Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SELEPAS PENJUALAN IPP KEPADA SYARIKAT ASING, HARTA NEGARA MANA LAGI AKAN DILELONG UNTUK MENUTUP LUBANG HUTANG 1MDB?

Posted: 28 Nov 2016 10:03 PM PST


1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) di bawah anak syarikatnya Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100% aset penjanaan. Ini adalah bertentangan dengan dasar negara selama ini bahawa aset-aset strategik seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49%.

Saya telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang perkara ini dari berlaku.

Satu usul ialah untuk menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan dari menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB. Saya berterima kasih kepada TNB yang bersetuju dengan pandangan saya itu bahawa nilaian bagi ekuiti aset-aset ini adalah sekitar RM8 bilion dan bidaan TNB sekitar nilaian itu akhirnya ditolak oleh kerajaan walaupun sepatutnya bidaan konsortium syarikat asing terbatal kerana melanggar had pegangan ekuiti.

Saya juga ada memfailkan satu usul tergempar untuk membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing semata-mata bagi membolehkan Edra Energy dijual kepada konsortium China-Qatar tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Sepanjang perkara ini dibawa, saya kesal kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan Umno yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara. Kegagalan mereka bersuara mengiyakan pandangan rakyat terbanyak bahawa Umno tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara kerana penjualan aset Edra ini kepada syarikat asing membawa kesan besar seperti berikut:

1. Risiko kepada kelangsungan dan kestabilan pembekalan elektrik di negara ini

2. Risiko kenaikan tariff bila konsesi-konsesi penjualan tenaga dirundingkan kembali dengan syarikat asing ini dalam tahun 2016 dan 2022

3. Risiko pekerja asing dibawa masuk yang mengganggu peluang pekerjaan rakyat Malaysia

4. Risiko lebih banyak kontrak IPP masa hadapan diberikan kepada syarikat asing

5. Risiko kesan kepada TNB di masa hadapan apabila kedudukan strategiknya dilunturkan akibat kehadiran syarikat asing gergasi ini

Saya telah mengulangi berkali-kali bahawa keberhutangan 1MDB akhirnya akan mengheret institusi-institusi kerajaan dan GLC untuk menutup hutangnya yang besar itu. Sebelum ini kita tahu aset-aset penting negara seperti tanah-tanah yang mahal telah dipindahkan kepada 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi gesa PM jawab isu balak di Pekan

Posted: 28 Nov 2016 09:46 PM PST

SUNGAI BESI - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menjawab mengenai dakwaan berlakunya kerosakan hutan simpan di Pekan.
Rafizi mendakwa, beliau mendapat maklumat daripada seorang pemberi maklumat yang menyatakan hampir 4,839 hektar hutan simpan di Pekan telah diterokai.
Rafizi Ramli "Saya telah menyemak peta yang diambil daripada satelit yang telah diberikan oleh saya dengan peta yang diperoleh dari industri pembalakan melalui beberapa orang individu yang saya kenali dan ada asas yang kukuh bahawa peta-peta yang diberikan kepada saya adalah benar.
"Jadi Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan perlu memberi respons segera mengenai isu ini," katanya dalam sidang medianya di Invoke Malaysia,di sini hari ini.
Ujar Rafizi lagi, untuk itu beliau kini sedang menanti maklum balas peribadi daripada Najib bagi menjawab persoalan itu.
"Saya juga ada maklumat lanjut mengenai perkara yang sama di seluruh Pahang dan akan mendedahkan satu persatu bagi setiap daerah di Pahang sehinggalah ada maklum balas yang kukuh dan tindakan diambil untuk menghentikan pencerobohan ini," katanya.
Katanya lagi, beliau juga akan terus menyiasat untuk menentukan siapakah dalang sebenar di belakang kegiatan pencerobohan ini dan akan meneliti segala kemudahan pengurusan hutan sehingga menyebabkan berleluasanya aktiviti pencerobohan sebegini.
"Paling penting, inilah sebenarnya tugas seorang ahli  parlimen seperti saya dan Najib iaitu menjaga khazanah rakyat," katanya.

RM5j untuk baik pulih tanah runtuh Serendah, kata MB S'gor

Posted: 28 Nov 2016 09:46 PM PST

Sebanyak RM5 juta akan disediakan untuk membaik pulih jalan raya dan kawasan terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah Sabtu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja baik pulih akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaik menerima laporan penuh daripada pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains.
Beliau berkata penambahbaikkan itu adalah untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelak situasi sama daripada berulang.
"Setakat ini 'sheet pilling' atau cerucuk sudah siap dipasang. Punca aliran air bawah tanah akan dikenal pasti kerana air yang mengalir bukan datang daripada saluran paip yang pecah kerana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menutup saluran paip air, dilihat air tetap juga mengalir," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa kejadian di taman tersebut.

Beliau berkata JKR akan turut melakukan siasatan forensik terhadap bangunan di kawasan itu bagi memastikan ia selamat diduduki.
Azmin menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap 64 keluarga yang terpaksa berpindah susulan kejadian itu.

NGO: Al Jazeera boleh, kenapa kerajaan tak kesan kes jual bayi?

Posted: 28 Nov 2016 09:39 PM PST

Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia berkata, tiada gesaan bertindak segera memberi gambaran kerajaan amat lemah dalam melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat dan membanteras jenayah.
ikram_bayi_600
PETALING JAYA: Pertubuhan Ikram Malaysia mempersoalkan kenapa pihak berkuasa Malaysia yang mempunyai segala kemudahan dan latihan, tidak dapat mengesan kewujudan sindiket menjual bayi, sebaliknya stesen televisyen asing Al Jazeera yang mampu mendedahkan jenayah itu.
Ketua Wanita NGO itu berkata, keadaan bertambah buruk selepas jenayah sindiket itu terbongkar kerana tiada gesaan untuk bertindak segera, walaupun bukti jelas dikemukakan, termasuk pengiklanan terbuka penjualan bayi di media sosial dan pembabitan individu berpengaruh seperti doktor dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara.
"Ini memberi gambaran pihak kerajaan tersangat lemah dalam melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat dan membanteras jenayah.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa sangat malu dan gelap masa depan negara di atas kejadian tidak bermoral berlaku di negara ini yang terkenal sebagai negara Islam maju lagi progresif.
"Lebih mengecewakan apabila didapati kenyataan balas daripada pihak kementerian berkenaan sangat lemah dan tidak bermaya untuk memberikan respons lebih serius terhadap kepincangan yang berlaku," kata Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Al Jazeera menerusi program 101 East membongkar sindiket penjualan bayi di Malaysia membabitkan pengedar, doktor dan pegawai kerajaan, semuanya mengaut keuntungan daripada wanita dan kanak-kanak, selepas penyamaran lebih 4 bulan.
"Malaysia: Bayi untuk dijual" disiarkan di rangkaian TV antarabangsa itu pada pagi Jumaat lalu (waktu Malaysia).
Read More / Baca Lagi >>

RUU355: Haji Hadi tertipu lagi

Posted: 28 Nov 2016 09:04 PM PST

Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator. Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat  dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada.
hadi_awang-pas_MUKTAMAR-190914-TMI-NAZIRUsaha menghimpun kuasa – apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, penyelesaiannya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Ini isu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi di bawahnya – hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri yang menjaga institusi pelaksana keIslaman,  gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada. Ada beribu kes penceraian dimana wanita yang dicerai teraniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes tukar agama; kes penculikan si mati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap.  Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka – cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong; murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam. Ini adalah ugutan spiritual.
Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan lupa mengambilkira kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Kehakiman Islam di negara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada sistem 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?
Read More / Baca Lagi >>

Bersihkah Dosa Mahathir setelah turun Bersih?

Posted: 28 Nov 2016 09:02 PM PST


bersih-aTidak. Bersih tiada kaitan dengan 'dosa' Mahathir. Bahkan Bersih tidak bermula dengan Mahathir dan saya percaya ia tidak akan berakhir dengan Mahathir. Sendi Bersih merentas agama, ideologi, warna kulit, bahasa dan bangsa. Wilayahnya adalah pasak hak dan keadilan kepada rakyat miskin, sederhana dan kaya. Fokusnya anjal dan tidak statik, seiring dengan perubahan masa penganjuran, lazimnya menjadikan Pilihanraya Umum sebagai target. Kali ini, Bersih 5 datang dengan lima tuntutan.
Tulisan ini diluncurkan sehari sebelum tarikh genap 10 tahun pelancaran rasmi Bersih di lobi Parlimen pada 23 November 2006. Ketika itu, ia disertai oleh parti politik pembangkang dari PAS, PKR, DAP dan PSM termasuk NGO-NGO seperti MTUC, WDC dan SUARAM.
Tulisan ini seterusnya diluncurkan bagi melontarkan sisi pandang penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamed ke Bersih 5, setelah pada tahun sebelumnya juga muncul di Bersih 4.
bersib-b
Berbeza dengan Bersih 1 hingga Bersih 3, Bersih 4 dan Bersih 5 dikejutkan oleh kemunculan Tun Dr. Mahathir. Jika kemunculan Tun pada Bersih 4 seketika cuma, kemunculan pada Bersih 5 seolah-olah menimbulkan panik lagi bingung kepada lawannya. Lantas ibarat askar yang diserang hendap, dimuntahkan saja peluru daripada hujung picu tanpa hala tuju. Ia respon balas segera kerana Tun pada awalnya tidak akan turun!
Benar, terlalu banyak 'dosa' Tun jika mahu dihitung sepanjang 22 tahun berada di puncak kekuasaan. Beliau 'membunuh' kepimpinan berpotensi pernah dilahirkan oleh bangsa Melayu. Tun Musa Hitam dikerandakan kerjaya politiknya, Tengku Razaleigh Hamzah dihumban dari arus perdana dan hanya gah dalam bulatan pengaruh sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlaku dengan sehina-hinanya sekali.
Lebih teruk daripada itu, 'dosa' Tun juga seputar pada menyebabkan kegagalan dan/atau penyiasatan ke atas kes kroni melibatkan Barisan Nasional (BN) seperti isu siasatan lanjut dalam kes PERWAJA dan Mendiang Eric Chia, penyelewengan dana awam untuk kepentingan BN seperti isu rompakan royalti minyak Terengganu ditukarkan menjadi wang ehsan, menyalahgunakan akta 'drakonian' seperti kes ISA, OSA dan Akta Mesin Cetak bagi kepentingan BN seperti ketika Operasi Lalang, Tragedi Memali dan Gerakan Reformasi, mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman seperti kes fiasco Tun Salleh Abbas dan kes Liwat I Anwar.
Ini semua menjustifikasikan gelaran yang dilemparkan kepada Mahathir sebagai si 'Mahafiraun'. Sehingga Litar F1 Sepang dipotretkan menyerupai gambaran hidung Tun menandakan bongkak, angkuh dan sombong dengan kekuasaan. Kalau diikutkan hati kita ini, boleh jadi jika seluruh lautan yang memenuhi dunia dijadikan dakwat untuk menulis 'dosa' Mahathir pun nescaya tidak akan habis ditulis sekalipun kering lautan tersebut. Persoalannya, sampai bila?
Tun menginjak ke usia 91 tahun. Ada sakit. Sakit orang tua. Tun hilang jawatan Pengerusi Proton. Tun tiada lagi di kerusi Penasihat Petronas. Ia harga mendapatkan hak yang adil kepada rakyat.
Ucapan Tun di Bersih 5 pun termengah-mengah. Sekejap dengar sekejap tidak. Mungkin penangan 10 jam penerbangan dari Sudan di sebalik usia semakin senja. Tun boleh saja berterusan menghirup secangkir kopi dengan kepingan biskut. Tun boleh saja berterusan melayan hidup dengan belakangnya dipanjat-panjat oleh cucu-cicit ketika sujud atas tikar sejadah. Tun boleh saja berterusan menikmati duit pencen kerajaan dan makan angin di luar negara.
bersih-cTetapi mengapa jalan ini dipilih?

1MDB seumpama 'ibu kepada segala kezaliman' kepimpinan hari ini. Peguam Negara dipencenkan, Gabenor Bank Negara digantikan, Pengarah SPRM ditukarkan, Jawatankuasa PAC di kalangan BN dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri antara contoh kebobrokan sang penguasa bagi mensucikan isu 1MDB. Juga, berapa banyak lagi agensi awam yang mahu kita biarkan untuk menyemalatkan hutang 1MDB? Berapa ramai lagi rakyat seperti Rafizi yang mahu kita biarkan dihukum penjara kerana mendedahkan penyelewengan pemerintahan negara? Nilai Ringgit Malaysia pula makin lemah. Makan di luar, kena caj GST. Makan di rumah, minyak masak ditarik subsidi. Terbaru, caj di hospital turut akan dinaikkan.
Read More / Baca Lagi >>

Tawan Perak: Pas ikrar gempur 35 kerusi Dun untuk mentadbir secara bersendirian

Posted: 28 Nov 2016 08:57 PM PST

Pas
PARIT BUNTAR - Pas Perak sedia bertanding sekurang-kurangnya 35 kerusi Dun termasuk meletakkan lima calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di lima kerusi Dun majoriti pengundi bukan Melayu pada PRU14.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, keputusan itu dibuat berasaskan kajian dilaksanakan Jabatan Pilihanraya Pas Perak menetapkan sekurang-kurangnya 30 kerusi Dun perlu dimenangi parti itu pada PRU akan datang bagi membolehkan Pas mentadbir Kerajaan Perak secara bersendirian.
Menurutnya, tambahan lima kerusi Dun turut diperuntukkan kepada calon DHPP Perak yang terdiri masyarakat bukan Islam di lokasi-lokasi dikenal pasti bagi mengukuhkan cengkaman parti itu merampas Kerajaan Perak daripada BN.
"Apabila pembentukan tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) terbubar, kita mengambil keputusan menetapkan dan memberi penumpuan sendiri terhadap seberapa banyak kerusi hendak kita tandingi.
"Jabatan Pilihanraya Pas Perak sudah membuat kajian kemungkinan kawasan-kawasan berdasarkan majoriti Melayu yang akan kita bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi bagi memastikan sekiranya pengundi Melayu meyakini Pas, kita boleh memerintah bersendirian.
"Selain itu, tambahan lima kerusi Dun (turut diperuntukkan) kepada calon DHPP," katanya pada sidang media pada pra-pelancaran program Kerian Bermunajat di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, kelmarin.
Majlis dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Razman berkata, bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini, Pas Perak tidak gentar hadapi kemungkinan pertembungan pertandingan tiga atau lebih penjuru di setiap kerusi Dun dan Parlimen.
Menurutnya, Pas Perak lebih memfokuskan usaha mengukuhkan jentera pilihan raya dan aktiviti turun padang bagi mendekati pengundi berbanding bimbang dengan kekuatan parti lawan.
"Cuma Pas minta kepada rakyat untuk berani membuat perubahan dan meletakkan kepercayaan kepada Pas bagi mentadbir Kerajaan Perak kerana kita mempunyai kepakaran dan kekuatan yang diperlukan.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih banyak NGO dipantau, mungkin ada tangkapan - KPN

Posted: 28 Nov 2016 08:54 PM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan lebih banyak NGO dipantau berkaitan penerimaan dana asing daripada luar negara.
Malah, katanya, kemungkinan akan ada tangkapan dibuat tidak lama lagi.
"Jadi saya nasihatkan supaya kita semua berhati-hati," kata Khalid.

"Kerana, jika ada... kami sedang memantau lain-lain NGO ini dan saya tidak menolak kemungkinan ada beberapa orang lagi yang kita akan tangkap dalam sedikit masa, jika perlu.
Buat masa ini, tambahnya, polis sedang mengemas kini bahan bukti dan maklumat-maklumat yang dimiliki mereka.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan NGO yang dimaksudkannya itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa polis menyerbu pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya, semalam.
Empower pernah dipimpin oleh Penegrusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan membenarkan pejabatnya digunakan oleh gabungan itu sebelum ini.
BERSIH sedang disiasat atas dakwaan menjejaskan demokrasi berparlimen selepas didakwa menerima dana asing daripada Open Society Foundation (OSF) yang mempunyai kaitan dengan hartawan asing George Soros.
Sementara itu, Khalid berkata berdasarkan maklumat dan rekod kajian polis, Empower juga menerima dana luar negara, termasuk daripada OSF.

"Jadi itu adalah proses siasatan kita untuk mendapatkan apa juga dokumen, barang-barang bukti, juga dari pejabat Empower," katanya.
'Kalau sayang negara, hati-hati'

Read More / Baca Lagi >>

Jika Umno jatuh, Melayu juga akan rebah - Ab Rauf

Posted: 28 Nov 2016 08:49 PM PST

Bangsa Melayu berdepan krisis apabila kekuatan politiknya kini sedang diracik-racik oleh propaganda pembangkang sehingga menyebabkan mereka berpecah dan menjadi minoriti dalam konteks kuasa politik di negara ini, kata Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sambil menafikan Umno yang menghadapi krisis, Ab Rauf berkata, perpecahan bangsa itu perlu dipandang serius kerana boleh menghakis kuasa politik Melayu untuk terus memegang kuasa sebagai tunjang pemerintahan di negara ini.
"Ada pihak yang mendakwa Umno kini sedang dilanda krisis kepercayaan dan perpecahan daripada bangsa Melayu, namun hakikatnya bangsa Melayu itu sendirilah yang sedang menghadapi krisis ini.
"Kekuatan politik bangsa Melayu kini seolah-olah sedang diracik-racik sehingga boleh menjadi minoriti di dalam kekuasaan politik negara biarpun kita merupakan bangsa majoriti di negara ini, namun ramai yang tidak menyedari akan perkara ini," tegasnya, memetik laporan Umno Online.
Justeru, jelas Ab Rauf, jika tiada tindakan diambil mengenai, kedaulatan serta hak istimewa orang Melayu akan terancam seterusnya melucutkan kuasa politiknya.
"Apabila Umno jatuh dan rebah, maka bukan Umno itu sahaja yang rebah, sebaliknya akan turut terikut rebah dan tersungkur adalah maruah dan kedaulatan bangsa Melayu itu sendiri apabila kuasa politik dalam mentadbir negara tidak lagi menjadi kuasa majoriti buat bangsa ini," ujar beliau.
Oleh itu, tambah Ab Rauf, anak-anak muda khususnya mahasiswa yang merupakan pelapis kepada kepimpinan dan pewaris kepada perjuangan anak bangsa ini perlu menjadi benteng pertahanan menangkis segala serangan pihak tertentu.
Beliau mengingatkan: "Apa yang dinikmati oleh anak-anak bangsa hari ini adalah hasil perjuangan Umno yang telah mengikat Akta 153 dalam usaha mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Maria Chin belum terlepas siasatan, kata KPN

Posted: 28 Nov 2016 08:47 PM PST

Khalid berkata kertas siasatan akan dihantar kepada Peguam Negara dalam sebulan.
IGP-Khalid-Abu-Bakar
KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah masih belum terlepas daripada siasatan polis walaupun dibebaskan semalam, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata Maria, yang sebelum ini disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma, kini masih disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman berhubung penglibatannya menganjurkan himpunan Bersih 5 pada 19 Nov.
"Di bawah prosedur Sosma, pegawai polis berpangkat superintendent ke atas, berkuasa menahan seseorang itu selama 28 hari. Tetapi apabila kita merasakan apa yang patut kita buat telah selesai, kita tak perlu tahan lebih lama lagi," kata Khalid hari ini.
Khalid menafikan dakwaan Maria beliau tidak lagi disiasat.
"Itu tidak benar. Siasatan itu akan kami kemaskinikan dan kertas siasatan akan kita kemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh satu bulan."
Maria semalam dibebaskan selepas ditahan pada 18 Nov, beberapa jam sebelum perhimpunan Bersih 5 yang turut menyaksikan penyokong Gerakan Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos cuba menghalang perhimpunan itu.
Maria yang ditahan di sebuah lokasi rahsia di Kuala Lumpur selama 10 hari semalam tampil di Dataran Merdeka disambut ratusan penyokong, yang sebelum ini mengadakan protes vigil menuntut pembebasannya.
Read More / Baca Lagi >>

Dua lagi tokoh akademik sertai Amanah

Posted: 28 Nov 2016 08:07 PM PST

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir mengumumkan kemasukan dua tokoh akademik ke dalam parti itu hari iniSetiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir mengumumkan kemasukan dua tokoh akademik ke dalam parti itu hari ini
Dua tokoh akademik menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini.
Mereka ialah bekas pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tajul Ariffin Noordin dan bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohammad Azmi Othman.
Tajul Ariffin pernah memegang jawatan dalam Umno sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam parti itu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir pada sidang media di Wisma Amanah Negara, Jalan Kuching hari ini.

DAP: Jangan heret ‘Bangsa Johor’ dalam politik perkauman

Posted: 28 Nov 2016 08:06 PM PST

Mahdzir berkata, konsep Bangsa Johor wujud sejak 1920-an, ketika Umno belum ditubuhkan.
mahdzir-ibrahim_johor_rakyat_600
KUALA LUMPUR: Umno tidak boleh mengheret konsep "Bangsa Johor" ke kancah politik perkauman sempit mereka, pesan pengarah pendidikan politik DAP negeri.
Mahdzir Ibrahim mempersoalkan tindakan Umno mengaitkan parti terbabit dengan konsep yang dilaungkan Sultan Johor untuk semua kaum di negeri selatan itu.
Beliau mengulas ucapan penggulungan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin di Dewan Undangan Negeri kelmarin yang mendakwa agenda DAP tidak sesuai dengan konsep itu kerana mengamalkan politik perkauman.
Antara hujah Khaled ialah kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak membela nasib orang Melayu dan India di sana.
Dengan menyenaraikan program bantuan dan peruntukan kerajaan Pulau Pinang kepada orang Melayu dan umat Islam di sana, Mahdzir menyatakan keadaan di Johor sendiri yang menurutnya masih bergelut dengan pelbagai kategori kemiskinan.
"Pulau Pinang adalah negeri terawal yang berjaya membasmi kemiskinan tegar di kalangan semua kaum. Di Johor pada 2016, masih bersilat lidah antara sifar miskin, miskin tegar dan mudah miskin.
"Betul jika kerajaan Pulau Pinang didakwa tiada dasar untuk kaum Melayu dan India kerana kami tidak melihat kemiskinan menerusi kaca mata Umno iaitu perkauman, tetapi berdasarkan keperluan rakyat rentas kaum dan agama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Membalak Sampai Licin: Bukan di Rohingya, tapi di Gua Musang Kelantan.

Posted: 28 Nov 2016 07:58 PM PST

POLIS, PJBT HUTAN, FRU VS ORG ASLI GUA MUSANG

Demi BALAK, 52% balak Kelantan daripada tempat bantahan orang asli Kelantan. Tauke balak kata 5 hari tidak operasi rugi RM50 juta!

Kerajaan Negeri dijangka mengaut Keuntungan daripada Hasil Hutan sebanyak RM177.20 JUTA daripada buku Bajet 2017, sumber income paling banyak kerajaan Negeri.

Demi DUIT, rakyat dan orang asli sanggup diketepikan??

3 Kawasan Orang Asli buat sekatan membabitkan Kawasan;

i. Hutan Simpan Balah - Hutan simpan kedua terluas di Kelantan

ii. Hutan Simpan Perias - Hutan simpan paling luas di Kelantan

iii. Hutan Simpan Stong Selatan.


Ringkasan Pertemuan Dengan Kerajaan Negeri dan PAS;


i. Dato Timbalan Menteri Besar waktu berjumpa Orang Asli awal November 2016 lalu kata akan TURUN berunding di kawasan Blockade, nampaknya POLIS dan BLACK MARIA yang turun.

ii. Dato Menteri Besar pula, juga kata ingin berunding, tapi yang diajak mereka Penghulu-Penghulu lantikan politik, orang asli yang dapat kontrak dengan ladang rakyat. Siap orang asli (pro kerajaan) serah memorandum Sokong Kerajaan Negeri (sokong pembalakan, ladang hutan)

iii. Pemuda Pas Kelantan sebelum ini masuk bulan Oktober, berjumpa di Blockade mengatakan pada orang Asli wakil Kerajaan Negeri akan masuk berunding dengan mereka.

Janji tinggal janji, harini berpuluh puluh anggota berpakaian lengkap masuk serbu dan angkut orang asli yang juga rakyat Kelantan ic 03.

Dimanakah nilai ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS? Apabila benda asas berkaitan perundingan pun tidak boleh ditepati.

Tiada Ehsankan PAS Dan Kerajaan Negeri Kelantan?

~ Orang Asli membuat bantahan sebab ingin melindungi hutan semulajadi mereka, mahu Kerajaan Negeri berikan Tanah Adat mereka, sebab kegiatan pembalakan jelas menjejaskan sumber rezeki mereka.

UMNO KINI LEBIH ISLAMIK DARIPADA PAS?

Posted: 28 Nov 2016 07:47 PM PST

Menurut pemimpin UMNO, Nazri Aziz, tindakan Pas mahu meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikuatkuasakan adalah kerana parti itu selama ini gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam.

Katanya, hukuman sedia ada tidak mencukupi untuk memberi pengajaran buat rakyat negeri itu, lalu menyebabkan Hadi Awang mahu menambahnya.

Pas Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu dia menjadi Menteri Besar Terengganu, enakman di sana juga turut ditukar.

Maknanya, Pas gagal. Kalau dia berjaya, dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau Pas berjaya, saya rasa semua rakyat negeri Kelantan akan puasa, ini tidak, dia nak tambah lagi hukuman, ujar Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Sehubungan itu, tambah Nazri, tindakan UMNO memberi laluan kepada usul Hadi itu sebenarnya ialah kerana mahu membantu Pas sebab parti itu telah gagal di Kelantan.

Malah, tegasnya,  UMNO tidak minta pun untuk menambah hukuman sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

ECRL - PELABURAN ATAU HUTANG?

Posted: 28 Nov 2016 07:46 PM PST

Dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di televisyen malam semalam, antara perkara yang disebut oleh Najib Razak ialah berkaitan pelaburan dari China.

Sambil merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Najib berkata, "kalau kita tak bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gagal, bila kita bawa masuk, mereka kata kita gadai."

"Selama ini tak timbul...apa beza dengan pelaburan dari Jepun, Eropah dan China?" soalnya.
Projek ECRL ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan antara Tumpat di Kelantan sehingga ke Pelabuhan Kelang dengan jarak sejauh 688 kilometer dan menelan kos sebanyak RM55 bilion.

Apakah projek ECRL itu suatu pelaburan atau hutang?

Jika dilihat berdasarkan  fakta yang dibentangkan sebelum ini, projek ECRL itu diserahkan kepada syarikat China untuk melaksanakannya dengan pembiayaan penuh, juga oleh bank dari China yang diberikan kelulusan untuk membuka cawangannya di Malaysia.

Tempoh bayaran baliknya ialah selama 20 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Balak Kelantan: Sapu licin sebelum hilang kuasa

Posted: 28 Nov 2016 07:46 PM PST


Timbunan balak di Air Terjun Dakota bukti berleluasanya pembalakan melampau di Gua MusangTimbunan balak di Air Terjun Dakota bukti berleluasanya pembalakan melampau di Gua Musang
Tindakan 'sapu licin' khazanah di Kelantan berlaku sebelum hilang kuasa memandangkan kemenangan Pas pada pilihan raya umum akan datang tidak terjamin lagi, dakwa Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kelantan, Khairul Nizam Abd Ghani.
Beliau berkata demikian ketika mengulas jangkaan operasi pihak kerajaan negeri merobohkan halangan (blocked) Orang Asli dalam masa terdekat bagi memastikan balak dapat dikeluarkan dengan apa cara sekalipun.
"Kerajaan yang sedang menunggu kalah dan sibuk membersihkan khazanah negeri berada dalam posisi tidak boleh berunding. Penyusunan kampung-kampung Orang Asli masih belum diwartakan walau sudah diluluskan," dipetik daripada status Facebook beliau malam tadi.
Menurutnya, hanya sebilangan sahaja penempatan Orang Asli diwartawakn manakala hampir 100 kampung masih belum diselaras dan diberi perimeter hutan, sumber air serta diwartakan.
"Penyusunan dan pewartaan ini penting bagi menjamin hak Orang Asli walau parti yang mentadbir kerajaan bertukar ganti. Keadaan kini mencemaskan kerana penggal bubar dikatakan Mac depan," jelasnya.
Sehubungan itu, Khairul berkata, pihaknya akan mengemukakan surat memohon rundingan kepada kerajaan negeri bagi tujuan pewartaan tersebut.
"Tempoh dua minggu. Jika tidak, satu aksi nekad akan berlaku sama ada di SUK (Setiausaha Kerajaan) atau di rumah pemimpin negeri yang terpilih, mengikut kemampuan.
"Bagaimana terjejas kehidupan pemerintah (sedikit), begitulah terjejas kehidupan mereka (Orang Asli) sehari-hari, selama berpuluh tahun (banyak)," tambahnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tak perlu banding diri dengan Mahathir - Mukhriz

Posted: 28 Nov 2016 07:44 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu membandingkan pengaruh beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal mendapatkan sokongan daripada ahli Umno.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perbandingan itu tidak patut dibuat memandangkan bekas perdana menteri itu tidak lagi berada dalam Umno.
Mukhriz Mahathir "Tiada sebab untuk membangkitkan soal lebih atau kurang pengaruh Tun Mahathir dalam kalangan ahli Umno kerana Tun Mahathir sudah lama meninggalkan parti itu. Sebab itu Tun Mahathir tubuhkan parti baharu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Najib yang juga Presiden Umno dalam satu laporan media mendakwa beliau mempunyai kelebihan berbanding Mahathir yang sehingga kini gagal menjatuhkannya.
Menurut Najib, ini disebabkan beliau bergaul dengan pemimpin-pemimpin Umno sejak pertama kali menyertai parti itu pada usia 23 tahun.
Sedangkan, dakwanya, Mahathir langsung tidak rapat dengan Ketua Umno Bahagian.
Menurut Mukhriz, kenyataan Najib itu merupakan pandangan peribadi beliau saja.
"Apa yang nampak, ada juga kalangan ahli Umno sekarang yang tak setuju dengan Najib. Cuma mereka tidak sanggup menyatakan secara terbuka," katanya.
Beliau berkata, kenyataan Najib itu juga seolah-olah mencerminkan dirinya dalam keadaan terdesak.
"Biasanya dalam soal berbuat baik ini, orang lain yang nampak, bukan dinyatakan oleh tuan punya badan sendiri. Ini umpama angkat bakul sendiri.
"Lagipun beliau membuat kenyataan itu dalam satu temu ramah yang dirancang. Sudah tentu kehebatan diri yang diutamakan dulu, lebih-lebih lagi menjelang PRU ini," katanya.
Mahathir mengambil keputusan keluar Umno kali kedua pada Februari tahun ini, dan semakin lantang mengkritik cara pentadbiran perdana menteri, terutama dalam isu kuasa dan integriti, khususnya berkaitan 1MDB.

Zahid: Saya baik dengan Jamal, tetapi jika beliau langgar akta…

Posted: 28 Nov 2016 07:41 PM PST

Bagaimanapun, naib presiden Umno itu berkata ia tidak bermakna beliau setuju dengan tindak tanduk pemimpin Baju Merah itu.
zahid-jamal-1
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, tetapi berkata ia dalam konteks keahlian mereka dalam Umno.
"Hubungan saya dengannya memang baik. Beliau adalah ketua bahagian Umno Sungai Besar, jadi hubungan kami lebih di dalam Umno," kata naib presiden Umno itu dalam wawancara bersama FMT.
Zahid bagaimanapun berkata hubungan itu tidak bermakna Umno setuju dengan tindak tanduk Jamal.
"Saya ingin ulang, (Gerakan Baju Merah) adalah sebuah NGO yang tiada kaitan dengan Umno. Jika beliau langgar undang-undang, mestilah sedia menerima padahnya," kata timbalan perdana menteri itu.
Jamal dan penyokongnya baru-baru ini terlibat dalam beberapa insiden termasuk tindakan mengasari penyokong Bersih 2.0.
Sebelum ini, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Jamal menerusi kempennya menghalang kempen menuju perhimpunan Bersih 5 memburukkan imej parti itu.
Ogos lalu, Zahid menolak tanggapan Jamal sebagai bersifat perkauman, sebaliknya menyifatkannya sebagai seorang yang suka menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.

PM kata Dr M pemimpin ‘super ego’

Posted: 28 Nov 2016 07:40 PM PST

Datuk Seri Najib Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pilihan selain menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dulu.
najib-mahathir-pru
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai "super ego" yang besar.
"Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.
Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
Najib yang juga presiden Umno berkata usaha Dr Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Rakyat juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu.
Sehubungan itu, Najib berkata Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dulu.
"Waktu Dr Mahathir jadi presiden Umno, orang yang sama duduk keliling dia hari ini mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik 'tape-tape', video lama mereka mengutuk Dr Mahathir lagi dahsyat.
Read More / Baca Lagi >>

'Hubungan tegang Umno-PAS makin kendur' - Najib

Posted: 28 Nov 2016 07:38 PM PST

Hubungan tegang antara Umno dan PAS yang berlaku suatu ketika dahulu, kini semakin kendur termasuk di peringkat akar umbi, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata, ini berikutan PAS pada masa ini lebih terbuka dan komited bekerjasama dalam memperjuangkan perkara khususnya yang melibatkan kepentingan ummah di negara ini.
"Begitu juga Umno, Umno pun bersikap sedemikian dalam banyak hal bila melibatkan soal ummah, soal masa depan negara.
"Ada bab-bab di mana kita memang mempunyai pendapat yang sama tetapi kita belumlah macam tahun 1974 dalam bentuk satu kerajaan campuran dan sebagainya," katanya sewaktu Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di Putrajaya, malam semalam.
Najib menegaskan, Umno dan PAS berjuang menerusi wadah parti masing-masing.
"Kita bergerak dalam kumpulan, kelompok masing-masing, dalam parti masing-masing. Ada masa kita berbeza pendapat, ada masa kita tak sama pendirian tetapi ada kala juga kita boleh mempunyai pendirian yang sama," kata perdana menteri.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan, parti itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk Umno.
Abdul Hadi berkata, kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik.

‘Umno perlu waspada MCA, bukan DAP’ - ZAM

Posted: 28 Nov 2016 07:34 PM PST

Bekas menteri itu berkata MCA dan Gerakan terlalu obses bersaing dengan DAP sehingga tidak mengutamakan kepentingan kaum lain.
zainuddin-mca-dap-1
PETALING JAYA: Umno sepatutnya lebih berwaspada dengan sekutunya MCA, MIC dan Gerakan, dan bukan dengan musuh ketatnya DAP, menurut bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu turut menuduh rakan sekutu Umno dalam Barisan Nasional (BN) menikam parti itu dari belakang beberapa kali sejak Merdeka.
"Malah, punca BN hilang majoriti dua-pertiga ialah kerana MCA, Gerakan dan MIC tidak jujur dan tidak setia," kata Zainuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam Maidin.
Beliau memberi contoh era 1960an ketika beberapa pemimpin MCA membantah keputusan presiden MCA ketika itu, Tun Tan Siew Sin tidak mahu menuntut Bahasa Mandari dikurniakan taraf sebagai salah satu bahasa rasmi.
Zam berkata kumpulan itu kemudian menubuhkan Gerakan dan pilihan raya umum berikutnya pada 1969 menyaksikan MCA hilang separuh kerusinya kepada DAP dan Gerakan.
"Selepas rusuhan kaum 13 Mei, 1969, MCA dan Gerakan tidak ada pilihan tetapi menyokong perlembagaan dan hak Melayu. Sebab itu kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dan menyertakan perkara mengenai kaum dan agama.
"Ini untuk membantu MCA dan (timbalan perdana menteri) Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata ia kali terakhir kerajaan akan membantu MCA."
Zainuddin mengakui punca parti komponen BN tewas pada pilihan raya ialah kerana fokus mereka terhadap kepentingan segolongan rakyat dan bukan semua rakyat Malaysia..
"Mereka (MCA, MIC, Gerakan) selalu bertindak mengikut sentimen Cina. Mereka tidak berani bercakap mengenai pentutupan sekolah jenis kebangsaan Cina.
"Ia berbeza dengan Lee Kuan Yew, yang ketika mula berkuasa pada 1965, bertegas tidak akan membenarkan budaya Cina menjadi dominan di Singapura," kata Zam merujuk perdana menteri pertama Singapura itu.
Zainuddin berkata masalah utama yang melanda parti komponen BN ialah obsesi mereka bersaing dengan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah jangka lagi tangkapan sebelum PRU-14

Posted: 28 Nov 2016 07:32 PM PST

Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan lebih ramai ahli politik dari Pakatan Harapan akan diheret ke mahkamah sebelum pilihan raya umum akan datang.
Merujuk kepada beberapa siri penangkapan dan siasatan ke atas ahli politik dan aktivis berhubung perhimpunan BERSIH5, katanya, taktik ini digunakan oleh parti pemerintah untuk terus kekal berkuasa.
Ini termasuk penyalahgunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma ke atas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah serta penggunaan berleluasa Seksyen 124C dan 147 Kanun Keseksaan untuk menangkap atau menyiasat mereka.
Tidak kurang 23 ahli politik dan aktivis ditahan sekitar perhimpunan BERSIH5 pada 19 November lalu.
"Tidak mustahil semakin hampir kita ke Pilihanraya Umum ke-14, semakin ramai ahli-ahli politik Pakatan Harapan bakal dihadapkan ke mahkamah," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Mengulas mengenai pembebasan Maria, semalam, katanya, ini adalah hasil gesaan dan sokongan padu rakyat yang berhimpun secara aman setiap malam di Dataran Merdeka dan banyak lagi tempat di seluruh negara untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka.
"Kerajaan Umno-BN yang dahulunya berjanji untuk hanya menggunakan Sosma ke atas pengganas kini jelas telah memungkiri janji mereka.
"Sehingga ke hari ini, tiada seorang menteri mahupun ahli parlimen Umno-BN yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa penahanan Maria di bawah Sosma adalah wajar dan adil.
Read More / Baca Lagi >>

Maria: No link between Bersih and Soros

Posted: 28 Nov 2016 07:29 PM PST

Dr M not cursed, just can't accept defeat

Posted: 28 Nov 2016 07:29 PM PST

UMNO should be cautious with allies, not DAP

Posted: 28 Nov 2016 07:28 PM PST

Comments (0)