Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib takut kebangkitan rakyat, UMNO-BN semakin terdesak

Posted: 20 Nov 2016 10:00 PM PST

Kezaliman Sosma: "Saya tak tahu di mana ibu, bila hendak temui lagi,' kata anak Maria Chin Sebak

Posted: 20 Nov 2016 09:57 PM PST

Timbalan menteri Umno: Teresa perempuan ada 'Kok'

Posted: 20 Nov 2016 09:49 PM PST

'KL bukan bapak dia punya,' 'M'sia ni Umno punye ke?' kecohkan Dewan Rakyat

Posted: 20 Nov 2016 09:46 PM PST

"Maria Chin dikurung dalam sel kecil seperti bapa saya dahulu,' - kata Nurul Izzah

Posted: 20 Nov 2016 09:45 PM PST

M'sia menjadi rumah kedua orang Bangladesh?

Posted: 20 Nov 2016 09:44 PM PST

'Maria ditahan, kuatkan semangat lawan kezaliman,' - tegas Wan Azizah

Posted: 20 Nov 2016 09:43 PM PST

DBKL tak pernah arah peniaga tutup kedai semasa Bersih 5 kata Datuk Bandar

Posted: 20 Nov 2016 09:42 PM PST

Amin berkata, DBKL hanya berhak mengarahkan penjaja yang berniaga di tepi jalan menutup gerai mereka, bukannya premis di sekitar Kuala Lumpur disebabkan masalah tertentu.
Datuk-Seri-Mohd-Amin-Nordin-Abd-AzizPETALING JAYA: Penganjur Bersih 5 tidak seharusnya menunding jari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kerugian yang ditanggung peniaga ketika perhimpunan itu berlangsung kelmarin, kata Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.
Ini kerana, kata datuk bandar Kuala Lumpur, pihaknya tidak pernah mengarahkan mana-mana pemilik premis menutup kedai mereka semasa perhimpunan Bersih 5.
"Saya tidak tahu siapa yang arah tutup, saya sendiri tidak mengeluarkan arahan supaya premis sekitar Kuala Lumpur ditutup, kerana kalau ikut undang-undang pemilik premis boleh membuka dan menutup perniagaan mereka," katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Thomas Fann dilaporkan berkata, peniaga yang menanggung kerugian akibat perhimpunan pada Sabtu lalu perlu mendapatkan tebus rugi daripada DBKL, memandangkan arahan menutup kedai dikeluarkan DBKL.
Amin berkata, DBKL hanya berhak mengarahkan penjaja yang berniaga di tepi jalan menutup gerai mereka, bukannya premis di sekitar Kuala Lumpur disebabkan masalah tertentu.
"Kita menjaga pelesenan, kita memang boleh, sebagai contoh peniaga pasar malam, kalau kita arah mereka tutup mereka kena tutup, tetapi kalau premis, suka hati mereka mahu buka atau tutup semasa Bersih 5.
"Tetapi, kalau di bahagian penjajaan, peniaga yang berniaga di atas jalan disebabkan perkara tertentu kita boleh arahkan mereka tutup sehari ke seminggu ke, malah sebulan pun mereka kena ikut arahan kita," katanya.

Bersih 5: Pas tunggu laporan untuk ambil tindakan - Hadi Awang

Posted: 20 Nov 2016 09:39 PM PST

 Abdul Hadi Awang KUALA TERENGGANU - Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap beberapa wakil rakyat parti itu yang sengaja hadir ke perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada aduan daripada mana-mana pihak bagi membolehkan tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.
"Terpulang kepada disiplin parti, sehingga ada pengaduan. Kita tidak boleh bertindak kalau tiada pengaduan," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena persidangan Dun di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Terdahulu, Pas menyatakan pendirian untuk tidak menghadiri Bersih 5 sebagaimana dijadualkan, 19 November lalu.
Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat  Pas dikesan menghadiri himpunan tersebut bagi menyuarakan pilihan raya bersih dan adil yang diperjuangkan Bersih.

Tahniah Bersih 5 Capai Kejayaan Besar, Bebaskan Maria Chin

Posted: 20 Nov 2016 09:36 PM PST


Perhimpunan BERSIH 5 yang diadakan pada 19 November lalu adalah satu kejayaan besar. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya sekali para penganjur dan para demonstran. Sekali lagi kita telah melakarkan sebuah kejayaaan dalam perjuangan panjang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Para demonstran berhimpun dan berarak secara aman walaupun keselamatan mereka diancam oleh kumpulan baju merah dan perjalanan mereka disekat oleh pihak berkuasa.
Sekali lagi pemerintah gagal menghormati hak bersuara dan berhimpun dengan aman seperti yang termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan.
Malah penangkapan-penangkapan berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan aman BERSIH 5. Kita juga difahamkan oleh Menteri Dalam Negeri bahawa wujud senarai panjang mereka yang akan ditangkap serta ramai lagi aktivis-aktivis, mahasiswa dan ahli-ahli politik akan ditahan.
Begitulah keadaannya di negara kita ini. Para demokrat dipenjara, sang kleptokrat bermaharaja-lela.
Pihak pemerintah juga telah menahan tiga Ahli Parlimen; Saudara Tian Chua, Saudara Anthony Loke dan Puan Zuraida Kamaruddin dan seorang ADUN; Saudara Howard Lee. Mereka ditahan reman selama 2 hari.
Lebih memeranjatkan lagi adalah penahanan Pengerusi BERSIH Puan Maria Chin Abdullah dibawah SOSMA. Terang lagi bersuluh, pemerintah telah mendustai janji mereka untuk hanya menggunakan SOSMA dalam menangani aktiviti keganasan. Adakah pemerintah menanggap gerakan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil sebuah aktiviti keganasan?
Saya dengan ini mengecam sekeras-kerasnya penahanan para demokrat BERSIH 5 di bawah Ops Bersih yang dilakukan oleh pemerintah. Dan walaupun hampir kesemua tahanan baru sahaja dilepaskan jam 12 tengah hari tadi, kita tidak akan hentikan desakan sehingga Maria Chin Abdullah juga dibebaskan!

Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

HABIS....KALAU BUKAN BERCAKAP, APA LAGI KERJA ZAHID HAMIDI?

Posted: 20 Nov 2016 08:44 PM PST

Kerja asas pemimpin politik ialah bercakap. Mereka bukan saja perlu bercakap mempromosi diri sendiri dan menarik sokongan, bahkan juga untuk menyerang pihak lawan. 

Bagi pemimpin politik yang berjawatan dalam kerajaan, mereka harus bercakap mengenai dasar yang mahu dilaksanakan, menjelaskan mengenai isu-isu semasa, menjawab persoalan serta kekeliruan dan seumpamanya.

Tidak sah menjadi pemimpin politik jika tidak bercakap, malah kepandaian atau kepetahan bercakap seringkali menjadi suatu kelebihan bagi orang politik.

Berjumpa dengan rakyat, menghadiri mesyuarat, merasmikan program, hadir ke Parlimen, sembang di kedai kopi dan macam-macam lagi, semua yang diperlukan ialah bercakap. 

Dengan hakikat demikian, kita tidak pernah mendengar orang bisu menjadi pemimpin politik, menteri atau ketua kerajaan. Gus Dur yang yang buta tapi tidak bisu, malah pernah diangkat menjadi Presiden Indonesia.

Berbeza dengan pegawai kerajaan, mereka adalah pelaksana atau menjalankan arahan yang diputuskan oleh pemimpin politik. Keperluan bercakap tidak menjadi keutamaan bagi mereka.
Sebab itu, apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi enggan menjawab soalan wartawan mengenai penahanan Ketua Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Sosma, sebaliknya menghalakan kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk memberi penjelasan, ramai yang jadi kehairanan.

Untuk isu itu, kami minta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk menjawab, saya tidak mahu sentuh hal ehwal operasi mereka, demikian kata Zahid lagi.

Mengapa Zahid enggan menjawab? Kenapa mahu diserahkan kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menjelaskannya?
Read More / Baca Lagi >>

Siapakah Dia Yang Songlap RM1.154 Juta...!!!

Posted: 20 Nov 2016 08:41 PM PST

'Hantu Jembalang Langsuir' mana tergamak perguna RM1.15 juta untuk produk anti-penuaan ???

Laki langsuir tu tak tahu ker hukum-hakam haram songlap duit rakyat ??!!

SIAPAKAH DIA penjenayah yg ditabalkan sebagai ketua tu ??!!

Posted: 20 Nov 2016 08:39 PM PST


BUKAN SEKALI TAPI DAH BANYAK KALI..

Posted: 20 Nov 2016 08:37 PM PST

Kat M'sia pun tak popular, di APEC terima nasib yang sama..

Antara manusia dan beruk..!!!

Posted: 20 Nov 2016 08:36 PM PST


JANGAN CURI DUIT ORANG !!!

Posted: 20 Nov 2016 08:34 PM PST

INGAT pesan Perdana Menteri paling bersih daripada rasuah..

"KLEPTOKRASI" 1MDB

Posted: 20 Nov 2016 08:31 PM PST

"'Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi" - Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe.

Bersih 5: Annuar, Abdul Rahman disarankan 'tutup mulut'

Posted: 20 Nov 2016 08:24 PM PST


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanTan Sri Annuar Musa dan Datuk Rahman Ibrahim disarankan agar 'tutup mulut'  mereka daripada memberikan komen mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai himpunan rakyat Bersih 5 pada Sabtu lalu.
Bekas ahli PPBM, Datuk Khairuddin Abu Hassan membidas sikap Annuar (Ketua Penerangan Umno) dan Abdul Rahman (Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia -Mubarak) kerana berpendapat  mereka tidak setanding dengan Dr Mahathir dari segi prinsip perjuangan kental demi kesejahteraan bangsa, agama dan negara.
"Annuar dan Abdul Rahman lebih baik duduk diam-diam jaga parti umno yang bakal disemadikan tanpa batu nesan pun dalam sikit masa lagi cukuplah.
"Mereka berdua ini siapa nak dibandingkan dengan mantan perdana menteri ini yang masih disanjungi rakyat jelata kerana prinsip perjuangannya yang kental demi kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair.
"Annuar dan Abd Rahman nak subahat dengan perdana menteri paling korup Najib Razak serta kerajaan kleptokrasi. Itu hak merekalah. Mereka berdua nak pilih jalan ke neraka lantaklah tapi jangan paksa serta cuba heret kami bersama," ujarnya.
(Dari kiri) Tan SriAnnuar Musa dan Datuk Abd Rahman Ibrahim(Dari kiri) Tan SriAnnuar Musa dan Datuk Abd Rahman IbrahimBeliau mengulas kenyataan Annuar pada Sabtu dipetik berkata, Dr Mahathir menyokong Bersih kerana itu satu strategi untuk menyelamatkan diri sendiri yang mempunyai banyak rahsia untuk disembunyikan, agar beliau tidak 'dibogelkan' atau dikritik teruk pembangkang ketika Umno tidak lagi menyokong perjuangan beliau.
Manakala semalam Abdul Rahman pula melabelkan Dr Mahathir sebagai pengkhianat kerana beranggapan bekas presiden Umno lima penggal itu merosakkan reputasi negara, merosakkan dan menjejaskan keyakinan pelabur dengan menyertai Bersih.
Khairuddin yang juga Setiausaha Kerja Deklarasi Rakyat berkata perjuangan Dr Mahathir adalah untuk melawan segala bentuk salahlaku perdana menteri paling korup serta kerajaan kleptokrasi demi menjaminkan kesejahteraan masa depan negara kearah untuk Selamatkan Malaysia.
"Walaupun ramai dari rakyat tahu pada peringkat awal Dr mahathir mohamad tidak dapat hadir kerana ke Sudan sehinggakan saluran media pro kerajaan melabelkan mantan perdana menteri itu sebagai pengecut yang kononnya takut untuk hadiri himpunan aman Bersih.
"Tetapi bila beliau sempat pulang ke tanahair seterusnya menunaikan permintaan rakyat untuk beri sokongan moral pada himpunan aman Bersih tiba-tiba pengamal-pengamal media pro kerajaan tukar skrip pula mengutuk tokoh negarawan terulung tersebut," ujarnya.
Justeru kata Khairuddin lagi, rakyat berhimpun pada himpunan aman Bersih kerana nak tunjuk sikap protes pada amalan rasuah kerajaan kleptokrasi di samping menuntut pilihanraya bersih, kerajaan bersih, sistem demokrasi berparlimen yang baik, hak membantah serta memperkasakan sabah dan sarawak.
"Sebanyak 5 tuntutan Bersih selari dengan tuntutan agama!! Tuntutan yang amat baik dan mulia buat rakyat jelata!! Jadi apa cacat celanya himpunan aman Bersih ini?
"Suhakam mengesahkan himpunan aman Bersih selaras dengan perlembagaan persekutuan dan rakyat yang menghadirinya telah menunjukkan sikap matang dengan tiada unsur-unsur provokasi langsung kearah mencetus huru-hara di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Walau sedih dihalang ke Dataran Merdeka, KLCC saksi sejarah

Posted: 20 Nov 2016 08:23 PM PST


Hazmi (kiri ) bersama Nik Mazian dan penyokong Bersih 5.Hazmi (kiri ) bersama Nik Mazian dan penyokong Bersih 5.
 
Mungkin ramai anak-anak yang menyertai Bersih 5 kecewa kerana tidak dapat meneruskan agenda asal untuk menawan Dataran Merdeka.
"Namun kita tetap berjaya kerana telah menawan perkarangan KLCC di mana seluruh dunia melihat anak warga Malaysia berkumpul di tengah ibu kota.

"Saya juga sempat berjumpa anak muda dan mahasiswa yang baru pertama kali menyertai bersih," kata Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Mewakili Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kelantan, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah atas kehadiran dan komitmen anak muda di Himpunan Bersih 5.0 terutamanya anak muda Kelantan yang sanggup berkonvoi dari jauh semata-mata untuk menegakkan suara rakyat tertindas menerusi medium demokrasi Bersih 5.

"Kehadiran anak muda walau terpaksa mengeluarkan duit sendiri dan memandu jauh menunjukkan anak muda kini nekad untuk membuat perubahan.

"Meskipun kita semua tahu iklim politik Malaysia kini tidak menentu, namun kita masih punya harapan apabila anak muda bijak membuat pilihan untuk terus 'istiqamah' menjadi agen perubahan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Lebi 2,000 sertai Bersih 5 di Kota Kinabalu

Posted: 20 Nov 2016 08:20 PM PST


Sebahagian peserta Bersih 5 di Kota Kinabalu turut menyatakan sokongan terhadap lima tuntutan Bersih.Sebahagian peserta Bersih 5 di Kota Kinabalu turut menyatakan sokongan terhadap lima tuntutan Bersih.
Lebih 2000 orang rakyat Sabah telah menyertai perhimpunan aman Bersih 5 Kota Kinabalu yang telah berlansung pada Ahad lalu.
Perhimpunan aman yang diadakan di Taman Ujana Rimba
Tropika, telah disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat Sabah yang terdiri daripada Orang Asal, NGO, mahasiswa, anak muda dan parti-parti politik.
Perhimpunan kelmarin telah berlansung dengan aman. Meskipun begitu, pihak Polis telah mengerahkan pasukan FRU ke tapak perhimpunan bagi mengawalsebarang provokasi sekiranya berlaku semasa perhimpunan berlangsung.
Malah kumpulan Baju Merah yang sebelum ini didakwa turut akan berada di tapak perhimpunan tidak kelihatan sehingga perhimpunan berakhir sekitar jam 6 petang.
Menurut Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah, perhimpunan Bersih 5 pada kali ini menunjukkan momentum rakyat ke arah perubahan.
"Rakyat Sabah semakin sedar dan buktinya himpunan hari ini menunjukkan momentum rakyat mahukan perubahan perubahan untuk kebaikan negara terutamanya dalam sistem pilihanraya yang dijangka diadakan tidak lama lagi", katanya.
Bersih 5 pada kali ini membawa 5 tuntutan utama iaitu Pilihanraya Adil dan Bersih, Kerajaan Bersih, Kukuhkan Demokrasi Berparlimen, Hak Membantah, dan memperkasakan hak Sabah dan Sarawak.
Sebelum perhimpunan berlangsung, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak membenarkan penganjur mahupun peserta mengadakan perhimpunan tersebut di Taman Ujana Rimba Tropika.
Walau bagaimanapun, akhirnya pihak DBKK terpaksa akur selepas pihak penganjur menjelaskan perhimpunan akan beralih ke tempat lain sekiranya tidak dibenarkan masuk ke taman awam tersebut. Akhirnya pihak DBKL akur dan membenarkan para peserta untuk menggunakan taman awam tersebut.
Selain itu, kumpulan mahasiswa yang diketuai Mukmin Nantang, mahasiswa tahun 3 Universiti Malaysia Sabah turut menyertai perhimpunan kelmarin.
Seramai 30 mahasiswa telah menyertai perhimpunan tersebut dan menunjukkan mahasiswa tidak lagi diperbudakkan.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 5: TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN TAHAN MAHATHIR - KDN

Posted: 20 Nov 2016 08:17 PM PST


RANTAU PANJANG – Polis tidak menolak kemungkinan menahan Tun Dr. Mahathir Mohamed sekiranya bekas Perdana Menteri itu masih berterusan menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, semua pihak menghormati Dr. Mahathir sebagai seorang negarawan namun sekiranya beliau terus melampaui batas, pihaknya akan mengambil tindakan.
Bagaimanapun katanya, Dr. Mahathir sememangnya berharap beliau ditahan kononnya untuk menarik simpati rakyat menyokongnya.
"Kita tahu Dr. Mahathir hendak ditangkap tetapi kita tidak akan masuk dalam perangkap dia (Dr. Mahathir)," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang di sini hari ini.

Saheme: Awang Selamat penganalisis hebat atau pakar auta?

Posted: 20 Nov 2016 08:14 PM PST


Saheme Hashim (bertopi) bersama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada himpunan Bersih 5 Sabtu lalu.Saheme Hashim (bertopi) bersama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada himpunan Bersih 5 Sabtu lalu.
Hanya di Malaysia ada cendekiawan yang mampu membuat analisa tanpa merujuk fakta yang mana salah seorangnya si Awang Selamat, kata Pengerusi Ketua Pemuda Gabungan Ketua Cawangan Malaysia Negeri Kedah (GKCM) Saheme Hashim yang membidas tulisan pojok Awang Selamat.
Beliau berkata, macam biasa seperti perangai pemimpin dan pemikir lain acuan Umno yang boleh membuat analisa dan memberikan rumusan dalam sekelip mata tanpa perlu berfikir berlandaskan fakta.
Dakwanya Awang Selamat menulis tanpa merujuk FAKTA. Maka tidak hairanlah jika hasilnya adalah AUTA belaka.

_____________________________________________________________________________________________
Awang Selamat cuba menggambarkan bahawa Bersih 5 ini adalah cubaan untuk jatuhkan Najib secara berhimpun. Adakah ini taraf cendekiawan Umno yang cenderung kearah FITNAH serta penyebar PROPAGANDA didalam penulisannya?
Itulah yang dapat saya simpulkan bila terbaca tulisan Awang Selamat ini.
Antara rumusan ANALISA TANPA FAKTA AWANG SELAMAT ialah:-
1. Awang Selamat kata "Perhimpunan BERSIH 5 dikatakan "PERHIMPUNAN HARAM".
_Hakim Nantha Balan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pun TELAH mengesahkan pada 18 Dec bahawa perhimpunan BERSIH 5 adalah PERHIMPUNAN AMAN serta mematuhi undang2 serta perlembagaan negara. Sebagai rakyat yang baik pastinya HORMAT KEPUTUSAN MAHKAMAH. Yang tak mau hormat keputusan mahkamah tu orang Kedah kata jenis "haramjadah". Jadi hanya jenis yang haramjadah saja akan menganggap BERSIH 5 ini haram kerana hanya yang haramjadah saja berani menghina dan mengabaikan keputusan Mahkamah. Adakah Awang Selamat penganalisis hebat atau taraf haramjadah saja?_
2. Awang Selamat kata "Bersih 5 gagal memberi impak."
_Kalau betul Bersih 5 tidak memberi impak... kenapa Awang Selamat susah2 nak buat analisa? Bukankah itu kerja bodoh? Jika tak ada impak kenapa Jamal dan baju merah nak bising2 dan buat kacau di hampir setiap program Bersih? Kenapa hampir 7000 anggota keselamatan di minta berkawal? Kenapa peserta BERSIH tak dibenar berarak dari Bangsar ke Dataran Merdeka? Kenapa 58 jalan ditutup?? Kenapa nak pergi fail di mahkamah untuk istiharkan BERSIH 5 ini perhimpunan haram? Kenapa berbelas aktivis BERSIH 5 ditahan??
Kalau Bersih 5 tiada impak.. mengapa penyertaan rakyat Bersih 5 lebih ramai dari Bersih 1, 2, 3 dan 4??
Dari satu sudut, analisa Awang Selamat ini membuktikan penahanan beberapa aktivis Bersih 5 itu juga tidak berasas... betul kan Awang Selamat? Nak tahan apa jika Bersih 5 tidak membawa sebarang impak?
Apapun penahanan aktivis dan pemimpin politik dalam perhimpunan Bersih 5 ini memang tidak masuk akal kerana Mahkamah telah membenarkan perhimpunan dijalankan dan malah menjadi tanggungjawab pihak polis membantu mengawalnya.
3. Awang Selamat kata "Majoriti peserta masih lagi orang Cina yang menyokong DAP"
Hanya orang buta atau rabun saja yang akan bercakap sebegini. Terlalu banyak gambar dan video yang membuktikan penyertaan semua bangsa termasuk Sabah Serawak dan tiada di dominasikan atau dimiliki oleh mana-mana kaum. Hanya analisa bodoh dapat dihasilkan jika tidak bersandarkan fakta dan mengabaikan objektif asal perhimpunan Bersih5.
Perjuangan Bersih bukan berasaskan kaum...maka disini sudah nampak Awang Selamat sudah jauh tersasar.
4. Awang Selamat kata "Kehadiran pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir tidak mampu menarik orang Melayu. Tanpa pembabitan Pas"
Satu lagi hasil analisis bodoh tanpa merujuk fakta yang bila kita percaya maka kita pun akan sama-sama jadi bodoh. Penganalisanya Awang Selamat mungkin bijak.. tapi hasil analisisnya ini nampak terlalu daif dan bodoh sangat.
Perjuangan Bersih bukan atas platform parti politik..tetapi atas platform rakyat Malaysia. Ketuanya bukan Tun Mahathir tetapi Maria Chin Abdullah.
Umum tahu Tun M ke Sudan dan tak dapat datang ke Bersih 5. Kedatanganya pada petang itu hanyalah satu kejutan bagi menaikkan semangat peserta Bersih.
Hakikatnya kehadiran Bersih 5, orang melayulah yang paling ramai datang dan mereka datang kerana 5 prinsip asas perjuangan Bersih 5.
Apapun perjuangan Bersih bukan berlandaskan kaum tapi Bersih mewakili semua rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Polis tidak konsisten lakukan 15 tangkapan?

Posted: 20 Nov 2016 08:12 PM PST


Tangkapan awal yang dibuat polis terhadap 15 pemimpin politik, AJK Bersih dan aktivis pelajar jelas menunjukkan bahawa pihak polis langsung tidak konsisten dengan pendirian mereka berkenaan penganjuran perhimpunan aman Bersih 5 pada Sabtu lalu.
Timbalan Pengerusi Kanun Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, walaupun biro itu menyambut baik cara pengendalian polis terhadap perhimpunan Bersih 5 terutama sekali mengelakkan pertembungan dengan kumpulan Baju Merah namun tindakan pihak keselamatan tersebut juga bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan perhimpunan aman Bersih 5 dan Perlembagaan Persekutuan.
Semalam polis telah membebaskan 10 daripada 15 tahanan.
Mereka ialah anggota jawatankuasa Bersih Mandeep Singh Karpall Singh, anggota DAP Ronnie Liu Tian Khiew, anggota DAP Wong Chee Wai @Jimmy Wong dan anggota jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvam.
Selain itu, turut dibebaskan aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof, Lee Khai Meng dan Safwan Anang@Talib.
Dua aktivis Baju Merah yang dibebaskan pula ialah Hairol Nizam Md Nor dan Razali Zakaria.
Kanun juga menggesa supaya tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap kesemua mereka yang ditahan kerana telah terbukti bahawa Bersih 5 adalah satu perhimpunan yang sememangnya aman serta mengikut lunas undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Tahan Maria bawah Sosma terbukti tidak betul

Posted: 20 Nov 2016 08:10 PM PST

Faiz Fadzil Faiz Fadzil Pemuda Amanah mengutuk sekeras-kerasnya penangkapan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan beberapa orang pemimpin dan aktivist lain pra dan pasca perhimpunan Bersih5 yang diadakan pada Sabtu lalu.
Walaupun beberapa individu yang ditahan telahpun dibebaskan, namun pihak polis masih menahan Maria Chin hingga kini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata, perhimpunan Bersih 5 diadakan dengan aman tanpa sebarang rusuhan atau keganasan membuktikan penggunaan Sosma ke atas Maria tidak betul.
"Tiada sebarang laporan keganasan, kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan berlaku walaupun oleh media lidah Umno seperti TV3 atau Utusan Malaysia.
"Puluhan ribu rakyat berbilang kaum bersatu hati dan pemikiran telah turun ke perhimpunan Bersih5 bagi menuntut pilihanraya dan kerajaan yang bersih dan ia telah berjaya diuruskan dengan baik oleh pihak Bersih 2.0 yang dibantu oleh pasukan keselamatan yang turut disertai oleh ARIF, pasukan perubatan dan juga peguam," ujarnya dalam satu kenyataan.
Faiz turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan dan bencikan korupsi dan kezaliman.
Justeru ujarnya lagi, tiada sebab sah dan munasabah untuk terus menahan Maria Chin di bawah undang-undang SOSMA kerana perhimpunan telah berlaku dengan aman.
"Maria Chin sejak awal lagi sebelum berlaku perhimpunan telah menegaskan bahawa perhimpunan tersebut bukan bertujuan menggulingkan kerajaan tetapi bagi menuntut pilihanraya yang bersih yang merupakan salah satu daripada 5 tuntutan yang sah di sisi undang-undang.
"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengishtiharkan perhimpunan Bersih sebagai sah dan mengikut Perlembagaan.
"Penahanan Maria Chin tidak bertepatan dengan Sosma kerana Sosma adalah bertujuan bagi membendung aktiviti keganasan.
"Sebaliknya Perhimpunan Bersih5 telah diadakan dengan aman dan ia selaras dengan hak berhimpun dan bersuara yang dijamin Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya, penahanan Maria Chin yang melangggari Sosma adalah pencabulan hak dan kebebasan asasi yang dijamin di bawah Perkara 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan," terangnya.
Kata Faiz lagi, amat malang apabila terdapat laporan berlaku unsur-unsur penderaan ke atas Maria Chin dan ini adalah tindakan yang tidak bertamadun seolah-olah negara kita ditadbir secara barbarian.
Read More / Baca Lagi >>

Anis: Saya disoal siasat sampai 3.00 pagi, terima ‘kaunseling’

Posted: 20 Nov 2016 08:08 PM PST

Pelajar UM itu berkata penahanannya dan beberapa aktivis lain merupakan taktik menakut-nakutkan rakyat.
Anis-Syafiqah_bersih_polis_600
PETALING JAYA: Aktivis mahasiswa Anis Syafiqah mendedahkan polis menyoal siasat beliau selama 5 jam sehingga 3.00 pagi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Bukit Bintang, selepas ditangkap bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis lain Sabtu lepas.
"Kenyataan yang saya beri tidak pun digunakan dalam mahkamah. Mereka mengambil satu lagi kenyataan daripada saya semasa di lokap," beliau memberitahu FMT beberapa jam selepas dibebaskan semalam.
Anis, 24, merupakan antara 8 aktivis dan pemimpin pembangkang yang dibebaskan semalam selepas ditahan menjelang perhimpunan Bersih pada Sabtu lepas, termasuk ahli sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh, ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng, ahli jawatankuasa PSM S. Arutchelvan, serta pemimpin pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Safwan Anang.
Beliau berkata pada hari kedua penahanannya, beliau diberikan kaunseling daripada seorang yang menurutnya mewakili kerajaan.
"Kaunseling yang saya terima hanyalah sebahagian daripada taktik cuci otak."
Anis yang terkenal ketika memimpin perhimpunan "Tangkap M01" di Kuala Lumpur pada Ogos, berkata beliau masih pelajar Universiti Malaya dan setakat ini tidak dikenakan tindakan.
Katanya, rakyat perlu menolak taktik pihak berkuasa yang disifatkannya cuba menakut-nakutkan mereka dengan penangkapan menjelang Bersih 5 Sabtu lalu.
"Ia tidak menghalang kami. Kita patut teruskan perjuangan," katanya.

Comments (0)