Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sembang Gen Y: Syed Saddiwq Sedia Bertanding Pemuda Pulai

Posted: 24 Nov 2016 04:35 AM PST

Sembang Gen Y: Umno tak Berjaya Kekang Maklumat

Posted: 24 Nov 2016 04:12 AM PST

Sembang Gen Y: Pengalaman Tak Penting Untuk Rebut Jawatan

Posted: 24 Nov 2016 04:12 AM PST

KDN arah CSO siasat kekecohan di Parlimen

Posted: 24 Nov 2016 04:11 AM PST

'Politik hasutan tidak dinafikan datang dari kerajaan dan pembangkang' - Syed Saddiq

Posted: 24 Nov 2016 04:09 AM PST

'UMNO tidak berjaya kekang maklumat apatah lagi sebar ikut acuan UMNO sendiri' - Nur Jazlan

Posted: 24 Nov 2016 04:08 AM PST

Hamzah: Kerajaan BN kaji permintaan naik harga gula

Posted: 24 Nov 2016 04:06 AM PST

Hamzah berkata, permintaan pengeluar gula ada asasnya, tetapi pihaknya juga tidak mahu pengguna dibebani harga gula yang mahal.
hamzah-gula
JOHOR BAHRU: Kerajaan sedang mengkaji permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga barang kawalan itu berikutan kos gula mentah yang semakin meningkat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbincangan mengenai perkara itu dilakukan sejak sebulan lalu.
"Kerajaan akan meneliti trend harga pasaran gula dunia terlebih dahulu kerana ia boleh naik dan menurun, malah (kadang-kadang) stabil, (supaya) mudah kita hendak membuat kiraan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan hari ini.
Beliau berkata, perubahan trend itu tidak menentu dan banyak dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk iklim serta bekalan gula tidak mencukupi yang boleh menyebabkan harga gula meningkat dan kadang kala akan kembali normal serta stabil.
"Oleh itu, tidak adil jika kita membenarkan mereka naikkan harga (terutama apabila perubahan mendadak seperti ini berlaku)," katanya.
Hamzah diminta mengulas kenyataan MSM Malaysia Holdings Bhd yang meminta kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20% kerana kos gula mentah dikatakan meningkat 40% sejak awal tahun ini serta memberi kesan terhadap margin syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Gantung RUU 355 hanya perangkap BN untuk PRU14, kata Husam

Posted: 24 Nov 2016 04:00 AM PST



Langkah kerajaan Umno-BN membenarkan usul Rang Undang-Undang 355 hanya dibaca tanpa dibahas di Dewan Rakyat hari ini disifatkan satu perangkap untuk parti itu berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Husam MusaPenasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa yakin tindakan kerajaan BN membenarkan Ahli Parlimen Marang membaca usul itu hari ini, menandakan  bahawa PRU14 akan diadakan sebelum Parlimen bersidang Mac depan.
"Umno berjaya menggantungkan isu 'perlaksanaan hudud' di 'titik keseimbangan' atau 'equilibrium point'.
"Ia bagus untuk Pas tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara Pas dan Umno khususnya untuk PRU terdekat," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu juga berkata, dengan bacaan RUU 355 itu hari ini, Umno cuba memperlihatkan imej mereka sebagai jujur dalam memartabatkan hukum Islam dan pada masa yang sama Pas pula tidak dilihat sudah dipermainkan.
"Ia resipi yang mustajab, win win untuk tiga pihak menghadapi PRU secara 'smart partnership'," katanya lagi.
Beberapa jangkaan katanya boleh dibuat dengan perkembangan yang berlaku hari ini.
Ini termasuk jangkaan bahawa PRU14 akan diadakan sebelum bulan Ramadan tahun hadapan sama ada Mac atau April bagi mengelakkan RUU 355 dibahaskan sehingga menganggu 'keseimbangan' yang terwujud pada hari ini, kata Husam.
"Pas adalah rakan Umno BN dalam permainan 'segi tiga' atau 'triangle equation' sampai PRU. Bagi mereka yang masih mengharapkan Pas bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tubuh jawatankuasa bincang RUU 355, elak salah faham

Posted: 24 Nov 2016 03:58 AM PST

Mujahid berkata, ia bagi memastikan tiada sebarang salah faham dan kekeliruan timbul berhubung RUU 355 Hadi bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
Mujahid-amanah-hudud-1
KUALA LUMPUR: Amanah mengambil inisiatif mengelakkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan presiden PAS daripada menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat majmuk.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi meninggalkan pindaan RUU 355 itu tergantung dan parti itu bertindak menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi membincangkan perkara itu secara menyeluruh.
Katanya, ia bertujuan membantu menjelaskan perkara mengenai RUU yang berpotensi mengelirukan orang ramai.
"Kami akan mempelawa ahli Parlimen PAS, PKR, DAP dan malah Umno menjadi sebahagian daripada jawatankuasa ini. Ia supaya kami semua boleh duduk, berbincang dan jelaskan.
"Jika tidak, keadaan tidak terkawal dan boleh mencetuskan kebencian di kalangan rakyat negara ini," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Mujahid mendakwa beliau mencadangkan idea itu di Dewan Rakyat hari ini, tetapi ditolak speaker.
Sehubungan itu, Amanah akan meneruskan cadangan berkenaan yang sudah mendapat sokongan serta komitmen beberapa wakil rakyat.
"Ahli Parlimen PAS Kota Bharu (Datuk Takiyuddin Hassan) dan beberapa wakil rakyat lain bersetuju dengan jawatankuasa itu. Kita mahu semua ahli Parlimen, tanpa mengira agama atau bangsa mengambil bahagian," kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.
RUU 355 pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dengan lebih banyak kuasa.
Hadi sekali lagi menangguhkan perbahasan RUU 355 dengan sedikit pindaan yang mencadangkan hukuman "penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan".
Ketika ini, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman pada kadar maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan.
Hadi berkata, pindaan itu akan diterangkan secara terperinci pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Pada 5 Oktober lalu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, parti itu turut membentangkan cadangan balas terhadap usul RUU 355 yang dibentangkan Hadi.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Politik: Khalid Samad perlu Tajuddin minta maaf dahulu

Posted: 24 Nov 2016 03:57 AM PST

Khalid Samad hanya akan meminta maaf jika Tajuddin terlebih dahulu memohon maaf kepada ahli Parlimen Seputeh kerana kenyataan biadabnya di dalam Dewan Rakyat.
khalid-samad-tajuddin-maaf
KUALA LUMPUR: Walaupun menerima ancaman tindakan undang-undang, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak akan memohon maaf di atas kenyataan "sial" beliau terhadap Timbalan Menteri Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Menurut Khalid, beliau hanya akan berbuat demikian jika timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu meminta maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terlebih dahulu kerana kenyataan biadab di dalam Dewan Rakyat.
Khalid juga berkata, apa juga alasan Tajuddin, ia hanya memalukan dirinya sendiri dengan membuat kenyataan begitu kepada seorang ahli Parlimen wanita.
"Dalam surat tuntutan yang dihantar kepada saya, Tajuddin berkata saya menghina dan memfitnah beliau. Tetapi saya ingin memberitahu, beliau melakukan itu kepada dirinya sendiri dengan membuat kenyataan provokasi.
"Beliau fikir boleh mengatakan dan melakukan apa sahaja yang disukai tetapi apabila kita bertindak balas terhadap kata-kata beliau, beliau ingat kita yang bersalah.
"Saya hanya akan memohon maaf dan menarik balik kenyataan saya jika beliau melakukan perkara yang sama kepada Teresa dan (Ahli Parlimen Batu Kawan) Kasthuri Patto kerana tidak menghormati mereka," kata ahli Parlimen Amanah itu pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Tajuddin menyebabkan kegemparan di Dewan Rakyat pada awal minggu ini kerana mengeluarkan kenyataan ahli Parlimen DAP "satu-satunya wanita dengan Kok".
Ini menyebabkan Khalid melabel Tajuddin, ahli Parlimen Umno Pasir Salak sebagai "menteri sial".
Perang mulut antara kedua-dua ahli Parlimen, yang bermula beberapa hari lalu, bertukar lebih buruk awal hari ini selepas sekumpulan 20 hingga 30 orang, yang mengaku sebagai ahli Umno Pasir Salak, menyerbu dan hampir menyerang Khalid.
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355: Akhirnya “Cek Kosong” Akan Terisi

Posted: 24 Nov 2016 03:54 AM PST

Semalam (22 November 2016), Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bersama-sama dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal Islam telah memanggil kesemua Ahli Parlimen Islam untuk menghadiri satu taklimat khas berkaitan pindaan terhadap Akta 355.
Sebelum itu, YB Ahli Parlimen Marang telah mengusulkan pindaan kepada Akta 355 yang lebih popular dengan istilah RUU 355 pada 26 Mei 2016. Usul YB Ahli Parlimen Marang itu telah menimbulkan polemik dan kontroversi yang besar kepada umat Islam di negara ini.
Sebaik sahaja usul tersebut dibaca, YB Ahli Parlimen Marang menyatakan akan menghuraikan usul tersebut pada sesi Parlimen yang akan datang yang bermula pada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Berduyun-duyun penyokong YB Ahli Parlimen Marang turun ke Parlimen pada tarikh tersebut untuk memberikan sokongan dan akhirnya kesemuanya balik dalam kehampaan kerana usul tersebut tidak dapat dibaca pada tarikh itu.
Penyokong YB Ahli Parlimen Marang menyatakan bahawa usul itu sengaja ditangguhkan pada 26 Mei 2016 tanpa huraian dan perbahasan bagi memberikan peluang kepada ahli-ahli Parlimen yang lain bersedia untuk perbahasan.
Tindakan penangguhan itu akhirnya tidak mencapai matlamat yang dihasratkan oleh penyokong YB Ahli Parlimen Marang, sebaliknya menjadi polemik yang besar sehingga ada pemimpin parti YB Ahli Parlimen Marang yang telah mengatakan kegagalan menyokong usul itu boleh membawa kepada isu akidah.
Tindakan itu juga telah menarik minat pelbagai ilmuan dan cendikiawan agama Islam untuk turut menulis dan berbahas berkaitan dengan RUU 355. Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri misalnya telah mengeluarkan pendapat sepanjang 52 mukasurat mengenai hal itu.
Saya sendiri telah mengulas panjang mengenai usul itu dalam beberapa siri tulisan dan akhirnya tulisan itu telah dibukukan di dalam buku "Hududisme: Antara Realiti Dan Retorik" terbitan bersama ABIM dan Ilham Books.
Ahli Parlimen Marang dalam usul persendirian berkaitan RUU 355 ini, antara lain telah mengusulkan seperti berikut:
"2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati."
Semenjak dari awal saya menyatakan bahawa YB Ahli Parlimen Marang perlu meletakkan had hukuman supaya ianya tidak menimbulkan kekeliruan. Saranan itu bukan sahaja tidak diterima malah diejek dan dicemuh oleh penyokong beliau. Antara isu yang saya bangkitkan adalah bahawa usul YB Ahli Parlimen Marang itu adalah ibaratnya seperti memberikan "cek kosong" yang angkanya boleh ditulis sesuka hati. Ini akan membuka ruang kepada ketidakseragaman hukuman undang-undang jenayah Syariah di negeri-negeri. Ianya juga akan membuka ruang kepada pelbagai pentafsiran yang akan membawa masalah dalam perlaksanaannya di Mahkamah Syariah kelak. Begitu juga dengan perkataan "... hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah" juga akan membawa kepada pelbagai maksud yang luas dan infiniti.
Read More / Baca Lagi >>

'Mama habiskan masa bantu rakyat, tak mungkin terlibat dengan CIA' - Anak

Posted: 24 Nov 2016 03:38 AM PST

'Dakwaan Annuar "karut", George Soros pun tolong perjuangan Palestin' - G25

Posted: 24 Nov 2016 03:37 AM PST

JANGAN PUTUS ASA, BOLEH CUBA LAIN KALI PADA TAHUN DEPAN..

Posted: 24 Nov 2016 02:15 AM PST

Dah berkali2 kena kencing & dikhianati AMENO. Tapi masih gak nak bersetongkol berjuang sama2 AMENO..

Yang Janji Nak Letak Jawatan Tu Diam Seribu Bahasa...!!!

Anak Najib: Kenapa nak takut jika tak salah?

Posted: 24 Nov 2016 02:11 AM PST

Anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Nizar - tidak bimbang dengan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap keluarganya kerana mereka di pihak yang benar.
"Bagi saya selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, saya rasa tidak ada apa-apa yang perlu kita takut," kata Nizar pada satu sidang akhbar hari ini.
Beliau disoal bagaimana dirinya berdepan dengan serangan bertali-arus yang dilemparkan terhadap bapa dan keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Walau bagaimanapun, Nizar berkata beliau percaya bahawa majlis di mana beliau menyampaikan ucapannya hari ini bukan forum yang sesuai untuk menjawap soalan itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan British Boarding School Show di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasaran kritikan dan bahan jenaka yang berterusan, khususnya di media sosial kerana dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dana awam
Anak tiri Najib, turut menjadi sasaran apabila beliau dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dana yang diselewengkan daripada 1MDB bersama jutawan kenalan keluarga itu, Jho Low.
Najib dan isterinya telah menafikan sebarang salah laku berkaitan dengan 1MDB serta menafikan bahawa mereka menyalahgunakan dana awam. Malah, Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan daripada sebarang tuduhan.

Husam: RUU Hadi beri petanda PRU sebelum Mac 2017

Posted: 24 Nov 2016 02:09 AM PST

Penangguhan huraian berkaitan usul meminda Akta Mahkamah Syariah memberi petanda pilihan raya umum akan diadakan sebelum sidang parlimen Mac depan, kata Datuk Husam Musa.
Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mendakwa, Umno berjaya menggantung isu 'perlaksanaan hudud' dan mewujudkan suasana sama menang (win-win) dengan PAS.
"Ia bagus untuk PAS tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara PAS dan Umno, khususnya untuk PRU terdekat.
"Umno pula dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam. Parti komponen BN pula tidak dilihat dipermainkan," kata Husam.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini membentangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (akta 355), untuk menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun presiden PAS itu memohon huraian usulnya itu dibuat pada sesi akan datang.
Usul itu bertujuan meningkatkan hukuman maksimum mahkamah syariah kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Dalam kenyataannya hari ini, Husam menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan sebelum Ramadan depan, sama ada Mac atau April.

Ini, katanya lagi, bagi mengelakkan usul meminda akta itu dibahaskan sehingga mengganggu 'keseimbangan' yang terwujud.
"PAS adalah rakan Umno- BN dalam permainan 'segi tiga' atau triangle equation sampai PRU.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Politik: Polis gesa anak Tajuddin serah diri kerana merusuh

Posted: 24 Nov 2016 02:07 AM PST

Polis meminta 10 individu, termasuk anak timbalan menteri Umno Firdaus Tajuddin menyerah diri bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata siasatan dibuat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Selain Firdaus, 34, sembilan lagi yang diminta menyerah diri, termasuk:
  • Mohd Rizal Shafie, 37
  • Ariffin Mohamed Ali, 32
  • Hasnah Md Razali, 48
  • Erwan Halmi, 36
  • Sapiah Aini Sulaiman, 48
  • Norfirdaus Ahmad Zanian, 30
  • Azmir Ahmad, 41
  • Mohd Saffek Mohd Saleh, 28
  • Mohd Faizal Saidina Omar, 34
Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mengesahkan anaknya antara yang 'menyerang' anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad di hadapan lobi parlimen pagi ini.
Bagaimanapun, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.

Tajuddin juga berkata "mereka melindungi rakyat Pasir Salak".

Sebelum ini, parlimen hangat selepas Tajuddin berkata anggota parlimen Seputeh Teresa Kok satu-satunya perempuan yang ada "Kok".

Khalid kemudian menyelar tindakan itu dan memakinya kembali sebagai "sial".
Sementara itu, Amar dalam kenyataannya menjelaskan tiada kecederaan dalam insiden itu.
Beliau bagaimanapun merayu orang ramai, terutama penyokong atau ahli politik tidak membelakangkan undang-undang.
"Institusi dan integriti parlimen hendaklah sentiasa dipelihara dan dihormati semua pihak.
"Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan," katanya.

Samseng Politik: Perkara biasa anak pertahan maruah bapa, kata Tajuddin

Posted: 24 Nov 2016 02:06 AM PST

Ahli Parlimen Pasir Salak menegaskan beliau tidak mengetahui rancangan protes itu dan menafikan penglibatan terhadap penganjurannya.
Datuk-Tajuddin-Abdul-Rahman
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan kejadian serangan ke atas Khalid Samad di luar Parlimen pagi ini tetapi menegaskan beliau langsung tidak mengetahui perancangan bantahan itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada anaknya hadir pada bantahan itu, Tajuddin mengesahkannya.
Anaknya, Dr Faisal Tajuddin adalah ketua Pemuda Umno Pasir Salak, dan Tajuddin berkata sayap bahagian Wanita juga turut sama.
"Orang-orang seperti kami adalah daripada latar belakang keluarga yang mementingkan maruah," Tajuddin memberitahu FMT, menyatakan ia tindakan biasa bagi seorang anak lelaki melindungi bapa, atau sebaliknya.
Kekecohan tercetus di luar Parlimen pagi ini apabila satu kumpulan dari Pasir Salak hadir menemui Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam.
Kumpulan terdiri daripada beberapa 20 hingga 30 lelaki dan perempuan bermula dengan menganggu Khalid sambil menjerit "Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak!"
Kehadiran mereka di luar Parlimen adalah untuk menunjukkan rasa tidak senang kepada Khalid terhadap apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada Isnin, apabila Khalid memanggil Tajuddin "menteri sial".
Tajuddin, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani bagaimanapun menegaskan beliau tidak mengetahui mereka akan mengadakan protes serta menegaskan tidak menganjurkannya kerana tidak mahu dianggap memerlukan bantuan orang lain untuk mempertahankan diri.
"Kalau saya yang buat..ia akan lebih besar jadinya," kata beliau.
Mengulas mengenai kekecohan itu, Tajuddin berkata kumpulan itu hanya membantah terhadap Khalid kerana menggunakan perkataan menghina "sial".
"Saya adalah simbol. Saya mewakili mereka (penduduk Pasir Salak). Jika anda mengatakan ahli Parlimen Pasir Salak adalah sial, Pasir Salak adalah sial, sudah tentu mereka berasa tersinggung," katanya.
Tajuddin memberi contoh jika orang memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai nama, ahli-ahli Umno akan tersinggung.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Yunos sokong RUU Hadi, yang tak sokong ‘syaitan’

Posted: 24 Nov 2016 02:05 AM PST

Pengerusi Baju Merah itu menyokong usul dibawa presiden PAS dan percaya usul RUU 355 akan membawa kebaikan kepada masyarakat Islam di Malaysia.
jamal-yunosPETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos mengecam ahli Parlimen beragama Islam yang tidak menyokong dan mempersendakan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
"Saya mengecam ahli Parlimen beragama Islam yang tidak menyokong dan mempersendakan RUU 355 dan saya sifatkan mereka adalah syaitan," katanya.
Pengerusi gerakan Baju Merah itu berkata, beliau menyokong usul dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan percaya usul RUU 355 ini akan membawa kebaikan kepada masyarakat Islam di Malaysia.
"Saya mendoakan agar usul RUU 355 ini mendapat sokongan semua ahli Parlimen terutama yang beragama Islam kerana ia membawa kebaikan kepada masyarakat Islam di negara ini yang mendokong sistem demokrasi.
"Saya menyokong penuh usul RUU 355 yang dibawa PAS di Dewan Rakyat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hadi yang juga presiden PAS hari ini bertindak menangguhkan usul RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017.
Read More / Baca Lagi >>

PAS rancang perhimpunan sokong RUU 355, kata Hadi

Posted: 24 Nov 2016 02:04 AM PST

Hadi berkata, penerangan di seluruh negara akan diadakan bagi menjelaskan pelaksanaan cadangan pindaan itu serta menangani kebimbangan rakyat bukan Islam terhadap RUU 355.
hadiKUALA LUMPUR: PAS bercadang mengadakan perhimpunan raksasa pada tahun depan bagi membuktikan sokongan besar yang menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan RUU itu bagi memperkasakan Mahkamah Syariah pada Mei lalu berkata, parti itu akan mewakili umat Islam dan bukan Islam yang bersetuju dengan cadangan pindaan itu, termasuk melaksanakan hukuman lebih berat untuk sesetengah kesalahan.
"Tunggu dan lihat," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Mengenai lokasi dan tarikh perhimpunan itu, ahli Parlimen Marang itu berkata, ia akan diumumkan tidak lama lagi.
"Tidak semestinya (tahun ini). Dalam tempoh hingga Mac sidang Parlimen akan datang."
Beliau berkata, ia bertujuan memberi masa kepada mereka untuk memulakan penerangan di seluruh negara bagi menjelaskan cara pelaksanaan cadangan pindaan itu serta menangani kebimbangan rakyat bukan Islam yang takut RUU itu menjejaskan mereka secara tidak langsung.
"Kami akan berjumpa dengan semua pihak NGO Islam, termasuk dialog dengan bukan Islam akan diadakan.
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355: Bentuk jawatankuasa, elak perbalahan umum

Posted: 24 Nov 2016 02:03 AM PST


Cadangan Pindaan Akta 355 menimbulkan polemik umum apabila dua kali dipinda perbahasannya.Cadangan Pindaan Akta 355 menimbulkan polemik umum apabila dua kali dipinda perbahasannya.

Sejurus Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon huraian kepada pindaan usul terhadap cadangan asal pindaan Akta 355 ditangguhkan pada sesi akan datang, Ahli Parlimen dari parti Amanah bangkit mempersoalkan peranan kerajaan dalam menangani kemelut berhubung RUU persendirian Presiden Pas itu.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta jaminan daripada Speaker Dewan supaya satu jawatankuasa khas dibentuk bagi menangani RUU tersebut.
"Saya ada alasan untuk kepentingan orang ramai. Pada sesi lalu, perkara sama (minta tangguh) berlaku, tidak dibahas dan bila turun ke bawah (masyarakat akar umbi) jadi masalah, jadi perdebatan tidak sihat.  Saya tiada masalah. Itu hak yang ada (pada) Marang.
"Pihak kerajaan yang sepatutnya membawa RUU itu, tidak meletakkan satu pendekatan atau kaedah menyelesaikan apa yang diusulkan.
"Sebab itu saya minta kali ini, saya cadangkan  kerajaan ambil pendekatan pro-aktif dengan membuat satu jawatankuasa, kalau tidak keadaan (perbalahan pendapat) sama berulang seperti enam bulan lalu," ujarnya.
Menurut Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, perdebatan dalam kalangan masyarakat berhubung pindaan Akta 355 sampai pada tahap menimbulkan kebencian dan kekeliruan.
"Kerajaan bertanggungjawab tubuhkan jawatankuasa tersebut. Jangan tidak serius hal ini. Saya minta kerajaan jangan biar sampai berlarutan. Nanti di bawah berulang balik enam bulan lagi, huru-hara," tegasnya lagi.
Gesaan Mujahid berhubung penubuhan jawatankuasa itu kemudiannya turut dipersetujui Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin.
Bagaimanapun, beliau menganggap langkah seterusnya hanya boleh dilakukan jika pembangkang menjadi kerajaan.
"Saya bersetuju (dengan Speaker) apabila sampai bila kerajaan mengambil alih. Takkan Marang boleh bentuk jawatankuasa," ujarnya sebelum Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah bangkit bertanyakan kepada Speaker tentang penubuhan jawatankuasa itu.
"Bila  penubuhan jawatankuasa khas itu? Ahli parlimen bukan Islam juga perlu dilibatkan kerana mereka turut mewakili rakyat yang bukan beragama Islam," katanya.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga menyifatkan penangguhan pembentangan usul tersebut akan memanjangkan lagi perdebatan umum.
Read More / Baca Lagi >>

Tunda lagi RUU 355 permainan Umno, tegas Rafizi Ramli

Posted: 24 Nov 2016 02:02 AM PST


Usul persendirian RUU 355 yang dibaca kali kedua dengan pindaan oleh Ahli Parlimen Marang.Usul persendirian RUU 355 yang dibaca kali kedua dengan pindaan oleh Ahli Parlimen Marang.
Keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya huraian lanjut mengenai usul pindaan Akta 355  ditunda ke sesi akan datang disifatkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai permainan Umno.

"Selepas dirunding dengan Umno, Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diuar-uarkan.
"Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau. Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini," tegasnya dipetik daripada status Facebook rasminya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu berkata, Abdul Hadi mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355 tetapi usaha  membentangkannya hari ini mati begitu sahaja.
"Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu.
"Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan)," jelasnya.
Untuk rekod, Zahid dilaporkan berkata, taklimat khas tentang pindaan Akta 355 diadakan kelmarin dengan ahli Parlimen beragama Islam dari BN, Pas, PKR dan Amanah diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, penangguhan tersebut menyebabkan polemik berhubung pindaan Akta 355 akan berterusan sehingga sidang Parlimen akan datang.
"Ahli-ahli Pas akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini.
"Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen Pas akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang?" bidasnya merujuk kepada ahli parlimen Pas yang mengambil pendirian berkecuali ketika pengundian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, 7 November lalu.

“Akhirnya Pas akan terus dilihat berkawan dengan Umno” - Rafizi Ramli

Posted: 24 Nov 2016 02:01 AM PST



PKR hari ini dalam respon segera Setiausaha Agung dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli menyifatkan permintaan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menunda lagi pindaan Akta 355 hanya akan memperlihatakan 'Pas terus berkawan dengan Umno'.
Rafizi Ramli"Tetapi apabila berulang kembali perkara ini (penangguhan pembentangan pindaan Akta 355) pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir Pas akan terus dimain-mainkan.
"Akhirnya Pas akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak," ujarnya dalam catatan 'lintas langsung' beliau dari Parlimen yang kemudiannya mendapat lebih 200 perkongsian selepas tiga jam dimuat naik di Facebook.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, dirinya tiada masalah untuk menyokong pindaan Akta 355 seperti yang pernah disebutkan dalam tulisannya lebih sebulan lalu.
"Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal. Saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini," jelasnya.
Dalam catatan itu juga, Rafizi menjelaskan cadangan pindaan Abdul Hadi kepada usul asal bererti hukuman ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali melibatkan sebatan iaitu jika lulus had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan.
"Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.
"Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua," ujarnya lagi menerangkan proses selanjutnya jika Abdul Hadi tidak menangguhkan pembentangannya hari ini.

Isu Tumbuk: Buat Laporan Polis Jika Terancam

Posted: 24 Nov 2016 01:58 AM PST

RUU 355: Tangguh Bukti Hadi Terima Kritikan - Nik Abduh

Posted: 24 Nov 2016 01:54 AM PST

Comments (0)