Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRU14: Pilihan antara k’jaan pimpinan Umno atau DAP sembang Najib

Posted: 30 Nov 2016 09:15 PM PST

Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
Presiden Umno berkata rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.
"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Kuala Lumpur, hari ini.
Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa.
Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya.
Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, parti yang mampu membela keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya.
Presiden Umno turut mengingatkan rakyat syiar Islam dan pengamalannya akan diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah sekali gus membangkitkan rasa risau, sakit hati dan marah dalam kalangan umat Islam.
Najib berkata perkara itu tidak mustahil apabila Perlembagaan DAP langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak menjunjung institusi Raja-Raja Melayu, malah tiada komitmen untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
Lebih membimbangkan, katanya, kewujudan institusi-institusi berkaitan Melayu Islamseperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji; Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar.

Read More / Baca Lagi >>

Jihad UMNO untuk rakyat Malaysia sembang Najib

Posted: 30 Nov 2016 09:07 PM PST

"Saya tidak perlu lagi bersifat gentleman dan berlembut," tegas Najib

Posted: 30 Nov 2016 09:05 PM PST

Keluarga Orang Asli meminta tahanan di bebaskan

Posted: 30 Nov 2016 09:04 PM PST

Air mata isteri Orang Asli menitis lihat suami ditahan reman

Posted: 30 Nov 2016 08:57 PM PST

Najib ingatkan 'pengkhianat': Langgar sumpah ciri munafik

Posted: 30 Nov 2016 08:23 PM PST

Presiden Umno turut melontarkan ungkapan "Melayu Mudah Lupa"yang dipopularkan melalui sajak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir kembali bekas perdana menteri itu.

"Dalam perhimpunan ini, saya memilih untuk terus berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam batang tubuh secara peribadi.
"Tapi mengkritik pada perbuatannya, kerana kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pimpinan, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia atas nama Allah dengan kalimah-kalimah wallahi, wabillahi, watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini," kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Berkaitan sumpah itu, dedahnya, beliau ada bertanya kepada para ulama jika ia dilanggar.

Kata Najib, jawabnya, ia adalah satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.
"Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu mudah lupa.
"Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti! tegas Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Najib: Mara, Felda, Risda, Felcra… semuanya lenyap kalau DAP menang dalam PRU14

Posted: 30 Nov 2016 08:18 PM PST

Begitu juga, institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, di samping insitusi wakaf dan zakat akan diperlekeh dan dicabar.
najib_dap_umno_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi amaran semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap sekiranya DAP berkuasa.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno hari inni, presiden Umno itu menyifatkan DAP sebuah parti sekular memperjuangkan "liberalisme melampau".
"Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.
"Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap," kata Najib.
Najib juga berkata institusi pengajian tinggi yang dikhususkan untuk orang Melayu dan Bumiputera seperi Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
"Natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin, nescaya orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang.
"Lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya.
Tidak berakhir di situ, syiar Islam juga akan dibelakangi, kata Najib.
"Jika dikaji Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
"Institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Jakim, Jawhar (Jabatan Wakaf), Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya," katanya.

Orang Asli Gua Musang berkumpul desak pembebasan 41 tahanan

Posted: 30 Nov 2016 08:13 PM PST

Masyarakat Orang Asli yang sebelum ini membina sekatan menghalang kemasukan pembalak berkata mereka hanya menuntut hak saja, tidak ada sebab untuk polis membuat tangkapan.
asli
GUA MUSANG: Lebih 200 Orang Asli berkumpul di Kampung Parit di sini, hari ini bagi mendesak kerajaan negeri memulangkan hak masyarakat itu dan membebaskan 40 saudara mereka yang ditahan polis baru-baru ini.
Mereka tetap berkumpul di kawasan itu meskipun Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan pada 29 November lalu bertindak merobohkan sekatan yang dibina Orang Asli bagi menghalang aktiviti pembalakan di situ, sejak beberapa bulan lalu.
Tinjauan FMT hari ini mendapati kumpulan Orang Asli itu mula memasang khemah di kampung itu sejak polis menahan ahli mereka, kelmarin.
Nasir, salah seorang Orang Asli berkata mereka bukan penjenayah dan tidak sepatutnya polis menangkap mereka.
"Kami bukan penjenayah kenapa tangkap kami, kami hanya menuntut hak saja.
"Kami desak pihak berkuasa bebaskan keluarga kami, kami akan terus mendesak sehingga mereka dibebaskan, kami akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir," katanya kepada FMT.
Seorang lagi penduduk, Gapeh Angah berkata: "Kami tidak akan berganjak dan terus berkumpul di sini sehingga, semua rakan kami dibebaskan.
"Kasihanilah kami, berhenti buli kami, kami merayu," katanya.

Perkongsian kuasa hilang kalau Cina terus sokong DAP, kata naib ketua Pemuda

Posted: 30 Nov 2016 08:10 PM PST

Berdasarkan senario sokongan terhadap BN pada PRU 2008 dan 2013, melihatkan kemerosotan ketara pengundi Cina dan ia memerlukan tindakan segera, kata naib ketua Pemuda.
Khairul-Azwan-Harun_umno_600_11
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan berkata sokongan berterusan pengundi Cina kepada DAP akan hanya menamatkan perkongsian kuasa yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Azwan turut memberi amaran ia akan hanya mendekatkan Umno kepada parti lain yang ingin menegakkan syariat, dipercayai merujuk kepada PAS.
"Jika mereka terus dihasut dan makan racun DAP, tidak kembali kepada semangat muafakat inklusif BN maka jangan terkejut jika parti politik lain bersehaluan dengan kita.
"Yang ingin negara terus dipimpin pihak yang ingin syariat Islam dikukuhkan, akan bersama dan bersatu dengan kita," katanya sewaktu ucapan penggulungan Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2016.
Katanya, dalam memperjuangkan agenda BN, parti komponen harus bergerak seiring dan jangan membiarkan segala bebanan ketika PRU ditanggung Umno sendirian.
"Bila sudah menang, jerit-jerit minta jawatan dalam Kabinet. Apa makna perkongsian kuasa kalau tiada perkongsian risiko. Saya hendak ingatkan kepada sahabat kepimpinan parti komponen BN, jangan hanya mahu 'play safe'.
"Mahu bertanding di kawasan yang mudah menang dan masih lagi meneruskan program kononnya untuk pertahankan kepentingan bangsa Cina tetapi tanpa disedari tindakan itu 'counter productive'," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

NGO: Kartun bukan ancaman, penunjuk perasaan bukan pengganas

Posted: 30 Nov 2016 07:57 PM PST

Artikel 19 berkata undang-undang antarabangsa membenarkan organisasi masyarakat sivil meminta, menerima dan menggunakan sumber kewangan, tanpa mengira asal negara berkenaan.
kartun-berrsih
KUALA LUMPUR: NGO antarabangsa, ARTICLE 19 berkata kartun bukan ancaman kepada masyarakat dan mereka yang membantah kerajaan bukan pengganas.
Ia juga berkata organisasi hak asasi wanita tidak "memudaratkan kepada demokrasi", merujuk kepada serbuan polis terhadap kumpulan Empower, baru-baru ini.
ARTICLE 19 berkata siasatan jenayah terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis serta ahli politik yang ditahan sebelum dan selepas himpunan Bersih 5, kartunis Zunar dan mana-mana staf Empower, perlu dihentikan.
Dalam satu kenyataan hari ini, ARTICLE 19 berkata 9 tuduhan menghasut yang masih tertangguh terhadap kartunis Zunar perlu digugurkan tanpa syarat.
Katanya, Zunar diserang sekumpulan 30 lelaki yang membantah pameran kartunnya di Komtar Mall, Pulau Pinang, kerana mereka rasa karyanya menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Katanya, Zunar pula ditahan sehari selepas serangan terhadapnya, bukan mereka yang menyerangnya.
Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa memberi perlindungan kepada kebebasan berkarya, terutama jika ia bersifat politik; menyatakan ia tidak boleh menyekat kebebasan seni hanya kerana ia memalukan mereka yang memegang kuasa.
ARTICLE 19 berkata dalam undang-undang itu jelas menyatakan organisasi masyarakat sivil ada kebebasan untuk berpersatuan, termasuk hak mendapatkan, menerima dan menggunakan sumber termasuk sumber kewangan, tanpa mengira asal negara itu.
Sehubungan itu, NGO itu mendesak kerajaan Malaysia berhenti mengganggu dan menakut-nakutkan organisasi masyarakat sivil, artis dan pengkritik kerajaan lain.
Read More / Baca Lagi >>

‘Penderhakaan’ Dr M jadi fokus ucapan Najib

Posted: 30 Nov 2016 07:53 PM PST

Najib berkata beliau suatu ketika dulu setia kepada Dr Mahathir ketika mengharungi krisis 1988.
najib-pau
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir sekali lagi menjadi sasaran Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, apabila Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerjasama beliau dengan pembangkang sebagai kemuncak penderhakaannya.
Beliau meluahkan rasa kecewa kerana Dr Mahathir kini berpaling tadah daripada parti yang sekian lama dipimpinnya.
"Beliau yang kita sanjung kini tergamak terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat dengan DAP, Bersih, Amanah dan PKR. Dan lebih teruk, bersekongkol dengan musuh seperti Soros yang pernah disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang," kata Najib yang merujuk hartawan Amerika Syarikat George Soros, yang dituduh memberikan dana menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional (BN).
"Sayang seribu kali sayang. Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya," katanya dalam ucapan dasar presiden hari ini.
Dr Mahathir turut menjadi sasaran ucapan ketua Pemuda dan Wanita Umno semalam.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memetik sajak "Melayu Mudah Lupa" karangan bekas perdana menteri itu, sementara Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil menyifatkan Dr Mahathir "bercium mulut" dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai "hari paling gelap" buat dirinya.
Najib berkata tindakan Dr Mahathir bertentangan dengan sikapnya yang sentiasa berada di belakang presiden di saat parti Melayu itu berhadapan krisis.
Beliau membangkitkan episod pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987, pengharaman Umno setahun kemudian dan krisis kewangan pada 1997-1998.
"Hinggakan YB Mulia Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati dengan saya. Saya lakukan itu semata-mata berpegang atas prinsip wala' kepada presiden, walaupun secara peribadinya sangat akrab dengan Tengku Razaleigh," kata Najib menggunakan istilah Arab untuk setia, menyorot kembali krisis Umno 1988.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir kemuncak penderhakaan kepada Umno, kata Najib

Posted: 30 Nov 2016 07:47 PM PST

Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk parti baru bagi menjatuhkan Umno-BN jelas memberi kesan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri menyatakan kekecewaannya, sekali gus menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai "kemuncak penderhakaan" kepada Umno dan negara.
"Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.
"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram BERSIH, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang.
"Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya," kata Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun Najib berkata Umno mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi Umno.
Kata Najib, prinsip walak Umno membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan baiah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.
"Walak yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, walak sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdanamenterian, yang disandang oleh seseorang," kata Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Umno bertahan hingga kini kerana walak - Najib

Posted: 30 Nov 2016 07:47 PM PST

Umno mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi Umno, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata prinsip walak Umno membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan baiah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.
"Walak yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, walak sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdana-menterian, yang disandang oleh seseorang," kata Najib dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Jelasnya, selama lebih tujuh dekad Umno berjaya bertahan walaupun menghadapi pelbagai rintangan serta sering kali cuba dijebak ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.
Perdana menteri berkata ia merupakan perlambangan hebat parti terbesar orang Melayu itu menjunjung adat dan budaya Timur serta bersendikan landasan syarak, dalam menyatakan sokongan dan dukungan terhadap seorang presiden atau perdana menteri selama ini.
Memberikan contoh beberapa pergolakan termasuk episod pertembungan antara 'Team A' dan 'Team B' ketika pemilihan presiden Umno pada 1987 dan pengisytiharan Umno sebagai pertubuhan haram pada 4 Feb 1988, Najib berkata orang Umno tetap setia bersama pemimpin mereka.
"Siapa juga pada saat-saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) selaku presiden, sehingga Umno baharu secara rasmi diterima semula secara sah? Siapa lagi, siapa lagi, kalau bukan kita, orang Umno," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

AS medan wang haram antarabangsa, DoJ beri contoh kes 1MDB

Posted: 30 Nov 2016 07:12 PM PST

Penolong peguam negara AS itu berkata ia hanya memerlukan sedikit kecanggihan bagi penjenayah menyembunyikan hasil haram mereka.
leslie
PETALING JAYA: Kelemahan perundangan Amerika Syarikat merupakan antara faktor sektor kewangan negara itu diperalatkan penjenayah bagi melakukan transaksi wang haram, kata seorang jurucakap Jabatan Kehakiman AS (DoJ) yang turut memberikan contoh kes membabitkan 1MDB.
Penolong Peguam Negara AS, Leslie Caldwell yang bertanggungjawab bahagian jenayah DoJ, berkata permohonan menyita aset sejumlah AS$1.2 bilion membabitkan syarikat milik kerajaan Malaysia itu merupakan contoh terbaik bagaimana penjenayah bagi menyembunyikan hasil aktiviti haram mereka.
"Jurang dalam undang-undang di seluruh dunia membenarkan sesiapa sahaja yang ada kecanggihan asas untuk membuka akaun atas nama syarikat kosong dan mengelak daripada mendedahkan pemilik akaun tersebut," kata Caldwell dalam komen disiarkan Bloomberg, menjelang sebuah persidangan antarabangsa menangani jenayah rasuah global di Panama, hari ini.
Bagaimanapun, Caldwell berkata di sebalik usaha canggih penjenayah, pihaknya menerusi kerjasama antarabangsa berjaya "mengangkat kain" yang menutupi identiti sebenar mereka yang menerima wang yang DoJ percaya dilesapkan daripada 1MDB.
"Tetapi ia proses yang memakan masa dan sumber yang banyak disebabkan pencarian dokumen dan soal siasat dengan saksi," tambahnya.
Calwell berkata sistem kewangan AS menjadi tarikan kepada penjenayah antarabangsa, yang menjadikannya pengkalan menyembunyikan wang haram.
Menurutnya, penjenayah secara licik menyembunyikan hasil mereka tanpa dikesan pihak berkuasa.
"AS mesti menutup kelemahan yang dieksploitasi pegawai kerajaan luar negara dan lain-lain yang menyembunyikan hasil daripada aktiviti haram mereka, dan membantu pihak penguatkuasa undang-undang mencegah dan menyiasat jenayah kewangan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

SAMBUNGAN EPISOD MELAYU MUDAH LUPA, SUDAHKAH KJ MELIHAT CERMIN PAGI INI SEBELUM PERGI KE PAU2016?

Posted: 30 Nov 2016 07:11 PM PST

Siapa Pengkhianat? KJ dan Pemuda UMNO, bukan Tun M.

1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina  jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?

3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.

6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?

7. Kamu biarkan seorang  pemuda Cina  Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita. Kamu  jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat,  apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?

Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya. 

Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke Perhimpunan Agung UMNO?

Kami dengar, kata pimpinan selepas ucapan keras Puteri Umno

Posted: 30 Nov 2016 07:05 PM PST

Ahli MT Umno memuji sayap srikandi parti itu kerana menunjukkan perbahasan matang dan berani.
idris-jusoh
KUALA LUMPUR: Pesanan keras seorang perwakilan Puteri Umno Pahang semalam diambil maklum ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, yang turut memuji perwakilan lain sayap srikandi parti itu kerana "matang dan berani".
Idris mengulas ucapan Ketua Puteri Umno Jerantut, Norsarfinaz Mohd Azman yang secara terbuka menyelar pemimpin yang cuba memperbodohkan rakyat.
"Kita dengar suara mereka. Ia cadangan yang baik dan laporan akan dibuat untuk diketengahkan," katanya dipetik Bernama, tanpa menjelaskan lanjut.
Norsarfinaz pada Perhimpunan Agung Umno semalam berkata pemimpin kerajaan perlu berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini.
"Kami semua intelek tinggi. Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay tapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik," katanya pada sesi yang turut dihadiri pemangku timbalan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Norsarfinaz turut menyentuh soal pencemaran alam dan penebangan hutan yang menurutnya memberi kesan terhadap pelancongan di negeri Pahang, yang baru-baru ini dilanda masalah pencemaran bauksit.
"Tetapi jika kami pergi sana, pastikan hutan tak ditebang. Masalah bauksit diselesaikan, jadi tidaklah ia tebal macam foundation (mekap) kami.
"Dan sungai janganlah nampak macam teh tarik," katanya, selang sehari selepas pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengenai pencerobohan beribu-ribu hektar hutan simpan di Pahang.
Idris yang juga menteri pendidikan tinggi bagaimanapun berkata wakil Puteri memberikan keutamaan kepada parti dan bukan pemimpin.
Read More / Baca Lagi >>

Aura Tun Mahathir gentarkan Umno

Posted: 30 Nov 2016 07:05 PM PST

Aura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu kuat sehingga memberi ancaman kepada pentadbiran Umno-BN.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, aura dimiliki Mahathir sudah dimiliki sejak dahulu lagi sehingga memecahkan ahli Umno kepada dua bahagian.
"Aura Tun ni memang sedia ada dari dulu, apatah lagi dalam kalangan ahli Umno itu sendiri.
"Beliau membuat pendirian terkini yang turut memberi impak hingga memecahkan ahli-ahli Umno kepada dua bahagian," katanya.
Selain itu katanya, isu pengundi muda turut mempengaruhi sokongan terhadap Umno berikutan golongan tersebut semakin bijak membuat penilaian.
"Realitinya tak boleh dinafikan hari ini anak muda mempunyai pengetahuan lebih meluas dengan mudah.
"Mereka membaca dan boleh fikir mana yang boleh beri kebaikan dari sudut pentadbiran parti itu sendiri dan dengan apa yang berlaku, mereka lebih kepada blok pembangkang yang ada pada hari ini," katanya.
Sinar Harian semalam melaporkan, Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, jentera Umno perlu bangkit menghadapi empat cabaran utama menjelang PRU14.
Antaranya ialah fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang, selain pengundi muda, perpecahan dalaman dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, PKR Selangor menyifatkan Umno pada hari ini sangat lemah dan cuba memperlihatkan parti serta ahli-ahlinya kuat melalui penguasaan media dengan hanya masih menerajui Putrajaya.
Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, sebab itu Umno cuma menggunakan isu kegagalan pembangkang bersatu secara maksimum bagi menutup kelemahan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Menyingkap mentaliti penyokong RUU 355

Posted: 30 Nov 2016 06:57 PM PST

Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Sakit sesuatu bangsa, maka sakitlah juga bangsa lain, tetapi hujah penyokong usul Hadi tidak mengambil kira kenyataan ini.
hadi-awang
Rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) adalah usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluaskan had hukuman bidang kuasa mahkamah syariah melalui usul persendirian.
Perubahan yang dicadangkan Hadi adalah radikal. Antara lain, beliau mahu had denda diubah daripada RM5,000 kepada RM100,000, bilangan sebatan daripada 6 kepada 100, dan tempoh hukuman penjara daripada 3 kepada 30 tahun. Di bawah pindaan ini, cuma hukuman mati sahaja yang tidak boleh diberi mahkamah syariah.
RUU 355 kini ditunda dan akan diusulkan pada Mac 2017. Mengapa? Kononnya, Hadi dan PAS ingin mengkaji semula pindaan yang ingin dilakukan.
Yang menghairankan, semua pindaan ini dilakukan atas nama Tuhan, jadi apakah selama ini mereka tidak mengetahui hukuman Al-Quran dan Hadis?
Jika mereka terpaksa merumuskan semula dengan sendiri, adakah ia masih hukum Tuhan?
Begitulah sorakan murid sekolah agama yang disuruh berdiri di tepi jalan sambil menyanyi salawat dan memegang sepanduk meminta "hukum Tuhan" dikurniakan kepada mereka.
Bukan PAS sahaja di kalangan puak sebegini yang mahu melaksanakan pemahaman Islam mereka ke atas orang lain.
Kini, NGO Islam tumbuh merata. Satu daripadanya Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang menggandingkan perjuangan Islam dengan unsur kaum. Ini perjuangan yang pelik, kerana Nabi Muhammad jelas menolak nasionalisme Arab dalam perjuangannya, seperti mana ditolaknya rasisme dan penindasan terhadap orang berkulit hitam. Mungkin penyokong mereka tidak pernah mendengar tentang khutbah al-wida' dan kisah seorang hamba bernama Bilal.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas pegawai tinggi polis fail laporan polis terhadap AG

Posted: 30 Nov 2016 06:55 PM PST

Seorang bekas pegawai tinggi polis telah membuat satu laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.
Ini selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan bahawa "tiada tindakan lanjut" (NFA) diambil ke atas laporan polis yang dibuatnya sebelum ini pada 24 Oktober.
Dalam laporan terbarunya - yang difailkan pada 21 November - Datuk Mat Zain Ibrahim, yang pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, mendakwa arahan NFA itu datang dari Apandi.
Malaysiakini telah melihat salinan surat bertarikh 7 November yang ditandatangani oleh Ketua CID Kuala Lumpur sekarang, Rusdi Mat Isa memberitahu Mat Zain bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengklasifikasikan laporannya pada 24 Oktober sebagai NFA berkuatkuasa 1 November, kira-kira seminggu selepas laporan itu dibuat.
Laporan 24 Oktober itu, yang memetik saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika untuk mendapatkan AS$1 bilion yang didakwa dicuri dari 1MDB, mencadangkan terdapat "bukti kukuh" untuk menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan adiknya, pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.
Mat Zain juga mengaitkan Nazir dalam laporan polis 24 Oktober itu terhadap kemungkinan kesalahan di bawah Seksyen 411 atau Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana "menerima atau melupuskan harta dicuri".
Ini berikutan pengakuan Nazir kepada Wall Street Journal, telah menerima AS$7 juta dari Najib dan mengagihkannya kepada ahli-ahli politik parti pemerintah parti sebelum pilihan raya umum ke-13

Kerjasama Umno-Pas tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MT?

Posted: 30 Nov 2016 06:55 PM PST


Datuk Zaharin Mohd Yassin Datuk Zaharin Mohd Yassin Kerjasama Umno-Pas sebenarnya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno sejak ia mula disebut oleh  Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak hampir setahun lalu.
Perkara ini didedahkan Timbalan Pengarah War Room BN Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasin yang mendakwa, kerjasama yang diuar-uarkan itu hanya berlaku antara Najib dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan membabitkan parti.
"Kerjasama Umno-Pas ini sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan parti masing-masing walaupun ia berkaitan Melayu dan Islam.
"Umno-Pas tidak boleh bekerjasama.
"Yang ada kerjasama itu sebenarnya antara Najib dan Hadi bukan Umno dan Pas...itu kehendak pemimpin.
"Sebab itu sehingga hari ini kerjaasama ini tidak pernah dibawa berbincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Bahkan dakwanya lagi, oleh kerana kedua pemimpin menyedari akan hal itu, antara sebab ujarnya, Hadi sehingga kini tidak menyatakan pendiriannya berkaitan kerjasama parti itu dengan Umno.
"Najib dan Umno pun tidak pasti apa pendirian Hadi dalam kerjasama ini sebab itu tiada dibincang dalam mesyuarat MT.
"Walaupun Pas tidak berada dalam Pakatan Harapan, dia masih lagi cium 'bau busuk' Pakatan Harapan di Selangor. Itu sebab Umno jangan ditipu...kecuali ada perjanjian dengan Pas.
"Pas juga tidak buat pendirian jelas untuk bekerjasama dengan Umno..ini semua (kerjasama Umno-Pas) macam 'pakatan haram' hanya cakap politik kedua pemimpin parti," ujarnya.
Ditanya pula tentang parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini sedang bergerak bersama Pakatan Harapan untuk bergabung menentang BN bercadang mengunakan satu logo, satu manifesto dan satu calon dalam pilihan raya akan datang.
Zaharin yang juga bekas Setiausaha Bahagian Umno Bandar Tun Razak berpengalaman 40 tahun dalam parti berkata, adalah wajar sekiranya PKR,DAP,Amanah dan PPBM untuk bersatu.
Tetapi adalah tidak wajar danlogik ujarnya, jika ada pihak berpandangan Umno dan Pas turut akan jalin kerjasama politik bagi berhadapan dengan gabungan pakatan itu kelak.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asli dizalimi: "Kalau betul berlaku, Pas Pusat akan nasihat Kelantan," kata Dr Zuhdi

Posted: 30 Nov 2016 06:46 PM PST

Orang Asli Kelantan ditindas, protes aman depan Pejabat Pas Pusat

Posted: 30 Nov 2016 06:46 PM PST

Kita 'berperang', tak usah simpati kepada musuh - KJ

Posted: 30 Nov 2016 07:57 AM PST

Tidak ada tempat dalam Umno untuk penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tegas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau menegaskan, Umno dan BERSATU mungkin berkongsi penyokong, justeru, kesetiaan yang terbahagi itu adalah sesuatu yang membimbangkan.
"Itulah sebabnya kita perlu menghantar mesej yang jelas - dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, kita perlu lukis garis pemisah dan kita perlu lawan.
"Dan tidak ada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara diam-diam bersimpati dengan mereka (BERSATU)," kata beliau yang juga menteri belia dan sukan semasa sidang akhbar di PWTC.
Semasa berucap pada perhimpunan agung Pemuda Umno sebelum ini, anggota Parlimen Rembau itu mengingatkan ahli-ahlinya untuk tidak memandang rendah terhadap BERSATU.
"Parti Pribumi tidak akan bertanding di kawasan-kawasan seperti Lembah Pantai, Kuantan atau Seremban. Mereka akan menyerang kawasan deposit tetap Umno - Muar, Langkawi, mungkin Rembau," ujar beliau.
Ejen senyap
Read More / Baca Lagi >>

Umno tak relevan jika masih ada penumpang parti - Annuar

Posted: 30 Nov 2016 07:56 AM PST

Annuar Musa
KUALA LUMPUR - Umno tidak akan mampu kekal relevan mahupun menjuarai sokongan rakyat jika ahlinya masih menjadi penonton dan penumpang parti, kata Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata, kekuatan Umno juga bergantung kepada mereka yang berada di luar parti dan beliau turut menegaskan, parti akan longlai dan lemah jika sokongan hanya datang dari dalam.
"Apa-apa isyarat dari parti, ahli perlu faham dan dapat laksanakan misi yang dirancang. Jangan jadi penonton dan penumpang. Di bahu kita terletak kekuatan parti. Untuk berjaya, kita kena juga yakinkan orang bukan anggota dan tarik sokongan mereka" katanya.
"Kalau hanya bergerak sesama dalaman, Umno tidak akan menjadi parti inklusif. Kalau makin lama makin ke dalam, akan menjadi parti eksklusif, jadi rakyat lihat Umno hanya untuk ahli parti sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini hari ini.

Jangan pandang enteng terhadap Bersatu - Pemuda Umno

Posted: 30 Nov 2016 07:54 AM PST

KUALA LUMPUR - Ahli Umno dinasihatkan tidak memandang enteng terhadap kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Johari Yazid Ketua Pemuda Bahagian Umno Cheras, Johari Yazid berkata demikian selain melahirkan rasa bimbang terhadap kemungkinan Bersatu akan mengatasi BN pada PRU akan datang.
"Kita kena tengok pada pilihan raya di Amerika Syarikat (AS) di mana calon Demokrat, Hillary Clinton tewas berdepan calon parti Republican, Donald Trump.
"Memang pada awal kita jangka kemenangan akan berpihak kepada Clinton, tapi kita tengok bagaimana pengakhirannya. Hillary akhirnya kalah dan Trump yang tak disangka menang, akhirnya menang," katanya menerusi wawancara khas bersama Sinar Online, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, seluruh parti perlu kekal bersatu dan bekerjasama untuk mengatasi musuh menjelang pilihan raya akan datang.
"Ini adalah masanya untuk kita kekalkan kesetiaan dan kekuatan pada Umno.
"Jangan kita pandang ringan parti yang kita anggap lemah kerana mereka boleh mengatasi kita pada PRU nanti," katanya lagi.

Comments (0)