Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hadi dan Najib akan sepentas lagi 4 Disember ini

Posted: 29 Nov 2016 09:50 PM PST


Najib dan Hadi akan duduk sepentas lagi 4 Disember ini.Najib dan Hadi akan duduk sepentas lagi 4 Disember ini.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi akan duduk sepentas, kali ini dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU-16).
Majlis anjuran badan-badan Islam bukan kerajaan di Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Titiwangsa 4 Disember ini mulai jam 8 pagi.
Najib dan Hadi sedondon 27 Disember lalu.Najib dan Hadi sedondon 27 Disember lalu.Peristiwa ini bakal mengulangi peristiwa 27 Disember 2015 lalu, apabila Najib dan Hadi berpakaian sedondong dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.
Bagi penyokong mereka, pasangan yang berpakaian baju Melayu merah jambu dan duduk bersebelahan antara satu sama lain di Grand Seasons Hotel memberi harapan kepada kerjasama di antara kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini.
Hadi dijemput untuk menyampaikan ucaptama manakala Najib pula untuk merasmikan majlis itu, yang memberi tumpuan kepada perpaduan umat Islam di seluruh wilayah tanpa mengira ideologi.
Ini selepas Najib, minggu lalu, menghulurkan perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno ke-69.
Kebanyakan pegawai majlis itu juga memakai baju merah jambu yang dipilih sebagai warna tema untuk majlis berkenaan.
Sementara itu, Abdul Hadi dilaporkan turut dijemput untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno kali ini, namun tidak pasti apakah Hadi akan hadir atau tidak.
Hadir atau tidak, nada pemimpin Umno sangat bersahabat dengan Pas dalam PAU 2016 ini.
Zahid ketika berucap dalam PAU 16, tak tahalluf siasi tak apa asal tabayyun.Zahid ketika berucap dalam PAU 16, tak tahalluf siasi tak apa asal tabayyun.Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno (yang menjalankan tugas Timbalan Presiden) mengajak sebuah parti politik agar merapatkan hubungan silaturahim bersama mereka.
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno untuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Zahid berkata, "Kita sesama kita, buka buku baru, kita rapatkanlah silaturahim, kita hendaklah berlapang dada dan hulurkan tangan sesama kita".
Tanpa menyebut nama parti itu, Zahid berkata, beliau bersyukur kerana parti itu telah mula memahami Umno.
"Ada satu ketika, ada rakan kita yang berada di luar sana, tidak begitu berkenan dengan kita. Tetapi kita bersyukur kerana mereka telah mula memahami keadaan kita," katanya yang dipercayai ditujukan kepada Pas.

Visi, misi, bijaksana – Najib ‘terbaik’, ampu Shahrizat

Posted: 29 Nov 2016 09:48 PM PST

Sebahagian besar ucapan ketua Wanita Umno itu tertumpu kepada pujian untuk presiden parti.
ShahrizatKUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden terbaik di antara 3 presiden Umno sepanjang berada dalam Umno.
"Saya sudah berkhidmat di bawah 3 presiden, Najib terbaik," kata Shahrizat, merujuk era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.
Shahrizat kemudian melontarkan pujian terhadap Najib, menyifatkan beliau seorang pemimpin bijaksana yang turun padang.
"Beliau ada visi, misi dan bagi saya, dia mempunyai hati budi. Mana ada PM dulu, orang sakit, meninggal dan anak khatan pun beliau pergi.
"Hormat pada Datuk Seri," kata Sharizat ketika berucap pada Perhimpunan Agong Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Shahrizat berkata Najib mempunyai tanggungjawab berat di samping menghadapi "pengkhianatan".
"Bukan mudah nak jadi seorang ketua. Tanyalah sesiapa. Nak jaga satu keluarga pun (susah). Bayangkan presiden, satu Malaysia nak jaga. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tak ada yang kalis ujian. Ada lari, ada khianat, ada mati, tapi ada juga hidup lagi lama sebab keberanian untuk tempuh hadapi ujian," kata Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin politik digesa bersepadu banteras gejala gengsterisme penyokong parti

Posted: 29 Nov 2016 09:46 PM PST

Maria menerima sepucuk surat ugutan bersama sebutir peluruMaria menerima sepucuk surat ugutan bersama sebutir peluru
Seluruh pemimpin politik kerajaan dan pakatan pembangkang digesa bersatu padu dalam menangani dan membanteras gejala bersifat 'gengsterisme' penyokong parti terhadap aktivis atau pemimpin politik.
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, gejala itu tidak seharusnya dibiarkan dan ia tidak menguntungkan mana-mana parti dan pemimpin politik jika gagal dikawal.

"Seluruh kepimpinan politik negara sama ada kerajaan atau pembangkang mesti bersama untuk banteras gejala politik gengsterisme dan bersifat ganas ini.
"Gejala politik gengsterisme ini kecenderungan kepada tindakan melampau oleh penyokong parti politik.
"Kedua-dua pihak mesti menangani perkara ini.Jangan kita biarkan keganasan seperti gengsterisme atau terrorisme memusnahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat di negara ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai penemuan sebutir peluru di dalam sepucuk surat bersifat ugutan yang dihantar kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Kuala Selangor turut menegaskan jika gejala itu tidak dikawal ia tidak menguntungkan kedua pihak.
"Tiada mana-mana ahli parlimen atau tiada sesiapa pun akan dapat laba politik.
"Semua mesti bertanggungjawab secara berani dan bersepadu menangani gejala ini...jika gejala ini dibiarkan berterusan tanpa tindakan drastik akan menjerumuskan negara di kancah kehancuran," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid, seruan Allah SWT ialah 'amal makruf nahi mungkar' bukannya 'amal mungkar nahi makruf'

Posted: 29 Nov 2016 09:45 PM PST

Ramai yang meminta saya untuk memberikan komen tentang seruan Ahmad Zahid  Hamidi kepada semua orang Umno untuk setia kepada Najib kerana Najib memegang jawatan Perdana Menteri itu adalah ketentuan Allah SWT. Katanya kita semua mesti setia kepada Najib kerana yang meletakkan Najib sebagai Perdana Menteri itu adalah Allah SWT.
Saya tidak berapa berani untuk membuat komen ini bukan kerana takut kepada kritikan yang datang dari orang yang jujur dan berilmu kerana jika kita mendapat kritikan dari yang berilmu kita akan mendapat pelajaran dan pengajaran yang baik yang boleh kita gunapakai dan amalkan. Yang saya takut ialah kritikan dari mereka yang tidak memahami asal kejadian kita dan kenapa kita di hidupkan oleh Allah SWT di dunia ini.
Saya membaca tulisan A Kadir Jasin dan saya bersetuju dengan pandangan dan pemahaman beliau. Hanya saya ingin menokok tambah apa yang saya rasakan perlu untuk memberikan pencerahan kepada Zahid yang nampaknya menggunakan Allah sebagai modal politik beliau dalam PAU kali ini.
Sebenarnya kita di hidupkan didunia ini hanya kerana satu sebab sahaja, iaitu untuk mengESAkan Allah SWT. Tidak ada sebab yang lain. Tuhan hidupkan kita bukan untuk meletakkan Najib sebagai PM semata-mata atau menjadikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang memberikan ketaat setiaan 101 peratus terhadap Najib, ATAU pun dijadikan saya sebagai seorang pengkitik Najib bersama sama dengan yang lain terutamanya Dr Mahathir Mohamed.
Tuhan jadikan kita bukan semata-mata untuk menyokong mereka yang mencuri wang rakyat dan menipu orang ramai dengan berbagai-bagai muslihat. Tuhan tidak menjadikan Apandi Ali untuk melindungi kesalahan pimpinan yang melakukan kezaliman terhadap orang yang mereka pimpin.
Zahid sepatutnya tahu yang kita dijadikan oleh Tuhan untuk mengESAkanNya dengan melawan kezaliman dan tunduk kepada perintahNya dengan luhur dan jujur. Tuhan merupakan empunya segala-galanya dan apa-apa yang dijadikanNya itu untuk menduga sejauh mana kesetiaan kita terhadap keESAanNya. Kita di duga sama ada kita sanggup berkorban untukNya dari waktu kita lahir sampailah ke akhir kalam.
Kita di duga sama ada kita terpedaya dengan tindakan pimpinan dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan terhadap Allah dengan memberikan sokongan terhadap mereka yang melakukan kemungkaran dan kemurkaan Allah itu. Zahid perlu tahu yang menentang Najib ini pun adalah mereka yang dijadikan Tuhan untuk menentang kerana mereka mahu menolak memerangi kemungkaran yang dilakukan oleh mereka yang dijadikan Tuhan untuk menduga ketaat setiaan mereka terhadapNya. Bukan begitu Zahid?

Tetapi tidak menjadi perkara yang menghairankan di akhir zaman ini terlalu ramai pengikut Abdullah bin Ubai dikalangan pemimpin yang memberikan sokongan palsu kepada pemimpin yang mereka geruni. Siapa Abdullah bin Ubai ini, pandai-pandailah mengenali siapa dia itu.Saudara tahu siapa Abdullah bin ubai tetapi kenapa saudara masih bersikap seperti dia itu?
Read More / Baca Lagi >>

'Zahid, jangan hanya manis di bibir' - Kak Ijat

Posted: 29 Nov 2016 09:44 PM PST

Shahrizat Abdul Jalil KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan hanya pandai berjanji manis di bibir.
Shahrizat berkata, Zahid harus menunaikan janjinya yang mahu 'berbisik' kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyasarkan lebih kurang 30 peratus pencalonan Wanita Umno menjelang PRU14 nanti.
"(Janji) Jangan hanya manis di bibir. Saya sudah lama dalam bidang ini. Selama ini saya sudah dengar pelbagai janji.
"Datuk Seri (Ahmad Zahid) kata beliau akan bisik kepada Najib. Saya doa agar bisikan itu jadi kenyataan," katanya ketika berucap merasmikan himpunan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan 'membisikkan' kepada  Najib supaya menambah jumlah calon daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Jaminan itu disuarakan naib presiden Umno itu yang kini menjalankan tugas timbalan presiden, di hadapan perwakilan ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, malam tadi.

C4 kutuk ‘taktik kekerasan’ penahanan Orang Asli

Posted: 29 Nov 2016 09:35 PM PST

Pertubuhan itu menyelar kerajaan negeri Kelantan kerana menangkap Orang Asli di Guan Musang hanya kerana masyarakat itu mempertahankan tanah adat mereka.
cynthia-1KUALA LUMPUR: NGO Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang menahan 40 pemimpin Orang Asli yang mempertahankan sekatan di tanah adat mereka di Simpang Petei berhampiran Pos Gob, Betau Cawas dekat Pos Bihai dan Kelawong di Pos Pasik.
Pengarah C4 Cynthia Gabriel berkata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini sendiri berjanji akan ke tempat sekatan itu bagi berbincang lanjut isu berkenaan dengan masyarakat Orang Asli.
Namun, perjumpaan itu tidak pernah diadakan dan pihak berkuasa menggunakan "taktik kekerasan" dalam menangani bantahan masyarakat Orang Asli itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Gabriel berkata C4 bekerjasama rapat dengan masyarakat itu dan berusaha membawa pegawai ke Gua Musang untuk mendengar rintihan Orang Asli.
Katanya, mereka berjanji untuk menjalankan tadbir urus yang baik dan melindungi hak masyarakat miskin dan terpinggir serta bersama mencari cara menyelesaikan perkara itu dengan baik.
"Janji itu rosak semalam apabila Jabatan Perhutanan Kelantan dan polis menghantar kira-kira 100 pegawai dengan senjata api untuk memecahkan sekatan balak di situ," katanya.
Katanya, menteri besar Kelantan sebelum ini berkata hasil hutan penyumbang utama negeri sebanyak RM172.96 juta atau 29.12%.
Dalam sidang DUN sebelum ini, Kelantan mewartakan kawasan hutan baru bagi pembalakan dengan jangkaan hasil RM539.8 juta dalam bajet 2016 negeri.
Kelantan mempunyai 3,331 pekerja dalam industri balak di negeri itu. Ia merekodkan 887,666 meter persegi dalam pengeluaran balak pada tahun itu, kedua selepas Pahang.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Amanah kecam tindakan tangkap Orang Asli pertahan hutan

Posted: 29 Nov 2016 09:34 PM PST


Salah satu sekatan Orang Asli yang sebelum ini berjaya menghalang lori daripada terus mengangkut keluar balakSalah satu sekatan Orang Asli yang sebelum ini berjaya menghalang lori daripada terus mengangkut keluar balak
Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) mengecam penahanan Orang Asli oleh pihak polis dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) di sekatan (blockade) yang dibina oleh Orang Asli Kampung Petei, Gua Musang, Kelantan.
"Kami juga mengecam tindakan pihak berkuasa yang datang bersama-sama 27 pacuan empat roda JPNK dan 8 buah Land Rover Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Pos Kampung Petei semalam," kata Ketua Awan Dr. Siti Mariah Mahmud.
Kesemua Orang Asli yang dibawa ke lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang malam tadi akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman pada 8 pagi hari ini.
Mereka ditangkap ketika cuba mempertahankan blockade tersebut dalam operasi merobohkannya oleh pihak berkuasa.
Sebelum ini sebagai tindak balas blockade Orang Asal pihak berkuasa perhutanan negeri telah mengenakan blockade untuk menghalang kemasukan bekalan makanan dan perubatan kepada 33 perkampungan Orang Asal yang terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asli: Kerajaan Kelantan diselar, MB seru jangan campur tangan

Posted: 29 Nov 2016 09:33 PM PST

Aktivis Orang Asli menyelar penggunaan pihak berkuasa dan polis oleh kerajaan negeri untuk menamatkan sekatan oleh penduduk yang mahu mempertahankan tanah warisan mereka.
ahmad-yakob_orangasli_26001
PETALING JAYA: Pelbagai pihak mengecam penahanan lebih 40 Orang Asli di Kelantan yang terlibat sekatan laluan balak di 3 lokasi di Gua Musang, dan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menggunakan pihak berkuasa memaksa protest penduduk ditamatkan.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mempertahankan tindakan itu dan berkata pihaknya menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada Jabatan Perhutanan dan polis.
"Isu penangkapan yang berlaku tadi sewajarnya diserahkan kepada kebijaksanaan pihak polis dan tidak seharusnya dicampur tangan oleh mana-mana pihak sehingga siasatan yang dijalankan selesai," kata Yakob dalam reaksinya malam tadi.
Presiden Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA), Bob Manolan Mohamad, mendakwa kerajaan Kelantan, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pegawai penguatkuasa lain menggunakan kekerasan dalam melakukan serbuan semalam.
"Siapa yang akan menyara makan minum mereka? Lebih menyedihkan lagi kenapa turut mengangkut motosikal mereka?" katanya dalam satu kenyataan.
Sehingga jam 6 petang semalam, seramai 41 Orang Asli yang terlibat membuat sekatan sejak September di tahan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang.
Bob berkata kerajaan Kelantan sepatutnya prihatin dengan isu melibatkan Orang Asli, dan menuntut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengotakan janjinya berjumpa dengan penduduk Orang Asli.
"Sepatutnya janji mesti dikota seperti yang telah dijanjikan sebelum ini Ttimbalan menteri besar akan turun ke lokasi untuk berbincang dengan Orang Asli Gua Musang," katanya.
Orang Asli di Gua Musang menubuhkan sekatan bagi menghalang pembalak menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan Wilayah Tanah Adat Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang.
Sebanyak 3 halangan dibina iaitu di Simpang Petei berhampiran Pos Gob, Betau Cawas berhampiran Pos Bihai dan Kelawong di Pos Pasik.
Semalam, kira-kira 3 minggu selepas diberi notis mengosongkan kawasan itu, kira-kira 100 pegawai Jabatan Hutan, polis dan Pasukan Gerak Am (PGA) dan lebih 20 kenderaan pacuan 4 roda masuk ke Simpang Petei dan Betau Cawas, dan menahan seramai 41 Orang Asli.
Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) mempersoalkan penahanan mereka yang dipercayai di bawah Seksyen 84, Akta Perhutanan Negara, iaitu memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin: Zahid guna Hitler untuk ambil hati barat

Posted: 29 Nov 2016 09:30 PM PST

Datuk Zaid Ibrahim mendakwa BN mengawal media, menanam ketakutan, menghapuskan perbezaan pendapat sama seperti tindakan Nazi ketika memerintah Jerman dari 1934-1945.
saifuddin-zahid-1
KUALA LUMPUR: Dua bekas pemimpin Umno bersuara menentang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana berkata pembangkang di Malaysia seperti Adolf Hitler dan Nazi kerana mahu memusnahkan imej BN.
Datuk Saifuddin Abdullah yang kini bersama PKR berkata Zahid hanya cuba mengambil hati barat dengan menyamakan pembangkang dengan Hitler.
"Dia buat begitu demi kepentingan politiknya. Dia mahu barat melihatnya sebagai orang yang berpihak kepada mereka.
"Ini cara dia mengambil hati barat sebagai bakal perdana menteri," katanya yang juga bekas timbalan menteri pendidikan tinggi.
Saifuddin yang kini ketua sekretariat Pakatan Harapan berkata Zahid tidak faham makna demokrasi.
"Jika dia faham makna demokrasi, dia akan tahu pembangkang melakukan apa yang perlu untuk rakyat dan BN sebenarnya yang menyakiti mereka," katanya.
Sementara itu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata sebenarnya Umno yang memerintah Malaysia menggunakan cara sama Hitler mengawal media, sama seperti Nazi ketika mentadbir Jerman dari 1934 hingga 1945.
"Timbalan perdana menteri dan bos dia kini dalam keadaan panik. Gambaran yang Zahid beri itu lebih sesuai untuk Umno.
"Mereka panik kerana nampak macam akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata bekas menteri undang-undang itu.
PRU14 perlu diadakan selewat-lewanya 2 bulan selepas Parlimen sekarang dibubarkan, bermakna tarikh kemungkinan PRU14 diadakan ialah 24 Ogos 2018.
Semalam, Zahid berkata kejayaan Malaysia sebagai satu-satunya negara berbilang kaum dipimpin orang Islam di dunia menjadikannya objek iri hati, bukan sahaja kepada orang luar, tetapi juga pihak dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

'Kalau ada Majlis Peguam, kenapa tak boleh ada Majlis Peguam Syarie?' - Kak Ijat

Posted: 29 Nov 2016 09:26 PM PST

Sindiket bayi: Polis puas hati kerjasama wartawan Al-Jazeera

Posted: 29 Nov 2016 09:25 PM PST

Malaysia bukan hub jual bayi, kata IGP

Posted: 29 Nov 2016 09:25 PM PST

Ugutan bunuh; Maria patut lapor segera, jangan pegang peluru - KPN

Posted: 29 Nov 2016 09:24 PM PST

'Tun M "cium mulut" dengan Kit Siang, hari paling gelap dalam hidup saya' - Kak Ijat

Posted: 29 Nov 2016 08:47 PM PST

UCAPAN PERTAMA ZAHID HAMIDI RASMI SAYAP2 UMNO HAMBAR DAN MENGECEWAKAN

Posted: 29 Nov 2016 08:45 PM PST

Sejak malam hingga pagi ini, ramai kawan-kawan dalam UMNO menghubungi saya untuk memberi komen mengenai ucapan pertama Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, malam semalam.

Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan ucapan Zahid yang disifatkan hambar, mengecewakan, malah kadangkala boleh dianggap merapu.

Ucapan beliau dianggap tidak berapa kena dalam konteks merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO dalam suasana parti sedang kritikal dan dalam persiapan meghadapi PRU 14. Zahid seolah-oleh keliru tentang apa sepatutnya beliau lakukan.

Penampilan Zahid bukan saja dilihat tidak dapat menandingi apa yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin dan  Timbalan-Timbalan Presiden UMNO sebelum ini, malah ada yang menganggap ucapan beliau semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu jauh lebih baik lagi.

Bukan saja dari segi isi, malah cara Zahid menyampaikan ucapannya bagaikan serba-serbi tak tak menjadi.

Dengan prestasinya yang hambar dan mengecewakan itu, ramai yang mengatakan Zahid telah melepaskan peluang keemasan untuk menonjolkan wibawanya yang sebenar.

Kata kawan-kawan yang nakal pula, Hishammuddin tentu senyum-senyum saja dengan prestasi Zahid itu

Dari segi isi ucapan Zahid,  mari kita baca ulasan peguam Hanif Khatri mengenainya yang dipetik daripada laman Facebooknya. (SH 30/11/2016).

ISLAM MERANGKUMI SEGALANYA TERMASUK POLITIK !!!
NAMUN, JANGANLAH POLITIKKAN ISLAM SAMA-SEKALI !!!

1. Pada 29.11.2016, Timbalan Perdana Menteri, ZAHID HAMIDI berkata :

"Dan ingatlah semua bahawa sekarang ialah waktu di mana Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden kita.",

"Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwala' hanya di bibir.", dan
Read More / Baca Lagi >>

PERADABAN RM 2.6 BILLION DAN ROSMAH BANGGA DENGAN PERANANNYA

Posted: 29 Nov 2016 08:40 PM PST


Apabila serangan boleh dirancang terhadap MP pembangkang oleh menteri,maka negara tidak lagi berperadaban. Inilah sbhg dari budaya RM2.6 billion
GO FOR OFFENSIVE
Timbalan Menteri Tajuddin membisu tentang polis cari anaknya kerna cuba serang MP Khalid Samad.Semuanya tambah cemarkan PM Najib
MP pembangkang Khalid Samad diserang kerana kata sial dalam Parlimen pd seorang timbalan menteri. Datuk Jamal boleh bangga kerana dia jadi contoh
Rosmah bangga dengan peranan hubungkan phone suaminya dg Trump Presiden US yg dibenci.Tak payah ceritalah.Betul2 tak sensitif terhadap perasaan rakyat.Meluat org dengar.Menjadikan Najib semakin dipandang rendah
Hudud dah jadi politik. Nak tenteram MCA Najib kata bukan Hudud. Orang Pas mesti terima bukan Hudud asal tapi ini Hudud Umno campur Pas.

JANGAN MAIN2 DENGAN ROSMAH!!!

Posted: 29 Nov 2016 08:38 PM PST


Ahad lalu, Najib Razak menulis di laman Facebooknya memberitahu mengenai perbualan telefonnya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang disifatkannya berlangsung dengan amat mesra dan produktif.
Kata Najib, selain mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini, mereka berdua juga bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.
"Antara lain, perbualan kami juga menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Trump dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Amerika Syarikat," tambah Najib lagi sambil menyifatkan ia merupakan peluang terbaik baginya dapat menghubungi Trump selepas kejayaannya memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat.
Dalam catatan Facebook itu Najib tidak memberitahu langsung bagaimana beliau tiba-tiba dapat berbual di telefon dengan Trump itu.
Adakah beliau menelefon sendiri atau ada seseorang yang mengaturnya?
Kenapalah sampai Rosmah sendiri perlu memberitahu mengenai peranan yang telah dimainkannya itu?
Nasib baik Rosmah sendiri mendedahkannya, jika tidak, tiada siapa tahu betapa besar peranan dan sumbangannya itu.
Bagaimana jika pada jam 2.30 pagi itu, iaitu ketika telefonnya berdering kerana dihubungi seseorang yang bergelar Tan Sri yang ingin memaklumkan Trump akan menunggu panggilan telefon Najib dalam tempoh dua jam lagi, Rosmah sedang nyenyak tidur atau enggan menjawabnya?
Bukan semua orang boleh terjaga atau sanggup menjawab telefon di waktu subuh-subuh sebegitu dan kemudian menunggu lagi untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib.
Selepas itu, mengejutkan pula Najib yang sedang sedap tidurnya. Hanya Rosmah yang sanggup berbuat begitu dan itu belum termasuk lagi menjawab panggilan telefon yang lain di setiap hari.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy guna sajak Melayu Mudah Lupa serang Dr M

Posted: 29 Nov 2016 08:35 PM PST

Berucap di Perhimpunan Agung Umno 2016, Khairy Jamaluddin berkata tindakan Dr Mahathir ketika ini berbeza 180 darjah dengan tindakannya ketika memegang tampuk pemerintahan negara.
khairy-mahathir-1
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggunakan puisi "Melayu Mudah Lupa" yang dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2001 untuk menyerang bekas presiden parti Melayu itu.
Khairy berkata tindakan Dr Mahathir ketika ini berbeza 180 darjah dengan tindakannya ketika memegang tampuk pemerintahan negara.
"Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, Bersih dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai Bersih. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, sekarang sertai demo yang dibiayai Soros.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, bila ditanya pasal reformasi. Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa," katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC hari ini.
Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata jasa Dr Mahathir dalam membangunkan negara akan diingati, dan pengkhianatan dilakukan bekas perdana menteri itu terhadap perjuangan Umno akan turut dikenang.
"Melayu dalam dewan ini ingat sumbangan Tun. Juga ingat solidariti parti mempertahankan Tun. Tetapi Melayu di dalam dewan ini juga ingat hipokrasi Tun.
"Juga ingat 'diktatorship' Tun. Juga ingat kepincangan Tun. Juga ingat penyelewengan pada zaman Tun. Juga ingat semua pemimpin yang dihina oleh Tun.
Read More / Baca Lagi >>

Puteri Umno: Ambil tindakan ‘pengkhianat’ bekerja dengan Soros

Posted: 29 Nov 2016 08:32 PM PST

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada insiden Arab Spring.
mas-soros-1
KUALA LUMPUR: Puteri Umno mendesak pendirian lebih tegas terhadap campur tangan asing, dengan memetik insiden kebangkitan Arab Spring sebagai pengajaran yang perlu diambil.
Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan pembukaannya di Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini berkata "penjahat" antarabangsa seperti jutawan George Soros tidak boleh dibenarkan mempengaruhi laluan negara.
"Mari kita lihat insiden Arab Spring di Timur Tengah dan Revolusi Oren di Ukraine.
"Sehingga hari ini, revolusi seumpama itu menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara terbabit serta sektor ekonomi.
"Jadi isu membabitkan kedaulatan negara tidak boleh diterima dan kami mengutuk sebarang bentuk campur tangan asing," katanya di hadapan perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Arab Spring ialah gelombang revolusi membabitkan demonstrasi keganasan dan bantahan bermula di Tunisia pada 2010, sebelum ia berkembang ke negara Arab dan sekitarnya.
Pergelutan kuasa di negara terbabit berterusan hingga kini selepas insiden pada 2012 itu.
Mendakwa Soros ialah musuh terbesar negara, Mas Ermieyati berkata sesiapa yang bekerja dengannya untuk menjatuhkan negara patut dianggap sebagai pengkhianat.
"Biarpun mungkin suatu masa dahulu, individu itu mempunyai jasa kepada negara," katanya tanpa menamakan sesiapa.
Read More / Baca Lagi >>

'Plot pembangkang bak strategi Hitler' - Zahid

Posted: 29 Nov 2016 08:32 PM PST

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini menyamakan propaganda pembangkang dengan taktik pemimpin Nazi Adolf Hitler yang dibantu Joseph Goebbels.
Katanya, kedua-dua pemimpin itu berjaya mengawal pemikiran lebih 80 juta orang melalui strategi propaganda yang dirangka dengan kreatif.
"Sebenarnya, kejayaan beliau terhasil daripada strategi propaganda yang cukup berkesan yang diasaskan kepada pembohongan.
"Beliau dibantu oleh menteri propagandanya bernama Joseph Goebbels.
"Hitler pernah menulis bahawa: If you are going to tell a lie, tell a big one and if you tell it often enough, people will begin to believe it. (Jika kamu mahu berbohong, buatlah pembohongan yang betul-betul besar, dan jika kamu kerap mengulanginya, orang akan mempercayainya)," kata Ahmad Zahid dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan pergerakan pemuda, wanita dan puteri Umno di Kuala Lumpur.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno menyatakan Hilter dan Goebbels mencipta propaganda melalui radio dan filem kreatif.
"Plot pembangkang di negara ini juga seakan hampir sama.
"Mereka menggula-gulakan rakyat dengan propaganda mereka bahawa negara ini akan bankrap serta pelbagai lagi dakwaan dan cerita-cerita palsu yang digembar-gemburkan," katanya.
Menurut beliau dalam keadaan begitu rakyat sepatutnya berasa "risau dan gayat" apabila melihat perubahan yang berlaku pada masyarakat.
Perubahan itu katanya bukan saja melibatkan susunan sosial, malah lebih membimbangkan ia turut menjejaskan pola serta kecenderungan pemikiran rakyat sehingga menjurus kepada timbulnya budaya politik kebencian.
Selfie saja tak memadai
Mengenai aspek komunikasi Umno Zahid berkata 87 peratus maklumat ketika ini dipeorlehi melalui saluran media baru.
Justeru katanya anggota sayap Umno perlu bijak menguasai ruang siber secara serius untuk menangkis pelbagai fitnah, tohmahan, kritikan dan serangan daripada pihak seteru politik mereka.
"Kita perlu keluar dari kepompong lama yang hanya pandai melihat dan memadam api, sebaliknya kita perlu proaktif mencari kelemahan pihak lawan dengan peluru-peluru fakta yang boleh menyedar dan menyakinkan khalayak.
"Kita harus kreatif dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan rakyat terutamanya kumpulan sasar dalam kalangan Gen-Y dan Gen-Z.
"Berswafoto (selfie) saja seperti yang sering kita lakukan tidak mencukupi," katanya.
Bagi Ahmad Zahid kumpulan cybertrooper Umno perlu bersatu menyusun strategi menentang musuh dan bukannya berbalah sesama sendiri.
Katanya ada sesetengah anggota cybertrooper itu terjemak dengan agenda mempromosi saudagar-saudagar politik yang menjenamakan tokoh-tokoh tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS

Posted: 29 Nov 2016 08:31 PM PST

Zahid yakin kerjasama Umno dan PAS boleh dijalinkan walaupun berbeza perjuangan politik terutama melibatkan soal agama.
zahid-umno-pas
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghargai kerjasama parti pemerintah itu dengan pembangkang yang dilihat berjuang secara bersendirian.
Tanpa menyebut parti mana, ia dipercayai merujuk PAS yang pernah satu masa mengadakan kerjasama dikenali tahaluf siyasi dengan Umno.
"Ada suatu ketika rakan-rakan kita yang berada di luar sana tidak berkenan dengan kita. Tetapi sekarang (PAS) sudah memahami keadaan kita, tidak perlu tahaluf siyasi, apa yang perlu tabayyun untuk terjemah agenda Islam tanpa ketepikan agama lain, kaum lain.
"Kalau ada orang hulurkan tangan, kita 10 kali hulurkan kepada mereka. Saya tahu ada yang khuatir kalau kita menyambut hulur tangan. Ada yang takut kononnya mereka akan seberang dan berlaku pertandingan 3-4 penjuru," katanya ketika berucap merasmikan sayap perwakilan Umno Pemuda, Wanita dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hari paling gelap tatkala Dr M, Kit Siang 'cium mulut' – Shahrizat

Posted: 29 Nov 2016 08:28 PM PST

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hari paling sedih dalam hidupnya ialah apabila melibat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran DAP Lim Kit Siang 'bercium mulut'.
Katanya, sebelum ini, Mahathir tidak pernah menyukai Kit Siang namun hari ini berlaku sebaliknya.
"Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.
"Hari yang saya lihat mereka bercium mulut dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu. 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita.
"Dia yang kata Lim Kit Siang macam itu (ini tapi) hari ini apa yang berlaku. Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima. Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik," katanya.
Shahrizat berkata demikian dalam ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di PWTC.
Mahathir meninggalkan Umno bersama-sama beberapa pemimpin lain dan mewujudkan Deklarasi Rakyat yang menyaksikan gerakan yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar meletakkan jawatan.
Seterusnya, Mahathir turut menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama-sama beberapa tokoh Umno lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Seorang lagi tokoh Umno yang turut meninggalkan parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal pula menubuhkan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Bersih 3: Enggan tinggalkan Pulapol, Tian Chua dipenjara sebulan

Posted: 29 Nov 2016 08:23 PM PST

Suruhanjaya kehakiman mengekalkan hukuman yang dijatuhkan terhadap wakil rakyat PKR itu oleh Mahkamah Sesyen, 2 tahun lalu, atas kesalahan dilakukan ketika himpunan Bersih 3.
tian chua
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan denda RM1,000 kerana enggan mematuhi arahan polis supaya meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) ketika himpunan Bersih 3 pada 2012.
Suruhanjaya Kehakiman Nordin Hassan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan terhadap wakil rakyat PKR itu oleh Mahkamah Sesyen, 2 tahun lalu.
Nordin juga memerintahkan sabitan pertuduhan itu kekal meskipun penghakiman bertulis daripada hakim perbicaraan sebelum ini tidak ditandatangani dan bertarikh.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan menjalani hukuman, sehingga rayuan tertuduh selesai.
"Penghakiman yang dipertikaikan itu tidak menyebabkan sebarang prejudis terhadap perayu (Chua).
"Penghakiman yang tidak bertandatangan itu boleh dipulihkan menerusi Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.
Nordin berkata penghakiman itu sah kerana kes Chua sudah selesai menjalani perbicaraan.
Hakim perbicaraan itu, Mahmud Abdullah yang sudah meninggal dunia, menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Chua pada 23 Januari 2014.
Hukuman itu dijatuhkan selepas Chua didapati bersalah enggan mematuhi arahan polis untuk meninggalkan akademi polis itu, di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.
Mahmud meninggal dunia pada Mei tahun sama.
Berhubung merit terhadap kes itu, mahkamah mendapati mahkamah rendah tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Rayuan perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya ditolak dan rayuan pendakwa untuk menambah hukuman juga ditolak," kata Nordin.
Pada 28 September, Chua turut didenda RM1,800 dan penjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen lain kerana mengeluarkan kenyataan menghasut pada satu forum.

"Siapakah yang makan dedak? Beliau tiga kali keluar Umno," kata Zahid

Posted: 29 Nov 2016 08:16 PM PST

Polis bertindak salah sekat peguam ketika serbuan, dakwa Majlis Peguam

Posted: 29 Nov 2016 08:15 PM PST

Comments (0)