Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BERSATU lebih 'mencabar' dari S46, pesan bekas SUA Umno

Posted: 06 Nov 2016 09:36 PM PST

Bekas setiausaha agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad memberi amaran kepada parti Melayu itu agar tidak memandang rendah keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang merupakan bekas ahli Parlimen Kangar berkata, Umno hari ini menghadapi cabaran yang lebih sengit berbanding saingan yang diberikan oleh parti serpihan Semangat 46 pada akhir 80-an.
Dari Umno, Radzi yang merupakan seorang peguam pernah menyertai Semangat 46 sebelum meninggalkan parti pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih popular dengan panggilan Ku Li pada Oktober 1990 dan kembali menyertai semula UMNO tiga bulan kemudian.
Pada ketika itu, ujar beliau, lawan Umno hanya Ku Li seorang sahaja tetapi kini parti itu mempunyai ramai bekas pemimpin kanan parti sebagai penentang.
"Parti yang dipimpin oleh Mahathir hanya akan bertanding di kerusi Umno. Ini adalah cabaran besar bagi Umno," pesan Radzi, memetik laporan wawancara beliau bersama Oriental Daily.
Read More / Baca Lagi >>

PAS yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang

Posted: 06 Nov 2016 09:33 PM PST

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Pas percaya Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dibentangkan dan dibahas sebelum sidang Dewan Rakyat bagi sesi ini berakhir.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menjangkakan, pindaan RUU itu dapat dibentangkan pada 23 atau 24 November ini.
‎"Insya-ALLAH pada tarikh berkenaan, tunggu dan lihat," katanya kepada Sinar Online di lobi Parlimen, hari ini.
RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan‎ dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai  kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang‎ disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang‎ disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan beliau tidak pasti jika‎ ada masa bagi RUU Persendirian yang dibawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibentangkan di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

'Kerajaan dituntut kaji semula bajet Universiti, jika tidak, protes di Parlimen' - Mahasiswa

Posted: 06 Nov 2016 09:24 PM PST

'Kita tidak akan kerjasama dengan DAP dan PAN,' kata Nik Abduh

Posted: 06 Nov 2016 09:19 PM PST

Skandal 1MDB: Soal siasat polis ugutan terhadap wakil rakyat, kata Shafie

Posted: 06 Nov 2016 08:52 PM PST

Beliau berkata, tidak sepatutnya ahli Parlimen disoal siasat kerana apa yang diucapkan dalam Dewan Rakyat.
shafie
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal melabelkan siasatan polis terhadap ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah proses intimidasi terhadap hak kebebasan ahli Parlimen berucap.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau sedar yang isu tertentu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan membuat kenyataan berunsur hasutan tidak dibenarkan dibawa ke Parlimen.
"Kami tahu apa yang menghasut dan apa tidak," katanya kepada wartawan selepas keterangannya diambil di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.
Beliau dipanggil memberi keterangan berhubung ucapannya di dalam Dewan Rakyat dan disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata ia menjadi perkara penting apabila ahli Parlimen tidak dibenarkan membahaskan atau bercakap mengenai isu yang menjejaskan kehidupan rakyat.
Shafie yang juga bekas menteri persekutuan berkata ahli Parlimen sepatutnya diberikan kebebasan berucap dalam isu seumpama itu.
"Saya kesal dengan proses ini. Menyoal siasat ahli Parlimen tidak sepatutnya berlaku hanya kerana apa yang diucap di Parlimen," katanya, menambah institusi kebebasan bersuara dan bahasa bukan saja untuk undang-undang tetapi menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Shafie yang tiba di Bukit Aman kira-kira 9.45 pagi tadi disoal siasat selama kira-kira sejam oleh seorang pegawai.
Read More / Baca Lagi >>

Politweet PRU14: BN dijangka rampas S'gor, PAS paling rugi

Posted: 06 Nov 2016 08:50 PM PST

BN berpotensi untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan memenangi tambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menurut firma kajian Politweet.
Menurut simulasi PRU14 oleh firma kajian itu, BN mampu memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko tinggi berbanding memenangi hanya 12 DUN pada PRU 2013.
Keputusan tersebut diperolehi daripada 1,000 simulasi yang dijalankan oleh Politweet setelah mengandaikan pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah dan BN di Selangor, sentimen pengundi yang tidak berubah dan peratusan keluar mengundi yang sama seperti PRU13.
Laporan itu turut menekankan PAS mungkin menjadi pihak yang paling banyak rugi kerana berisiko hilang lapan DUN.
PAS kini menguasai 13 DUN di negeri berkenaan setelah dua daripada wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Persempadanan semula kawasan memberi kesan kepada peta pilihan raya dengan BN berkemungkinan dapat memperbaiki bilangan kerusi DUN miliknya di samping mengekalkan kerusi sedia ada," kata laporan itu seperti yang dipetik oleh Malay Mail Online, hari ini.
"Keuntungan BN datang dengan terkorbannya PKR dan PAS walaupun PAS mungkin mengalami kerugian paling besar. PAS dijangka kehilangan antara lima hingga lapan kerusi dan pertambahan dalam kerusi berisiko tinggi," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

'Air sungai tecemar, bukan boleh siasat begitu sahaja' - Timb Menteri Umno

Posted: 06 Nov 2016 08:47 PM PST

'128 doktor pakar kerajaan letak jawatan, tunggu lama tak naik pangkat'

Posted: 06 Nov 2016 08:46 PM PST

"Hutang 1MDB kena bayar, hutang Soros tak payah bayar," kata Shafie Apdal

Posted: 06 Nov 2016 08:41 PM PST

Harakahdaily biadab terhadap istana Kelantan

Posted: 06 Nov 2016 08:40 PM PST


Artikel Hari Ini Dalam Sejarah yang disiarkan di HarakahdailyArtikel Hari Ini Dalam Sejarah yang disiarkan di HarakahdailyTindakan Pas menerbitkan artikel yang dianggap menghina Sultan Ismail Petra amat mengejutkan rakyat Kelantan.
Artikel bertajuk Hari ini dalam sejarah PAS (6 November 1996) menyebut Baginda Sultan Kelantan itu telah 'dimalukan' kerana tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-174 amat mengejutkan rakyat Kelantan.
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Hazmi Hassan mahu Pas dan lidah rasminya Harakahdaily segera menarik balik artikel berkenaan kerana perkara ini mencabar kehormatan raja dan rakyat negeri itu.
"Kita minta mereka (Pas) tarik balik kenyataan konon Sultan dimalukan kerana allahyarham Tok Guru sudah tiada dan Sultan Islam berada dalam keadaan gering," katanya ketika menghubungi Malaysia Dateline.
Menurutnya, artikel sebegini sangat tidak sesuai dan menimbulkan pelbagai persepsi dan portal rasmi Pas seharusnya peka terhadap persekitaran semasa dan sensitif dengan perkara sebegini.
"Kita amat kesal dan tertanya-tanya apa motif dan faedah Harakahdaily mengeluarkan berita sebegini," katanya.
Dalam artikel berkenaan, disebut pada hari ini (6 November) dalam tahun 1996, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Perta telah gagal menyertai mesyuarat Majlis Raja-raja Kali Ke-174 di Istana Negara, Kuala Lumpur kerana tidak diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atau wakilnya.
"Keengganan Menteri Besar Kelantan melantik wakilnya ke mesyuarat Majlis Raja-raja ekoran krisis politik Kelantan ketika itu telah menyebabkan Sultan Kelantan yang menghadiri mesyuarat tersebut bersama Timbalan Menteri Besar II Kelantan, Dato' Mohamed Rozali Isohak telah tidak dibenarkan menyertainya," kata artikel itu.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 260,000 peminjam PTPTN dilarang ke luar negara

Posted: 06 Nov 2016 08:09 PM PST

Jumlah mereka yang gagal membayar hutang belajar itu meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, dan disekat daripada ke luar negara, menurut Jabatan Imigresen.
Mustafar-Ali
PETALING JAYA: Jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran semula dilarang ke luar negara meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lalu, lapor akhbar New Straits Times (NST).
Menurut statistik dikeluarkan Jabatan Imigresen, seramai 707,304 dilarang meninggalkan negara setakat ini bagi 2016, dan peminjam PTPTN yang paling ramai dengan 261,833 kes. Tahun lalu, terdapat 55,839 peminjam dilarang ke luar negara.
Kumpulan kedua terbesar rakyat Malaysia yang disenaraihitamkan tidak boleh ke luar negara ialah mereka yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi dengan 212,927 kes sementara 128,187 orang yang tidak membayar cukai berada dalam kumpulan ketiga terbanyak.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata peningkatan jumlah mereka yang disekat ke luar negara disebabkan mereka tidak sedar nama sudah disenaraihitamkan dan menjadi antara sebab perjalanan tertangguh di lapangan terbang.
"Mereka tiba di lapangan terbang tanpa tahu status mereka dan akhirnya menyebabkan penumpang lain terpaksa beratur panjang di kaunter daftar masuk," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
Katanya, jumlah akan terus meningkat dengan penambahan agensi yang meminta jabatannya menghentikan sesiapa yang tidak membayar hutang tertentu supaya tidak dapat ke luar negara.
"Nama individu berkenaan akan diletakkan dalam Senarai Suspek, yang semakin bertambah setiap hari.
"Sistem eGate kami akan melalui pangkalan data dan nama yang ada dalam senarai itu tidak akan dibenarkan berlepas. Sistem itu tidak akan menyertakan butiran mengapa mereka tidak dibenarkan ke luar negara.
"Individu yang disenaraihitamkan itu kemudian akan dibawa ke kaunter lain dan diberikan nombor agensi berkaitan," katnaya.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6B: Pulangkan aset suapan tak bersihkan pelaku rasuah

Posted: 06 Nov 2016 07:44 PM PST

Tiada peruntukan undang-undang untuk membersihkan seseorang penerima rasuah mengembalikan dana atau harta yang diterimanya kepada pemberi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low memberitahu semasa siasatan dijalankan ke atas sesuatu kes, suapan - dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, saham dan harta mudah alih - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyita mengikut peruntukan Seksyen 33, 37 dan 38 Akta SPRM 2009.
"Sekiranya selepas siasatan diselesaikan SPRM akan mengemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan.
"Sekiranya keterangan diperolehi dapat membuktikan wang atau harta disita adalah daripada amalan rasuah, maka tindakan melucutkan hak harta boleh diambil," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Low menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang dikemukakan Isnin lalu.
Dalam soalannya Idris bertanya kepada perdana menteri sama ada wujud undang-undang digunakan SPRM untuk menganggap seseorang bebas daripada rasuah jika suapan diterima mereka dikembalikan kepada pemberi.
Walaupun soalan itu tidak spesifik, ada kemungkinan ia merujuk kepada dana RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13 pada 2013 lalu,
Menurut Najib wang berkenaan adalah pemberian keluarga bangsawan Arab kepada beliau. Daripada jumlah itu sebahagian besar dana berkenaan didakwa dikembalikan kepada penderma terbabit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pernah bertemu dengan individu yang memberikan derma terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM rampas, beku lebih RM170 juta dari penjawat awam dalam 3 tahun...pemimpin politik terus menyamun...!!!

Posted: 06 Nov 2016 07:42 PM PST

Seramai 1,037 penjawat awam ditangkap susulan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram dalam tempoh tiga tahun terakhir.
Nilai suapan yang dirampas dan dibekukan pula sebanyak RM112,436,354.80 pada 2014, sebanyak RM30,782,280.29 pada 2015 dan terkini 27,554,652.31 (2016).
Statistik ini berdasarkan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Mnnteri Datuk Paul Low di parlimen.
Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (Cheras) yang mahu tahu jumlah tangkapan atas kesalahan itu dan nilainya dalam bentuk wang tunai, harta dan bentuk-bentuk rasuah lain.

Antara kejayaan Menteri Kewangan Paling Buruk Asia..

Posted: 06 Nov 2016 07:12 PM PST

Senang bukan KERAjaan buat hutang..
Beli jet mewah VVIP, angkut anak bini terbang ke luar negara..
Bila dah byk buat hutang tak mampu bayar balik..
Rakyat dipaksa bayar GST 6%..
Subsidi GULA rakyat dihapuskan..
Subsidi TEPUNG rakyat dihapuskan..
Subsidi BERAS rakyat dihapuskan..
Subsidi ELEKTRIK rakyat dihapuskan..
Subsidi MINYAK rakyat dihapuskan..
Subsidi MINYAK MASAK rakyat dihapuskan..

TETAPI Najib bagi RM85 juta kpd PERMATA-ROSMAH !!!

ANCAMAN KITA BUKAN DAP, TAPI "PPP"....

Posted: 06 Nov 2016 07:10 PM PST

Mereka yang berpijak di bumi nyata dan berpaksi kepada realiti, tentunya bersimpati dengan gaya politik usang Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa ini. 

Lagi-lagi yang dilihatnya sebagai masalah dan ancaman kepada negara dan orang Melayu ialah DAP.

Semalam, beliau berteori bahawa DAP sedang menyusup ke dalam parti-parti pembangkang lain untuk menjadi dominan dengan kuasa di sebaliknya kerananya akan terus menyebabkan orang-orang Melayu berpecah sesama sendiri.

Kenapa DAP perlu dibimbang dan ditakuti?

Sudah berapa banyak duit negara disonglap dan tanah rizab Melayu dijual oleh DAP?

Apakah hutang negara, beban 1MDB, penyeluk saku GST, penarikan subsidi dan segala-galanya yang menyusahkan rakyat selama ini diakibatkan oleh DAP?
Sejak DAP memerintah Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan Pakatan Harapan di Selangor, sudah berapa ramai Melayu menderita, tiada makan minum, tanah dan rumah kena rampasan serta bunuh diri kerana menanggung derita dalam kehidupan?

Selain itu, apakah parti-parti lain tidak ada kekuatan dan jumlah pemimpinnya sendiri untuk menjadi calon dalam piliharaya akan datang sehingga terpaksa bergantung kepada "wakil-wakil" DAP yang didakwanya menyusup itu?

Gaya politik usang Annuar ini tidak lain ialah untuk menimbulkan kesangsian kepada kekuatan parti-parti pembangkang yang terus menerus semakin menyerlah di hati rakyat sekarang ini.

Malangnya, Annuar seperti terlupa dengan hakikat bahawa kini adalah zaman millenium, bukan lagi era 70an atau 80an.

Politik perkauman dan percubaan menimbulkan kesangsian kerana warna kulit sudah semakin lupus dan tidak lagi diterima. Jika DAP dilihat sebagai ancaman, Annuar seharusnya lebih bimbang dengan sikap lunak Najib terhadap negara China dengan pergantungan yang tiba-tiba dan keterlaluan kerana walaupun negara tersebut sudah mengamalkan dasar ekonomi bebas, fahaman politiknya masih lagi komunis.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi Merudum: Kedai farmasi jual gula, surat khabar elak tutup kedai

Posted: 06 Nov 2016 06:58 PM PST

Beh berkata, "pasaran berdaya saing tinggi" memaksa kedai farmasi menjual ubat pada harga lebih murah dan "lebih ramai menamatkan perniagaan" kebelakangan ini.
Lovy-BehKUALA LUMPUR: Kira-kira 50% kedai farmasi kini beroperasi seperti "pasar mini" bagi meneruskan perniagaan kerana mereka tidak boleh mendapat pulangan modal dengan bergantung kepada jualan ubat semata-mata, kata Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG).
Presidennya, Lovy Beh dipetik The Star berkata, perniagaan 50% kedai farmasi bebas tidak baik menyebabkan ramai terpaksa mencari alternatif lain atau "over-servicing".
"Over-servicing bermakna kedai farmasi menjual produk pengguna seperti sebuah pasar mini. Jadi, barang bukan farmaseutikal seperti surat khabar, majalah, gula-gula dan aiskrim dijual dalam kedai untuk menarik lebih ramai pelanggan," katanya sambil menambah mereka tidak boleh hanya bergantung kepada jualan ubat-ubatan untuk mendapatkan modal.
Beh yang menepis dakwaan kedai farmasi menjual ubat pada harga tinggi, berkata adalah biasa untuk kedai farmasi mengenakan harga 25 hingga 30% lebih tinggi daripada kos bagi mengekalkan perniagaan.
"Tetapi hari ini, mereka hanya mengenakan harga 15% daripada kos. Malah, ada yang menjual ubat di bawah kos."
Beliau berkata, "pasaran berdaya saing tinggi" memaksa kedai farmasi menjual ubat pada harga lebih murah dan MCPG yang mempunyai 13,147 ahli di seluruh negara nampak "lebih ramai menamatkan perniagaan" kebelakangan ini.
Kedai farmasi, katanya, terpaksa bersaing dengan rangkaian farmasi dan doktor yang dibenarkan mengagihkan ubat di Malaysia.
Beh berkata, Malaysia tidak mengamalkan pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau Dispensing Separation (DS), di mana doktor akan memberikan preskripsi ubat dan pesakit akan mendapatkan ubat dari farmasi.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah parti setiakawan, Anwar tetap calon PM

Posted: 06 Nov 2016 06:56 PM PST

Parti Amanah Negara (Amanah) tetap berpegang pada janji setia bersama Pakatan Harapan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Salahuddin Ayub berucap di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Sealngor di Keramat, malam tadiSalahuddin Ayub berucap di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Sealngor di Keramat, malam tadiTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menegaskan, mana-mana parti yang ingin bersama dengan Pakatan Harapan harus bersetuju dengan perjanjian tersebut.
"Kalau kita lihat kembali sewaktu mengikat janji setia semasa menubuhkan Pakatan Harapan dahulu, Amanah menyatakan kita boleh berpegang dengan perjanjian kita mahu Anwar sebagai perdana menteri.
"Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri," kata beliau di program pelancaran 27 pusat peduli rakyat negeri Selangor di Keramat, malam tadi.
Pada September tahun lalu, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan - Amanah, PKR dan DAP selepas rundingan meja bulat untuk menbuhkan pakatan baharu bersetuju bahawa Anwar adalah antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia dipersetujui Presiden Amanah Mohamad Sabu, PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Salahuddin juga berkata, Amanah merupakan parti yang bersikap setiakawan dan tidak akan mengkhianati janji dalam berpakat.
Read More / Baca Lagi >>

DR M LWN NAJIB: ‘TAK PERLU MOHON MAAF, MEMBUAT JUSTIFIKASI ATAU BERASA INFERIOR’

Posted: 06 Nov 2016 06:56 PM PST


MOHON izin. Sekadar sebuah catatan.
Sejak saya dipilih menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 2 November lalu, saya terperanjat tetapi gembira mendapati begitu ramai anak buah dan rakan seperjuangan saya dalam dunia kewartawanan yang bersimpati dengan perjuangan PPBM.
Malah ramai memberitahu saya, sama ada secara peribadi atau melalui pesanan elektronik, bahawa mereka telah mendaftar sebagai ahli PPBM yang lebih dikenali dalam masyarakat sebagai Bersatu.
Sebilangan mereka pula telah secara sukarela membentuk pasukan untuk memberi kerjasama kepada PPBM menggunakan kepakaran mereka dalam bidang kewartawanan dan komunikasi.
Salah seorang daripada mereka yang dulunya setiausaha akhbar seorang menteri Umno berbisik memberitahu dia sekarang membantu mendaftarkan ahli PPBM di kawasannya.
Kepada yang masih bekerja dengan media kerajaan dan arus perdana, saya faham kedudukan mereka. Tidak perlu mohon maaf, membuat justifikasi atau berasa inferior. Saya faham sekarang kadar pengangguran sedang meningkat – lebih 515,000 kini menganggur – dan kalau diberhentikan susah hendak dapat kerja gantian.
Apa pun, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka dan berharap dengan bantuan mereka perjuangan kita menyelamatkan Malaysia dan membawa perubahan kepada rakyat jelata akan lebih mudah berjaya.
Saya faham bukanlah mudah bagi mereka mengubah arah tujuan dan set minda setelah sekian lama berkhidmat atas landasan Umno di mana saya mengaku saya sendiri yang "membawa" mereka ke arah itu.
Tetapi saya yakin mereka sendiri telah sedar bahawa apa yang mereka perjuangkan dahulu bukan lagi asas kepada tindak tanduk kerajaan yang ada hari ini. Keadaan telah berubah. Perjuangan, kalau masih ada, hanyalah untuk kantung sendiri saja. Cogan kata untuk agama, bangsa dan negara setakat penyedap mulut saja.
Apa yang kita bina dahulu bukan lagi acuan yang diguna pakai hari ini. Malah seperti kita baca, sebaliknya yang sedang berlaku. Legasi perjuangan kita sedang dimusnahkan.

Alhamdulillah, saya telah berjumpa dengan sesetengah daripada mereka. Jadi buat sementara waktu ini, saya terpaksa berpuas hati dengan berhubung melalui ruang siber.
Read More / Baca Lagi >>

Bukti sikap sebenar Husam - Pemuda PAS

Posted: 06 Nov 2016 06:54 PM PST

KOTA BHARU – Tindakan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang menyifatkan Pakatan Harapan tidak perlu bimbang jika Pas tidak mahu menyertai blok pembangkang, membuktikan sikap sebenar bekas pemimpin Pas itu.
Ketua Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan itu didakwa memperlihatkan sikap pemimpin itu yang mahu melunaskan dendam pada Pas, khususnya di Kelantan.
Husam Musa "Kita tahu rakyat lebih cerdik untuk menilai individu seperti itu. Bagaimanapun, secara peribadi saya sangsi adakah benar pendirian Amanah memandangkan kenyataan tersebut hanyalah dikeluarkan oleh seorang ahli biasa parti yang baru sahaja menyertai parti tersebut. Ia tidak dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi parti itu sama ada di peringkat nasional mahupun Kelantan," katanya semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Husam berkenaan tindakan was-was Pas untuk menyertai blok pembangkang bagi merealisasikan matlamat pembangkang menjatuhkan BN, PRU14 nanti.
Ahmad Fadhli berkata, walau apa pun, Pemuda Pas tetap bertegas, jika Amanah bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini sehingga menghasilkan pertembungan tiga penjuru, maka tidak ada pilihan bagi Pas kecuali turut bertanding di seluruh negara khususnya kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh parti pembangkang.

Audit Skandal 1MDB khusus untuk PAC sembang Azalina...

Posted: 06 Nov 2016 06:40 PM PST

 Pembangkang terus mendesak supaya Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB diubah status sulitnya.
Bagaimanapun pihak kerajaan pula terus menegaskan ia khusus untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Untuk maklumat ahli yang berhormat, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC.

"Laporan tersebut telah dibincangkan oleh PAC sebelum dimuktamadkan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di parlimen.
Jawapan itu sebagai menjawab permintaan R Sivarasa (PKR-Subang) supaya perdana menteri menyatakan bila kerajaan akan mengubah status laporan itu.

Sementara itu, Azalina juga berkata laporan PAC berkenaan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB telah pun dibentangkan di parlimen pada 7 April 2016.

Elemen agama parahkan rasisme di Malaysia, kata Saifuddin

Posted: 06 Nov 2016 06:33 PM PST

Katanya, orang Melayu diseru mempertahankan Islam dalam kerangka "minda terserang" sehingga tercetusnya kontroversi seperti kalimah Allah, rampasan Bible, isu salib, hudud, kafir harbi dan hot dog.
saifuddin-abdullah
PETALING JAYA: Rasisme di negara ini menjadi lebih parah apabila ia ditambah dengan elemen agama yang disediakan sesetengah pemimpin Umno dengan kerjasama tokoh agama, kata Datuk Saifuddin Abdullah.
Ketua setiausaha Pakatan Harapan itu berkata dalam tindakan itu mereka menyeru orang Melayu untuk mempertahankan Islam dalam kerangka "minda terserang" sehingga tercetusnya kontroversi seperti kalimah Allah, rampasan Bible, isu salib, isu hudud, kafir harbi dan yang terbaru – hot dog.
Menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini, Saifuddin berkata ada pihak yang mencadangkan supaya pendekatan kesederhanaan digunakan dalam menangani ekstremisme dan rasisme.
Bagaimanapun, katanya konsep itu perlu dipastikan tidak disalah erti sehingga yang moderat diserang dan dianggap ekstrem, manakala yang ekstrem bebas berleluasa dan malahan dianggap moderat.
"Kesederhanaan perlu dilaksanakan dalam semua bidang. Al-Quran menyediakan yang secukupnya. Ini termasuklah dalam soal rahmat untuk semua rakyat, kerjasama dalam masyarakat majmuk dan kebebasan beragama," katanya dipetik daripada akhbar itu.
Bekas ketua pegawai eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global itu berkata politik kaum yang berleluasa hari ini akibat amalan tawar menawar dan kompromi yang dibuat atas nama kaum, khususnya oleh BN, sedangkan kerjasama berasaskan kaum yang elitis sudah hilang relevansinya dan perlu diubah.
Read More / Baca Lagi >>

Belajar kesilapan, Bersih yakin ubah persepsi tahun lalu

Posted: 06 Nov 2016 06:17 PM PST

Bersih 2.0 mengakui perhimpunan tahun lalu memberikan persepsi ia hanya disokong majoriti Cina, tetapi yakin perhimpunan akan datang akan mengubah tanggapan itu dengan penyertaan lebih ramai orang Melayu.
jay-jay-dennis-bersih
PETALING JAYA: Bersih 2.0 yakin perhimpunan yang akan diadakan pada 19 November nanti akan menarik lebih ramai peserta Melayu dan India, berbanding tahun lalu di mana majoriti peserta Cina menyebabkan beberapa pihak mempersoalkan penerimaan perjuangan Bersih.
Naib Pengerusi (Pantai Barat) Bersih 2.0, Jay Jay Dennis yakin tahun ini akan berbeza selepas melihat sendiri jelajah mempromosikan Bersih 5 di seluruh negara selama 5 minggu, di mana majoriti disertai orang Melayu.
"Dan saya rasa ia akan ditunjukkan pada himpunan 19 November.
"Kami nampak dari segi politik, orang Umno pun tak setuju dengan apa yang berlaku dalam Umno. Telah berlaku perluasan dalam parti Umno juga," katanya kepada FMT.
Tahun lalu, himpunan 2 hari Bersih 4 mencetuskan perdebatan sama ada ia mewakili semua kaum di Malaysia.
Ini disebabkan majoriti peserta rata-rata merupakan kaum Cina, berbeza daripada perhimpunan Bersih sebelum itu.
Jay Jay berkata Bersih sudah mempelajari daripada kesilapan itu, dan mengambil keputusan menyebarkan mesejnya ke kawasan yang belum ditembusi.
"Sebab itu konvoi ini dijalankan supaya kami keluar dari zon selesa untuk ke tempat lain yang kami tak pernah pergi dulu, dan rakyat pun boleh nampak Bersih ini belajar daripada pengalaman kami tahun lepas dan buat cara baru tahun ini," katanya.
Menurutnya, semakin ramai daripada masyarakat Melayu tidak bersetuju dengan Umno.
"Yang tak setuju dengan Umno ini akan turun pada perhimpunan Bersih 5 dan saya yakin kali ini kita akan nampak satu perhimpunan yang memang ketara secara representasi semua kaum akan turun untuk Bersih 5," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

BERSATU MAMPU GANTI TUGAS ANWAR

Posted: 06 Nov 2016 06:16 PM PST

KEJAYAAN gabungan parti pembangkang menerusi Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas, PKR dan DAP pada PRU13 yang lalu, memberi dimensi baharu dalam perkembangan politik di negara ini.
Walaupun gabungan ini kalah kepada BN dan gagal merampas Putrajaya, namun keputusan pembangkang menidakkan dua pertiga kerusi Parlimen BN, satu kejayaan yang besar.
Namun, melihat kepada senario sekarang, kekuatan pembangkang tidak lagi kukuh seperti PRU13 sejak ketiadaan tokoh berwibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih menjalani hukuman penjara.
Ketiadaan Anwar dilihat memberi kesan besar kepada hubungan antara parti komponen PR termasuk konflik DAP dan Pas sehinggakan parti Islam itu mengambil keputusan keluar dari gabungan pembangkang.
Persoalan sekarang, siapakah tokoh yang wajar mengambil alih tempat Anwar bagi mengetuai pembangkang dalam PRU14.
Jika dilihat kedudukan rasmi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin paling wajar memimpin berdasarkan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang terajui Pakatan Harapan di Parlimen.
Namun Wan Azizah dilihat tidak berjaya mengembalikan kekuatan sebenar pembangkang seperti dalam PRU13.
Pembangkang akan kembali kuat jika kesemua parti bergabung termasuk Pas dan Bersatu.
Calon kedua, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.
Kejayaan Azmin mengekalkan pemimpin Pas dalam Kerajaan Selangor dilihat mampu menjadi penghubung di antara Pakatan Harapan dan Pas.
Calon ketiga, pemimpin dari parti Bersatu iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
Kenyataan terbaru Muhyiddin yang mengalu-alukan pertemuan bersama Pas dan Pakatan Harapan, dilihat boleh menjadi titik permulaan sebagai satu langkah menyatukan kembali kesemua parti pembangkang.
Muhyiddin berkata, pertemuan itu permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
"Berita baik pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu satu langkah ke hadapan.
"Kedua, Pakatan Harapan sudah memberi jemputan untuk kami hadir dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat. Dari situ, kita boleh mengorak langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan," katanya selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu, Bersatu akan memulakan proses rundingan kerusi-kerusi boleh ditandingi pada PRU14.
Read More / Baca Lagi >>

Daulat Tuanku, kata Jamal selepas TMJ ‘tembak’ baju merah

Posted: 06 Nov 2016 06:15 PM PST

Pemimpin Baju Merah itu berkata ia hanya gurauan putera mahkota Johor itu.
jamal
PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) selepas sebuah video parodi menunjukkan putera Johor itu seolah-olah melepas tembakan ke arah sekumpulan berbaju merah yang membuat pertunjukan silat.
Video yang dimuat naik Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dipercayai respon terhadap gerakan Baju Merah pimpinan Jamal, yang Sabtul lalu hadir bersama lebih 500 penyokong siap dengan demonstrasi silat di luar pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Jamal dalam reaksinya bagaimanapun tampak teruja dengan posting TMJ itu, dan berkata putera Johor itu hanya bergurau.
"Daulat Tuanku. Hidup TMJ. Yang buruk datangnya daripada Bersih 1 Bersih 2 Bersih 3 Bersih 4 dan Bersih 5, yang baik daripada Allah. Merah merah merah. Lawan tetap lawan, hidup merah. Tidak ada kuning, tidak ada merah," kata ketua Umno Sungai Besar itu yang rancak dalam serangannya ke atas Berish 2.0 menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada November 19.
Katanya, sebagai seorang raja sudah sudah pasti akan bergurau dengan rakyat, sambil menyifatkan TMJ "berjiwa rakyat".
Dalam video parodi itu, 7 lelaki bertopeng meniru aksi silat seperti Baju Merah dalam protes mereka. Ia diikuti TMJ memegang sepucuk pistol sebelum melepaskan 7 das tembakan.
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Ibrahim: Ikut pengalaman, Umno yang pecahkan PAS

Posted: 06 Nov 2016 06:12 PM PST

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bahawa DAP adalah punca parti Islam itu berpecah.
"(Berdasar) pengalaman lampau, Umno yang memecahkan PAS. Sejarah tumbangnya PAS di Kelantan dan Terengganu hasil pertembungan dengan Umno.
"Namun tindakan campur tangan DAP serta sikap menentang dasar dan perjuangan PAS menyumbang kepada apa yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas dakwaan Annuar bahawa DAP cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang termasuk PAS.
Bagaimanapun, katanya, walaupun DAP tidak meresap dalam PAS, parti itu berjaya menarik "serpihan PAS" sebagaimana yang berlaku.
Sebelum ini perpecahan dalam PAS berlaku sehingga Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin parti Islam itu tidak berpuas hati dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

'Teori konspirasi'
Sementara itu, ahli jawatankuasa DAP Selangor Edry Faizal Yusof pula menolak dakwaan Annuar.

Beliaumenyifatkan ia sebagai "teori konspirasi" untuk menyedapkan hati kerana ramai anggota Umno didakwa tidak mahu bersama parti Melayu itu.
"Pemimpin-pemimpin Umno kena berhenti tipu diri sendiri. Mereka cipta pelbagai teori konspirasi untuk sedapkan hati mereka selepas ramai ahli Umno sendiri sudah tak mahu bersama Umno.
"Pemimpin Umno kena terima hakikat Melayu bukan berpecah. Cumanya ramai Melayu yang bersama Umno dulu sudah serik dan tidak mahu bergelumang dengan puak kleptokrat dan korup, lalu mereka berhijrah memilih haluan lain," katanya.
Tambahnya lagi, kini anggota Umno sendiri turut bangun melawan partinya sendiri.
"Boneka sebenar ialah mereka yang terus menipu diri sedang tangan dan kakinya digerakkan tok dalang bernama Malaysian Official 1 (MO1)," katanya.
PKR: Terpengaruh 'propaganda' sendiri
PKR pula menyifatkan Umno kini terpengaruh dengan dengan propaganda sendiri.
"Saya ingin ingatkan Annuar Musa, pendekatan boneka ini ialah cara Umno terhadap parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)