Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Jamal hanya selalu membuat kenyataan tapi tiada apa apa' - KPN

Posted: 03 Nov 2016 08:47 PM PDT

China bakal kuasai ekonomi dunia, kata Razak Baginda

Posted: 03 Nov 2016 08:46 PM PDT

"Dedah salah laku PM, tiga menteri jelas cuba hasut," kata Khalid

Posted: 03 Nov 2016 08:43 PM PDT

APA KATA NAJIB: SEMUA AKAN MENGELUH BILA MINYAK NAIK – ZIANA ZAIN

Posted: 03 Nov 2016 08:27 PM PDT


Seperti sebahagian rakyat lain, penyanyi Ziana Zain turut mengeluh apabila merasa tempias gara-gara terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dalam menjalani kehidupan berkeluarga, Ziana berkata dia antara insan yang perlu bergelut dengan kekangan kewangan.
Yang menjadi masalah kata Ziana apabila perlu mendepani cabaran itu dengan 'berlapang dada.'
"Semua akan mengeluh apabila minyak naik.
"Kerana semua yang lain juga naik, seperti peralatan sekolah dan segala yuran.
"Sebagai rakyat kami harus hadapi perkara itu," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Ziana diajukan soalan berkaitan subsidi minyak masak yang dibatalkan, tetapi dia hanya menjawab ringkas: "Tiada komen."
Pun begitu, Ziana adalah seorang ibu yang menitikberatkan tanggungjawabnya kepada anak-anak.
"Bangun pagi setiap hari dah siap masak sebelum bekerja. Saya pastikan semua dah siap apabila anak balik sekolah ada nasi," katanya.
Ziana atau namanya Siti Roziana Zain, 48, ditemui pada sidang media Konsert High Note 2016 di Istana Budaya hari ini.
Mulai awal bulan ini, kerajaan membatalkan subsidi untuk minyak masak, kecuali bagi paket 1 kilogram yang akan terus dijual pada harga RM2.50 setiap satu.
Pembatalan subsidi minyak masak menyebabkan sesetengah pengeluarnya menaikkan harga produk mereka sehingga 60 peratus.
3 vokal bernada tinggi

Untuk konsert yang akan bermula pada 25 hingga 27 November itu, Ziana antara tiga gabungan vokal bernada tinggi termasuk Jaclyn Victor dan Azlan & The Typerwiter.
Read More / Baca Lagi >>

Timbalan menteri MITI tak boleh jawab isu harga minyak masak naik?

Posted: 03 Nov 2016 08:21 PM PDT

Sedangkan anda jugalah yang pernah berkongsi resipi nasi goreng GST sebelum ini walaupun bukan seorang chef atau tukang masak.
Apakah seorang guru yang mengajar bahasa Melayu tidak boleh menegur pelajar jika dia didapati membuat kesilapan dalam mata pelajaran Matematik?
Bolehkah saya menjawab "tidak boleh dan bukan tugas saya" jika bos arah sesuatu kerja di luar bidang tetapi mampu saya lakukan?
Bagaimana pula jika seseorang itu berdiam diri melihat orang di sebelah dirompak atau dipukul dengan alasan mereka bukan polis?
Samalah juga dengan insiden Datuk Ahmad Maslan apabila beliau berdiam diri daripada menjawab soalan berkenaan kenaikan harga minyak.
Jawapan beliau, sangat senang, ""Saya tidak jawab apabila media semalam tanya tentang harga minyak sebab semua orang tahu yang minyak masak bawah KPDNKK dan petrol bawah MOF. Saya di MITI.."
Jawapan itu pula diberikan pada keesokan hari melalui akaun Twitter selepas video rakaman beliau berdiam diri kepada soalan seorang wartawan portal dalam talian tersebar luas.
Wahai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI), rakyat melantik anda sebagai wakil, sebagai medium supaya boleh menjadi penghubung dan "jika boleh" penyelesai masalah rakyat.
Alasan yang disampaikan Ahmad sekali lagi meletakkan kredibiliti beliau dipersoal orang ramai.
Apabila anda atau mana-mana menteri, wakil rakyat diutarakan dengan soalan berkisar sosioekonomi atau kos sara hidup, masalah yang sedang meruncing kami selaku rakyat, tak kiralah apa pun portfolio anda, saya rasa wajarlah ia dijawab secara bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya, tunjukkan respons tanda keprihatinan dan bukan dengan memberi alasan "bukan bidang kuasa saya" atau sama erti dengannya.
Lagi pun anda jugalah yang pernah berkongsi resipi nasi goreng GST sebelum ini walaupun anda bukan seorang chef atau tukang masak. Malah mengakui rajin memasak untuk ahli keluarga di rumah, maka sebagai seorang pengguna minyak masak, anda pasti orang yang paling layak memberi komen atau mengulas tentang isu tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pas semakin yakin kehilangan Kelantan

Posted: 03 Nov 2016 08:14 PM PDT


Pusat pentadbiran kerajaan Kelantan, Kota Darul Naim.Pusat pentadbiran kerajaan Kelantan, Kota Darul Naim.
Tindak-tanduk Pas mutakhir ini menunjukkan parti itu semakin yakin akan kehilangan Kelantan.
Mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berunding bagi menjayakan formula satu lawan satu, Penasihat Amanah Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata dalam pilihan raya akan datang kumpulan yang cuba bersendirian akan ditolak rakyat.
Dengan pelbagai masalah yang melanda negara, rakyat bersungguh untuk menukar kerajaan BN sedia ada dengan mengharapkan pembangkang dapat bersatu padu dan mampu mengambil alih kerajaan.
Menurut Husam, Konvesyen Pakatan Harapan 12 November ini yang turut dihadiri Tun Mahathir Mohamad akan mewujudkan satu pakatan yang mampu bersaing dengan BN.
"Kita serius untuk menawarkan kerajaan yang baru dengan menjadi kompetitif dan pilihan kepada rakyat," katanya pada majlis makan malam sempena setahun penubuhan Amanah Negeri Terengganu, malam tadi.
Malah beliau menegaskan, negara memerlukan pemimpin yang jelas untuk membela nasib rakyat dengan mempunyai ciri akauntabliti, kredibiliti, mengutamakan maslahat ummah dan melihat ke hadapan untuk melakukan kebajikan kepada rakyat pada rakyat.
Mengulas tentang politik Terengganu, beliau berkata rakyat negeri ini memerlukan parti politik baru yang mempunyai pimpinan berkaliber serta memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang dikehendaki rakyat.

Akaun 2 KWSP terkunci di bawah skim baharu PR1MA

Posted: 03 Nov 2016 08:13 PM PDT

CEO KWSP berkata peminjam yang mengambil tawaran kerajaan itu perlu sedar pengeluaran lain daripada Akaun 2 tidak dibenarkan termasuk perubatan, pendidikan, haji dan umur 50 tahun.
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)PETALING JAYA: Skim pinjaman perumahan baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017 akan memberi kesan terhadap kapasiti pengeluaran jangka panjang pembeli daripada akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Shahril Ridza Ridzuan berkata skim itu dibuka untuk pembeli rumah kali pertama dan bagi pembelian rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berharga RM300,000 ke bawah, lapor TheSun hari ini.
"Kami sedang memuktamadkan skim itu yang akan bermula 1 Januari depan.
"Namun, yang mahu mengambil skim itu perlu memastikan mereka tahu yang dengan mengambil pinjaman jangka panjang itu untuk membeli rumah, mereka tidak boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 untuk kegunaan jangka pendek," katanya.
Shahril berkata ini kerana di bawah skim itu, 4 bank yang menyertainya – Maybank, CIMB, RHB dan AmBank akan meluluskan permohonan jumlah pinjaman berdasarkan kepada pendapatan masa depan yang akan masuk ke Akaun 2 KWSP peminjam.
Katanya, langkah untuk "ring-fence" akaun KWSP peminjam juga untuk memberi lebih jaminan kepada bank supaya mereka boleh memberikan had pinjaman lebih tinggi kepada pemohon.
Maka, mereka yang memilih kemudahan itu tidak akan dapat membuat pengeluaran pra persaraan lain di bawah Akaun 2, termasuk untuk perubatan, pendidikan, umur 50 dan bagi menunaikan haji, sehingga pinjaman PR1MA itu diselesaikan sepenuhnya.
Beliau berkata keadaan itu mungkin jadi rumit jika peminjam tidak membayar pinjaman rumah berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Husam ingatkan Exco Kelantan usah 'jual' nama Tok Guru, tipu rakyat berdosa

Posted: 03 Nov 2016 08:10 PM PDT

Husam Musa
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa mengingatkan ahli Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Anuar Tan Abdullah supaya tidak 'menjual' nama mantan Menteri Besar Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi melindungi kelemahan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang bermasalah.
Ini kerana keputusan-keputusan perniagaan syarikat-syarikat terbabit dibuat setelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak lagi menjawat Menteri Besar.
Merujuk kenyataan media Anuar Tan pada 3 November lalu, Husam menegaskan "rela menjadi harimau terluka kerana diburu" daripada melindungi unsur penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri sekarang yang berlaku dalam berbagai cara dan skala.
Menyentuh tentang isu Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK), beliau mengingatkan bahawa transaksi KPK dan syarikat pembalakan Souncern diputuskan oleh Lembaga KPK pada 18 Mac 2014.
"Hampir setahun selepas Tok Guru tidak lagi menjadi MB. Tok Guru tidak menjadi MB sejak Mei 2013. Kenapa nak 'jual' nama Tok Guru? Ini lah sebenarnya cubaan memalukan Tok Guru.
"Perkara buruk hendak dilindungkan di belakang Tok Guru. Orang lain mendapat manisnya pada masa sekarang," kesal beliau.
Menyentuh isu Ladang Rakyat, Husam berkata banyak aspek yang boleh diberikan teguran namun jika kerajaan negeri berpuas hati dengan harga pajakan yang begitu rendah dan pihak lain mendapat keuntungan besar, beliau tidak boleh berbuat apa-apa.
Bagaimanapun beliau sekali lagi mengingatkan Anuar Tan agar tidak melindungi kelemahan pengurusan projek Ladang Rakyat dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.
"Tidak adil dan tidak bersopan untuk mengaitkan semuanya dengan Tok Guru yang telah meninggal dan tidak lagi mampu menjawab semua 'tuduhan' YB Dato Haji Anuar Tan itu," tegasnya.
Husam juga kesal kerana Anuar Tan sanggup menggadaikan kredebiliti beliau dengan hujah-hujah murahan.

Projek keretapi laju Pantai Timur untuk bayar hutang 1MDB, dakwa Husam

Posted: 03 Nov 2016 08:08 PM PDT

Orang ramai yang memenuhi Majlis Makan Malam Amanah Terengganu malam tadi.Orang ramai yang memenuhi Majlis Makan Malam Amanah Terengganu malam tadi.
Datuk Husam Musa mendakwa, projek keretapi laju Pantai Timur yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kota Bharu bernilai RM55 bilion bertujuan untuk membayar hutang 1MDB.
Ketika berucap di majlis makan malam Amanah Terengganu di sebuah hotel di Kuala Ibai, Kuala Terengganu malam tadi, Penasihat Amanah Kelantan itu berkata, berdasarkan kos awal projek itu adalah RM33 bilion, ia membolehkan kerajaan mendapat untung atas angin antara RM25 - 28 bilon.
Menurut Husam, 1MDB telah disaman di mahkamah arbitrasi London oleh bekas rakan kongsinya, Ipic dari Abu Dhabi yang kini sedang berjalan.
Husam menerima cenderamata dari Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah.Husam menerima cenderamata dari Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah.Ini ekoran 1MDB telah tidak membayar kepadanya sejumlah wang itu tetapi telah dibayar kepada Aabar palsu bukannya Aabar yang terletak di bawah Ipic.
Ekoran itu, Ipic telah memfailkan saman di mahkamah London itu dan menuntut USD6.3 bilion, iaitu RM26 bilon lebih wang Malaysia dari 1MDB.
"Dari mana duit nak bayar. Duit nak bayar itu dijangka di perolehi dari negara China melalui wang dilebih bayar untuk projek keretapi laju Pantai Timur tersebut yang nilainya antara RM25 - 28 bilion," dakwa Husam.
Menurut beliau, ketika projek ini mula disebut, Sarawak Report berkata, kosnya adalah antara RM30 - 33 bilion.
Namun, kerajaan dijangka akan menjadikannya RM60 bilion untuk memperoleh keuntungan untuk membayar segala hutang-hutannya termasuk hutang 1MDB.
Baru-baru ini, ketika membentangkan Bajet 2017, Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu projek keretapi laju pantai timur akan dibina bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuantan, Kuala Terengganu sehingga ke Kota Bharu bernilai RM55 bilion.
"Najib umumkan belanjanya RM55 bilion manakala Sarawak Report sebut RM60 bilon sebelum ini," kata Husam.
Dalam majlis malam tadi Husam turut mengucapkan tahniah kepada Amanah Terengganu yang berjaya memenuhkan dewan hotel itu.
"Saya ingat tidak ada penyokong Amanah di Terengganu. Tetapi melihat kepada kehadiran malam ini, rupanya Amanah mendapat sokongan besar di Terengganu," kata Husam.
Turut hadir di majlis malam tadi adalah Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu.

Husam: Menipu rakyat adalah berdosa

Posted: 03 Nov 2016 05:17 PM PDT



Datuk Anuar Tan
Saya merujuk kepada kenyataan media YB Dato Haji Anuar Tan pada hari ini, 3 November 2016.
Saya lebih rela menjadi harimau terluka kerana diburu dari dilihat sebagai kerajaan yang sedang melindungi unsur penyalahgunaan kuasa dalam berbagai cara dan berbagai skala.
KPK
1. Transaksi KPK dan Souncern diputuskan oleh Lembaga KPK pada 18 Mac 2014. Hampir setahun selepas Tok Guru tidak lagi menjadi MB. Tok Guru tidak menjadi MB sejak Mei 2013.
Kenapa nak 'jual' nama Tok Guru? Ini lah sebenarnya cubaan memalukan Tok Guru.
Perkara buruk hendak dilindungkan di belakang Tok Guru. Orang lain mendapat manisnya pada masa sekarang.
Tarikh transaksi ini membuktikan tindakan KPK menyerahkan pembalakan kepada Souncern semua kawasannya setiap tahun TIADA KENA MENGENA dengan Tok Guru.
2. Dalam tempoh sesingkat itu, Souncern telah pun mendapat lesen untuk membalak. YB Dato Hj Anuar sendiri mengakui semua senarai lesen membalak yang saya berikan adalah benar.
Kononnya satu proses yang lama diperlukan untuk kelulusan lesen dan dengan itu cuba dikaitkan kelulusan sekarang dengan keputusan Tok Guru adalah usaha yang memalukan.
KPK menandatangani perjanjian pada tahun 2014, 2015 dan 2016 sudah membalak.
3. KPK-Souncern memerlukan ketelusan.
Laporan Audit Dalam SUK sepatutnya menjadi asas rujukan utama jika YB Dato Haji Anuar Tan ingin berhujah atas tajuk ini.
Kenapa sepatah tiada rujukan terhadap Laporan Audit Dalam itu dibuat?
4. Berdasarkan Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK, maklumat berikut dinyatakan dengan jelas:
a. Tiada tender terbuka dilakukan. Hanya Rundingan terus. (muka surat 29 buku Laporan)
b. KPK telah menawarkan HARGA LEBIH RENDAH kepada Souncern berbanding keputusan Lembaga KPK pada 18 Mac 2014. Souncern diberikan harga hanya RM1,450 seekar untuk 2,000 ekar tebangan setiap tahun. (Muka surat 29 Laporan)
Lembaga memutuskan, harga RM1,800 se ekar bagi kawasan sudah kerja dan RM 4,000 se ekar bagi tebangan habis dengan nilaian RM 2.9 juta setahun. (muka surat 29 Laporan)
c. Keputusan Lembaga KPK tidak diikuti.
d. Kerugian setahun bagi KPK atas harga yang KPK sendiri putuskan tetapi tidak diikuti adalah RM5.7 juta. (muka surat 29 Laporan)
e. Harga RM 1,800 se ekar yang diputuskan oleh Lembaga KPK tetapi tetap TIDAK DIIKUTI adalah berdasar RM 300 se tan dengan anggaran keluaran hanya LAPAN TAN seekar bagi semua jenis kayu. (muka surat 29 Laporan)
f. Adakah harga semua kayu yang ditebang bernilai RM300 sahaja setan dan keluaran bagi setiap ekar purata hanya LAPAN TAN SAHAJA seekar?
g. Bolehkah YB Dato' Haji Anuar Tan, seorang Exco yang dikira dulunya sangat jujur dan berintegriti, memaklumkan pada rakyat Kelantan jumlah sebenar pengeluaran kayu-kayu oleh Souncern dari konsensi KPK ini?
h. Dari situ Rakyat Kelantan boleh menilai JUMLAH SEBENAR KERUGIAN.
i. Souncern GAGAL memenuhi perjanjian menyewa kilang KPK dengan RM 300,000 belum berbayar setakat laporan disiapkan.
j. Mesyuarat Lembaga KPK pada 18 Mac 2014 memutuskan KPK mesti memegang 30% saham dalam usaha sama dengan Souncern.
Souncern telah menubuhkan dua anak syarikat usaha sama itu KPK SK Timber dan SK Plantation. Masing-masing 70% saham dimiliki oleh Souncern. Laporan Audit pada muka surat 25 menyebut bahawa semakan Jabatan Audit dengan SSM mendapati 30% baki saham dalam KPK SK
Timber dimiliki oleh En Tan Wei iaitu setiausaha syarikat dan BUKANNYA KPK. Kedua anak syarikat ini, telah dibubarkan/struck out seperti terdapat dalam Laporan Tahunan Sern Kou iaitu syarikat induk Souncern.
k. Kaedah pembahagian keuntungan antara KPK dengan KPK SK Timber hasil USAHA SAMA tidak dapat dikenal pasti oleh Laporan Audit. (Muka surat 25 Laporan)
Read More / Baca Lagi >>

BN masih dipercayai walaupun pembangkang bersatu - Suhaimee Sahar

Posted: 03 Nov 2016 05:11 PM PDT

KOTA BHARU - Kepercayaan pengundi masih lagi diletakkan kepada BN untuk memimpin negara melalui dasar dan pendekatan yang dilihat mampu menawan hati pengundi sedia ada.
Pemerhati politik, Suhaimee Sahar berkata, kerjasama politik parti yang baru di tubuh hanyalah satu acahan politik lama melalui perkongsian strategi, teknik, taktikal, jentera dan juga penyokong yang dilihat sebagai satu aset politik.
pembangkang "Melihat keadaan ini, Bersatu yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin lama dan berpengalaman memerlukan sokongan dari parti lain. Pas dilihat sebagai sekutu kuat yang mampu menarik sokongan Melayu Islam di sesetengah kawasan mengundi.
"Manakala Bersatu pula akan menggunakan sentimen semasa berasaskan isu-isu seperti 1MDB, SRC dan lain-lain yang dilihat mampu mempengaruhi keyakinan dan sokongan pengundi baru dan juga di kawasan-kawasan semi urban," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau diminta mengulas mengenai Parti Bersatu mengesahkan telah menerima jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan Pas dan Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
Suhaimee berkata, politik sebegini meletakkan kuasa sebagai gadaian yang amat berisiko dan sekiranya berlaku pergelutan dan hilang kepercayaan, maka rantaian politik yang cuba dikuatkan akan putus.
Beliau berkata, malah pengundi pasti akan membuat satu keputusan yang luar biasa dan PRU 14 akan menyaksikan satu lagi sejarah baru dalam politik tanah air.
"Untuk PRU14, atas prinsip perjuangan politik Islam, Pas sebenarnya sudah mempunyai kekuatan tersendiri untuk bergerak sendirian tanpa perlu menghadapi tentangan dan permainan politik licik oleh DAP jika mereka bekerjasama sebagai pembangkang selepas ini.
Read More / Baca Lagi >>

AS selar Najib selepas ‘retorik ala-Mahathir’

Posted: 03 Nov 2016 05:08 PM PDT

Bagaimanapun, Washington berkata ia mengalu-alukan usaha menjalinkan hubungan baik dengan China.
najibWASHINGTON: Diplomat Amerika Syarikat ke Asia Timur menganggap kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengkritik Barat baru-baru ini berbunyi seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi berkata tidak ada bukti Malaysia kini lebih cenderung terhadap China.
Beliau merujuk artikel pada Rabu oleh Najib diterbitkan akhbar milik Beijing, China Daily, di mana Najib berkata bekas kuasa penjajah tidak perlu mengajar negara yang pernah diekploitasi mereka.
Komen Najib itu dilihat serangan ke atas Barat di sebalik usaha Najib menjalinkan hubungan rapat dengan China, selepas Jabatan Kehakiman AS pada Julai memfailkan permohonan menyita aset berkait 1MDB.
Ditanya sama ada Malaysia cuba menjalinkan hubungan ketenteraan dengan Beijing selepas Najib bersetuju membeli 4 kapal perang China, Timbalan Setiausaha Negara AS bagi Asia Timur, Daniel Russel, memberitahu:
"Saya membaca apa yang ditulis perdana menteri dalam People's Daily yang lebih berbunyi seperti bekas perdana menteri Mahathir daripada Perdana Menteri Najib, tetapi OK, mungkin ada keadaan tertentu.
"Pembelian Malaysia daripada China, itu bukan menunjukkan kecenderungan kepada China, ia satu urusan komersil. Semua pihak melakukannya. Tidak masuk akal mengatakan yang negara ketiga bekerjasama dengan China tidak baik untuk kepentingan kita."
Dr Mahathir terkenal kerana kelantangannya membidas kuasa Barat. Beliau yang pernah menyokong Najib kini menjadi seteru kuat dan mengkritik dasar ekonomi dan pentadbiran yang semakin mesra kepada Barat.
Read More / Baca Lagi >>

BERHATI-HATILAH DENGAN APA YANG SEDANG DILAKUKAN OLEH KEPIMPINAN REGIM NAJIB INI

Posted: 03 Nov 2016 05:04 PM PDT


Penjajahan paling senang oleh sesebuah kuasa asing keatas sesuatu bangsa pada zaman ini boleh berlaku dalam bentuk beban hutang! Diberinya hutang besar besar dan kita diramaskannya!
Dulu dulu Malaysia memugar tanah dan membena estate kelapa sawit, getah dan koko dengan mengambil hutang dari Bank Dunia. Malaysia berjaya menggunakan hutang tersebut untuk meningkatkan pengeluaran export dan negara mendapat kekayaan bagi rakyatnya.
Kemudian datang pula kemudahan "Soft Loan" dari Jepun. Juga kita gunakan untuk projek perindustrian yang memperkayakan negara. Hasilnya Malaysia jadi negara pengeluar barang electronic terkemuka didunia.
Sekarang ini najib buat hutang negara sehingga berjumlah RM850 Billiun! Apakah projek yang kerajaan pimpinannya buat? Dimanakah tanah baru yang dipugar? Apakah barangan exports yang kita hasilkan dengan hutang tersebut?
Yes! Sekarang kita ada LRT yang berharga berbiliun ringgit. Ramai juga orang jadi kayaraya kerana nya. Sememangnya kita boleh naik LRT dalam bandar.
Baguskah naik LRT? Boleh jadi bagus kerana tak payah bawa kereta sendiri. Tetapi kalu traffik jam tak juga reda, bagaimana? Tidak kah cara lain kita boleh dipilih dan dilakukan untuk hapuskan traffic jam? Priority kita lagumana? Banyakkan bus atau berbelanja berbiliun ringgit untuk buat LRT?
Sekarang kita berhutang lagi untuk buat keretapi laju dari Bandar Malaysia ke Singapura. Hebat!
Tapi perlukah keretapi laju itu? Untuk siapa? Siapa yg untung?
Kosnya diberitakan mulanya hanya RM8 Biliun. Kemudian jadi RM43 Biliun. Tapi diwaktu MOU ditandatangani diantara PM najib dan PM Singapura kosnya dah melantun sehingga ke 60 Biliun. Beritanya kos muktamad mungkin akan meloncat sehingga RM 180 Biliun!!!!
[Rujukan http://www.financetwitter.com/]
Saya bukan tak suka pembangunan untuk memodenkan infrastruktur negara.
Pembangunan infrastrukture amat penting bagi pembangunan kita. Saya setuju. Tetapi saya mempersoalkan "KEUTAMAAN" yg diberikan atau "prirority" kerajaan najib ini.
Kalau sekolah dan hospital masih diperlukan mengapa keretapi laju yg kita utamakan? Berapa kerat dikalangan rakyat yang akan menikmati rasa hebat keretapi laju itu kalau masih ada ramai yg masih perlu menerima BR1M ala najib?
Yang paling kritikal ialah pembangunan seperti keretapi laju atau bangunan tinggi macam TRX itu yg menelan belanja beratus biliun bukannya merupakan "EXPORTS" yang boleh mendatangkan pendapatan atau revenue [foreign currency revenue] kepada negara. Negara dapat duit lebih hanya bila kita Export barang keluar negara. Buat bangunan tinggi dan kretapi laju hanya meningkatkan lagi IMPORTS dalam bentuk pekerja asing dan teknology. Kita keluarkan wang kenegara lain. Kita tidak kutip wang. Tidak seperti bila kita jual getah, bijih, kelapa sawit dan barang electronic kenegara asing. Dapat duit.
Ya lah ada yang berhujjah pelancung akan datang dan sewa bilik dan naik keretapi laju.
Read More / Baca Lagi >>

Pandikar: Tak ‘gentleman’ bocor rahsia kerajaan....

Posted: 03 Nov 2016 05:02 PM PDT

Speaker berkata Ahmad Husni Hanadzlah, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal sepatutnya bersuara dalam mesyuarat Jemaah Menteri, bukannya selepas tersingkir.
pandikarKUALA LUMPUR: Jadilah seorang "gentleman" dan jangan bocorkan rahsia kerajaan selepas meninggalkan Jemaah Menteri.
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia beri nasihat itu kepada bekas menteri Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membocorkan rahsia kerajaan.
Bercakap kepada pemberita di satu sidang media di Dewan Rakyat, Pandikar berkata mereka sepatutnya membangkitkan masalah itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri semasa mereka masih menjawat jawatan masing-masing.
"Kalau mereka 'gentleman', kenapa tak bersuara semasa dalam Jemaah Menteri? Mereka boleh sahaja tidak bersetuju dan letak jawatan.
"Sebaliknya, selepas tersingkir baru mereka bangkitkan isu ini kepada orang awam."
Pandikar seterusnya mempersoalkan motif 3 bekas menteri yang didakwa membocorkan maklumat sulit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat.
"Kita, selaku ahli Parlimen bermaruah, tak elok kalau menyorok sebalik kekebalan Parlimen dan membawa masuk agenda peribadi ke dalam Dewan Rakyat.
"Itu maknanya kamu bukan seorang 'gentleman'."
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah sambut baik Dr M hadir Parlimen bincang kuasa imuniti

Posted: 03 Nov 2016 05:00 PM PDT

Mesyuarat ahli pembangkang akan diadakan Selasa depan, susulan sisatan ke atas beberapa wakil rakyat pembangkang yang membangkitkan skandal 1MDB di Dewan Rakyat
Dr Mahathir MohamadSHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut baik kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen pada Selasa ini dalam mesyuarat ahli Parlimen pembangkang.
Mesyuarat itu dilaporkan bagi membincangkan kuasa imuniti dalam Parlimen berkaitan siasatan ke atas beberapa ahli Parlimen pembangkang yang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa perbahasan di Dewan Rakyat.
"Baguslah," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.
Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata ahli-ahli Parlimen pembangkang akan mendapatkan pandangan Dr Mahathir mengenai kuasa imuniti dalam Dewan Rakyat.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan bekas dan ahli Parlimen. Mereka akan datang pada Selasa depan untuk berbincang mengenai strategi dan langkah seterusnya.
"Saya dah bercakap dengan Dr Mahathir dan tanya pendapatnya. Beliau (Dr Mahathir) akan hadir," kata Kit Siang pada sidang media di Parlimen.
Sebelum ini polis berkata akan menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika perbahasan di Dewan Rakyat.
Muhyiddin 2 hari lalu memberitahu beliau dipanggil pihak polis, sementara Husni yang juga bekas menteri kewangan 2 terpaksa menangguhkan sesi memberi keterangan kepada polis sehingga minggu hadapan.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk 1MDB.

TUN MAHATHIR: AKTA RAHSIA KERAJAAN BUKAN UNTUK TUTUP JENAYAH

Posted: 03 Nov 2016 04:58 PM PDT

Saya dapati bahawa 'Rahsia Kerajaan' ini semuanya dicampuraduk dengan semua perkara. Umpamanya rahsia kerajaan adalah rahsia yang terlibat dengan urusan kerajaan.
Pasti anda ingat sebelum ini ketika isu 1MDB mula panas …. dengan bangganya macai mendakwa 1MDB adalah sebuah syarikat berhad yang tidak ada kaitan dengan kerajaan. Jangan kaitkan dengan kerajaan, kata macai.
Kemudian sepertinya ada arahan dari Najib supaya dipertahankan 1MDB dari segala kritikan, bukan saja kerajaan malah parti Umno pun turut diheret oleh Najib dalam kemelut 1MDB.
Serius …. tang mana yang skandal 1MDB ini ada kaitan dengan kerajaan ? Selain dari kerajaan menjadi penjamin, segala urus tadbir dan keputusan2 kewangan semuanya kita lihat TERASING dari kawalan kerajaan.
Kabinet pun tak tahu apa2 mengenai 1MDB sehinggalah pada bulan Mac tahun lepas ketika 1MDB sudah terdesak tidak ada lagi pihak yang mahu beri pinjaman, barulah terhegeh2 mengadap kabinet. Itu pun sepertimana disebut oleh Muhyiddin, Arul Kanda hanya datang sehelai sepinggang dan beri taklimat tanpa sebarang nota atau fakta.

Wakil Kementrian Kewangan juga mengakui semasa disoal oleh PAC bahawa mereka tidak terlibat dan tidak pernah dijemput untuk sebarang mesyuarat pun oleh 1MDB.
Jadi kita boleh pertikaikan apakah 1MDB ini menjadi begitu rahsia kerana ada kaitan dengan urusan kerajaan atau kerana kaitan dengan MO1 atau Najib ? Di mana kewajarannya 1MDB menjadi Rahsia Kerajaan ?
Tetapi kalau jenayah berlaku dalam kerajaan, pegawai kerajaan tidak dikehendaki menyembunyi, bahkan kalau dia menyembunyi, itu adalah satu cover up.
Benda yang disebut dalam parlimen itu adalah public knowledge, sudah pun diketahui oleh semua orang. Dia tidak menyatakan sesuatu, dia menanya. Bertanya berkenaan dengan sesuatu. nak bertanya pun tak boleh kah ?
Jadi saya nampak pendekar ni, dia cakap lebih. Bila ada orang serang aja, dia tepis. Dia jadi goalkeeper untuk kerajaan. Kerajaan tak payahlah nak tahan bola masuk pintu gol. Dia tolong tahan walaupun tidak ada asas sama sekali.
Pendapat saya, kalau ada jenayah berlaku dalam kerajaan, menjadi tanggungjawab siapa yang tahu berkenaan jenayah itu membuat laporan kepada pihak tertentu…. samada pegawai tertinggi ataupun kepada polis.
Read More / Baca Lagi >>

PPBM bimbang Najib tambah hutang, bukan pelaburan

Posted: 03 Nov 2016 04:55 PM PDT

Hamidah menempelak kenyataan Nazri yang menyatakan kritikan Dr Mahathir terhadap hubungan Malaysia-China kerana cemburu.
hamidah-nazri
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menempelak Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap hubungan Malaysia-China adalah kerana cemburu.
Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman mendakwa, apa yang dibimbangkan pihaknya adalah perkara dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan membawa pelaburan tetapi membuat pinjaman.
"Dalam keadaan negara yang bermasalah dan beliau menyuruh rakyat mengikat perut. Dan beliau kata kalau tak ada GST (cukai barangan dan perkhidmatan), ekonomi lumpuh..dan beliau pada hari ini menambah hutang negara dengan membuat pinjaman sebanyak RM55 bilion.
"Itu yang kita bimbangkan dan itulah juga apa yang Dr Mahathir bimbangkan. Sebab misi di sana (China) bukan misi menarik pelaburan tetapi misi membuat pinjaman.
"Dalam keadaan hari ini pun, dalam bajet hari ini kita terpaksa membayar hampir RM30 bilion bagi faedah pinjaman apatah lagi dengan penambahan RM55 bilion itu," katanya kepada FMT.
Terdahulu Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, kritikan Dr Mahathir adalah berpunca daripada perasaan cemburu kerana Najib berjaya mendapatkan pelaburan terbesar untuk negara.
"Pelaburannya besar dan bukan mudah bagi sesebuah negara melabur sebanyak itu.
"Bila China mahu melabur sebesar itu di Malaysia, ia menunjukkan mereka yakin dengan cara perdana menteri mentadbir negara," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

TUN M: RAKYAT HIDUP DALAM KETAKUTAN KERANA DI UGUT OLEN KERAJAAN YANG ZALIM

Posted: 03 Nov 2016 04:54 PM PDT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kepada semua rakyat Malaysia yang cinta Negara Bertuah ini.
Ingin saya maklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah tertubuh dengan rasminya.
Kami pengasas telah tubuh parti ini kerana kami percaya dengan sokongan rakyat kami akan dapat pulihkan semula Negara bertuah ini.
Rakyat merata-rata telah menyuara dan mendesak supaya sesuatu dibuat untuk mengembalikan negara ke jalan yang mulia – jalan yang berjaya bangunkan negara miskin ini sehingga terkenal sebagai contoh kepada negara-negara membangun lain di dunia.
Di mana sahaja rakyat Malaysia pergi, mereka dapat berbangga dengan komen baik terhadap kemajuan yang dicapai oleh negara ini.
Tetapi hari ini rakyat berasa malu kerana disindir oleh orang asing kerana Malaysia sudah jadi di antara sepuluh negara yang amat korap, yang Perdana Menterinya dituduh melesapkan berbillion Ringgit, yang dibeban dengan hutang yang besar, yang rakyat tertekan dengan cukai dan sara hidup yang tinggi, yang tidak diperintah mengikut undang-undang, dan yang merosot kemajuannya.
Demokrasi tidak diamal dalam pemerintahan sekarang dan rakyat hidup dalam ketakutan kerana ugutan-ugutan dan tindakan oleh Kerajaan dengan undang-undang yang zalim atau di luar undang-undang.
Kebebasan bersuara sudah dihapuskan dan rakyat terdedah kepada tahanan tanpa bicara dan tanpa pemeriksaan post mortem – inquest – ke atas si mati untuk menentukan sebab kematian. Segala tindakan Kerajaan dan pegawainya tidak boleh disoal dalam mahkamah.
Parti kami, akan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk mengalahkan BN dan UMNO dalam pilihanraya. Hasrat kami ialah untuk memelihara hak rakyat supaya kembali hidup berbahagia.
Walaupun banyak ugutan dibuat oleh Kerajaan ramai sudah orang Bumiputra mendaftar sebagai ahli PPBM. Dan ramai pula bukan Bumiputra yang mendaftar sebagai ahli bersekutu.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah PAS beri kata dua kepada Najib, soal DAP

Posted: 03 Nov 2016 04:53 PM PDT

PAS nafi pendirian berubah, hanya sudi berganding dengan parti yang ada rekod kerjasama yang baik
lim-kit-siang-hadi-pas
KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP Lim Kit Siang bingung dengan perubahan sikap PAS apabila Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesudian untuk menjayakan rancangan 1 lawan 1 menentang BN dengan parti pembangkang lain.
"DAP digambarkan seperti syaitan, iblis dan musuh Islam. Jadi kami perlu kaji kenyataan itu terlebih dahulu dan berharap tiada udang sebalik batu," kata Kit Siang kepada sidang di ruang legar Parlimen hari ini.
"Adakah Hadi cuba beri kata dua kepada (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak?"
Beliau khuatir kenyataan Hadi itu cubaan untuk mendesak Putrajaya menyokong rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355.
"Adakah Hadi cuba beritahu (Najib) ada akibatnya (PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan) sekiranya beliau tidak menyokong pindaan Akta 355?"
Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata Hadi tidak pernah berkata akan bekerjasama dengan DAP atau Pakatan Harapan.
DAP kini dalam satu pakatan bersama Amanah, yang ditubuhkan oleh kumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti Islam itu. PAS mengekalkan satu bentuk kerjasama dengan PKR.
"Apa yang Hadi sebelum semalam itu bukan keputusan baru," kata Nik Abduh, "yang media sebut akan ada kerjasama dengan Pakatan Harapan itu adalah statement media, bukan Hadi."
"Bukan u-turn bahkan keputusan lama bahawa PAS hanya berunding dengan parti yang tidak ada rekod buruk dengan PAS dalam sejarah hubungan Pakatan Rakyat dahulu."
Ketika ditanya sama ada PAS akan berbincang dengan DAP untuk memastikan tiada pertembungan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14, Nik Abduh berkata: "Kita dah jawab dahulu kita tak akan berunding dengan DAP."
"Tidak ada rundingan dengan DAP langsung."

MENELAH PAS ANTARA AKTA 355 DAN HARAPAN NAJIB TENTANG PERUBAHAN PENGUNDI CINA

Posted: 03 Nov 2016 04:51 PM PDT

Lim Kit Siang menimbulkan persoalan apakah Pas sedang memberi kata dua kepada Najib Razak berikutan sikap Hadi Awang yang tiba-tiba terbuka untuk menjayakan pertandingan satu lawan satu dengan parti pembangkang lain untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Katanya, beliau khuatir kenyataan Hadi itu hanya bertujuan mendesak Putrajaya menyokong usul Akta 355 yang masih menunggu kebenaran kerajaan untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Parlimen.

Adakah Hadi cuba memberitahu Najib bahawa ada akibatnya jika beliau  tidak mahu menyokong usul Akta 355 itu? tanya Kit Siang lagi.

Sehubungan itu, kata Kit Siang, pihaknya perlu mengkaji terlebih dahulu dan berharap tiada udang di sebalik batu daripada kenyataan Hadi itu.

Sebenarnya persoalan yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang itu turut bermain di pemikiran ramai orang dan pemerhati politik dalam negara. Ini kerana sikap Hadi dan Hashim Jasin, Muryidul Am Pas dalam soal ini terlihat agak mendadak perubahannya.

Sebelum ini, mereka agak keras dalam soal bekerjasama dengan parti-parti lain dan mahu terus kekal bertanding sendirian sebagai blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera, suatu langkah yang dilihat akan memberi keuntungan kepada UMNO dan BN.
Bagaimanapun langkah Pas yang tiba-tiba terbuka untuk menjayakan formula satu lawan satu, meskipun menimbulkan persoalan, tetap disambut baik kerana keinginan majoriti rakyat lebih mahu melihat UMNO dan BN dapat ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang.

Blog ini juga dalam artikelnya sebelum ini turut mengharapkan Pas akan kekal  istiqamah dan tidak lagi berubah-ubah dengan pendiriannya untuk bersama-sama blok pembangkang bagi tujuan menumbangkan UMNO dan BN.

Memang diakui langkah Najib memberi ruang kepada Hadi Awang membentangkan usul persendirian meminda Akta 355 adalah bertujuan menarik Pas lebih dekat kepada UMNO. Usul tersebut, walaupun hanya bertujuan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah, tetapi gambarannya seolah-olah sama seperti hudud.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi tak kata runding dengan Pakatan Harapan... akhbar tambah, kata Nik Abduh

Posted: 03 Nov 2016 04:49 PM PDT


Nik Abduh Nik MatNik Abduh Nik Mat
Presiden Pas tidak pernah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Pakatan Harapan bagi memastikan formula satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang, jelas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Malah menurut Ahli parlimen Pasir Mas itu, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan pembangkang lain untuk pilihan raya depan tidak merujuk kepada Pakatan Harapan.
"Beliau buat kenyataan umum bahawa Pas memang setuju kalau diadakan satu lawan satu, dua penjuru dan asasnya kita setuju.
"Namun perbincangan itu tidak merujuk kepada perbincangan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan itu akhbar saja tambah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Menurutnya, Pas hanya berminat untuk berunding dengan parti-parti lain secara spesifik dan hanya akan mengadakan rundingan dengan pihak yang tidak ada rekod buruk terutamanya ketika bersama dalam Pakatan Rakyat.
Beliau menambah, kenyataan yang dibuat Abdul Hadi tidak langsung menyebut DAP sebaliknya merujuk kepada pihak yang tidak pernah mengganggu urusan dalaman Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Najib fail bantahan kes Azmin cabar status rahsia 1MDB

Posted: 03 Nov 2016 04:49 PM PDT

Menurut peguam Najib, bantahan awal akan difailkan dalam masa terdekat dan mahkamah menetapkan 18 November ini untuk pengurusan kes.
najib-azmin-1mdb
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan 2 pihak lagi akan memfailkan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia bertujuan bagi mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.
Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan kepada pemberita selepas pengurusan kes tersebut dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah hari ini.
Suzana mewakili perdana menteri, Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang serta kerajaan Malaysia sebagai responden pertama, ke-2 dan ke-3.
Suzana berkata bantahan awal itu akan difailkan dalam masa terdekat. Katanya, mahkamah menetapkan 18 November ini untuk pengurusan kes berkenaan.
Dalam permohonan yang difailkan pada 15 Ogos lepas, Azmi menuntut suatu deklarasi tindakan responden pertama mengklasifikasikan laporan mengenai 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia ditadbir oleh sekumpulan serigala lapar yang tak mengira mangsa..

Posted: 03 Nov 2016 04:46 PM PDT


Menteri dan BODOH Berpisah Tiada !!

Posted: 03 Nov 2016 04:43 PM PDT

Jangan naikkan harga...??!!
Lepas ni kalau gas LPG naik harga pun amaran yang sama dikluarkan... Jgn sorok tong gas yg ada gas. Kalau takde gas bolehlah sorok tong gas kosong..

Kalau mcm tu masak air dan makanan pakai kayu api... lepas tu Menteri kuar amaran lagi.. jangan sorok kayu api...!!!

HANCUUURR JAHANAM NEGARA DIBELASAHNYA !!!

Posted: 03 Nov 2016 04:40 PM PDT

Inilah jadinya bila Perdana Menteri & Menteri Kewangan dilantik di kalangan bodoh2 belaka..

Apa kejadahnya kata bawa pelabur bawa pelaburan besar, HAKIKATNYA negara sendiri terpaksa buat hutang RM55 bilion terlebih dahulu dgn k'jaan Komunis-China.

SEPATUTNYA bila kata bawa pelabur, pelabur itulah yg bawa pelaburan tanpa kita berhutang kpd pelabur tersebut. Tapi di M'sia dah terbalik.

Comments (0)