Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:00 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


The wrong people in charge: A tale of sports in Malaysia - Khoo Kay Kim

Posted: 08 Nov 2016 09:05 PM PST

'Siapa korup, penyamun?' selepas Kit Siang dedah warkah SPRM

Posted: 08 Nov 2016 08:45 PM PST

"Tun M kereta antik berharga, UMNO akan jadi 'besi buruk' " - Shamsul Iskandar

Posted: 08 Nov 2016 08:45 PM PST

Bersatu dicadang sertai Pakatan Harapan Sabtu ini

Posted: 08 Nov 2016 08:04 PM PST

Bersatu dicadangkan menjadi parti komponen Pakatan Harapan dalam konvensyen pertama Sabtu ini.Bersatu dicadangkan menjadi parti komponen Pakatan Harapan dalam konvensyen pertama Sabtu ini.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dicadangkan menyertai Pakatan Harapan (PH) sempena konvensyen pertamanya Sabtu ini bagi menjadikan gabungan mempunyai empat parti.
"Sewajarnya PH mengambil langkah untuk terus melemahkan UmnoBn dengan membina 'Grand Coalition' di kalangan parti pembangkang untuk bersiap sedia sebagai peneraju 'Malaysia Baru' selepas PRU14.
"Membawa PPBM (Bersatu) untuk menjadi anggota komponen PH adalah satu keperluan dan harapan bagi memberi keyakinan pada rakyat," kata ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarBagi bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu, PH ialah 'Grand Coalition' atau pakatan besar adalah sebagai kerajaan menunggu.
"Tiada menghilang nama dan tiada mengurang bisa jika PPBM memohon untuk menyertai PH dan seterusnya semasa Konvensyen PH pada 12 Nov 2016 ini diistiharkan PPBM sebagai anggota komponen baru PH," katanya.
Katanya, apa yang berlaku sekarang PH bekerjasama dengan Bersatu.
"Ini tidak menunjukan kesatuan sebenar untuk rakyat mendukung parti pembangkang pada PRU14 nanti, bermula dari sekarang," katanya.
Bagi beliau, apabila sudah menjadi satu dalam PH barulah mudah untuk bersama melakar persekitaran politik, membina kekuatan bersama dan merancang kebijaksanaan, satu jiwa, satu nada dan satu rasa Malaysia.
"Maka,ianya merupakan pakatan politik yang jitu membela nasib rakyat dan besedia untuk berhadapan dengan Umno dan BN.
"Saya percaya jika ini yang terjadi, hasrat untuk melihat satu nama, satu lambang pada PRU14 akan menjadi kenyataan.
"Ini untuk Rakyat..Rakyat menunggu," kata Mahfuz dalam kenyataan itu.
PH akan mengadakan konvensyen pertamanya Sabtu ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam.
Dalam konvensyen itu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk berucap pada paginya manakala presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertainya pada sebelah petang.
Mengikut jadualnya, PH akan memeterai perjanjian kerjasama dengan Bersatu pada sebelah petangnya.

Sudah 10 tahun, sampai bila lagi Sandakan mahu bergelap?

Posted: 08 Nov 2016 08:00 PM PST

Kerajaan Persekutuan disifatkan gagal menyelesaikan permasalahan punca gangguan elektrik yang berlaku di Sandakan sejak lebih 10 tahun lalu.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt berkata, walaupun pelbagai insiatif dan janji Putrajaya untuk menyelesaikan krisis tersebut, komitmen mengenainya masih gagal diselesaikan sehingga kini.

"Amat penting untuk Menteri mengambil perhatian serius kerana hampir setiap hari Sandakan menghadapi gangguan elektrik ini.
"Keadaan sama masih berlaku bukan untuk tempoh beberapa tahun ini sahaja, tetapi masih gagal diselesaikan sejak lebih 10 tahun.
"(Menteri) beri janji dan jawapan di Parlimen (untuk selesaikan masalah), tapi malangnya masih gagal.
"Berapa lama janji gangguan ini boleh ditamatkan?" katanya pada sidang Dewan Rakyat, di Parlimen pagi ini.
Sebelumnya beliau meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili mendedahkan punca gangguan bekalan eletkrik yang kerap berlaku di kawasan perbandaran Sandakan.
Persoalan mengenainya turut dibangkitkan anggota Parlimen Barisan Nasional Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin berhubung inisiatif berterusan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Empat resolusi digaris pembangkang, Bersatu

Posted: 08 Nov 2016 07:53 PM PST

KUALA LUMPUR - Empat resolusi berjaya dirumuskan, hasil daripada mesyuarat bersama di antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ahli parlimen pembangkang ‎di bangunan sementara Parlimen semalam.
Resolusi yang dibentangkan oleh Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dipersetujui  sebulat suara oleh kesemua 30 ahli parlimen pembangkang yang hadir.
Tun Dr Mahathir Mohamad Empat resolusi itu adalah untuk meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghentikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan dari mana-mana ahli parlimen yang berucap dalam Parlimen yang menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), DOJ dan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Resolusi kedua pula adalah meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghormati dan mempertahankan hak dan kebebasan Parlimen sepenuhnya seperti yang diiktiraf dalam doktrin pengasingan kuasa dan seperti yang diamalkan di semua parlimen-parlimen ala Westminister.
Ketiga, meminta YDP Dewan Rakyat mengkaji semula petua yang beliau keluarkan pada 31 Mac dan 20 Oktober 2016.
Bersandarkan kepada petua yang beliau keluarkan ini Ahli Parlimen tidak dibenarkan berbahas atas isu yang menyentuh 1MDB, DOJ dan wang RM2.6 bilion dan menteri-menteri juga tersekat dan terbatas dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan berhubung dengan perkara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan semakin letih, Amanah Kelantan alukan cadangan rakyat bina masa depan

Posted: 08 Nov 2016 07:05 PM PST


Datuk Husam Musa dalam dialog sidang Dun di Salor malam tadiDatuk Husam Musa dalam dialog sidang Dun di Salor malam tadi
Amanah Kelantan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyenaraikan tawaran kepada rakyat apabila berpeluang mentadbir negeri.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata antara tawaran mereka adalah membuka peluang kepada rakyat Kelantan memiliki (jual) tanah ladang sebanyak 10 ekar seorang untuk tanaman sawit atau tanaman lain.
"Jika Amanah memerintah Kelantan, antaranya kita cadangkan kerajaan negeri buka peluang kepada rakyat Kelantan memiliki (jual) tanah ladang 10 ekar seorang untuk tanaman sawit/tanaman lain dan diuruskan oleh anak syarikat Kerajaan, dengan ini anak anak muda Kelantan ada peluang memiliki tanah," katanya ketika berucap di majlis penerangan dan dialog sidang Dun bersama Datuk Husam Musa di Wisma Tok Guru, Salor, malam tadi.
Bajet Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan katanya jelas gagal membawa apa-apa gagasan baru untuk memberi harapan kepada rakyat negeri ini sama ada yang masih bermastautin di Kelantan atau bekerja di seluruh negara.
"Ucapan bajet yang semua kita dengar baru-baru ini hanyalah mengulangi rancangan-rancangan lama yang telah dibuat semasa pentadbiran arwah Tok Guru Nik Aziz dan saya masih dalam kerajaan.
"Rumah duafat, program bantu armalah, rumah mampu milik, program peningkatan ibadah hanyalah ulangan kepada apa yang sedia ada dan tidak nampak apa yang baru," katanya.
Apa yang lebih mengejutkan kata bekas exco kerajaan negeri itu, selepas beliau berucap pada hari ketiga, seluruh perhatian dewan meninggalkan perbincangan tentang bajet sebaliknya semua membahas ucapan beliau.
"Walaupun ucapan pihak kerajaan sama ada Adun atau Exco hanya bertujuan menyakitkan hati saya dan meremehkan fakta yang saya bawa tapi semuanya hilang kawalah dari tajuk asal persidangan yang sepatutnya membincangkan bagaimana bajet yang dibentangkan benar-benar memberi impak kepada rakyat," katanya.
Apa lagi katanya bajet kali ini dibentang ketika berada di ambang pilihan raya, sepatutnya perbahasan tertumpu kepada tawaran kepada rakyat untuk dipilih semula dan bukannya mencari siapa patut dikutuk.
Justeru beliau menyeru rakyat Kelantan untuk bersama-sama memberi idea baru bagi membina masa depan negeri itu selepas kerajaan sedia ada semakin letih dan gagal merancang untuk membantu rakyat berdaya maju.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana projek internet 1Bestari boleh gagal?

Posted: 08 Nov 2016 07:04 PM PST

Internet kini sudah berada di Malaysia lebih 20 tahun, dan sebahagian hidup rakyat. Maka amat hairan projek yang bertujuan menyediakan internet boleh gagal.
1BestariNet
Pada 1912, Titanic, kapal paling besar dan paling canggih pernah dibina pada zaman itu, karam dilanggar blok ais.
Segala perancangan dalam projek sebesar and secanggih Titanic sudah pun dilakukan. Pembina kapal tahu yang Titanic akan berlayar menyeberangi lautan Atlantik yang mempunyai blok ais yang kadang-kala sebesar rumah, tetapi mereka tidak menjangkakan yang bahagian tepi Titanic boleh terkoyak sehingga membolehkan air laut masuk dan menenggelamkan kapal itu.
Begitulah dinamika antara perancangan and kejadian.
Di negeri saya Pulau Pinang, fenomena ini diungkapkan sebagai, "apa nak buat, nak jadi".
Tapi itu Titanic, bagaimana pula dengan 1BestariNet?
1BestariNet adaah inisiatif kerajaan membantu guru memberi kemudahan internet kepada pelajar, dan memakan kos RM4 bilion.
Menurut presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abr Razak, hanya sebahagian daripada "pelanggan" (iaitu pelajar) boleh menggunakan kemudahan internet, malahan para guru sendiri terpaksa mengeluarkan wang mereka sendiri mendapatkan kemudahan itu.
Projek ini dimulakan beberapa tahun dulu semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat menteri pendidikan, dan syarikat terlibat ialah YTL Communications Sdn Bhd.
Menurut Kamarozaman, kadang kala bila 1BestariNet ada pun, guru tidak boleh melayari internet!
Bagaimana ia gagal?
Bagaimanakah projek sebesar kapal Titanic sebegini boleh gagal? Mari kita fikirkan.
Proses pemasangan internet di zaman ini bukanlah perkara yang memerlukan mukjizat. Ia sesuatu yang rutin.
Apabila pindah rumah, kita hubungi Telekom Malaysia dan menetapkan tarikh untuk pemasangan internet. Kemudian, jurutera Telekom memasang modem dan router dan pada hari itu juga, kita dapat melayari laman web dan menikmati internet. Mudah sahaja.
Internet kini sudah berada di Malaysia lebih 20 tahun, dan sebahagian hidup rakyat.
Oleh itu, adalah terlalu hairan projek yang bertujuan menyediakan internet boleh gagal. Projek ini hanyalah gandaan kerja mudah di atas, iaitu menyediakan internet. Bukan untuk rumah tetapi untuk sekolah. Tiada perbezaan sangat kecuali dari segi skala.
Soalan menjawab kehairanan
Saya hairan projek ini boleh gagal capai matlamatnya. Kita perlu bertanya soalan yang relevan untuk mengetahui sebab kegagalan projek ini.
Pertama, apakah rekod syarikat YTL Communications?
Adakah ia mempunyai prestasi yang baik dalam projek sebegini?
Jika tidak, mengapa YTL diberi tender melaksanakan projek ini?
Jika benar ia melaksanakan projek sebegini sebelum 1BestariNet, tiada sebab untuk gagal kerana prosesnya sama saja.
Jika gagal, samalah seperti jika kita mengatakan yang kita boleh memasang internet untuk rumah A dan B tetapi tidak untuk rumah C. Kalau semua faktor adalah sama, kenapa rumah C tidak berjaya menikmati kemudan internet?
Kedua, kita wajar tanya siapa agensi kerajaan yang berurusan dengan YTL? Adakah pegawai dalam agensi tersebut berpengalaman menjayakan projek sebesar ini?
Jika ya, mereka patut tahu penanda aras (benchmarks) yang perlu ada sebelum projek ini dimulakan. Adakah YTL mencapai penanda aras ini? Sudahkah mereka membuktikan kebolehan mereka dalam projek sebegini?
Nepotisme?
Mungkin soalan yang paling relevan, jika kita memikirkan budaya nepotisme di Malaysia ialah, adakah pegawai berkenaan mempunyai perhubungan secara peribadi dengan pegawai YTL Communications?
Read More / Baca Lagi >>

Amnesty International: Serbuan ke atas Malaysiakini 'penghinaan terhadap kebebasan bersuara'

Posted: 08 Nov 2016 05:56 PM PST

Gerakan hak asasi manusia global, Amnesty International, mengutuk serbuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ke atas pejabat Malaysiakini semalam.
Ia mendakwa serbuan itu 'tidak wajar' dan satu penghinaan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia, dan menurutnya contoh terbaru tindakan keras ke atas media bebas di negara ini.
Pejabat Amnesty International bagi Asia Tenggara dan Pasifik, dalam satu kenyataan hari ini, menganggapnya sebagai gangguan terhadap wartawan yang telah disasarkan semata-mata kerana secara aman menjalankan tugas mereka, iaitu melaporkan berita.
Sepasukan enam anggota SKMM merampas dua komputer dalam serbuan itu yang menurutnya untuk siasatan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).
Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.
Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang media yang diadakan oleh bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Dalam sidang media itu, Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan menuntutnya meletak jawatan kerana didakwanya enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.
Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.
Menurut SKMM, video tersebut melanggar Seksyen 233 akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kinitv kemudian bertindak memadamkan perkataan 'haprak' yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG

PARASIT NEGARA..!!!

Posted: 08 Nov 2016 05:52 PM PST

Bekas Presiden dan CEO PETRONAS Tan Sri Shamsul Azhar Abbas membidas k'jaan yg campurtgn dan menekan PETRONAS agar 'membantu' syarikat Umnoputra yg sebenarnya parasit yg menjahanamkan negara kerana meletakkan harga yg melebih kadar semasa..

Beliau menegaskan PETRONAS bukan milik mana2 parti tapi negara.. dan tanggungjawab adalah untuk membantu semua kaum di negara ini.. bukan hanya UMNOPUTRA..

KERAJAAN BN rugi berbilion2 ringgit gara2 rokok haram, habis satu negara dicanangnya..

Posted: 08 Nov 2016 05:51 PM PST

TAPI jika sumber pendapatan negara dari bisnes2 haram di sisi Islam yg telah 'dihalalkan' BERI LESEN oleh pemimpin2 melayu-Umno di Kementerian Kewangan, KENAPA TAK BERANI NAK DEDAHKAN HASIL KUTIPAN CUKAI ARAK, JUDI & ROKOK kepada tatapan rakyat ??!!

SENANG JER CAKAP TAK TAHU ??!!!

Posted: 08 Nov 2016 05:49 PM PST

SIFAT 'BODOH' pada menteri2 BN inilah yg diinginkan oleh Najib agar boleh mudah perbodohkan rakyat.

SENANG JER CAKAP TAK TAHU ??!!! Sebab itulah UMNO-BN beri projek ECRL pada syarikat China tanpa tender terbuka yg tidak mendapat kelulusan Parlimen mahupun dibincangkan di dalam Parlimen.

BAGAIMANA sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion ??!!

Jangan bincang siapa bakal PM dalam Konvensyen Pakatan Harapan

Posted: 08 Nov 2016 05:44 PM PST


Mohd Sayuti OmarMohd Sayuti OmarKonvensyen Pakatan Harapan yang akan berlangsung pada 12 November ini harus mengenepikan persoalan siapa bakal perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
Penulis buku politik, Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO, Pakatan Harapan - Amanah, PKR dan DAP  serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  harus bersetuju menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seperti dipersetujui sewaktu penubuhan Pakatan harapan tahun lalu.
"Jangan ada mana-mana parti cuba meletak atau menamakan sesiapa dari kalangan mereka sebagai bakal PM, kerana tindakan itu sudah tentu ia akan menimbulkan persoalan sesama sendiri dan akhirnya isu siapa PM itu akan dijadikan isu oleh Umno BN. Berbalahlah dan carilah siapa untuk jadi PM selepas menang, bukan sebelum pertarungan," tulisnya dalam blognya Merah Tinta MSO hari ini.
Pemerhati politik itu juga menegaskan, konvensyen itu juga harus membuat persetujuan untuk menggunakan satu lambang sahaja dalam PRU akan datang bagi menghadapi BN secara satu lawan satu.
"Jika timbul masalah untuk mendapat kelulusan ROS, parti-parti pembangkang perlu bersetuju menerima pakai salah satu lambang dari parti gabungan itu sebagai lambang bersama," katanya.
Selain itu beliau mencadangkan konvensyen agar mengambil persetujuan untuk merangka satu manifesto bersama antara parti-parti pembangkang, tidak ada manifesto lampiran atau khusus untuk mana-mana puak atau golongan.
Read More / Baca Lagi >>

Minyak masak kitar semula berbahaya ‎untuk kesihatan

Posted: 08 Nov 2016 05:42 PM PST


KUALA LUMPUR - Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti keradangan hati, kanser dan serangan jantung.
Anggota Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan.
"Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya terutamanya serangan jantung.
"Minyak masak kitar semula juga tidak terjamin dari segi keselamatan dan kebersihannya kerana ia diperoleh daripada sisa minyak terpakai di restoran atau hotel," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dr Zubaidi berkata, walaupun telah dikitar semula termasuk melalui proses pelunturan warna dan penapisan, ia masih tidak mampu menyamai kualiti minyak masak baharu malah tidak selamat untuk digunakan.
Menurutnya minyak masak berkualiti dan kitar semula agak sukar dibezakan kerana pada asasnya ia kelihatan seperti sama namun pemeriksaan lebih teliti di makmal dapat memastikan kualiti minyak tersebut.
Beliau berkata pengguna boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi memastikan minyak masak baharu dan kitar semula, dengan cara meletakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang dua jam dan jika minyak kelihatan berbuih, ia merupakan minyak kitar semula.
Selain itu, katanya minyak masak yang dikitar semula akan menghasilkan haba yang lebih tinggi ketika dipanaskan untuk memasak kerana struktur kimia dalam minyak masak itu telah berubah.
Dalam pada itu, Dr Zubaidi mencadangkan orang ramai membeli minyak masak yang mempunyai cap Sirim serta memastikan syarikat pengeluar minyak itu mempunyai lesen yang sah beroperasi bagi mengelakkan ia menjalankan aktiviti mengutip minyak kitar semula.
"Pengguna jangan mengambil sikap membeli barangan yang murah sahaja tanpa melihat kualitinya yang akhirnya akan memudaratkan kesihatan sendiri. Selain itu pihak berkuasa juga perlu sentiasa memantau operasi syarikat pengeluar minyak masak agar mereka tidak mengambil sisa minyak terpakai di restoran atau hotel dan memproses semula minyak tersebut untuk dijual kepada pengguna," katanya.
Sebelum ini dilaporkan wujudnya syarikat pengeluar minyak yang mengumpul minyak buangan dari restoran dan melakukan penapisan serta pelunturan warna bagi menjadikan ia kelihatan seperti minyak baharu.

KALAU TUN M KERETA ANTIK, NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO SEPERTI KERETA APA?

Posted: 08 Nov 2016 05:41 PM PST

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang kalah pada pilihanraya 1990, tetapi kemudian dikutip oleh Tun Mahathir Mohamad untuk dijadikan menteri, menganggap kehadiran bekas Perdana Menteri itu di Parlimen semalam umpama membawa kereta antik ke perlumbaan Formula 1.

Katanya, kereta antik memang cantik untuk dipandang, namun tidak relevan untuk berlumba.

Annuar berkata demikian untuk memperlekeh kehadiran Tun Mahathir buat kali pertama ke Parlimen untuk bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang membincangkan mengenai kencenderungan kerajaan menggunakan ancaman OSA dan Akta Hasutan terhadap mereka.

Tun Mahathir, selain mengatakan Bangunan Parliman sekarang hanya cantik di luaran tetapi tidak dalam pengisian, juga mengimbas era pemerintahannya selama 22 tahun yang tidak pernah menghalang kebebasan bersuara di Parlimen, meskipun pelbagai tuduhan liar seperti Mahazalim dan Mahafiraun sering ditujukan kepadanya.

Mesej kehadiran beliau tentu saja difahami oleh rakyat dan menunjukkan wujudnya perbezaan yang ketara dengan pemerintahan Najib Razak sekarang.
Sebagai Ketua Penerangan UMNO dan mungkin masih berharap untuk dilantik semula sebagai menteri, kerja Annuar selain membela Najib, tentu saja memperlekeh apa jua yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Dengan mengumpamakan bekas Perdana Menteri itu  seperti kereta antik, walaupun bertujuan memperlekeh, Annuar yang kini merupakan antara panglima Najib Razak, secara tidak langsung mengakui  kehebatan dan bernilai tingginya Tun Mahathir di mata umum.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh: Ada gerangan yang mahu Pas dan Umno Bersatu

Posted: 08 Nov 2016 05:40 PM PST


Nik Mohamad Abduh NIk Abdul AzizNik Mohamad Abduh NIk Abdul AzizAda gerangan yang benar-benar mahukan Pas dan Umno bersatu, iaitu mereka yang benar-benar mahukan kesatuan umat Islam di atas tali agama lalu mampu memerintah bersama, kata ketua pemuda Pas Malaysia, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, matlamat Pas adalah untuk menyatukan umat di atas tali agama Islam yang kukuh dan lurus.
Pas tegasnya, bukan untuk orang Pas sahaja tetapi untuk umat Islam dan seluruh rakyat.
"Kepada yang ikhlas menanti dan mengharap, saya berpesan, bersamalah berjuang. Tiada perjuangan tanpa kesabaran. Tiada kesabaran tanpa kesakitan dan keperitan.
"Penyakit umat masih banyak. Kejahilan, keakuan, kesempitan fikir, kedegilan, keengganan, kepura-puraan, ketakutan dan kebusukan hati masih memanjang dan menggigit keaslian dan kejatidirian umat," katanya dalam satu kenyataan.
Ahli parlimen Pasir Mas itu juga berkata, ada dua lagi golongan yang mahu Pas dan Umno bersatu.
Pertama, menurut beliau ialah yang mahukan Umno kekal memerintah dan Pas turut berada dalam kerajaan campuran sebagai rakan bagi menyelamatkan Umno BN.
Kedua, katanya, yang mahukan Pas hancur bersama Umno akibat bersekongkol dengan kerosakan dan kezaliman UmnoBN yang kian ditolak rakyat.
Dengannya, mereka akan berjaya membina kerajaan baru tanpa Pas dan perjuangan Islam.
"Saya berkata, Pas terlalu menyedari tipu daya dan makar ini. Pas tidak akan terjebak dengan politik murahan yang terlalu 'kedarah kuasa' sebegini. Bahkan Pas akan sentiasa memburu kuasa politik dengan sejahtera dan berdisiplin tinggi tanpa merosakkan kesatuan umat dan segala kebaikan yang telah sedia tumbuh mekar di bumi Malaysia ini," katanya.

Elak jadi bangsa badut, Sultan Nazrin ingatkan Melayu

Posted: 08 Nov 2016 05:38 PM PST

Sultan Perak berkata Melayu perlu membuktikan mereka bangsa disegani dan bukan ditakuti, dan ini boleh dicapai dengan memiliki nilai dan peradaban tinggi.
Sultan Nazrin ShahSHAH ALAM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu orang Melayu membuktikan mereka bangsa yang bermaruah dan memiliki harga diri supaya tidak menjadi bahan ketawa.
"Melayu itu hendaklah berimej orang yang dihormati, bukan orang yang ditakuti," baginda berucap ketika merasmikan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.
"Buktikan bangsa Melayu bangsa yang pintar, dengan menghentikan perbuatan mengolah cipta pelbagai penglipur lara untuk dijadikan halwa telinga, atau berimej badut hingga dijadikan bahan ketawa. Setiap kegagalan – setiap kesilapan, yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya ditanggung oleh seluruh bangsa."
Sultan Nazrin mengakui masyarakat Melayu merupakan bangsa yang sensitif, tetapi adalah lebih penting membuktikan mereka juga memiliki sifat seperti menepati janji, membayar balik hutang dan tidak berdusta.
"Muliakan bangsa Melayu, dengan memperkayakan sopan dan tertibnya, adat dan adabnya, hemah dan budinya."
Menurutnya, orang Melayu perlu menyerahkan amanah kepada Melayu yang benar-benar berwibawa dan berpengetahuan "daripada menyerahkan kepada orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh kasap, untung tiada, modal pun lesap".
Dalam ucapannya, Sultan Nazrin turut menceritakan sejarah awal penubuhan UiTM dalam usaha memberikan peluang kepada Bumiputera.
Read More / Baca Lagi >>

Pas enggan hadir konvensyen pakatan harapan

Posted: 08 Nov 2016 05:37 PM PST

PAS bertegas tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.
Demikian dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sin Chew Jit Poh.
Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Oleh itu tidak ada sebab wakil Pas perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua-dua parti itu.
Selain DAP dan Amanah, PKR turut berada dalam Pakatan Harapan. Beberapa pemimpin Bersatu turut dijangka muncul di konvensyen berkenaan.
Difahamkan, kemuncak konvensyen Pakatan Harapan itu adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.
Menurut akhbar itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyatakan, konvensyen kali pertama dianjurkan Pakatan Harapan itu akan jemput Pas dan Bersatu.
Mengenai strategi satu lawan satu dengan BN, Tuan Ibrahim berkata, Pas memang setuju dengan perancangan tersebut kerana ia mampu meningkatkan peluang untuk parti pembangkang mengalahkan BN.
"Pas tiada sebarang masalah mengenai isu 'satu lawan satu' ini. Namun, Pas perlu memastikan tidak ada parti pembangkang lain yang datang menjejaskan kawasan yang kami ingin tandingi," kata Timbalan Presiden Pas itu.

Berkecuali & Ponteng, PAS Dikecam Kerana Khianati Pengundi

Posted: 08 Nov 2016 06:45 AM PST

Netizen kecam sikap MP Pas berkecuali Bajet 2017

Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.

Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.

Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.


Pengguna laman sosial, Tun Razak Samm menasihatkan pihak yang berkecuali dan selalu ponteng Dewan Rakyat supaya menukar status parti kepada badan bukan kerajaan (NGO).

"Lagi pun hang bukannya nak memerintah kan. Nak jadi penasihat je. Boleh elak tiga penjuru," tulisnya.

Beliau turut melampirkan foto yang menunjukkan skrin di hadapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tertera laman sosial Facebook.

"Bukan berkecuali, tapi tak perasan Parlimen tengah buat undi. Sibuk main pesbuk (Facebook)," ujarnya lagi.

Sementara itu, Samad Hashim menyifatkan sikap berkecuali Pas itu sebagai menyokong pihak kerajaan.

"Untuk memudahkan kemenangan pihak yang disokong. Itu tetap dikira menyokong," tegasnya.

Tarmizi Mat Jam pula menulis, "Gara-gara berkecuali rakyat terus dibuli. Pun gitu masih ada yang syok dengan mereka" manakala Sulaiman Akhlaken menganggap Pas pada masa ini seperti mahu bunuh diri.

"Akal untuk berfikir mana yang lebih baik dan lebih buruk tapi bukan berkecuali. Itu KHIANAT pengundi namanya," tegas Sulaiman lagi.

Malam tadi, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat apabila disokong 117 ahli parlimen.

Seramai 70 lagi menentang berbanding pada Bajet 2016 apabila 74 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak manakala 128 dari BN menyokong. -MD


Hadi Awang tidak hadir Parlimen terus jadi polemik

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.

Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan ayah Abdul Hadi dipanggil pihak sekolah ekoran ponteng.

"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.

"Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.

"Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi," katanya berbaur sinis.

Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

"Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai," ujarnya dalam loghat Utara.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas hari ini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti tersebut yang mengambil keputusan berkecuali.

"Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.

"Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?" soalnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.

"Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.

"Jadi macam Yusof Qadrawi pendakwah sepenuh masa. Ada dia main politik? Tanggungjawab sebgai ahli politik dengan ahli agama pun tak reti nak bezakan.

"Sidang Parlimen bukan hari-hari. Takkan Setpol Haji Hadi tak reti nak urus jadual majikan dia?" selar Akram lagi.

Lebih banyak lagi kecaman orang ramai terhadap Hadi dan parti itu selepas Bajet 2017 diluluskan malam tadi dengan menaip "Hadi ponteng" di ruang carian Facebook.

Hadi antara 24 Ahli Parlimen yang ponteng pengundian bajet malam tadi.

Turut ponteng, Najib Razak (Pekan-BN), Muhyiddin Yassin (Pagoh-Bersatu) dan Syafie Apdal.
-MD


 Ada dua isu yang signifikan. Pertama isu Hadi ponteng parlimen.

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu satu budaya baru PAS untuk tidak terlibat di dalam sebarang usul yang tidak menyokong UMNO BN di parlimen?

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.
Read More / Baca Lagi >>

MoF yakin kutip RM39b GST tahun ini

Posted: 08 Nov 2016 06:44 AM PST

Kementerian Kewangan yakin kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mencecah sasaran jumlah sebanyak RM39 bilion untuk 2016.
Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong berkata, sehingga bulan Oktober, jumlah keseluruhan kutipan adalah sebanyak kira-kira RM29 bilion.
"Angka tersebut masih dalam lingkungan sasaran dan matlamat kami adalah untuk mencapainya," kata beliau kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Anugerah Jenama Malaysia 2016 di sini hari ini.
Pelancaran ini bertujuan bagi menjemput 14 jenama tempatan, termasuk Astro, Bina Puri Holdings Bhd, Pecca Leather, Erican, Ogawa, Cleanpro dan KK Super Mart, untuk menerima Anugerah Jenama Malaysia bagi pencapaian keusahawanan mereka.
Acara tahunan tersebut yang akan diadakan pada 12 Mac 2017 di Berjaya Times Square Hotel, akan dihoskan oleh Persekutuan Perikatan Persatuan Cina Malaysia (FEMACGA).
FEMACGA, yang telah menyambut ulangtahun ke-95 baru-baru ini, telah menerima anugerah pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

Pakatan Harapan Sepangar sedia kerjasama dengan Warisan

Posted: 08 Nov 2016 06:42 AM PST

Pakatan Harapan Sepanggar sedia bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah bag melawan BN Pakatan Harapan Sepanggar sedia bekerjasama dengan parti pembangkang di Sabah bag melawan BN
Pakatan Harapan Sepanggar bersikap terbuka terhadap sebarang rundingan meja bulat dengan parti-parti pembangkang di Sabah seperti Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) untuk melawan BN pada pilihan raya umum ke-14.
Pendirian itu dibuat dalam pertemuan antara ketiga-tiga parti - Amanah, PKR dan DAP Sepanggar baru-baru ini sekaligus melancarkan Pakatan Harapan di parlimen itu.
Pertemuan yang didakan di pejabat PKR Inanam itu dihadiri wakil dari DAP, Adun Inanam, Roland Chi (PKR) dan Abdillah Matlin (Amanah).
Menurut Abdillah, ketiga-tiga parti komponen bersepakat untuk menjadi pengerusi bersama PH Parlimen Sepanggar.

Baju Kuning ,Baju Merah

Posted: 08 Nov 2016 06:38 AM PST

Oleh Tun Mahathir
1. Kita sedang melihat perang baju – kuning lawan merah.

2. Kuning berjuang untuk membersihkan pilihan raya. Baju merah yang menentangnya tentulah berjuang untuk pilihan raya yang kotor. Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka merah bersetuju dengan tuduhan baju kuning bahawa Kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya.

3. Undang-undang Security Council Act yang baru dilulus oleh Kerajaan memberi kuasa kepadanya mengisytihar keadaan sekuriti dalam mana-mana kawasan berada dalam keadaan bahaya. 
 4. Apabila undang-undang ini dikuatkuasa dalam mana-mana kawasan, maka Kerajaan berhak menangkap dan memasuk dalam tahanan sesiapa sahaja tanpa bicara. Jikalau orang itu atau siapa sahaja terbunuh semasa penguatkuasaan undang-undang tersebut, mahkamah tidak perlu mengadakan inquest (pemeriksaan untuk menentukan sebab kematian) ke atas simati. Keluarga simati tidak boleh meminta dari mahkamah supaya sebab-sebab kematian diberitahu kepada mereka.

5. Mana-mana pihak yang membuat salah semasa menjalankan tugas tidak boleh didapati bersalah oleh mana-mana pihak.

6. Tindakan baju merah menyerang baju kuning boleh mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau di mana-mana kawasan. Keadaan ini boleh menjadi alasan undang-undang sekuriti dikuatkuasakan di mana-mana sahaja.

Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017: Memilih berkecuali itu hak PAS

Posted: 08 Nov 2016 06:36 AM PST


Oleh ROSLAN SMS
BAJET 2017 ataupun Rang Undang-undang Perbekalan telah diluluskan diperingkat dasar di Dewan Rakyat pada jam 10.15 malam tadi setelah berlaku undi belah bahagi.Speaker Dewan mengumumkan seramai 117 ahli telah menyokong, 70 menolak dan 11 tidak mengundi.

Dan sekali lagi sebagaimana buat Bajet 2016 yang lalu, ahli-ahli Parlimen PAS telah mengambil sikap berkecuali. Ini bukan kali pertama PAS berbuat demikian.

Mengapa berkecuali?

Sebelum itu kita kena faham amalan demokrasi dan kebebasan bersuara.

Sebagai sebuah parti politik PAS berhak mengarahkan wakilnya sama ada menyokong, menolak atau bersikap berkecuali bukan sahaja terhadap Bajet ini tetapi terhadap apa perkara sekalipun di Parlimen.

Pastinya sikap itu mencerminkan pendirian dan sikap parti dan pastinya PAS punya alasannya tersendiri.

Apapun mendakapi amalan demokrasi dan kebebasan bersuara, apa sahaja sikap dan pendirian PAS itu sewajarnya dihormati. Itu hak PAS.

Sikap berkecuali PAS ini menunjukkan bahawa PAS tidak menyokong BN dan begitu juga tidak bersama pakatan pembangkang yang menolak Bajet berkenaan.

Sesungguhnya PAS memilih untuk berkecuali kerana ada perkara yang dicadangkan di dalam Bajet berkenaan pada pandangan PAS perlu sampai ke rakyat umpamanya belanja pengurusan selain peruntukkan pembangunan yang asas. Namun demikian ada perkara-perkara yang PAS bantah, dan ini telah dilakukan melalui perbahasan wakil-wakilnya dengan mengemukakan cadangan balas.

PAS mahu memain pernanan sebagai pembangkang yang konstruktif bersesuaian dengan konsep amar makruf nahi mungkar yang ditegakkan oleh Islam dan PAS akan terus menekankan konsep ini semasa Bajet ini diperingkat Jawatankuasa nanti.

Pada dasarnya sikap PAS ini adalah berasas, bukan bermakna PAS menyokong BN kerana jika menyokong PAS sepatutnya mengundi menyokong, tidak juga sebagaimana sikap blok pembangkang yang lain yang menentang tetapi di dalam perbahasan memohon itu dan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Speaker dikecam korbankan hak dan kebebasan berucap di Parlimen

Posted: 08 Nov 2016 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Berbeza dengan tugas Speaker Dewan Rakyat yang seharusnya mempertahankan hak bersuara anggota Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia nampaknya lebih rela membiarkan anggota dewan mulia itu diperkotak-katikkan pihak penguasa.
"Dalam sejarah Speaker di England, ada Speaker yang rela 'dipancung kepala' untuk mempertahankan hak-hak ahli Parlimen untuk bersuara.
whatsapp-image-2016-11-08-at-4-02-45-pm"Tetapi lain pula yang berlaku di Malaysia, Speaker seakan-akan bantu Ketua Polis Negara (KPN) 'pancung' kepala ahli-ahli Parlimen," ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota Parlimen, hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Pandikar yang dilihat seolah-olah mencadangkan KPN dan Peguam Negara untuk mengenakan tindakan terhadap tiga mantan menteri yang lantang membicarakan isu 1MDB di Parlimen, bulan lepas.
Pandikar dalam sidang medianya di Parlimen 27 Oktober lepas mendakwa kenyataan tiga mantan pemimpin dan pemimpin Barisan Nasional itu mendedahkan mereka kepada risiko berdepan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat.
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti yang dilaporkan media pada Jumaat lepas mengesahkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap trio terbabit berhubung perkara itu mengikut Akta Hasutan selain OSA.
Turut hadir ke mesyuarat berkenaan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah; Shafie Apdal dan Muhyiddin serta kira-kira 20 anggota Parlimen pembangkang.
Mesyuarat yang diadakan di bangunan sementara Parlimen itu dianjurkan atas inisiatif Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah bagi membincangkan tentang usaha mempertahankan hak dan kebebasan anggota Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Polis jangan jadi alat sekat kebebasan Ahli Parlimen kritik skandal 1MDB

Posted: 08 Nov 2016 06:18 AM PST


KUALA LUMPUR, 8 NOV: Polis diminta tidak menjadi sekutu dalam serangan sesetengah pihak yang cuba menyekat kebebasan bersuara wakil rakyat di sidang Parlimen.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata ahli Parlimen mempunyai hak dan kekebalan untuk menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati di dalam dewan, selaras dengan Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.
kit siangSehubungan itu, beliau mempersoal sama ada tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin sebelum ini yang meminta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara menyiasat ucapan bekas-bekas menteri berhubung 1MDB di dalam dewan, sebagai menggugat demokrasi berparlimen.
"Dalam sejarah, sudah 43 tahun saya menjadi ahli Parlimen tetapi ini merupakan serangan paling serius ke atas kebebasan dan kekebalan Parlimen.
"Serangan ke atas Parlimen merupakan serangan ke atas doktrin pengasingan kuasa. Serangan ke atas doktrin pengasingan kuasa bermakna serangan ke atas demokrasi berparlimen.
"Oleh itu, saya ingin tanya sama ada Speaker boleh disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana cuba menggugat demokrasi berparlimen yang ada," katanya dalam ucapan di mesyuarat khas berkaitan hak dan kekebalan Ahli Parlimen, hari ini.
Ia susulan tindakan polis menyoal siasat bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada minggu lalu selepas membangkitkan persoalan berkenaan skandal 1MDB di Dewan Rakyat.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut akan disoal siasat kerana memberikan kritikan berkenaan masalah 1MDB dalam sesi perbahasan Belanjawan 2017 baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah meluahkan rasa hairan dengan kenyataan Pandikar sebelum ini bahawa ketiga-tiga bekas Menteri itu melanggar Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan dengan berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)