Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pelakon politik punca protes Islam bertukar ganas, kata Jokowi

Posted: 04 Nov 2016 09:40 PM PDT

Masyarakat Cina setempat bimbang susulan penyebaran sekeping gambar menunjukkan kain rentang tertera "Ganyang Cina" yang digantung di sebuah jambatan lebuh raya di Jakarta di media sosial Indonesia, sejak semalam.
Ganyang-CinaJAKARTA: Ketegangan di Jakarta beransur pulih, selepas protes besar-besaran yang bertukar ganas menyebabkan seorang maut, semalam.
Reuters melaporkan Presiden Indonesia, Joko Widodo membidas ahli-ahli politik adalah punca protes besar-besaran umat Islam itu bertukar ganas pada malam Jumaat, selepas penunjuk perasaan diketuai kumpulan Front Pembela Islam (FPI) mendesak gabenor Jakarta beragama Kristian dipenjarakan kerana menghina Islam.
"Kami kesal dengan kejadian selepas solat isyak, apabila ia sepatutnya berakhir tetapi bertukar menjadi ganas. Kita nampak ia diterajui pelakon politik yang mengeksploitasi keadaan," kata Jokowi pada sidang media yang diadakan awal pagi tadi.
FPI mendakwa Basuki Tjahja Purnama yang lebih popular dengan gelaran Ahok menghina al-Quran dengan mengkritik pihak menggunakan sepotong ayat al-Quran ditafsirkan sesetengah pihak sebagai larangan bersekutu dengan orang Kristian dan Yahudi.
Polis sedang menyiasat Ahok, walaupun beliau sudah memohon maaf atas kenyataan itu.
Ahli politik Cina pertama mentadbir Jakarta yang mempunyai 10 juta populasi itu menawarkan diri untuk pemilihan semula pada Februari depan menentang 2 calon Islam lain.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan peserta yang dianggarkan mencecah 150,000 orang selepas solat Jumaat, ketika mereka berhimpun di sekitar istana presiden, semalam.
Ada di kalangan mereka melontar batu ke arah polis, selain 2 kenderaan dibakar dan kebakaran turut dilaporkan berlaku berhampiran Tugu Negara.
Bagaimanapun, di utara Jakarta, pertembungan dilaporkan tercetus antara polis dan sekumpulan penunjuk perasaan pada lewat malam, sementara media sosial menunjukkan sebuah kedai dirompak.
Ratusan orang berkhemah bersebelahan bangunan Parlimen sehingga kira-kira jam 4 pagi tadi, bagi menuntut Ahok dipenjarakan.
Read More / Baca Lagi >>

Syed Saddiq heret insiden TMJ, Nazri selepas dikritik Umno

Posted: 04 Nov 2016 09:37 PM PDT

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyindir Umno dengan mengungkit telatah parti itu tatkala Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menegur Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Umno ketika itu, ujar beliau, tidak pula melabel Nazri sebagai seorang yang biadap, malah ada juga di kalangan pemimpinnya yang mempertahankan kenyataan ahli Parlimen Padang Rengas itu.
"Saya nak tanya, di manakah Umno apabila TMJ disindir oleh Nazri, Umno tidak sekali pun label beliau sebagai seorang yang biadap.
"Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri," kata Syed Saddiq sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin yang menyifatkannya sebagai 'mentah'.
Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq agar jangan biadap kerana mempersoalkan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan oleh Sinar Harian Online.
Terdahulu, Nazri dikecam warga netizen kerana menegur TMJ agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Apandi: Polis masih siasat laporan organisasi dibiaya Soros

Posted: 04 Nov 2016 09:10 PM PDT

Apandi berkata, beliau belum menerima atau melihat kertas siasatan berhubung laporan organisasi menerima dana Soros.
apandi sorosKUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara belum menerima kertas siasatan berhubung laporan beberapa organisasi menerima dana daripada hartawan, George Soros.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan beliau belum menerima atau melihat kertas siasatan itu.
"Lepas siasatan baru saya buat keputusan (untuk mendakwa atau sebaliknya)," katanya selepas pelancaran buku sulungnya bertajuk "Fiat Justitia" yang bermaksud "Let Justice Be Done" yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hari ini.
Semalam, Majlis Peguam mengakui ia menerima RM53,757.12 (AS$15,000) daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam, Datuk Seri M Ramachelvan mendedahkan pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.
Baru-baru ini, DC Leak mendakwa OSF milik Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel).
Buku Mohamed Apandi itu mengandungi himpunan lebih 70 penghakiman beliau dalam tempoh 12 tahun ketika menjadi hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Mengenai buku itu, Mohamed Apandi berkata, ia turut merakamkan dengan jelas kehidupan awal beliau sebagai kanak-kanak di Tumpat, Kelantan dan semasa bertugas dalam perkhidmatan undang-undang dan kehakiman serta kerjaya penuh berwarna-warni sebagai peguam bela dan peguam cara.
Mohamed Apandi berharap buku 796 halaman berharga RM220 itu yang akan berada di pasaran pada Isnin depan, bakal memberi manfaat kepada hakim, peguam dan pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Malaysia dijangka 41.5 juta pada 2040

Posted: 04 Nov 2016 09:07 PM PDT

PUTRAJAYA 5 NOV: Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada 41.5 juta orang pada 2040, berbanding 28.6 juta pada 2010, kata Jabatan Perangkaan dalam laporan Unjuran Penduduk Malaysia (semakan semula) 2010-2040.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu, peningkatan penduduk adalah perlahan dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010 kepada 0.8 peratus pada 2040.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk berkurangan 0.05 peratus setiap tahun," katanya.
Jabatan Perangkaan berkata Bumiputera menunjukkan peningkatan peratusan tertinggi sebanyak 4.8 peratus iaitu daripada 67.3 peratus pada 2010 kepada 72.1 peratus pada 2040.
Sementara itu, katanya nisbah jantina bagi 2010 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, meningkat kepada 108 pada 2020 dan tidak berubah sehingga 2040.
Jabatan Perangkaan berkata, struktur umur penduduk pula boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan umur muda (0-14 tahun), kumpulan umur bekerja (15-64 tahun) dan umur tua (65 tahun ke atas).
"Umur penengah pada 2010 adalah 26.3 tahun meningkat kepada 38.3 tahun (2040) iaitu peningkatan sebanyak 12 tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya.
Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada 2020 iaitu apabila peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.2 peratus, kata Jabatan Perangkaan.

Pas terus istiqamah pertahankan dasar, prinsip - Nasrudin

Posted: 04 Nov 2016 09:02 PM PDT

Nasrudin Hassan Pas akan terus istiqamah dalam usaha mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya.
Namun katanya, mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan serta pendirian Pas mengangkat formula mendepani PRU akan datang.
"Tidak kurang juga cyber trooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba yang tidak sudah-sudah menyalahkan Pas," ujarnya dalam kenyataan, semalam.
Katanya, sama ada perlu bertanding banyak penjuru atau mengikut strategi satu lawan satu dalam PRU akan datang, kesannya adalah daripada sikap politik yang diambil.
Menurutnya, Pas bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.
"Pengalaman luas dan lama Pas di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan Pas sebuah parti yang banyak bertolak-ansur dalam rentak catur politiknya.
Read More / Baca Lagi >>

MULAI HARI INI, BERSIMPATILAH KITA DENGAN ROSMAH!!

Posted: 04 Nov 2016 08:48 PM PDT

Rupa-rupanya segala imej tidak baik mengenai Rosmah Mansor selama ini hanya disebabkan media sosial, bukan disebabkan oleh kelakuan isteri Perdana Menteri itu.

Adusss....kesiannya....jahat sungguh media sosial ni!!

Kata Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah, "masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Isteri Perdana Menteri itu kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong dengan bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
Berdasarkan kata-kata Rizal itu, bolehlah disimpulkan bahawa segala pendedahan mengenai perbelanjaan mewah, barang kemas, beg tangan, pakaian mahal, penggunaan jet dan segala macam lainnya berkaitan Rosmah selama ini adalah fitnah, palsu, tidak berasas dan putar belit fakta belaka.

Sekali lagi, memang jahat media sosial ni!!

Kenapalah hanya isteri Perdana Menteri Malaysia saja yang dijadikan bahan fitnah, berita palsu dan tidak berasas serta putar belit fakta, tetapi tidak kepada isteri Perdana Menteri Singapura, Thailand, Indonesia dan lain-lainnya? 

Mengapa hanya Rosmah selaku isteri Perdana Menteri Malaysia saja dijadikan sasaran, dedahkanlah juga segala-galanya tentang mereka yang lain?

Maka, mulai hari ini bersimpatilah kita semua dengan Rosmah. Semuanya hanya salah media sosial, bukannya Rosmah.

Belajar dari kesilapan untuk elak ulangi kesalahan - Sultan Nazrin Shah

Posted: 04 Nov 2016 08:41 PM PDT

Sultan Nazrin Shah
KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar semua pihak perlu sentiasa belajar daripada sejarah bagi mengelak daripada mengulangi sebarang kesilapan lampau.
Baginda bertitah sejarah bukannya ramalan tetapi ia catatan peristiwa yang telah berlaku secara faktual, satu rekod yang tepat, konsisten dan tidak berubah untuk dijadikan rujukan, teladan serta panduan.
"Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali dan sikap tidak belajar daripada sejarah, adalah sebesar-besar pengajaran sejarah," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerah Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-60 baginda di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda Raja Azlan Muzaffar Shah yang juga Raja Kechil Besar serta Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Antara yang hadir sama ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta para exco kerajaan negeri. 

'Syed Saddiq, jangan jadi biadap!' - Pemuda Umno

Posted: 04 Nov 2016 08:38 PM PDT

JOHOR BAHRU - "Syed Saddiq masih mentah...jadi jangan biadap nak persoalkan titah tuanku (Sultan Johor)."
Demikian ungkapan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaludin ketika memberi reaksi terhadap surat terbuka Ketua Armada Bersatu, Syed Siddiq kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Syed Saddiq Abdul Rahman Menurut beliau, pemimpin muda itu sepatutnya berfikir panjang sebelum membuat kenyataan dan hujah demokrasi yang digunakannya itu bukan tiket untuk mempersoalkan titah seorang raja.
"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan rakyat...tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap dengan sultan kami.
"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik," katanya.
Hari ini, Syed Saddiq hari ini mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri itu.
Syahrin juga menasihatkan Syed Saddiq supaya tidak sesekali cuba mengheret institusi diraja dalam kancah politik dan memperjudikan keselamatan negeri Johor.
"Dia (Syed Saddiq) tak layak untuk mengajar tuanku tentang soal demokrasi kerana baginda lebih arif dalam perkara itu.
"Sebagai ketua negeri pastinya Sultan Ibrahim meletakkan kepentingan dan kesejahteraan negeri Johor sebagai hal utama sebab tu baginda tak mahu sebarang anasir yang boleh membawa kepada kemudaratan rakyat berlaku di negeri baginda," katanya.

Pertemuan Siti Hasmah dan Wan Azizah lengkapkan gabungan politik baharu

Posted: 04 Nov 2016 08:33 PM PDT


Pertemuan Tun Siti Hasmah dan Dr Wan Azizah selepas 18 tahun amat menyentuh perasaanPertemuan Tun Siti Hasmah dan Dr Wan Azizah selepas 18 tahun amat menyentuh perasaanPertemuan Tun Dr Siti Hasmah Ali dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan satu lambang perpaduan yang sedang terjalin erat dalam kalangan anggota serta parti-parti daripada Pakatan Harapan, kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Beliau berkata, pertemuan itu juga membuktikan perpaduan dalam kalangan Pakatan Harapan amat tulen dan menunjukkan jiwa besar mereka untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan BN yang korup.
"Apa yang terjadi ini telah meyakinkan keseluruhan rakyat bahawa jiwa besar Datuk Seri Dr wan Azizah dan Tun Dr Siti Hasmah bahawa tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan amat berpegang erat pada hukum Islam yang tulen.
"Mereka sanggup bersalaman dan berpeluk serta lupa segala sengketa lama serta melihat ke hadapan secara positif dengan satu nekad untuk tumbangkan Najib dan kerajaan paling korup dalam sejarah politik tanah air kita.
"Pertemuan yang dirahmati oleh Allah swt ini telah membuka mata rakyat secara seluas-luasnya," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Tun Siti Hasmah mengunjungi Wan Azizah di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, suami mereka, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.
Khairuddin berkata, reaksi rakyat terhadap detik sejarah ini telah meninggalkan satu kesan yang cukup positif pada Pakatan Harapan dan rakyat semakin yakin dengan perpaduan di antara parti-parti dari Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

Cabaran dihadapi Rosmah lebih besar kerana media sosial ampu Rizal

Posted: 04 Nov 2016 08:30 PM PDT

Rizal berkata, masyarakat tidak harus percaya pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Rosmah kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
rizal-rosmah
KUALA LUMPUR: Cabaran yang dihadapi isteri perdana menteri kini lebih besar kerana terpaksa berdepan pelbagai tuduhan dan putar belit, lebih-lebih lagi dengan kewujudan media sosial.
"Ramai yang tidak tahu isteri perdana menteri terdahulu juga menjadi mangsa pelbagai tuduhan, namun ia tidak tersebar secara meluas seperti sekarang," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.
Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor kerana ia palsu dan tidak berasas serta tidak disokong bukti kukuh, malah terhasil dengan memutar belit fakta.
Beliau berucap pada Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia, malam tadi.
Rizal berkata, Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi Rosmah, ditubuhkan kerana isteri perdana menteri itu mahu memberi sumbangan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian.
Permata, kata Rizal, bukan satu pembaziran, tetapi pelaburan untuk pendidikan kanak-kanak dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang, namun dalam tahun-tahun mendatang.
Beliau berkata, sesiapa yang mengenali rapat isteri perdana menteri mengetahui beliau sebenarnya seorang yang peramah sifatnya.

Tak masuk akal tuduh saya jual negara kepada China, sembang Najib

Posted: 04 Nov 2016 08:28 PM PDT

Najib berkata, usaha beliau mendapatkan FDI adalah untuk mewujudkan peluang kerja bergaji tinggi dan prospek lebih baik bagi rakyat Malaysia.
najib-china-malaysia
BEIJING: Datuk Seri Najib Razak berkata, pelaburan langsung asing (FDI) penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana menteri berkata, rakyat asing yang melabur di negara ini tidak boleh membawa balik infrastruktur yang dibina mereka di Malaysia ke negara asal mereka.
"Oleh itu, bagi mereka yang menuduh kerajaan menjual Malaysia kepada China, ia tidak masuk akal langsung, mungkin disebabkan cemburu atau didorong perasaan iri hati," katanya kepada diaspora dan pelajar Malaysia dalam majlis makan malam, semalam.
"Pendirian saya jelas dan saya melakukannya untuk Malaysia dan rakyat dalam memastikan ekonomi negara berada pada tahap tinggi," katanya.
Menteri kewangan itu berkata, usaha beliau mendapatkan FDI adalah untuk mewujudkan peluang kerja bergaji tinggi dan prospek lebih baik bagi rakyat Malaysia.
"Jika ekonomi tidak berkembang, maka rakyat Malaysia akan menghadapi masalah mendapat pekerjaan yang baik," kata Najib.
Beliau menasihatkan pelajar Malaysia di China melihat ke dalam diri mereka dan tidak berfikiran sempit, tetapi bersahabat dan memahami budaya serta tamadun orang China dan belajar apa yang menjadikan mereka begitu bermotivasi dan berbeza daripada orang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Universiti di Geneva risau ekonomi Malaysia

Posted: 04 Nov 2016 08:26 PM PDT


Mohamad Sabu berucap di Majlis Makan Malam Setahun Amanah Terengganu Mohamad Sabu berucap di Majlis Makan Malam Setahun Amanah Terengganu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, ahli akademik di luar negara lebih risau terhadap masa depan ekonomi Malaysia akibat skandal 1MDB berbanding ahli akademik di negara ini.
Mohamad berkata, beliau dijemput ke persidangan di sebuah universiti di Geneva yang mengadakan satu persidangan khas membincangkan tentang masa depan ekonomi Malaysia dan kesan skandal 1MDB ke atas negara ini.
"Ahli-ahli akademik di sana amat risau dengan perkembangan di Malaysia kerana kemungkinan pelbagai bahaya yang melanda ekonomi dalam negara ini termasuk kemungkinan menjadi negara bankrap.
"Saya pelik mengapa sebuah universiti asing begitu prihatin terhadap apa yang berlaku sedangkan universiti tempatan langsung tidak menghiraukan perkara ini
dan tidak mendengar apa-apa usaha untuk dibicangkan dan dicadangkan untuk mencari penyelesaian," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Amanah Negeri Terengganu pada Khamis lalu.
Beliau yang dijemput untuk memberi pandangan tentang rasuah di Malaysia menganggap rakyat negara ini tidak peka dengan perilaku rasuah dalam pentadbiran.
"Semasa di Geneva, seorang penyelidik berkata amalan menyimpan duit tunai seperti yang ditemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maalaysia (SPRM) di Sabah baru-baru ini adalah perkara biasa di Malaysia.
"Apa yang pelik orang kita termasuk agamawan kelihatan tidak sensitif terhadap perkara ini," katanya.
Beliau bagaimanapun sedikit lega apabila melihat reaksi orang ramai apabila berlakunya kenaikan harga petrol dan minyak masak secara serentak.
"Bila jelas mulai kena batang hidung barulah kita dapat lihtat reaksi orang ramai terhadap kerajaan.
"Kita lihat di media sosial begitu rencam komen-komen yang memperlihatkan kemarahan kepada keputusan kerajaan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mengaku sajalah anda sokong pilihan raya kotor, cabar aktivis Bersih

Posted: 04 Nov 2016 08:23 PM PDT


mandeep singhmandeep singhAktivis Bersih Mandeep Singh mencabar pihak yang memfitnah gerakan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu untuk tampil menjelaskan pendirian sebenar mereka.
"Apakah pihak yang menentang Bersih ini sebenarnya menyokong rasuah dan bersetuju dengan proses pilihan raya yang kotor? Adakah mereka yang mendesak polis supaya mengenakan tindakan terhadap Bersih menyokong kleptokrasi dan pemerintahan zalim.
"Kalau begitu, mereka harus tampil berterus-terang saja kata, ya kami menyokong rasuah, kami tidak mahu pilihan raya bersih dan adil bukan terus memainkan fitnah," tegasnya kepada Malaysia Dateline.
Mengulas isu dana asing kepada Bersih yang digembar-gemburkan pihak kerajaan, beliau menjelaskan propaganda jahat itu hanya mahu mengelirukan rakyat daripada fokus sebenar menentang rasuah dan pemerintahan yang zalim.
"Bercakap tentang tajaan dana asing ini, kita harus ingat pelbagai NGO di negara ini termasuk Bersih bukannya menggadai negara seperti didakwa tetapi mempertahankan demokrasi dengan melawan rasuah dan ketidakadilan dalam proses kita bernegara," jelasnya.
Mandeep sebelum ini pernah ditangkap mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan iaitu menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen kerana penglibatannya dalam kempen Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Maria cabar Jamal tunjuk bukti

Posted: 04 Nov 2016 08:21 PM PDT


Pemimpin gerakan baju merah, Datuk Jamal Md Yunos dicabar kemukakan bukti di mahkamah sekiranya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menerima tajaan daripada George Soros.
Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah meminta Jamal bawa segala barang bukti ke mahkamah dan biarlah mahkamah menentukan siapa di pihak yang benar.
Ketika ditemu bual oleh Oriental Daily, Maria Chin mengakui, semua sumbangan wang adalah datang daripada derma orang ramai dan tidak ada satu sen pun disumbangkan oleh Soros.
"Kami tiada apa-apa yang perlu disembunyikan. Kami pun pernah mengumumkan jumlah derma yang diperoleh. Ketika ini, kami mempunyai RM2.7 juta yang kesemuanya adalah sumbangan daripada orang ramai.
"Kalau dia (Jamal) mahu lapor polis, biarkanlah dia. Saya tidak takut, apa yang kami ambil berat ialah masalah negara ketika ini," kata Maria Chin.
Sebelum ini, Jamal mendedahkan Bersih mendapat tajaan RM3.2 bilion (AS$800 juta) daripada pertubuhan Open Society Foundations (OSF) yang dikelolakan oleh Soros sejak 2010.‎
Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada kebocoran dokumen dalaman OSF yang digodam oleh aktivis Wikileaks beberapa minggu lalu.
Maria Chin berkata, beliau akan menuntut saman fitnah di mahkamah terhadap Jamal atas segala dakwaan terhadap Bersih dan dirinya.

Soros terlibat Bersih hanya tuduhan, kata Tun M

Posted: 04 Nov 2016 08:18 PM PDT

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penglibatan jutawan mata wang, George Soros dalam Bersih hanyalah satu tuduhan dalam cubaan membatalkan perhimpunan tersebut.
Menurutnya, beliau juga lebih mengutamakan tunjuk perasan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding mengambil kira hal kewangan kumpulan Bersih ini.
Dr Mahathir Mohamad "Sungguhkah? Nampak ke ada sumbangan? Perkara ini tidak boleh disahkan dan hanyalah satu tuduhan.
"Buat masa ini saya hanya fokuskan dengan tunjuk perasaan pada Najib dan tidak terlibat dengan punca kewangan kumpulan ini.
"Lagipun saya merasakan ini merupakan modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan Bersih nanti," katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Selain itu, Mahathir juga turut membalas cabaran Pengerusi Gabungan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunus yang mencabar beliau kemukakan bukti mengenai dakwaan beliau terhadap Najib.
"Banyak bukti saya dah tunjuk, kini giliran saya punya bertanya pada dia, mana dia dapat duit?
"Adakah dia membayar cukai atau pun tidak?" katanya lagi.

SEJAK BILA BN bercakap benar ?!

Posted: 04 Nov 2016 08:09 PM PDT

TOL NAIK..
duit rakyat jadi mangsa..

TOL TAK NAIK TAPI BAYAR PAMPASAN..
duit rakyat JUGA jadi mangsa..

Berilah pelbagai alasan sekalipun, rakyat bukannya bodoh..

BILA TIBA PRU14 NANTI.. PANGKAH LAH LAGI BN !!!

Posted: 04 Nov 2016 08:06 PM PDT

Yang sign deal.. 'MEREKA'
Yang setuju perjanjian berat sebelah.. 'MEREKA'
Yang buat agreement tentang kadar pampasan.. 'MEREKA'

TIBA2 rakyat yang kena tanggung segala2nya..
Yang buat pasal 'MEREKA'..
Kenapa rakyat dipaksa hadap juga ??

TOL TERPAKSA DINAIKKAN dgn alasan nak bina lebih byk hospital & sekolah..??!!

Posted: 04 Nov 2016 08:04 PM PDT

ABESTU..Dah kutip cukai GST sampai RM57.27 bilion tu pi mana !!

ATAU Nak tolong bayar hutang main judi anak tiri Najib USD$11 juta itu ka !!

Cilakak sungguh #MalaysianOfficer1 #MO1

Posted: 04 Nov 2016 08:02 PM PDT

PAKCIK kampung MAKCIK Felda tau tak !!!.. Bayar hutang main judi LEBIH AFDHAL berbanding taja Haji..

PERGHH !!!.. 3 Kali ganda bayar main judi berbanding taja Haji..

Pleasant, tearful meeting between Siti Hasmah and Wan Azizah

Posted: 04 Nov 2016 06:02 PM PDT

Dr Jomo speaks on vision 2020

Posted: 04 Nov 2016 06:01 PM PDT

Dr Jomo: We are neither here nor there

Posted: 04 Nov 2016 06:00 PM PDT

Dr Jomo speaks on Budget 2017

Posted: 04 Nov 2016 06:00 PM PDT

Najib Akan Jual Negara Jika BN Menang PRU14

Posted: 04 Nov 2016 05:59 PM PDT

Tragedi Sukri Saad Lambang Kezaliman UMNO@BN

Posted: 04 Nov 2016 05:58 PM PDT

Comments (0)