Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mursyidul am PAS jelaskan mengapa PAS elak serang Najib

Posted: 27 Nov 2016 08:44 PM PST

Hashim Jasin menyorot kembali kemenangan besar BN pada 2004 di bawah pimpinan baharu Pak Lah selepas pengunduran Dr Mahathir.
Hashim-JasinPETALING JAYA: PAS menganggap kejatuhan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan hanya mengembalikan kekuatan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan orang baharu, kata mursyidul am PAS Hashim Jasin.
Beliau memberikan contoh bagaimana BN yang lemah di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad muncul kuat semula selepas digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyaksikan kemenangan besar merampas semula sejumah besar kerusi pembangkang yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) 1999.
"Bukankah pada pilihan raya 2004, BN menang besar? BN akan lebih kuat dalam tangan orang baharu," kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.
"Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah," katanya.
BN memenangi 198 kerusi Parlimen pada PRU 2004 manakala pembangkang memenangi 20 kerusi, majoriti terbesar yang diperolehi BN sejak 1978.
Hashim turut mempersoalkan apa yang akan berlaku selepas kempen pembangkang menjatuhkan Najib berjaya.
"Bolehkah kita pastikan tidak akan ada masalah lagi, jika Najib dijatuhkan? Pada pandangan saya, kalau sistem sama masih dipakai, samalah juga.
"Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya.
"Kalau boleh kata dalam keadaan dia banyak 'dosa', banyak perkara yang dia buat orang marah, masa itulah kita tumbangkan dia. Itu lebih baik daripada kita usaha jatuhkan dia sekarang," katanya.

Bersih supporter terima kasih abang polis

Posted: 27 Nov 2016 08:39 PM PST

Insiden kecoh, program BERSIH kena 'ganggu samseng' di P.Pinang

Posted: 27 Nov 2016 08:37 PM PST

PAS, Ikatan gesa kerajaan segera gubal akta dana politik

Posted: 27 Nov 2016 08:34 PM PST

Bersih 5: 4 pemimpin pembangkang dipanggil polis

Posted: 27 Nov 2016 08:13 PM PST

Mereka ialah Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim; bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda PKR Selangor, Afzainizam Rahman.
bersih-crackdownPETALING JAYA: Polis hari ini memanggil beberapa wakil rakyat dan pemimpin parti pembangkang untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan Bersih 5 yang diadakan lebih seminggu lalu, lapor Oriental Daily.
Mereka ialah Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim; bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda PKR Selangor, Afzainizam Rahman.
Mereka dipanggil polis pagi ini mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sekurang-kurangnya 23 individu ditahan polis sebelum, ketika dan selepas perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu, termasuk wakil rakyat pembangkang, aktivis serta ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.
Semua sudah dibebaskan selepas ditahan 2 hingga 4 hari, kecuali Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Mursyidul Am: 'Pas bukan gila kuasa'

Posted: 27 Nov 2016 08:12 PM PST

Mursyidul Am: 'Pas bukan gila kuasa'
MIRSYIDUL Am Pas, Hashim Jasin baru-baru ini menyatakan parti itu sudah sedia untuk berbincang mengenai konsep satu lawan satu pada PRU14.
Sudah pasti apa yang disebutnya itu segera mendapat perhatian kerana umum mengetahui bahawa hubungan Pas dengan parti-parti pembangkang lain selama ini sememangnya diselubungi berbagai isu yang menjadi penghalang untuk pertandingan dua penjuru direalisasikan.
Mengikut logik politik, jika berlaku satu lawan satu, kedudukan BN mungkin tergugat.Namun jika sebaliknya, BN dipercayai akan kekal berkuasa berikutan perpecahan undi pembangkang.
Bagaimanapun, untuk mencapai tujuan itu, Pas tetap meletak syarat yang sekali gus menghadapkan realiti bahawa usaha ke arah itu masih perlu menempuh laluan yang berliku. Ikuti penjelasan Hashim kepada Editor Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim.
Bagaimana boleh timbul kenyataan satu lawan satu?
Kalau ambil kira dari segi akal, satu lawan satu, tinggi harapan kita untuk menang. Kalau dua penjuru, kurang sikit. Kalau tiga, lagilah kurang. Atas dasar itu, saya lontarkan idea, Pas bersedia untuk satu lawan satu tetapi ia bukanlah setakat itu, ada syarat. Kita letak syarat sebab kita tak mahu kalau kita menang, timbul masalah lain, jadi konflik, perebutan (jawatan dan kuasa).  Itu kita nak elak. Tetapi pada dasarnya konsep satu lawan satu memang baik. Itu kita akui. Saya lontarkan pandangan itu kerana ia tidak bercanggah dengan sistem demokrasi kita dan tidak bercanggah dengan pemikiran kita bahawa satu lawan satu lebih mudah untuk kita menang.
Apakah syarat-syarat itu?
Apabila kita capai kemenangan, kepimpinan mesti diterajui oleh Islam. Ini merangkumi sebarang sudut yang ada dalam kepimpinan. Landasan dari segi pentadbiran, pengurusan dan sebagainya adalah mesti mengikut apa yang ditakrif sebagai prinsip dan nilai Islam.
Apa lagi prasyarat sebelum persetujuan dicapai?
Perlu  difahami untuk mencapai sesuatu kerjasama mengikut Islam, ada tiga gagasan pendekatan yang perlu iaitu tahaluf, ta'awun dan isti'anah. Tahaluf ialah kerjasama yang lebih menjurus kepada politik. Ta'awun ialah bersama dalam satu ikatan atau pakatan. Konsep ta'awun adalah lebih luas daripada politik, turut merangkumi urusan sosial dan kemasyarakatan. Isti'anah pula dalam situasi yang memerlukan kita minta tolong daripada pihak lain untuk mencapai sesuatu tujuan.  Ketiga-tiga konsep ini ada dalam pakatan yang Nabi pernah buat. Nabi malah pernah minta tolong daripada orang Yahudi. Semasa PR, ketiga-tiga elemen itu kita buat, ada dalam pendekatan kita (Pas). Isti'anah misalnya apabila kita bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina, DAP datang tolong. Dalam Islam, pendekatan ini diharuskan. Atas dasar itu, kita tidak menolak untuk bekerjasama dengan sesiapa pun. Syaratnya, mesti Islam yang memimpin. Kita sudah terlibat dengan berbagai bentuk kerjasama. BN pun Pas pernah masuk tapi tidak sampai ke mana. Jadi sekarang, kita kena letak syarat sebelum apa-apa kerjasama kita buat. Satu lawan satu memang baik tetapi kita mesti letak Islam yang memimpin. Kita sudah ada pengalaman kalau letak matlamat yang lain, ia tidak akan menguntungkan Islam.
Jika kerjasama itu menjadi, adakah mesti Pas yang jadi ketua?
Kita tidak bermaksud begitu. Tidak semestinya Pas. Siapa pun boleh jadi ketua. Apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja. Presiden sebut Pas (yang memimpin), bukan bermakna kenyataannya itu menyalahi apa yang saya sebut. Itu pandangan dia (Presiden Pas) atas pengalamannya bersama pakatan sebelum ini. Bagi Tok Guru Haji Hadi, sebelum ini apabila diberi kepada pihak lain (selain Pas) untuk memimpin, pakatan kita boleh dikatakan hanyut, tidak sampai tujuan.  Jadi kali ini, biar Pas yang memimpin. Itu bukan makna kita minta. Dan Pas itu bukan mesti Haji Hadi. Pas adalah organisasi. Bukan kita minta untuk diri kita. Kita bukan rebut atau gila nak jadi perdana menteri. Itu kita sebut lama dah, sejak awal lagi tetapi mereka sendiri, belum apa-apa lagi sudah sebut orang itu perdana menteri, orang ini perdana menteri. Itu yang dimaksudkan oleh Tok Guru. Dan saya apabila saya kata Islam,  sebenarnya sama sahaja tetapi saya sebagai orang yang lebih tua, lembut sikitlah kata-kata saya (tertawa)! Saya ulang, apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja asalkan kita yakini kerjasama ini boleh dibawa mengikut acuan Islam, mengikut cara, kaedah dan pendekatan Islam. Tok Guru Nik Aziz pernah kata, kita nak buat (tegak pemerintahan) Islam, kalau Umno nak buat Islam yang sama, kita sanggup bubar Pas. Jadi maknanya, sesiapa saja yang nak buat Islam, kita akan sokong. Sampai sekarang, prinsip itu kita pegang. Bukan mesti Pas. Kalau ada orang lain yang betul-betul kita boleh percaya untuk melaksanakan Islam, kita sokong. Nabi dulu pun, apabila ada raja di sesebuah negara yang sedia terima Islam, Nabi benarkan untuk dia memerintah. Ini bukan soal kita nak jadi ketua, tetapi kita nak letak Islam di tempatnya, sebagai landasan dalam kepimpinan. Islam tidak ada kaitan dengan soal tamak kuasa tetapi Islam bawa mesej selamat dunia dan akhirat. Aslim taslam, masuk Islam, kamu selamat dunia akhirat. Inilah pendekatan kita, nak usaha untuk semua orang faham dan terima Islam yang sebenar-benarnya.
Kalau tidak letak syarat seperti itu?
Read More / Baca Lagi >>

Reman 4 Hari: 11 penyokong Tajuddin dibebaskan awal

Posted: 27 Nov 2016 08:11 PM PST

Sebelas individu yang ditahan kerana merusuh di kawasan parlimen di ibu negara Selasa lepas dibebaskan hari ini.

Seorang pegawai polis mengesahkan mereka dibebaskan Sabtu lalu selepas ditahan semalaman, lapor Oriental Daily.

Kesemua mereka, melibatkan lapan lelaki dan tiga wanita, menyerah diri Jumaat lalu setelah diminta berbuat demikian.

Polis berjaya mendapatkan perintah reman empat hari.

Pada Khamis lalu, sekumpulan individu mengganggu Khalid Samad.

Mereka tidak puas hati dengan tindakan anggota parlimen Shah Alam itu memaki timbalan menteri Umno Tajuddin Abdul Rahman sebagai "sial" dalam sidang parlimen.

Khalid berbuat demikian sebagai balasan terhadap kenyataan Tajuddin bahawa anggota parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai satu-satunya wanita yang ada "Kok".
Anak Tajuddin, Faisal, antara 11 orang yang disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Amanah generasi kedua parti Islam di Malaysia

Posted: 27 Nov 2016 07:21 PM PST

Logo Amanah
Saya maklum dengan satu tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor yang seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan generasi kedua parti islam, dan satu satunya hujah balas beliau adalah mengkritik dari sudut kelahiran Amanah sendiri yang dakwanya Amanah hanyalah parti yang muncul berbekalkan alasan tewas di muktamar Pas ke-61 tahun lalu.
Beliau membandingkan sejarah parti generasi kedua Islam diluar seperti AKP di Turki, PKS di Indonesia adalah jauh sekali dengan sejarah penubuhan Amanah, mungkin penulis tidak tahu, selain punyai persamaan dalam asas pemikiran, kekalahan kelompok progresif dalam Muktamar "parti Islam" di Turki juga pernah mengambil tempat.
Apabila parti Refah dibubarkan pada 1998, kalangan Islamis telah menubuhkan Parti Kebajikan (Fezilet Partisi) namun pasca pembubaran Refah, telah timbul pergeseran dalam kalangan Islamis terutama antara kelompok konservatif dan pembaharu (reformis).
Kelompok reformis yang dipimpin Erdogan mahukan pendemokrasian yang lebih meluas dalam parti manakala kelompok konservatif mahu mengekalkan model kepimpinan Sang Hoca (Erbakan). Cadangan Erdogan ditolak keras Erbakan.
Oleh kerana Erbakan dilarang berpolitik, kepimpinan parti diserahkan kepada Kutan, orang setia Erbakan. Walaupun kepimpinan Kutan mendakwa cuba meluaskan agenda demokrasi dalaman parti namun kelompok reformis mendakwa kepimpinan Kutan lebih menfokuskan untuk cuba membawa masuk kembali Erbakan dalam pentas politik Turki yang menurut kelompok reformis akan menjadi halangan proses reformasi dalaman parti yang diperlukan menjelang PRU yang bakal tiba.
Ketika inilah perseteruan dalaman Fezilet mula kelihatan jelas, dan apabila tiba PRU, Fezilet mengalami kegagalan apabila perolehan undinya jatuh kepada 16% berbanding 21% sebelumnya.
Pasca PRU, perpecahan semakin meruncing apabila Abdullah Gul yang merupakan sekutu Erdogan ketika itu berundur dari kepimpinan parti bersama lima tokoh reformis dan secara terbuka menentang kepimpinan Kutan. Erbakan membuat dakwaan bahawa kelompok ini bekerjasama dengan kumpulan sekular untuk menyingkirkan dirinya namun Erdogan berhujah bahawa yang melemahkan parti adalah kerana model lama kepimpinan Erbakan.
Cubaan mengambilalih kepimpinan parti dan menjatuhkan Kutan oleh kumpulan reformis mengambil tempat dalam muktamar parti namun kelompok reformis gagal dengan peroleh undi yang lebih kecil berbanding kelompok pro konservatif yang dipimpin Kutan, pemimpin pilihan Erbakan.
Pasca muktamar, pergeseran dalaman Fezilet masih tiada kesudahan, namun sebelum perpecahan semakin melebar, mahkamah perlembagaan dibawah kuasa tentera membubarkan Fezilet, dan tregedi ini telah menjadi rahmat kepada kelompok islam apabila pembubaran ini membebaskan kedua kelompok bertelagah dan masing masing bebas memilih jalan politik sendiri.
Maka selepas peristiwa inilah tertubuh dua parti baru dari dua aliran pemikiran parti lama iaitu Parti Saadet pimpinan Kutan (mengekalkan idealogi parti lama) manakala Abdullah Gul menubuhkan Parti Keadilan Dan Kesejahteraan (AKP).
AKP terdiri dari tokoh reformis parti lama, mereka adalah kelompok yang tidak menjunjung pemikiran generasi pertama (Gen 1) sebaliknya mereka adalah Gen 2 parti Islam. AKP masih mengekalkan model asas Refah namun AKP mengerakkan model kepimpinan karismatik, meluaskan demokrasi dalam parti, telus dalam mengambil keputusan dan membuka ruang terbuka bagi mendebatkan dasar dasar parti.
Read More / Baca Lagi >>

Era Najib-Rosmah: ‘Kekayaan rakyat Malaysia susut 7.2 peratus pada 2016'

Posted: 27 Nov 2016 07:16 PM PST

Laporan Global Wealth yang dikeluarkan pada November menunjukkan bahawa jumlah kekayaan AS$474 yang dikumpulkan oleh rakyat Malaysia, hanya adalah 0.2 peratus daripada kekayaan dunia, kata Institut Penyelidikan Credit Suisse (CSRI).
Laporan itu menyebut jumlah kekayaan isi rumah di Malaysia menurun AS$26 bilion atau 5.2 peratus.
Walaupun laporan itu mengkategorikan Malaysia sebagai kumpulan berpendapatan sederhana atasan dengan produk negara kasar berjumlah AS$20,100 bagi setiap orang dewasa, ia mengklasifikasikan kualiti data kekayaan negara sebagai "miskin".
Menurut laporan itu yang mencatatkan penjanaan kekayaan di seluruh dunia, 19 juta rakyat di Malaysia menjana kekayaan AS$ 24,429 bagi setiap orang dewasa pada 2016.
Perangkaan itu adalah penurunan sebanyak AS$1,894 atau 7.2 peratus berbanding 2015.
Sementara itu, rakyat dewasa di Singapura dilaporkan mempunyai kekayaan purata AS$276,885 pada 2016. Ini adalah lebih sepuluh kali ganda berbanding dengan rakyat di Malaysia.
Purata hutang orang dewasa di Malaysia pula meningkat daripada AS$7,054 pada 2015 kepada AS$ 7,462 pada tahun ini.

Laporan itu menyebut Malaysia, yang sebelum ini dalam kategori "intermediate wealth group" atau "kumpulan kekayaan pertengahan" dengan purata kekayaan dalam lingkungan AS$25,000 hingga AS$100,000 telah terkeluar daripada kategori berkenaan.
Ia kini dalam lingkungan "frontier wealth" atau "sempadan kekayaan" iaitu mereka yang menjana AS$5,000 hingga AS$25,000 bagi setiap rakyat dewasa.
Golongan ini meliputi sebahagian besar negara di dunia dan kebanyakannya terdiri daripada negara yang ramai penduduknya termasuk China, Russia, Brazil, Mesir, Indonesia, Filipina, dan Turki, kata laporan itu.
"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia dan Poland berlegar berhampiran tahap AS$25,000 ini, tetapi hari ini kedua-duanya telah jatuh di bawah tahap itu," katanya.

PAS tangani cubaan halang pindaan Akta 355 - Nasrudin Hassan

Posted: 27 Nov 2016 07:08 PM PST

Himpunan 355 anjuran Pas akan melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ia bagi mencetuskan kesedaran tinggi dalam kalangan umat Islam dan memberi pemahaman kepada masyarakat bukan Islam agar memberi sokongan ke arah memartabatkan mahkamah syariah.
Nasrudin Hassan "Sokongan umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik, NGO, pendidikan, kaum, bangsa dan bahasa lidah. Demikian juga bukan Islam yang memahami bahawa ini adalah hak yang mesti dipulangkan kepada umat Islam.
"Adalah suatu yang sangat penting untuk berdepan dengan provokasi, ugutan dan ancaman melampau.
"Ia (cabaran) datang dari pihak tertentu yang mahu menggagalkan hasrat pindaan Akta 355 dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang jahat," katanya dalam kenyataan, semalam.
Baru-baru ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, satu himpunan umat Islam besar-besaran secara tertib dan aman diadakan sebelum Mac tahun hadapan.
Perhimpunan bertujuan menjelaskan sebab pindaan Akta 355 dilakukan dan sekali gus meraih sokongan umat Islam terhadap pindaan tersebut.
Nasrudin berkata, Pas akan menubuhkan Sekretariat Himpunan 355 ini pada minggu hadapan yang mewakili parti politik, NGO, aktivis masyarakat dan tokoh individu.
"Sekretariat ini akan mengadakan sidang media khas sebaik sahaja ia ditubuhkan kelak bagi menjelaskan perkara yang perlu kepada umum.
"Sekretariat ini akan menetapkan tarikh dan tempat Himpunan 355 tersebut serta menggariskan objektif dan pelan bertindak bagi memastikan ia berjaya dilangsungkan dengan cemerlang kelak," katanya.

Pindaan usul Akta 355 berbeza RUU asal

Posted: 27 Nov 2016 07:04 PM PST

Dewan RakyatCadangan pindaan Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah berbeza dengan cadangan rang undang-undang asal, kata peguam, Syahredzan Johan.
Beliau berkata, jika sebelum ini Abdul Hadi ingin meminda Akta 355 bagi membenarkan mahkamah syariah mengenakan apa-apa hukuman melainkan hukuman mati, namun kini apa yang dicadangkan olehnya adalah bagi meningkatkan had hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah.
"Cadangan Abdul Hadi sebelum ini adalah agar mahkamah syariah mengenakan hukuman tanpa had kecuali membabitkan hukuman mati.
"Namun cadangan terkini beliau adalah melibatkan hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 serta sebatan enam kali," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Syahredzan berkata, semua fatwa, nasihat dan pendapat yang mengatakan bahawa umat Islam wajib menyokong cadangan Hadi tersebut wajar disemak semula memandangkan cadangan pindaan terbaru itu adalah berbeza dengan sebelum ini.
Beliau berkata, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas tidak menghuraikan cadangan terkini olehnya itu di Parlimen baru-baru ini dan telah menimbulkan banyak tanda tanya.
"Sepatutnya, beliau mengambil kesempatan untuk sekurang-kurangnya memberi huraian am tentang pindaannya dan kemudian memohon supaya penganjuran debat dilangsungkan pada sidang akan datang.
"Ini penting kerana tanpa huraian, sukar untuk mana-mana pihak berbincang dan berbahas dengan terbuka mengenai cadangan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Syahredzan berkata, perbincangan dan perbahasan yang baru wajar berlangsung berdasarkan cadangan pindaan yang terkini tersebut.
Katanya, golongan yang menyokong pindaan harus membenarkan perbincangan dan perbahasan tersebut berlangsung dengan terbuka tanpa sebarang polemik atau hukum dijatuhkan sekiranya ada pihak yang tidak setuju mahu pun membantah.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam mahu akses kepada Maria sebelum perbicaraan Selasa

Posted: 27 Nov 2016 07:00 PM PST

Peguam Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa polis supaya membenarkannya akses untuk berjumpa dengan anak guamnya sebelum perbicaraan habeas corpus Selasa ini.
Ambiga berkata peguam dan keluarga Maria tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya sejak Ahad lalu.
"Mohon berikan kami akses berjumpa dengan Maria supaya arahan mengenai perkara-perkara undang-undang dapat diberikan sebelum kesnya pada Selasa ini.
"Telah mencuba tetapi tidak berjaya," katanya dalam tweet kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata permohonan rasmi juga telah dibuat.
Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari.
Beliau ditangkap pada 18 November, sehari sebelum perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur, untuk menuntut pilihan raya dan kerajaan yang bersih.
Menurut keluarganya, mereka tidak menerima sebarang maklumat mengenai Maria dan tidak tahu di mana beliau ditahan.
Adalah dipercayai bahawa dia dikurung di Kem Polis Batu di Kuala Lumpur, yang sebelum ini adalah pusat tahanan bagi mereka yang dituduh mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri sebelum mereka dipindahkan ke Pusat Tahanan Kamunting di Perak.

Jangka berlaku rundingan Pas, pembangkang - Azman Shapawi

Posted: 27 Nov 2016 06:56 PM PST

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas peringkat negeri tidak menolak kemungkinan berlaku rundingan antara parti itu dan parti-parti pembangkang yang lain ke arah memastikan strategi satu lawan satu antara pembangkang dan BN menjelang PRU14.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata, sejauh mana hasil tersebut berjaya, ia terserah kepada rundingan yang dibuat.
 Azman Shapawi Abd Rani Bagaimanapun katanya, pertandingan satu lawan satu turut disokong Pas dalam usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada menjelang PRU akan datang.
"Kita ambil kisah terhadap strategi satu lawan satu tapi dari sudut untuk bergabung, kita akan pastikan parti itu terima apa yang kita hendak, ambil kira sikap Pas.
"Sekarang ini rundingan belum dibuat, perbincangan belum berlaku. Mungkin sebelum PRU14 akan berlaku rundingan. Sejauh mana rundingan itu, kita tunggulah.
"Kalau mereka (parti lain) ikhlas, mungkin perlu terima," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau menjelaskan, ketidakhadiran Pas dalam Konvensyen Pakatan Harapan walaupun dijemput kerana Pas tidak mengiktiraf pakatan tersebut.
Sebagaimana diketahui sebelum ini katanya, Pas tidak akan bekerjasama dengan dua parti dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"DAP menunjukkan pertentangan dengan kita yang perjuangkan agama manakala (ahli dan pemimpin) Amanah pula yang sebelum ini berada dalam Pas bersikap khianat tetapi tiba-tiba ajak kita sertai mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Perak nafi bincang kerusi PRU dengan Umno

Posted: 27 Nov 2016 06:54 PM PST

Pas nafi bincang kerusi PRU dengan Umno
Razman(tengah) menunjukkan penyebaran kiriman mesej menfitnah Pas melalui aplikasi WhatsApp dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bersama Bahrin(kanan) pada sidang media di Parit Buntar.
PARIT BUNTAR - Pas Perak menafikan berlakunya sebarang usaha perbincangan pembahagian kerusi pilihanraya dengan Umno di mana-mana kawasan sebagaimana tersebar dalam aplikasi sosial media sejak seminggu lalu.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebelum ini, kepimpinan Pas kawasan Parit Buntar mengesan penyebaran fitnah berlaku perbincangan pembahagian kerusi pilihanraya antara kepimpinan Pas kawasan itu dan Umno bahagian Parit Buntar dalam kalangan ahli Pas.
Menurutnya, penyebaran fitnah itu turut mendakwa kononnya Pas kawasan Parit Buntar bersetuju bekerjasama dengan Umno bahagian Parit Buntar dengan memberi laluan Umno bertanding kerusi Parlimen, manakala dua kerusi Dun ditandingi parti Pas.
Razman turut menunjukkan penyebaran kiriman mesej menfitnah Pas melalui aplikasi WhatsApp dilakukan pihak tidak bertanggungjawab pada sidang media di Parit Buntar malam tadi.

Kejatuhan ringgit: Adakah prestasi kabinet Najib tak memuaskan

Posted: 27 Nov 2016 06:51 PM PST

Pada 12 April 2016, ketika nilai ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata:
"Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar."
Melihat nilai ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda - apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu?
Kini, para penganalisa ekonomi menjangkakan nilai inggit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5.
Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu.
Ketika nilai ringgit meningkat di awal tahun ini, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai ringgit.
Apa pula reaksi Najib sebagai menteri kewangan terhadap nilai ringgit hari ini?
Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini?
Jika peningkatan nilai ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan?
Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai ringgit dan segala penarikan balik subsidi?
PAS juga mengikuti rapat langkah-langkah yang diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai ringgit dengan gesaan menghentikan dagangan ringgit di luar pesisir terutamanya perdagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF).
Read More / Baca Lagi >>

Silat Jamal, kuntau Tajuddin dan pencak Hadi

Posted: 27 Nov 2016 06:49 PM PST

November 2016 sesuai benar dikenang-kenang sebagai bulan silat.
Secara khusus ia bermula pada 5 November apabila kumpulan Baju Merah berkumpul dan berarak - sejauh kira-kira 30 meter - ke bangunan berhampiran pejabat Malaysiakini.
Tidaklah kumpulan Baju Merah itu bersilat sambil berarak ke pejabat portal ini. Mereka berpencak silat di tepi jalan berhampiran pondok pengawal.
Nasib tidak baik juga mereka - yang dikatakan Jamal seramai 10,000 orang - tidak terfikir bersilat sambil berarak ke pejabat Malaysiakini.
Jika tidak, tentu ia menjadi detik yang sangat menarik dan unik untuk dirakam apabila Baju Merak mempelopori seni protes menyerupai perarakan pengantin.
Untuk tujuan gambar dan publisiti memang menariklah jika anak buah Datuk Seri Jamal Md Yunos itu bergerak serentak dan seirama - sambil menutup muka - ketika melakukan tunjuk perasaan.
Barangkali itu namanya tunjuk perasaan berbudaya Melayu asli.
Kemudian Baju Merah mempamerkan kehebatan mereka lagi beberapa hari menjelang BERSIH5.
Jika berhampiran pejabat Malaysiakini mereka memecahkan batu konkrit dengan kepala dan mematahkan batang kayu dengan memukul badan sendiri, ketangkasan dan kehebatan itu naik setingkat lagi.
Silat dalam kompleks beli-belah
Kali ini mereka menggunakan kayu berbara dan pedang. Malah Jamal sendiri menunjukkan kehebatan dan kekebalan sesuai dengan tubuh sasanya.
Ketua Umno Sungai Besar itu membuktikan belakang tubuhnya adalah sekeras besi apabila kayu yang dihempukkan ke situ akhirnya patah.
Nasib baik juga kaki orang berbaju hitam dan bertopeng itu tidak patah selepas menendang belakang Jamal.
Kemudian Sabtu berikutnya - 12 November - geng Baju Merah bersilat lagi. Kali ini berhampiran Dataran Maybank di Jalan Bangsar.
Namun daripada peristiwa yang berlaku membabitkan Jamal dan Baju Merahnya, 'silat' paling klasik berlaku sehari kemudian.
Bertempat di Ampang Jamal berpencak dan penyokongnya berpencak di dalam kompleks beli-belah Ampang Point. Rakaman video menunjukkan Jamal seperti mendakwa dia ditumbuk anggota polis tetapi kemudian menafikannya.
Darah Jamal 'tumpah' dan dia mendakwa menjadi mangsa pengikut Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.
Sehari sebelum BERSIH5, polis pula memulakan langkah 'silat' mereka dengan menahan Jamal dan orang kanannya. Maka tinggallah anak buah Jamal - Datuk Armand Azha Abu Hanifah - untuk membuktikan silatnya juga tidak kalah hebatnya untuk mengepalai anak-anak muda berarak ke Padang Merbok.
Cuma selepas itu silat Armand Azha 'tawar' apabila dia juga ditahan polis dan direman selepas perhimpunan BERSIH5 berakhir pada 19 November.
Selang sehari kemudian Anggota Parlimen Pasir Salak pula berpencak di dalam Dewan Rakyat. Sebagai wakil rakyat bagi kawasan yang pernah menyaksikan J W W Birch ditikam, tentulah semangat pahlawan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mudah benar dapat disaksikan.
Di Dewan Rakyat Tajuddin seolah-olah menikam hati dan perasaan ramai wanita - terutama Teresa Kok.
Herdikan 'pejuang' Pasir Salak
Namun jangan sangka Tajuddin menjadi musuh majoriti wanita. Menurut timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu, masih ramai wanita menyayangi beliau, termasuk "yang tua dan muda" di Pasir Salak iaitu kawasan yang diwakilinya.
Kok mungkin memiliki kemahiran kuntau tersendiri namun ia tidak menghalang Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) untuk bangkit sebagai 'pembela'.
Maka bersilat pulalah Khalid dengan Tajuddin. Silat dengan lidah itu kemudian berjangkit ke pencak menggunakan surat peguam.
Cuma yang kurang sedap ialah, tempias pertarungan seni bela diri itu terkena pula pada wartawan.
Pada 24 November persembahan seni silat itu bebar-benar berlaku di pekarangan parlimen. Di lokasi yang sepatutnya selamat dan dikawal rapi 'pejuang' Pasir Salak tiba dan mengherdik Khalid.
Salah seorang daripada mereka yang hadir ialah anak Tajuddin sendiri. Di mana Tajuddin semasa kekecohan itu berlaku? Tidak dapat dipastikan, tetapi adakah ia aneh?
Read More / Baca Lagi >>

Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur

Posted: 27 Nov 2016 06:45 PM PST

Perancangan Umno untuk mendapat sokongan penuh pengundi Melayu dengan cara memperdayakan Pas selepas Cina tidak bersama mereka lagi hancur berkecai, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
 "Selepas Cina tak sokong BN lagi, Umno cuba mendapatkan undi Melayu sepenuhnya dengan memperdayakan Pas agar menyokong mereka menggunakan RUU Akta 355.
"Tetapi ia hancur berderai apabila Pas berpecah dua, dengan lahirnya Amanah dan Umno juga pecah dua dengan lahirnya Bersatu.
"Benarlah janji Allah, kamu merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang," kata Khalid sambil membacakan sepotong ayat Al Quran.
Khalid berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam majlis ceramah anjuran PKR Selayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.
Khalid yang menjadi penceramah utama malam tadi berkata, dengan lahirnya Amanah dan Bersatu, beliau yakin pengundi Melayu tidak lagi bersama dengan Umno dan Barisan Nasional tetapi bersama dengan Pakatan Harapan apabila Bersatu bakal menyertainya tidak lama lagi.
"Apabila pengundi Melayu dan Cina bersatu, kita yakin akan dapat kalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang," kata Khalid yang mendapat tepukan dari hadirin dan juga pemimpin Pakatan Harapan yang berada di pentas.
Khalid tidak langsung menyerang Pas dalam ceramahnya melainkan berkata Umno telah berjaya menjinakkan Pas melalui RUU Akta 355 menyebabkan parti itu mesra Umno.
Turut berucap malam itu adalah William Leong,Ahli Parlimen Selayang dan juga L Mankadir Samsi atau lebih dikenali Pak Jabit serta Azman Mokhtar, Ketua Komunikasi PKR Selayang. Turut berucap adalah wakil DAP.
Sebelum berceramah, Khalid mengadakan dialog dengan ahli Amanah tempatan dan bersetuju untuk menubuhkan dua cawangan Amanah di situ tidak lama lagi.

Penyertaan Bersatu diputuskan 13 Disember

Posted: 27 Nov 2016 06:43 PM PST

GEORGETOWN - Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pakatan  Harapan dijangka diputuskan pada 13 Disember depan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden Pakatan  Harapan yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
Salahuddin Ayub "Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Bersatu diterima dalam keluarga Pakatan  Harapan.
"Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima Bersatu menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam Pakatan  Harapan menjadikan empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Beliau berkata Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa Bersatu tidak mahu menyertai Pakatan  Harapan sebagai 'pakatan plus-plus' sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.
Pada Konvensyen Pakatan  Harapan di Shah Alam 12 November lepas Dr Mahathir dilaporkan berkata, pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.
Sementara itu pada konvensyen itu juga Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata walaupun secara dasarnya Bersatu bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang itu, tetapi kepimpinan kanan parti serpihan Umno berkenaan memerlukan masa untuk berbincang lebih lanjut mengenai penyatuan itu.

Aktifkan segera Pakatan Harapan, kata Amanah Selangor

Posted: 27 Nov 2016 06:42 PM PST


Ir Izham HashimIr Izham HashimPengerusi Parti Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim menggesa supaya digerakkan segera Pakatan Harapan secara aktif agar dapat meyakinkan rakyat Selangor bahawa Pakatan Harapan bersedia meneruskan legasinya.
"Memang benar wujud kerisauan mengenai kemungkinan berlaku pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam PRU ke 14 kelak. Dan terdapat juga analisa daripada pelbagai pihak yang menunjukkan kesukaran untuk calon Pakatan Harapan menang jika berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan, BN dan Pas di kerusi yang sama," kata Izham dalam Ucaptamanya di Konvensyen Pertama Amanah Selangor di Shah Alam pada Sabtu.
Dalam ucapannya Izham berkata,Amanah telah berusaha dan akan terus berusaha untuk memastikan akan berlaku pertandingan satu lawan satu di semua tempat. Tetapi ini semua ujarnya mesti dibuat di dalam kerangka kerjasama yang mantap, jelas dan berasaskan kejujuran serta semangat setiakawan yang tinggi.
Apa lebih penting ujarnya, ialah matlamat muafakat ini hanya satu iaitu mengalahkan BN dan menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan kelak.
"Sebarang penyimpangan daripada prinsip asas ini akan hanya memudaratkan Pakatan Harapan dan menghakis kepercayaan rakyat kepada kewibawaan kita."
Menurut beliau lagi analisa dan laporan pengkaji memang wajar untuk dijadikan pedoman di dalam merangka strategi dan melaksanakan program kemenangan tetapi amat tidak munasabah menjadikan analisa ini semua sebagai kesimpulan atau pemutus yang muktamad.
"Sebagaimana yang berlaku pada pilihan raya presiden Amerika yang berakhir baru-baru ini di mana jelas menunjukkan hampir semua analisa telah meleset apabila pengundi memberi kemenangan kepada calon bukan pilihan.
"Sehubungan dengan itu, Amanah Selangor menyeru pimpinan tertinggi Pakatan Harapan segera memuktamadkan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, penggunaan satu logo untuk calon-calon Pakatan Harapan, penggubalan satu manifesto dan pembahagian kerusi pilihanraya.
"Di peringkat Pakatan Harapan Selangor pula, katanya, kita perlu merangka dan melaksanakan banyak program bersama agar rakyat Selangor yakin kepada kesepaduan di kalangan komponen parti Pakatan Harapan," katanya.
Semuanya ini ujarnya lagi,perlu ada tempoh masa dan tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga hari pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB, JEMPUTLAH HADI AWANG JADI TETAMU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!

Posted: 27 Nov 2016 06:41 PM PST

Setelah tampil sedondon berbaju merah jambu beberapa bulan yang lalu, Najib Razak dan Hadi Awang sekali lagi akan duduk di atas pentas yang sama - kali ini dalam suatu perhimpunan raksasa berkaitan Rohingya pada 4 Disember akan datang nanti.

Sebelum itu, ikatan kemesraan antara UMNO dan Pas yang menghadapi pelbagai cemuhan, turut dirapatkan lagi dengan persetujuan kerajaan memberi lampu hijau kepada Hadi Awang membawa  usul Akta 355 bagi tujuan memperkasa kuasa Mahkamah Syariah.

Meskipun usul tersebut sudah dibaca sebanyak dua kali, ia tetap ditangguhkan jua akhirnya. Tetapi, usul itu nyata telah merapatkan lagi hubungan mereka.
Dengan itu, bibit-bibit ke arah "perkahwinan" antara UMNO dengan Pas, sama ada secara "sembunyi-sembunyi" atau "terbuka rasmi", nampaknya sukar untuk dielakkan lagi.

Terutama bagi Najib dan UMNO, mereka terlihat ingin benar menunjukkan kepada umum dan jika boleh, mahu mengadakan "kenduri besar-besaran" mengenai "perkahwinan" dengan Pas itu.

Jika pada majlis Multaqa Ulama yang lalu, Najib dan Hadi berpakaian sedondon merah jambu, dalam perhimpunan Rohingya kali ini tidak mustahil kedua-dua pemimpin itu akan bersedondon sekali lagi.

Mungkin kali ini sama-sama berpakaian merah atau hijau atau barangkali juga  seperti kebanyakan "pengantin", warna tema putih yang menjadi pilihan.

Tetapi, yang pastinya Najib dan Hadi tidak mungkin memilih pakaian berwarna kuning hari tersebut.

Sebelum 4 Disember di mana Najib dan Hadi akan bergandingan di atas pentas Rohingya, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya bermula 29 November hingga 3 Disember.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah yakin Pakatan Harapan tiada masalah terima PPBM

Posted: 27 Nov 2016 06:38 PM PST

Timbalan presiden Amanah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden PH yang diadakan setiap bulan.
Salahuddin-Ayub_pakatan_600
GEORGE TOWN: Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diputuskan pada 13 Disember depan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden PH yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
"Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat (Pengerusi PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Bersatu (PPBM) diterima dalam keluarga PH.
"Saya yakin dan percaya tidak ada masalah untuk menerima Bersatu menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam PH menjadikan 4 parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Beliau berkata Dr Mahathir sendiri menyatakan PPBM tidak mahu menyertai PH sebagai "pakatan plus-plus" sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.
Pada Konvensyen PH di Shah Alam 12 November lepas Dr Mahathir dilaporkan berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.
Sementara itu, pada konvensyen itu juga presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata walaupun secara dasarnya PPBM bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang itu, tetapi kepimpinan kanan parti serpihan Umno berkenaan memerlukan masa untuk berbincang lebih lanjut mengenai penyatuan itu.

Malaysia perlu diselamatkan daripada pemimpin kleptokrasi

Posted: 27 Nov 2016 06:37 PM PST


Khairuddin DaudKhairuddin DaudPenasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan Malaysia perlu diselamatkan daripada pemimpin Kleptokrasi.
Beliau berkata, secara mudah difahami kleptokrasi ujarnya merujuk kepada 3 P iaitu Perompak, Penipu dan Penyamun.
"Dengan itu Malaysia perlu diselamatkan daripada Kleptokrasi ini.
"Negara diperintah oleh Kleptokrasi. Apa itu Kleptokrasi? Mudahnya, ia adalah 3P iaitu Perompak, Penipu dan Penyamun. Dengan itu Malaysia perlu diselamatkan daripada kleptokrasi ini," tegasnya ketika berucap pada program  Makan Malam Sempenaa Sambutan 50 tahun DAP di negeri itu pada Jumaat lalu.
Selain itu, Ketua Pemuda Amanah Sabah Khairuddin Daud pula menyentuh soal daftar pemilih rakyat Sabah khususnya dalam kalangan anak muda Sabah.
"Kita ingatkan kepada kawan-kawan, saudara mara yang belum mendaftar sebagai pemilih agar mendaftarlah segera dan lakukanlah perubahan melalui kertas undian. Kita tolak Umno-BN pada PRU14 ini," gesanya.
Beliau turut membangkitkan isu skandal rasuah yang berlaku secara berleluasa di Sabah kebelakangan ini.
"Pakatan Harapan sudah lebih awal turun kepada rakyat dan mengadakan petisyen kutipan tandatangan penduduk kampung di Kota Belud, kita hantar kepada Datuk Seri Musa Aman sempena pembentangan bajet negeri Sabah baru-baru ini," ujarnya.
Hamzah Abdullah Hamzah Abdullah Turut berucap Pengerusi Amanah Sabah Hamzah Abdullah yang menyentuh mengenai slogan 'Sabah for Sabahan' yang selalu dicanang oleh ahli politik pada suatu ketika dahulu demi meraih sokongan rakyat Sabah.
"Dan sekarang slogan ini berkumandang lagi di arena politik Sabah," katanya.
Dalam ucapan itu juga, beliau menggesa Pakatan Harapan untuk sentiasa komited dan memperjuangkan hak rakyat.
"Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil sumber alam, minyak, kelapa sawit dan balak. Sekarang keuntungan ini sudah kemana? Pembangunan di Sabah tidak seimbang dengan Semenanjung," soal Hamzah.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Johor bertemu pemimpin muda PPBM di istana unik

Posted: 27 Nov 2016 06:36 PM PST

Ia selepas Syed Saddiq disiasat kerana surat terbukanya kepada Sultan Johor berhubung demonstrasi jalanan.
1Syed-saddiq
PETALING JAYA: Selepas suratnya mempersoalkan larangan Sultan Johor mengadakan demonstrasi di negeri itu, pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abul Rahman semalam menerima nasihat daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas pertemuan di istana unik yang diinspirasikan daripada siri kartun Flinstone.
Saddiq yang mengetuai sayap pemuda PPBM itu turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan Sultan Johor selesa berpakaian baju T sambil duduk di istana bertemakan zaman purba ala-Flinstone di Mersing, Johor.
"Sebelum patik tiba di Istana Flinstone secara jujurnya, patik cukup takut dan risau. Bukan kerana takut akan dikenakan tindakan berkenaan surat tempoh hari. Tapi risau sekiranya memang benar surat itu menyinggung perasaan DYMM Tuanku," tulis Saddiq menceritakan pertemuannya.
"Namun, selepas berpeluang menghadap DYMM Tuanku, patik dapati bahawa Tuanku merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Sangat memahami diri kecil patik, rakyat biasa."
Menurut Saddiq, pertemuan itu diatur oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Baginda Tunku mempunyai impian dan perancangan tentang segala apa yang dititahnya. Bola sepak, kesepakatan Bangsa Johor dan masa depan anak muda Johor," tulis Saddiq dalam catatan menghargai keluarga diraja itu.
"Patik sejujurnya amat terharu dan berasa rendah diri apabila DYMM Tuanku bersama seisi keluarga diraja sudi bercemar duli berjumpa patik dan meluangkan masa hampir seharian bersama patik, rakyat biasa.
"Memang benar kata orang dulu-dulu, raja dan rakyat berpisah tiada," katanya.
Saddiq sebelum ini disoal siasat polis selepas surat terbuka dimuat naik di laman Facebooknya, mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor.
Read More / Baca Lagi >>

Abang Kucing cabar kejantanan Jamal

Posted: 27 Nov 2016 04:57 AM PST

Jadilah anak jantan dan buat benda yang betul - itu mesej yang disampaikan sekumpulan 'pejuang' yang mencabar ketua Baju Merah untuk beradu kekuatan secara budiman.
Menggelarkan diri mereka Gabungan Pejuang Rakyat Demi Negara, jurucakap kumpulan itu Sharul Nizam Abdul Rahim berkata tujuan utama mereka membuat cabaran itu adalah untuk menegaskan pendirian mereka terhadap aktiviti membuli.
Katanya awal bulan ini dia pernah melontarkan cabaran kepada Jamal tetapi sehingga kini tidak ada reaksi daripada ketua Umno Sungai Besar itu.
Cabaran sama, katanya, dibuat kepada orang kanan Jamal, Razali Zakaria.
"Saya atas nama Abang Kucing Antibuli menyusun wira rakyat untuk mencabar Datuk Seri Jamal Yunos masuk dalam gelanggang (dan beradu kekuatan).
"Daripada bergaduh macam samseng, saya nak ubah jadi pergaduhan yang sah," katanya pada sidang media di Kota Damansara, Selangor hari ini.
Jamal sebelum ini aktif menggerakkan kumpulan Baju Merah mengekori konvoi BERSIH menjelang perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur pada 19 November lalu.
Beberapa insiden kekasaran tercetus membabitkan pengikutnya dan penyokong BERSIH.
Ada antara insiden itu malah melibatkan kekasaran kepada wartawan dan jurugambar.
Jamal turut diingati kerana memberi pelbagai amaran dan ancaman termasuk terhadap Malaysiakini.
Sebelum BERSIH5 berlangsung Jamal dan beberapa penyokongnya memuat naik klip video menunjukkan kehebatan mereka bersilat serta menahan pukulan kayu serta pedang.
Buktikan kekuatan dalam gelanggang
Sharul Nizam berkata Jamal dan penyokongnya sering membuli wanita dan orang tua yang tidak berdaya mempertahankan diri.
"Saya berkelana dari Semenanjung Malaysia hingga Sabah, Sarawak, susun barisan pejuang yang sanggup bertarung lawan Jamal.
"Abang Kucing beri masa sebulan kepada Jamal untuk jawab. Kalau jawapan dia ya, kita boleh bina gelanggang yang sah (untuk bertarung)," katanya.
Ditanya bagaimana pendirian mereka jika Jamal menolak cabaran itu, Shahrul Nizam berkata: "Kalau tak jawab (cabaran), cukuplah sampai di sini. Jangan tunjuk samseng lagi."
Jika bersetuju kata Shahrul Nizam, Jamal bukan saja bebas memilih lawannya malah dibenarkan memilih jenis seni bela diri yang akan digunakan, sama ada silat, tinju, tae kwan do atau sebagainya.
Sementara itu seorang daripada calon lawan Jamal yang memperkenalkan dirinya sebagai Alexander berkata dia sedia berdepan dengan ahli politik itu bersendirian atau beramai-ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Gabungan NGO di Kelantan serah memorandum bantah penahanan Maria Chin

Posted: 27 Nov 2016 04:32 AM PST


Salah seorang wakil NGO Kelantan serah memo kepada Idrus Hanapiah  (dua dari kiri) di  perkarangang ibu pejabat polis negeri petang ini.Salah seorang wakil NGO Kelantan serah memo kepada Idrus Hanapiah (dua dari kiri) di perkarangang ibu pejabat polis negeri petang ini.
Gabungan NG) Kelantan serah memo bantah penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sekumpulan yang mewakili NGO dan parti politik menyerahkan memo bantahan penahanan Maria Chin di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Negeri Kelantan petang ini.
Aina SayutiAina SayutiJurucakap kumpulan itu, Aina Sayuti berkata tindakan kerajaan menahan Maria Chin di bawah Sosma tidak boleh diterima.
"Akta ini dengan jelas dibuat untuk menghalang keganasan dan sepatutnya digunakan terhadap mereka yang menganjurkan kegiatan di luar batas undang-undang.
"Sedangkan himpunan aman Bersih 5, walaupun dihadiri begitu ramai peserta berjalan dengan aman dan teratur yang tidak masuk akal langsung jika cuba dikaitkan dengan unsur keganasan," katanya.
Menurutnya, ini adalah jelas mencabuli perlembagaan negara, salah guna kuasa dan tidak berperikemanusiaan.
"Kami memperingatkan bahawa undang-undang Sosma adalah hanya bertujuan untuk menghalang aktiviti keganasan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya.
Memo bantahan yang dibawa oleh kumpulan NGO berkenaan telah diterima oleh Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Kelantan, superintenden Idrus Hanafiah di perkarangan pejabat polis negeri.
Antara yang hadir ialah Ketua PKR cabang Kota Bharu, Abu Samah, ketua Amanah Kawasan Kota Bharu Kamaruzaman Ismail dan pimpinan parti-parti DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Comments (0)