterusnya berkaitan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang melibatkan ASEAN dan negara-negara lain di rantau Asia, akan menunjukkan sama ada terdapat masa depan bagi perjanjian perdagangan dan pelaburan gaya-Amerika Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

PENGURUS BESAR HIDUP MEWAH LUAR BIASA DISIASAT SPRM

Posted: 09 Nov 2016 07:07 PM PST

KUALA LUMPUR  – Benarkan beberapa projek kerajaan yang gagal disiapkan kontraktor dalam tempoh ditetapkan dite­rus­kan selepas terima suapan.
Itu antara salah guna kuasa yang dipercayai dilakukan seorang pengurus besar sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) sehingga mampu hidup mewah luar biasa.
Menurut sumber, demi wang, pengurus besar itu juga diperca­yai sanggup memecat pegawai bawahan yang enggan bersubahat dengannya.
"Bagaimanapun, salah laku le­laki itu berjaya dihidu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil maklumat awam.
"Siasatan awal mendapati dia yang telah memegang jawatan berkenaan sejak beberapa tahun memang hidup mewah di luar kemampuan," katanya di sini hari
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu, pihaknya sedang me­nyiasat dengan teliti dakwaan berhubung pegawai tersebut.
"Inilah bahaya apabila seseorang yang mengamalkan rasuah sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti asalkan matlamat menghalalkan cara.
"Mereka yang berintegriti sudah tentu tidak akan berkompromi dengan pegawai sedemikian ru­pa," katanya ketika dihubungi di sini.
Azam menegaskan, SPRM memandang serius perkara seperti itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.
Beliau juga meminta pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.

Amanah akan tubuh Hisbah jika menang di Kelantan

Posted: 09 Nov 2016 07:06 PM PST


Kelantan akan tubuhkan Hisbah di Kelantan jika Amanah menang dalam PRU-14.Kelantan akan tubuhkan Hisbah di Kelantan jika Amanah menang dalam PRU-14.
Amanah akan menubuhkan badan Hisbah melalui satu enakmen dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan jika diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke 14 nanti.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, badan ini akan mempunyai kuasa yang lebih besar dari menteri besar dalam melaksanakan tugasnya.
"Badan ini juga perlu ada akauntan sendiri yang bertugas sepenuh masa di samping pegawai penyiasat sepenuh masa untuk menyiasat segala aduan salah laku pemimpin, pegawai dan kakitangan kerajaan," kata Husam dalam sessi dialognya kelmarin.
Husam memberikan contoh penyelewengan yang berlaku dalam anak syarikat kerajaan negeri, KPK Sdn Bhd, yang merupakan satu kesalahan jenayah yang perlu di ambil tindakan segera.
"Misalnya kes KPK. Lembaga dia membuat keputusan, semua pengambilan balak hendaklah dibuat oleh anak syarikat KPK sendiri yang KPK kuasai sekurang-kurangnya 30% saham.
"Tetapi bila dilaksanakan, ia tidak begitu. 30% hak KPK tidak ada. Ini mungkin satu kesalahan jenayah dan perlu diambil tindakan melalui satu siasatan," kata Husam ketika menjawab soalan dari orang ramai.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, katanya, apabila memerintah nanti, kerajaan Amanah perlu antaranya mewajibkan pemimpin negeri mengisytiharkan harta masing-masing.
"Kita juga kena tubuhkan Hisbah melalui satu enakmen dalam kerajaan negeri supaya pemimpin dan pegawai negeri tidak menyeleweng.
Read More / Baca Lagi >>

JAHANAM NEGARA DIBUATNYA...

Posted: 09 Nov 2016 06:27 PM PST

Hutang 1MDB RM50 bilion tak settle lagi, kini nak buat hutang lagi RM55 bilion dengan Komunis-China ??!!!

APA AKAN JADI jika UMNO/BN kalah PRU14 nanti ???

Posted: 09 Nov 2016 06:26 PM PST

TIRAI BESI menanti mereka semua ...!!!

Sbb itulah mereka akan buat apa saja demi mengekalkan legasi Umno kekal sampai kiamat..

KENAPA PERKARA INI SENYAP SAMPAI SEKARANG !!!

Posted: 09 Nov 2016 06:25 PM PST

Apa dah jadi pada Pengerusi 1MDB Najib Razak kerana sanggup tergamak masukkan RM16 bilion ke dalam Aabar Investments PJS Ltd yg terang2 bukan dimiliki IPIC ??!!

NAMPAK TAK !!!

Adakah ini satu tipu helah penyelewengan oleh 1MDB ??

KENAL SECARA PERIBADI, TRUMP GELAR NAJIB ‘MY FAVOURITE PM’

Posted: 09 Nov 2016 06:13 PM PST


Datuk Seri Najib Razak berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru Donald Trump bukan asing buat dirinya memandangkan beliau secara peribadi mengenali ahli perniagaan tersebut.
"Saya sendiri mengenali beliau secara peribadi dan beliau bukan asing bagi saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Persidangan Daya eUsahawan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai kemenangan Trump sebagai presiden AS yang baru.
Hubungan rapat mereka berdua turut dilaporkan oleh BBC, yang memetik jurucakap pejabat perdana menteri sebagai memberitahu wartawannya untuk Asia Tenggara Jonathan Head.
"PM Malaysia Najib ialah kawan golf Trump dan ada gambar bertandatangan mereka berdua atas mejanya daripada Donald yang bertulis 'kepada PM kegemaranku'," menurut tweet itu.
M'sian PM Najib is a golfing buddy of Trump and has a signed photo of them both on his desk from the Donald inscribed 'To my favourite PM'
Selain itu, mengulas lanjut perdana menteri memberitahu bahawa kemenangan Trump membuktikan pengundi mahukan pemimpin yang baru dan bukan daripada ahli politik.
"Maknanya dia (Trump) konsisten dengan mesej untuk menjadikan Amerika sebuah negara yang kuat dari segi ekonomi dan juga peluang pekerjaan.
"Sebagai seorang usahawan berjaya, bilionair berjaya, mereka (pengundi) nak beri peluang kepada seorang ahli politik yang bukan konvensional.
"Bukan daripada mereka yang biasa ada pengalaman di Washington.
"Maknanya pengundi nak cuba sesuatu yang berlainan dalam konteks Amerika Syarikat," katanya lagi.
Tak boleh ambil mudah pengundi
Sementara itu dalam kenyataan medianya pula, Najib berkata kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden AS menunjukkan para pengundi tidak boleh diambil mudah.
Read More / Baca Lagi >>

KESERONOKAN AKAN MEWARNAI RAKYAT MALAYSIA JIKA BN DAPAT DIKALAHKAN

Posted: 09 Nov 2016 06:11 PM PST


Keseronokan adalah penting dalam kehidupan. Ia kadang-kadang merupakan motivasi untuk terus hidup dengan ceria dan gembira. Keseronokan tidak semata-mata berkaitan hiburan, muzik, melancong atau seumpamanya, tetapi juga disebabkan perkara-perkara baru yang dapat dirasai.
Bagi seseorang yang biasa makan nasi, sesekali dapat makan steak atau spagheti, ia adalah keseronokan. Mereka yang selalu makan kari kepala ikan merah atau kerapu  di kedai mamak, dapat merasa kepala ikan salmon, tentunya juga suatu keseronokan.
Mendapat hadiah daripada anak, walaupun cuma sebuah topi atau sarung telefon bimbit, adalah keseronokan bagi seorang ayah. Seorang isteri atau ibu juga akan merasa seronok apabila diberikan pinggan mangkuk atau set perhiasan dapur yang baru.
Pokoknya, perkara atau benda baru adalah menyeronokkan. Begitu juga dalam politik dan pentadbiran negara, kita sentiasa memerlukan perkara-perkara baru untuk memastikan kehidupan kita terus dalam keadaan yang menyeronokkan.
Tun Mahathir Mohamad tiba-tiba bertukar menjadi pengkritik Najib Razak, keluar UMNO, kemudian menubuhkan parti baru dan bergabung dengan pembangkang, adalah keseronokan dalam dunia politik negara. Jika tidak, segalanya-galanya seperti lesu dan kurang stamina.
Berada dalam pemerintahan UMNO dan BN sejak lebih 60 tahun lalu, harus kita akui sudah tiada lagi keseronokannya. Lebih-lebih lagi dengan Najib  menjadi Perdana Menteri dan Rosmah Mansor menjadi bayangan kepada banyak kecelaruan dan kerosakan dalam negara, keseronokan sebenarnya sudah lama menghembuskan nafas akhirnya.
Jika Najib, UMNO dan BN terus menang lagi selepas PRU 14 nanti, lagi tiada keseronokan akan kita hadapi. Semua yang akan berlaku selepas itu semunya sudah boleh dijangka.
Kita pasti  akan melihat lebih banyak perbelanjaan dan pembaziran, sementara Najib terus dengan retorik dan lakonan politiknya yang memualkan.
Kita juga akan menyaksikan Zahid Hamidi secara perlahan-lahan akan dipinggir dan dikurangkan kuasanya semata-mata untuk memberi laluan kepada sepupu Najib, Hishammuddin Hussein. Anak Tun Hussein Onn itu mungkin akan dijadikan Menteri Kewangan, kemudian Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Najib.
Hishammuddin kemudian akan menaik dan melorongkan orang-orangnya pula dan tidak mustahil Khairy Jamaluddin akan berada di lapisan yang seterusnya.
Semua skripnya  sudah boleh dijangka jika UMNO dan BN berkuasa lagi. Ia langsung tiada keseronokan kerana rakyat akan tetap juga dengan susah derita menanggung beban kenaikan kos, cukai GST, penarikan subsidi, kemewahan golongan yang berkuasa dan sebagainya lagi.

Tetapi, cuba bayangkan keseronokannya jika Najib, UMNO serta  BN kecundang dan kuasa baru mengambil alih kerajaan nanti?
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan beri kontrak ECRL kepada China tanpa tahu harga ?

Posted: 09 Nov 2016 06:10 PM PST

Ia selepas menteri pengangkutan berkata nilai kontrak masih dalam rundingan walaupun sebelum ini ia diumumkan Najib.
pua-liow-ecrl-1PETALING JAYA: DAP menyelar Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana mendakwa menteri pengangkutan itu tidak tahu menahu mengenai kontrak berbilion ringgit yang dianugerahkan kepada China Railway untuk Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Ia selepas Liow mempersoalkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyifatkan nilai kontrak ECRL sebagai tertinggi di dunia berbanding pembinaan landasan kereta api di beberapa negara lain.
"Bukan ahli Parlimen pembangkang yang menyebut jumlah RM55 bilion sebagai kos projek landasan sepanjang 600km itu. Ia disebut Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan nilai projek itu dalam Bajet 2017 yang disiarkan ke seluruh negara melalui televisyen," kata Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP, dalam kenyataan hari ini.
Najib berkata ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu sebelum berakhir di Tumpat, akan menelan belanja RM55 bilion.
ECRL yang menggunakan dana China merupakan sebahagian besar daripada 14 perjanjian bernilai RM144 bilion yang dimeterai ketika lawatan rasmi Najib ke Beijing baru-baru ini.
Bagaimanapun, Liow dilaporkan The Star sebagai berkata kerajaan masih dalam rundingan mengenai kos ECRL.
"Apabila kami melaksanakan projek itu, kami akan memberitahu kepada umum berapa sebenarnya kos setiap kilometer," kata Liow yang mempertikaikan Pua.
Read More / Baca Lagi >>

China mahu minyak, bukan pertukaran kerajaan, kata Chandra

Posted: 09 Nov 2016 06:09 PM PST

Chandra mendakwa negara Barat menyebarkan Islamofobia melalui media untuk mendapatkan kawalan terhadap sumber utama minyak.
Chandra MuzaffarKUALA LUMPUR: Perbezaan antara kepentingan antarabangsa China dan Amerika Syarikat ialah Beijing hanya berminat dengan akses minyak, manakala Washington lebih cenderung mengawal komoditi itu, kata Dr Chandra Muzaffar.
Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST) itu berkata, ini sebabnya AS berminat dengan pertukaran kerajaan, "tetapi anda tidak nampak China mahukan perubahan rejim".
Chandra berkata demikian pada perbincangan meja bulat "Reaksi terhadap ekstremisme dan sektarianisme di dunia Islam", semalam.
Beliau mendakwa negara Barat menyebarkan Islamofobia melalui media untuk mendapatkan kawalan terhadap sumber utama minyak.
Beliau berkata, pengeksport terbesar minyak adalah negara-negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.
"Minyak adalah nadi tamadun perindustrian dan sebahagian besar daripada Amerika adalah tamadun perindustrian. Ia mahu mengawal nadi minyak ini."
Chandra mendakwa media Barat bertindak berat sebelah terhadap Islam dengan melaporkan fanatik agama yang menekankan "pelampau Islam" dan kurang melaporkan aspek ekstremisme agama lain.
Beliau memberi contoh pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya oleh penganut Buddha di Myanmar dan mendakwa sayap kanan mubaligh Kristian di AS yang sebahagian besarnya menyokong perang di Iraq dengan ada di antara mereka yang menyertai tentera Amerika.
Katanya, istilah "Pengganas Islam" dicipta media Barat dan tiada bentuk lain keganasan agama di dunia yang dilabelkan nama agama padanya.
Beliau berkata, selain mengawal minyak, kuasa-kuasa Barat juga mahu mengawal laluan laut, di mana 8 daripada 10 laluan paling strategik itu bersambung ke dunia Islam.
Katanya, satu lagi alasan permusuhan Barat terhadap umat Islam ialah Islam ialah satu-satunya tamadun bukan Barat di dunia yang memberi cabaran kepada mereka.
Beliau berkata, cabaran ini, daripada segi sejarah, wujud dalam bentuk kemajuan Islam dalam bidang sains, seperti fizik, matematik dan perubatan.
Read More / Baca Lagi >>

Trump menang: Pengajaran besar kepada badan pengkaji pendapat

Posted: 09 Nov 2016 06:08 PM PST

Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.

Semua pembuat kajian (pollsters) di negara ini diminta mengambil pengajaran dari kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat apabila kesemua ramalan berdasarkan hasil kajian mereka sebelum pemilihan itu terbukti tidak benar.
"Terbukti semua dapatan kajian persepsi dan pollsters, badan pengkaji pendapat awam yang meramalkan kemenangan Hilary Clinton tidak betul.
"Jadi kita di Malaysia yang membuat kajian pilihan raya ini perlu berhati-hati dan mengemukakan data sebenar dari pengundi," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, sebuah badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini.

Hisom mengulas kegagalan besar hampir kesemua badan pengkaji dan pollsters di Amerika yang meramalkan Clinton bakal menang dalam pemilihan itu.
Beliau bimbang, institusi badan kajian yang sedang meningkat naik di negara ini akan terbantut dengan apa yang berlaku di Amerika.
Para pengkaji atau pollsters meramalkan Clinton akan menang mudah dalam pemilihan semalam dengan memberi peratusan sehingga 85% dalam ramalan mereka.
Apabila Donald Trump menang, ia telah memberikan suatu kejutan besar kepada badan-badan pengkaji di Amerika yang selama ini dianggap mempunyai disiplin kajian yang tinggi.
Dalam menghadapi perkara ini, Hisom berkata, Ilham akan mengekalkan pendekatan kajian mereka dengan menemubual respondan secara bersemuka bukan melalui pendekatan lain.
"Ini kerana dengan cara ini kita akan dapat mengetahui dengan lebih jelas pendapat mereka tentang sesuatu perkara melalui jawapan, body language, penolakan atau pandangan sebenar mereka dalam apa-apa isu berbanding kita membuat tinjauan random atau melalui telefon," kata Hisom kepada Malaysia Dateline.
Hisom meletakkan kesilapan kajian berlaku apabila 'silent majoriti' besar dalam sesuatu masyarakat yang menjadi sasaran kajian itu.
"Kita tidak dapat ukur pendapat orang yang diam atau tidak mahu memberikan pandangan. Apabila semakin besar angka ini, kebolehan untuk silap semakin tinggi," kata Hisom yang selama ini banyak membuat kajian pilihan raya di Malaysia.
Hisom juga berkata, wawancara yang lebih mendalam juga boleh mengurangkan risiko kajian yang dibuat silap.
"In-depth interview (temubual yang mendalam) penting untuk mengurangkan risiko kesilapan dalam kajian berbanding dengan kajian persepsi semata-mata kerana persepsi hanya lapisan atas sahaja, tidak semesti yang sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)