Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:34 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


RM2.6 Bilion: Penerima "Derma" Joli Sakan.....!!!

Posted: 07 Nov 2016 10:09 PM PST

Inilah Negaraku..

Bank Negara Malaysia sudah mengenakan "tindakan" ke atas 2 kakitangan AmBank yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang berkait dengan syarikat 1MDB..

TETAPI tuan punya akaun langsung tiada dikenakan sebarang "tindakan" malah masih bebas terbang ke luar negara ke sana ke mari bawa bini anak beranak ke lu
ar negara naiki jet mewah VVIP KERAjaan..

Skandal 1MDB: Pegawai bank bermewah, mula angkuh selepas jadi orang Jho Low

Posted: 07 Nov 2016 10:02 PM PST

Mahkamah diberitahu, Yeo membuatkan Amicorp mengeluarkan invois berjumlah lebih RM5 juta bagi 27 tiket perlawanan tinju Manny Pacquiao di Las Vegas kepada Jho Low dan beberapa selebriti.
Jho-LowPETALING JAYA: Mahkamah di Singapura yang membicarakan bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei, diberitahu beliau menikmati gaya hidup mewah siap dengan kapal persiaran selepas mula bekerja dengan ahli perniagaan kontroversi Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low, lapor The Straits Times (ST).
Seorang pekerja firma kewangan Amicorp Group, Jose Renato Carvalho Pinto, ketika memberi keterangan saksi, berkata Yeo – individu utama dalam dakwaan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB – menjadi "perunding dan penasihat" kepada Low dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, bekas pegawai tinggi Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).
Carvalho memberitahu mahkamah, hubungan Yeo dengan Low begitu rapat sehingga beliau dapat menaiki jet peribadi dan kapal mewah milik Low, Equanimity, dalam perjalanan ke Caribbean untuk urusan perniagaan.
Yeo tinggal di resort 5 bintang Sandy Lane, iaitu antara hotel paling mewah di Barbados, kata Carvalho.
Beliau mendakwa Yeo membuatkan Amicorp mengeluarkan invois berjumlah AS$1.36 juta (RM5.72 juta) bagi 27 tiket perlawanan tinju Manny Pacquiao di MGM Grand Las Vegas kepada Low, Al-Husseiny dan beberapa lagi selebriti.
Tiket paling murah berharga AS$30,000 (RM126,296) manakala paling mahal AS$75,000 (RM315,740), katanya.
Carvalho berkata Yeo meminta Amicorp menambah nilai sekurang-kurangnya sebanyak AS$1 juta ke dalam kad keahlian kasino Las Vegas milik Low dan kawan rapatnya, Eric Tan Kim Loong.
Katanya, Yeo "semakin sombong dan kasar", dan memanggil beberapa kakitangan, termasuk Samuel Goh Swe Wei, Kelvin Ang dan ketua pegawai kewangan 1MDB, Terence Geh sebagai "pegawai rendah".
Yeo berhadapan 4 tuduhan mendesak saksi menipu kepada polis dan memusnahkan bukti ketika dilepaskan dengan ikat jamin selepas ditahan 17 Mac lalu dalam kes pengubahan wang haram.
Al-Husseiny yang kini disiasat atas kesalahan di Switzerland adalah ketua eksekutif syarikat di bawah IPIC, Aabar Investments, dan bekas pengerusi Falcon Bank, yang ditarik lesennya oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bulan lalu.
Salah satu sebab penutupan Falcon kerana konflik kepentingan ketika menguruskan akaun pelanggan yang mempunyai kaitan dengan Al-Husseiny.
MAS berkata Al-Husseiny menipu cawangan Falcon di Singapura untuk memproses "transaksi besar yang luar biasa", walaupun dengan beberapa kali amaran.
Carvalho yang memberi keterangan di hari kelima perbicaraan berkata, berkata Amicorp diminta oleh Yeo untuk menubuhkan unit amanah dan akaun bank kepada beberapa entiti termasuk kepada Low dan keluarganya.
IPIC setakat ini menafikan memiliki Aabar BVI, yang didakwa menerima AS$3.5 bilion daripada 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

KPN tidak mahu layan dakwaan rumah RM5.5 juta

Posted: 07 Nov 2016 10:01 PM PST

Ketua polis negara itu berkata Sanjeevan seorang yang terdesak susulan tindakan polis ke atasnya.
Khalid-Abu-BakarPETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan melayan dakwaan Datuk R Sri Sanjeevan yang beliau memiliki sebuah rumah banglo bernilai RM5.5 juta di Negeri Sembilan.
Sebaliknya, Khalid berkata perkara itu sudah dilaporkan pengerusi badan pemantau MyWatch itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya serahkan kepada mereka," kata Khalid dipetik akhbar TheSun.
Khalid menyifatkan Sanjeevan seorang yang terdesak disebabkan pelbagai tindakan polis ke atasnya.
Semalam, Sanjeevan dalam laporannya kepada SPRM mendakwa Khalid memiliki sebuah rumah mewah di Mantin, dan berkata beliau mempunyai dokumen membuktikan tuduhan itu.
Ogos lalu, Sanjeevan menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat kepada SPRM bagi menyokong dakwaan sebuah syarikat senjata api dikaitkan dengan adik Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar.
Minggu lalu, polis Bukit Aman bertindak menyerbu kediaman Sanjeevan di Kajang, dan menyita beberapa kenderaan yang didaftarkan atas namanya.
Sitaan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Seksyen 45.
Sanjeevan ditahan pada 22 Jun kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.
Aktivis 32 tahun itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja didakwa menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha judi haram berusia 38 tahun.

Zaid mahu Ambank dedah butiran akaun Najib

Posted: 07 Nov 2016 09:59 PM PST

Bekas menteri memerlukan maklumat bagi menyokong samannya dalam kes lain terhadap Najib, anak tirinya Riza Aziz, 1MDB dan kerajaan Malaysia.
Ambank-Islamic-BhdKUALA LUMPUR: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim memfailkan saman untuk memaksa Ambank Islamic Bhd mendedahkan pendapatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion dan sebahagian RM42 juta lagi, yang dipercayai disimpan di 5 akaun bank.
Zaid juga mahu pihak bank mendedahkan sumber dana yang diterima dan penerima bayaran yang dibuat daripada masa akaun dibuka sehingga ia ditutup pada 30 September tahun ini.
Bekas pemimpin Umno, yang memfailkan tindakan itu bulan lalu bagi pihak rakyat dan pembayar cukai Malaysia, berkata beliau juga mahu bank menyediakan salinan penyata akaun daripada tarikh ia dibuka dan ditutup.
Dalam afidavit bagi menyokong tindakan itu, Zahid berkata beliau mahu bank, yang sebelum ini dikenali sebagai AmIslamic Bank Bhd, membuat pendedahan di bawah Akta Keterangan Buku Banker 1949.
Zaid yang diwakili Americk Sidhu, berkata beliau memerlukan maklumat bagi menyokong samannya dalam kes lain terhadap Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan Malaysia dan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Pada 17 Ogos lalu, Zaid memfailkan tindakan mendapatkan kembali AS$731 juta dan RM42 juta yang dibankkan ke dalam akaun perdana menteri.
Menurut Zahid, AS$50 juta didepositkan ke dalam akaun antara Februari 2011 dan November 2012 manakala AS$681 juta pada Mac 2013.
Bagaimanapun, AS$681 juta itu secara umumnya dikenali sebagai sumbangan daripada RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada masa itu.
Zaid berkata, beliau mengambil tindakan itu yang akan memberi manfaat kepada defendan ke-2 dan ke-3 – 1MDB dan kerajaan Malaysia – kerana mereka tidak berada dalam kedudukan untuk berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi Awang tidak hadir Parlimen terus jadi polemik

Posted: 07 Nov 2016 09:58 PM PST

Hadi di parlimen baru-baru ini tetapi tidak ketika perbentangan dan pengundian Bajet 2017.Hadi di parlimen baru-baru ini tetapi tidak ketika perbentangan dan pengundian Bajet 2017.
Ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 malam tadi terus mengundang polemik orang ramai yang dapat dilihat pada lontaran komentar di media sosial Facebook dan kumpulan WhatsApp.
Antaranya, Nazir Mahmud Khan membayangkan kekerapan ayah Abdul Hadi dipanggil pihak sekolah ekoran ponteng.
"Hadi ni kan kalau dia budak sekolah, aku tak tau la berapa kali bapa dia kena panggil pi sekolah pasai ponteng.
"Dah la tu kalau banyak hari ponteng dia akan kena gantung dan lepas tu kalau repeat jugak dia akan kena buang.
"Rasa-rasa belum tamat darjah 1 dia dah kena buang, buat rayuan, masuk semula, kena buang lagi," katanya berbaur sinis.
Bahkan, Nazir turut menyindir pendirian Abdul Awang berhubung gesaan rundingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.
"Dalam dok ponteng sekolah tu ada hati pulak nak jadi ketua kelas. Dah jadi ketua kelas nak ambik tindakan kat budak-budak pandai dan jaga yang bodoh-bodoh dan gatai," ujarnya dalam loghat Utara.
Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang mempersoal status Pas hari ini sebagai pembela rakyat atau pembela Perdana Menteri ekoran tindakan parti tersebut yang mengambil keputusan berkecuali.
"Undian bajet sepatutnya peluang untuk nyatakan bantahan terhadap Najib si penyamun yang telah merompak berbelas bilion wang rakyat.
"Namun, Ahli-ahli Parlimen Pas memilih untuk berkecuali. Jadi, adakah Pas parti pembela rakyat atau pembela Najib?" soalnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Menurut Akram Yusof pula, alasan penyokong tegar Hadi yang ponteng Parlimen kononnya Presiden Pas itu milik dunia adalah sangat bodoh.
"Alasan Haji Hadi ponteng Parlimen dari para pewalak sangat-sangatlah dangkal. Kalau Haji Hadi tu milik dunia, tak payah bertanding PRU14 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

PKR tuntut SPR dedah pakar rujuk sempadan pilihan raya

Posted: 07 Nov 2016 09:56 PM PST

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan pakar topografi dan tebaran penduduk yang digunakan mereka bagi menentukan persempadanan semula pilihan raya.
Menurut Nurul Izzah, sehingga kini SPR tidak pernah memaklumkan siapa pakar topografi dan tebaran penduduk yang mereka guna sedangkan perkara itu termaktub dalam perlembagaan.
Katanya, menurut Seksyen 15 (2) perlembagaan menyebut, SPR hendaklah meminta nasihat daripada dua pegawai kerajaan yang mempunyai pengetahuan khas mengenai topografi dan taburan penduduk dalam unit kajian semula bagi pilihan raya persekutuan.
Pegawai itu pula, kata Nurul Izzah, hendaklah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, naib presiden PKR itu menggesa pegawai topografi dan taburan penduduk itu didedahkan agar ia dapat dinilai oleh rakyat.
"Di peringkat awal ini alangkah baik kalau mereka (SPR) beritahu pandangan siapa yang mereka pakai untuk buat persempadanan. Siapakah pakar yang dilantik oleh Agong itu.
"Sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai siapa pakar ini. Adakah ia bebas," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi membantah persempadanan semula dianjur SPR di Putrajaya hari ini.
SPR melaksanakan kajian semula persempadanan bagi kerusi parlimen dan DUN bagi Semenanjung Malaysia dan dan Sabah bermula 15 September lalu.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 115 (2) Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Pada hari ini pula, SPR mengadakan siasatan tempatan kali pertama urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
Prosiding itu bermula pada 7 hingga 9 November bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.
Malah, Nurul Izzah memberitahu, dalam membuat bantahan persempadanan semula SPR, pihaknya telah melantik pakar bagi mengemukakan rasional persempadanan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiket ECRL KL - Kota Bharu bernilai RM520 seorang?

Posted: 07 Nov 2016 09:51 PM PST


Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.Kiraan mudah ECRL akan mengenakan tiket RM540 seorang sehala jika beroperasi tanpa sabsidi dari kerajaan.
Berapakah anggaran tiket keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu apabila projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti kini menjadi perhatian pelbagai pihak.
Ada yang mengganggarkan tiketnya adalah RM520 seorang berdasarkan jumlah belanja ang dikeluarkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak sekarang untuk membuat projek ini.
Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Rohana membuat kiraan mudah untuk menjangka kadar tiket ECRL apabila beroperasi nanti.Seorang bekas jurutera dengan Intitut Kerjaraya Malaysia (Ikram), Rohana Hana dalam facebooknya telah membuat kiraan mudah tentang jangkaan tiket ECRL itu nanti.
"Kalau cenggini nampaknya naik kapalterbang murah lagi," kata beliau dalam posting itu.
Beliau mengajak orang ramai belajar metamatik mudah dalam mengira anggaran harga tiket ECRL itu nanti.
"Mari belajar maths. Mari kita buat kira-kira projek keretapi double track ke pantai timur," tulisnya.
"Pinjaman: RM55 bilon tempoh: 20 tahun. RM55b / 20 tahun / 365 hari = RM7.5 juta
"Maknanya sehari kena bayar balik pinjaman itu RM7.5 juta. Jadi kerajaan Malaysia kena buat jualan lepas keretapi tu berjalan sekurang-kurangnya RM7.5 juta sehari untuk bayar balik pinjaman pokok tu.
"Ini tak masuk lagi faedah, kos operasi, servis, maintenence dan sebagainya," kata beliau.
"Kita anggarlah sehari tiga trip, KL-KB & tiga trip KB - KL.
"Jadi satu trip memerlukan jualan RM7.5 juta/ 6 trip = RM1.25juta.
"Maka berapakah harga tiket perlu dijual untuk mencapai target tu?
"Kita ambillah harga tiket RM100/penumpang. Jadi berapa ramai penumpang yang diperlukan satu trip?
"RM1.25j/RM100 = 12,500 orang. Kalau 1 coach = 80 orang. 1 trip perlukan 12,500 / 80 = 156 coach.

"Agak sukar lokomotif nak tarik 156 coach? Paling banyak 30 coach/trip.
"Jadi harga tiket perlu dinaikkan ke RM520/penumpang," tulis Rohana dalam posting itu
Oleh itu beliau membuat kesimpulan,"Berapa ramai yang mampu? Lebih baik naik Air Asia, lagi murah.."
Read More / Baca Lagi >>

CPJ: Kerajaan perlu henti gangguan terhadap Malaysiakini

Posted: 07 Nov 2016 09:50 PM PST

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) menggesa kerajaan menghentikan gangguan terhadap portal berita Malaysiakini.
Ia berikutan polis membuka kertas siasatan terhadap Malaysiakini dan ancaman baju merah untuk meruntuhkan bangunan portal berita itu.
"Entah bagaimana laporan bebas Malaysiakini boleh dianggap menjadi ancaman dan bukan kebaikan kepada demokrasi Malaysia yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan," kata wakil CPJ Asia Tenggara Shawn Crispin di laman webnya.
"Kami menggesa polis hentikan siasatan yang dipolitikkan ini dan kerajaan berhenti mengancam wartawan bebas," katanya.
Satu pasukan khas ditubuhkan oleh polis untuk menyiasat Malaysiakini berhubung dana diterima daripada Open Society Foundations (OSF) yang diasaskan jutawan Amerika Syarikat, George Soros.
Dalam mesej kepada Malaysiakini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan perbuatan menjejaskan demokrasi berparlimen.
Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran dan Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan menafikan dakwaan bahawa dana itu diperuntukkan dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan.
Satu penjelasan terperinci diberikan dalam isu ini, manakala OSF juga menafikan bahawa ia mendorong agenda untuk menjatuhkan kerajaan.
Premesh juga menjelaskan bahawa geran tersebut berkaitan KiniTV dan digunakan untuk menghasilkan 'Realiti Sarawak' dan program 'Sekilas Bumi Kenyalang'.
Beliau menambah geran tersebut hanya merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan Malaysiakini, yang sebahagian besarnya bergantung kepada langganan dan pengiklanan.
Selain pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap pembiayaan OSF.

Dr M di Parlimen hanya gimik politik, kata Azalina

Posted: 07 Nov 2016 09:44 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bukti bahawa parti pembangkang semakin terdesak.
Azalina turut menyifatkan perkara itu sebagai gimik politik ekoran ahli Parlimen pembangkang mahu memperincikan isu imuniti di kalangan ahli Dewan Rakyat.
Sebaliknya, ujar ahli Parlimen Pengerang itu, mereka perlu menggunakan peraturan mesyuarat yang membenarkan mereka untuk membawa sesuatu usul.
"Tindakan ahli Parlimen pembangkang menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen menunjukkan mereka begitu terdesak sehingga perlu mendapatkan sokongan daripada pihak luar.
"Saya hairan kenapa pembangkang tidak menggunakan Peraturan Mesyuarat sedia ada bagi membawa usul untuk dibincangkan sesuatu perkara yang tidak dipersetujui di dalam Dewan Rakyat.
"Saya berpandangan kehadiran Tun Dr Mahathir tidak akan membawa apa-apa makna kepada sistem Parlimen hari ini," kata Azalina dalam kenyataan, hari ini.
Dr Mahathir Mohamad tiba di parlimen kira-kira jam 10.30 pagi tadi bagi menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.
Ini pertama kali pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menjejakkan kaki ke bangunan itu sebagai pembangkang.
Ini juga mungkin kehadiran pertama beliau ke parlimen sejak berundur sebagai perdana menteri 13 tahun lepas iaitu pada tahun 2003.
Mengulas lanjut Azalina berkata, sebuah jawatankuasa boleh ditubuhkan untuk menyelesaikan sesuatu isu seperti usul yang pernah dibawa oleh mendiang Karpal Singh berkenaan penahanannya di bangunan Parlimen sebelum ini.
"Usul itu telah diluluskan dan satu Jawatankuasa Pilihan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 bilion: "Mana PM? Mengapa dia sembunyi di sana?" soal Gobind

Posted: 07 Nov 2016 09:33 PM PST

Rafizi macam 'budak nakal', kata Noh

Posted: 07 Nov 2016 09:33 PM PST

Parlimen kecoh isu 1MDB, menteri jawab soalan Husni

Posted: 07 Nov 2016 09:15 PM PST

'Kenapa takut dalam dewan, di luar dewan berani,' - kata Kit Siang

Posted: 07 Nov 2016 09:15 PM PST

"OSA berkenaan dasar kerajaan, bukan jenayah dalam kerajaan," kata Tun M

Posted: 07 Nov 2016 09:14 PM PST

'Pandikar sering buat 'fatwa', tidak berkecuali,' - kata Dr Mahathir

Posted: 07 Nov 2016 09:14 PM PST

Aksi Tun M hadir jejak Parlimen hari ini

Posted: 07 Nov 2016 09:13 PM PST

Dalam Umno Ramai " Orang Bodoh"....

Posted: 07 Nov 2016 07:41 PM PST

UMNO ni agama ke? Percaya pada Najib macam mana pula ? Najib tu tuhan ke?

MASIH INGAT !!!.. ada menteri UMNO pernah kata.. "TAK PERCAYA NAJIB RAZAK BERMAKNA TAK PERCAYA KEPADA ALLAH.."

NAMPAK TAK 'GAME' MEREKA PERBODOHKAN RAKYAT !!!

Posted: 07 Nov 2016 07:39 PM PST

Dah tarik subsidi minyak, skrg nak limitkan pulak.

Terus terang cakap, xyah nak putar belit sana sini...
Klu byk sgt songeh. Haramkan terus paket 1kg. Dah akhirnya rakyat beli minyak YANG TIADA SUBSIDI !!

YANG PENTING DAKWAAN AZMIN DIAKUI BETUL OLEH PMO UNTUK LANTIK BEKAS KSU NAJIB...

Posted: 07 Nov 2016 07:33 PM PST

Apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini mendakwa bahawa Najib Razak cuba meletakkan bekas pegawai kanannya sebagai timbalan pengerusi SPR, tetapi ditolak oleh Majlis Raja-Raja, beliau barangkali sengaja melakukannya dengan fakta yang tidak begitu tepat.

Mustahil beliau tidak tahu ketepatannya kerana sebagai Menteri Besar, Azmin turut hadir dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja itu mengiringi Sultan Selangor.

Tujuannya ialah untuk melihat sama ada Najib berani menafi atau mengesahkannya bagi membuktikan kesahihan dakwaan wujudnya percubaan campurtangan BN dalam badan pegendali pilihanraya itu.

Tetapi, melalui kenyataan oleh Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad semalam, ia dengan sendirinya mengesahkan dakwaan Azmin itu adalah benar.
Dalam kenyataan medianya, Tengku Sariffuddin memberitahu, kertas cadangan untuk melantik bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi SPR tidak dibentang dan dibincang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Kata beliau, cadangan itu telah ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan.

Soalnya, mengapa kertas cadangan itu ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan?

Adakah Najib dapat merasakan cadangan itu sukar diterima oleh Majlis Raja-Raja atau kerana sebab-sebab lain?

Adakah cadangan itu hanya ditarik sementara atau ditarik terus? 

Jika cadangan nama Shukry ditarik balik, kenapa tidak dicadangan nama lain dan jawatan timbalan pengerusi SPR itu dibiarkan kosong sehingga kini?
Read More / Baca Lagi >>

'Utamakan ekonomi sebenar, bukan petunjuk kewangan' - Prof Jomo Sundaram

Posted: 07 Nov 2016 07:30 PM PST

Malaysia perlu memberi keutamaan kepada ekonomi sebenarnya dan bukan hanya kewangan, kata Pakar Ekonomi Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS) Prof Jomo Kwame Sundaram.
Beliau berkata negara kurang memberi tumpuan kepada petunjuk ekonomi sebenar seperti masa depan pertanian serta kemerosotan aktiviti perindustrian.
"Sekarang ini kita memberi banyak tumpuan kepada petunjuk kewangan," katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Antarabangsa Malaysia-Perancis, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau merupakan salah seorang ahli panel persidangan tersebut.
"Kita nampaknya tidak begitu bimbang dengan hakikat yang sektor industri negara semakin merosot dari segi bahagian ekonomi yang disumbang pembuatan dan semakin kurang pekerja bekerja dalam sektor pembuatan," katanya.
Jomo, yang juga felo pelawat kanan Institut Penyelidikan Khazanah berkata meskipun semua orang gembira dengan peningkatan sektor perkhidmatan tetapi nilai sektor tersebut masih boleh dipersoalkan.

Read More / Baca Lagi >>

‘Semua sudah dipatuhi, Bersih 5 diteruskan’

Posted: 07 Nov 2016 07:28 PM PST

Gabungan itu turut memberitahu kerajaan tidak lagi membangkitkan isu status pendaftaran Bersih 2.0 yang sudah selesai di Mahkamah pada 2012.
bersih-5KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 hari ini menolak usaha "menakut-nakutkan rakyat" daripada menyertai konvoi Bersih 5 serta perhimpunan kemuncak di Kuala Lumpur pada 19 November ini, menyifatkan seruan supaya ia diharamkan sebagai cubaan terdesak.
Gabungan itu mengulas desakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Bersih 2.0 diharamkan kerana tidak berdaftar secara rasmi.
"Sekiranya beliau lupa, isu bahawa Bersih tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun dibangkitkan pada tahun 2012. Tindakan Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi," kata gabungan itu dalam satu kenyataan.
Pada 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Rohana Yusof berkata pengharaman kerajaan ke atas Bersih 2.0 merupakan keputusan "tidak rasional", sambil membangkitkan pertemuan pengerusinya ketika itu, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Bersih 2.0 turut mempersoalkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa gabungan itu belum mendapat kebenaran mengadakan perhimpunan yang bertujuan memberi tekanan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak letak jawatan susulan skandal 1MDB.
Menurutnya, Akta Perhimpunan Aman tidak mensyaratkan keperluan sebarang permit atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan, dan hanya perlu menghantar notis kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan.
"Notis tersebut bertujuan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November, dari 10 pagi hingga 6 petang. Kami ingin menegaskan bahwa notis tersebut bukan suatu permohonan atau kebenaran untuk mengadakan perhimpunan tersebut," kata kenyataan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bila saya tanya diam, bila baju merah terus jawab - Khairuddin Abu Hassan

Posted: 07 Nov 2016 07:27 PM PST

KPN ditanya kenapa berpilih-pilih dalam melayan laporan polis.KPN ditanya kenapa berpilih-pilih dalam melayan laporan polis.

Selepas Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal kemungkinan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'belaan' Umno, bekas ahli parti Bersatu pula dilihat berang dengan status laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

"Tan Sri Khalid Abu Bakar tolong maklumkan apa status laporan polis saya ini!!
"Saya sebagai pelapor mempunyai hak untuk mengetahui kedudukan sebenar status laporan ke atas Speaker Parlimen, JMM (Jaringan Melayu Malaysia) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan!!" tegas Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan.
Beliau mempertikaikan sikap berdiam diri Khalid itu ketika pada masa sama bertindak segera terhadap laporan ke atas tiga bekas menteri ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Bila saya buat laporan polis keatas Speaker Parlimen, JMM dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan; kenapa Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya diam seribu bahasa?!
"Dia tak cakap pun PDRM nak siasat ketiga-tiga pihak yang telah saya buat laporan polis itu," bidas Khairuddin.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Khalid tampil mengemukakan perkembangan siasatan terhadap laporannya pada 4 November lalu.
"Ketua Polis Negara tolong jangan lupa untuk beri pencerahan ke atas laporan polis saya ini! Janganlah bila saya buat laporan polis KPN diam!
"Tetapi bila orang lain melaporkan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen yang terbabit, KPN secara kadar segera mengesahkan untuk siasat!!" ujarnya.
Menurutnya, Ketua Polis Negara sepatutnya mesti bertindak secara profesional, telus, adil, saksama serta pantas dengan bersikap adil dalam membela kesejahteraan rakyat.
"Mengapa begitu Ketua Polis Negara?! Rakyat nampak macam ada unsur-unsur pilih kasih," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ketika Najib lawat China, Zahid cuba baiki imej kepada Amerika

Posted: 07 Nov 2016 07:24 PM PST


Ahmad Zahid di London mahu pulihkan nama Malaysia di mata Jabatan Peguam Negara Amerika.Ahmad Zahid di London mahu pulihkan nama Malaysia di mata Jabatan Peguam Negara Amerika.

Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Nasional ASEAN (ASEANAPOL) dan pertukaran maklumat perisikan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah ini selaras dengan tekad untuk memperbaiki kedudukan negara dari Tahap Dua ke Tahap Satu dalam senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
"Kita telah mencapai Tahap Dua selama dua tahun berturut-turut, menjelang tahun 2020 kita nak mencapai Tahap Satu," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia, di sini Isnin.
Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysa di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.
Ahmad Zahid, yang berada di sini bagi lawatan kerja lima hari berkata beliau akan turut membincangkan mengenai isu ini dalam pertemuannya dengan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri United Kingdom, Amber Rudd, yang dijadualkan Rabu.
Peningkatan Malaysia ke Tahap Satu boleh mempercepatkan kelulusan permohonan Malaysia untuk pengecualian visa dari AS untuk rakyat Malaysia ke negara itu.
Timbalan perdana menteri berkata Malaysia sebelum ini berdepan masalah untuk meningkatkan bilangan mereka yang dihadapkan ke pengadilan kerana tidak ramai yang boleh menjadi saksi untuk memperkukuhkan bukti bagi sabitan.
"Masalah yang dihadapi pihak pendakwa raya dalam menangani kes-kes pemerdagangan manusia ialah mendapat saksi penting hadir di mahkamah.
"Ini berkait rapat dengan kewujudan jaringan sindiket pemerdangan manusia global," katanya.
Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihak AS mendapati walaupun tangkapan Malaysia terhadap pesalah yang terbabit dengan kegiatan ini telah meningkat kepada lebih 100 orang, namun bilangan mereka yang dituduh dan disabitkan di mahkamah masih kecil.
Justeru, katanya, Malaysia dianggap sebagai tidak begitu serius untuk menangani perkara ini.
Oleh itu, katanya, perbincangan telah dibuat dengan pihak Pejabat Peguam Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan bilangan pendakwaan dan sabitan terhadap mereka yang terbabit dalam kes isu pemerdagangan manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tidak terlibat demo bantah Pas sertai pakatan pembangkang

Posted: 07 Nov 2016 07:22 PM PST


Amanah tidak ada kaitan dengan demo bagi membantah Pas menyertai pakatan pembangkang.Amanah tidak ada kaitan dengan demo bagi membantah Pas menyertai pakatan pembangkang.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menafikan terlibat dalam satu demonstrasi membantah kemasukan Pas ke dalam pakatan pembangkang yang akan diadakan sempena Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, beliau ditanya berkenaan satu himpunan oleh kumpulan yang didakwa daripada NGO pro PH di IDCC.
Anuar TahirAnuar Tahir"Saya tidak tahu menahu berhubung perkara itu dan pihak Amanah tiada kaitan sama-sekali dengan himpunan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, para penyokong Pakatan Harapan di jemput untuk menyertai demonstrasi aman membantah kemasukan atau penyertaan Pas ke dalam pakatan pembangkang.
Menurut kenyataan itu, ia akan didakan jam 7.45 pagi menjelang konvensyen itu di Ideal Convention Centre (IDCC) shah Alam, Selangor.
Notis yang dikeluarkan oleh Rozita bt Harun bagi pihak Sekretariat NGO Pro PH itu meminta semua yang hadir memakai baju NGO masing-masing.
Wartawan dijemput untuk membuat liputan demo itu.
"Jangan ada pihak cuba menangguk di air keruh," kata Anuar ketika mengulas notis itu.
Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, DAP dan Amanah akan membuat kenvensyen pertamanya 12 November ini dengan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu menyertai konvensyen itu.
Pada sebelah paginya, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka turut berucap manakala sebelah petangnya Tan Sri Muhyidin Yasin bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dijangka akan menandatangani deklarasi bersama.
BANTAH PAS
Read More / Baca Lagi >>

KISAH ALIBABA, NAJIB & RM144 BILION…

Posted: 07 Nov 2016 07:21 PM PST


ALI Baba, satu watak dongeng yang memang tidak asing lagi di seluruh dunia. Melalui Kisah Ali Baba dan 40 Penyamun, cerita yang penuh tauladan sudah pun dibaca dengan penuh minat oleh ramai orang sama ada melalui karya buku cerita ataupun tayangan filem.
Hari ini, nama Ali Baba terus menjadi sebutan ramai. Namun, ia sudah bukan lagi menjadi bahan cerita dongeng, tetapi sebagai syarikat korporat yang mampu menggegar dan mengubah dunia.
Syarikat Kumpulan Alibaba kini sudah masyhur di segenap pelosok dunia malahan laman web 'alibaba.com' menjadi buruan ramai, khasnya kepada golongan korporat dan pelanggan yang ingin membeli apa juga barangan melalui 'online'.
Apa yang menghairankan, usahawan yang memilih 'Ali Baba' sebagai nama syarikatnya bukanlah bangsa Arab ataupun Melayu, tetapi adalah seorang peniaga dari Hangzhou, China yang bernama Jack Ma Yun.
Antara Jack Ma dan Alibaba sudah tidak boleh dipisahkan. Sebut saja 'alibaba', tokoh yang pertama terlintas dalam fikiran semua orang sudah pastinya ialah Jack Ma, seorang lelaki dengan fizikalnya agak kecil namun jiwanya cukup besar, berwawasan dan semangat kental dan tidak cepat putus asa.
Kata Jack Ma, beliau sengaja menamakan syarikatnya sebagai 'alibaba' kerana nama itu mempunyai nilai antarabangsa apatah lagi semua orang sudah mengenalinya.
Pada tahun 1994, beliau mendapat idea untuk meletakkan nama syarikatnya sebagai Alibaba ketika berada di sebuah restoran, New York, Amerika Syarikat. Beliau bertanyakan seorang pelayan dalam restoran itu apakah dia kenal 'Alibaba'? Jawapan yang diterimanya adalah 'ya'.
Begitu juga dengan 20-30 orang lagi yang ditemui di tepi jalan. Semua orang memberikan jawapan sama – semua kenal 'Alibaba'. Akhirnya tanpa berfikir panjang, Jack Ma membuat keputusan guna nama watak dalam cerita dongeng Arab itu untuk syarikatnya sehingga berjaya mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit pada hari ini.
Jack Ma kini menjadi satu nama yang cukup digeruni dalam dunia teknologi maklumat era kini. Beliau bukan sahaja dihormati oleh tokoh-tokoh korporat dunia, malahan kepakarannya amat dihargai oleh pemimpin-pemimpin dunia.
Pertemuan Jack Ma dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Beijing, China Jumaat lalu menarik perhatian dunia apabila Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba itu bersetuju dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia.
Pelantikan itu sudah tentu akan mencetuskan mengenai idea terbaru yang bakal diilhamkan oleh taikun internet China ini dalam pembangunan ekonomi digital Malaysia.
Dalam Bajet 2017 diumumkan Najib bulan lalu, sejumlah RM162 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program seperti ekosistem e-dagang dan Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu yang dipanggil Hab Digital Malaysia.

Jelas menunjukkan Malaysia cukup serius untuk membangunkan sektor e-dagang sehingga mendapat khidmat daripada Jack Ma yang sudah tentunya mampu mengubah cara hidup rakyat Malaysia dalam menjalankan aktiviti perniagaan internet dalam beberapa tahun akan datang.
Jack Ma dalam majlis pertemuan dengan Najib dan rombongan dari Malaysia itu cukup menghargai pelantikan itu. Beliau dipercayai diberi tugas menasihatkan kerajaan Malaysia dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan negara dalam sektor ekonomi digital.
Pada September lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo turut melantik Jack Ma sebagai penasihat e-commerce untuk kerajaan negara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)