Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BERSIH5 gagal tarik sokongan Melayu, kata Awang Selamat

Posted: 19 Nov 2016 09:48 PM PST

Perhimpunan BERSIH5 gagal memberi impak dan majoriti pesertanya masih terdiri daripada kaum Cina yang menyokong DAP, dakwa kolumnis akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Menerusi ruangan pojok dalam akhbar berkenaan, Awang Selamat berkata kehadiran pengasas parti BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mampu menarik sokongan kaum Melayu ke himpunan itu.
"Tanpa pembabitan PAS, sekali lagi perhimpunan BERSIH hambar. Makin terserlah bahawa pengaruh PAS di akar umbi jauh lebih besar mengatasi gabungan PKR, PAN dan Parti Pribumi.
"Latar belakang menjelang perhimpunan itu juga tidak memihak kepada penganjuran Bersih. Banyak pihak daripada raja Melayu, para mufti, badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan persatuan peniaga menyatakan bantahan," ujarnya.
Awang Selamat berkata, meskipun majoriti Cina menguasai BERSIH, jumlahnya berkurangan berbanding himpunan BERSIH4, antara lain disebabkan penonjolan Mahathir yang tidak disenangi penyokong tegar DAP.
Faktor lain, katanya adalah isu integriti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghadapi dakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah.
"Anehnya tanpa rasa malu beiau hadir semalam memberikan mesej yang songsang. Secara umum, rata-rata rakyat tidak mahu kerajaan digulingkan di luar proses demokrasi, tunggu sahaja pilihan raya umum," kata Awang selamat.
"Yang lebih utama adalah majoriti rakyat enggan masuk perangkap Bersih yang mendapat dana asing termasuk daripada hartawan dan penyangak matawang, George Soros yang terkenal dengan muslihat campur tangannya," jelasnya.

Yang berjaya, gagal dan gitu-gitu di BERSIH5

Posted: 19 Nov 2016 09:47 PM PST

BERSIH5 pun akhirnya berlalu tanpa banyak insiden yang besar dan boleh menjadi bahan pelengkap sembang orang ramai, dari kedai kopi sehingga ke kumpulan sembang WhatsApp.
Geger yang berlaku menjelang 19 November kekal sebagai geger saja. Bagaikan guruh yang tidak membawa hujan lebat, apa lagi banjir.
Namun adakah BERSIH5 gagal total?
Berikut adalah analisis ringkas mengenai kejayaan himpunan dihadiri kira-kira 41,000 orang semalam.
* Mencetuskan diskusi intelektualisme
Hanya kira-kira sejam selepas BERSIH5 diumum berakhir, polemik pun mula merancak dalam kumpulan WhatsApp.
"Hang rela ka Cina pegang kuasa?" kata seorang bekas pengarang yang kini tidak lagi berada bersama syarikat akhbar arus perdana.
Soalan serius itu disambut jawapan main-main oleh anggota lain dalam kumpulan WhatsApp berkenaan yang kebanyakannya disertai pesara wartawan.
Sebahagian besar daripada mereka adalah bekas wartawan atau penyunting kanan akhbar arus perdana.
"Umno punya modal main takut-takutkan Cina berkuasa. Tu yang Najib pi China 'jual' segala khazanah Melayu kat China komunis tak bising pun.." jawab seorang yang lain. Masih dalam WhatsApp sama.
Ya, BERSIH5 berjaya membuka mata kita bahawa selepas hampir 60 tahun merdeka, polemik tentang siasah, ekonomi dan sosial masih terperangkap dalam kandang yang itu-itu juga.
Kita masih bersoal jawab tentang curiga Melayu kepada Cina, dan wasangka bukan Melayu kepada Melayu.
Sambil-sambil itu kita ulang edar gambar-gambar lama mengenai himpunan BERSIH atau Patriot yang belum tentu tahap ketulenannya.
Pada masa yang diperlukan - misalnya untuk meraih sokongan kaum yang berbeza daripada kita - laungkanlah slogan keramat 1Malaysia.
* Retrospektif
Bangunan menara berkembar yang lebih mesra digelar KLCC yang terkepit di antara Jalan Ampang - Jalan Yap Kwan Seng bukan sesuatu yang asing kepada peserta BERSIH.
Sejak siri pertama himpunan itu KLCC sudah menjadi seakan sebati, sama ada sebagai pusat permulaan perarakan atau tempat pertemuan.
Selama juga begitu. Cuma uniknya salah seorang daripada mereka ialah tokoh yang pernah memiliki ruang pejabat di salah satu tingkat di menara berkembar berkenaan.
Tun Dr Mahathir adalah boleh dianggap sebagai 'otak' di sebalik terjelmanya menara yang pernah diiktiraf sebagai tertinggi di dunia.
Bukan sedikit bantahan dan kritikan dihujahkan ketika ia mula dibina. Tetapi kerajaan Dr Mahathir tegas dengan keputusan membina menara itu.
Semalam Dr Mahathir berada di luar menara kembar berkenaan. Jika ditakdirkan bangunan itu mampu berkata-kata atau memberi reaksi seperti manusia, apakah yang akan dilafazkannya?
Dalam suasana serba hangat dan bersesak-sesak itu juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat mengimbau kenangan empuknya kerusi di pejabat mereka suatu ketika dulu.
* Pembabitan budayawan
Selain Datuk A Samad Said, entah siapalah yang hadir menguatkan tuntutan reformasi pilihan raya bersama BERSIH semalam.
Tidak pernah penting, sebenarnya, sebab budayawan dan sasterawan kerjanya adalah berfikir tentang apa saja kecuali siasah. Kalau ada pun, biarlah ia hanya menjadi cakap-cakap kedai kopi atau status di media sosial.
Lagi pun untuk apa mencampuri politik dalam negara kerana keluh kesah rakyat biarkan saja ditangani ahli politik. Tambahan pula BERSIH adalah tentang politik.
BERSIH5 mungkin hanya 'agenda Cina' orang atau 'campur tangan George Soros'
Di negara ini sesiapa saja yang bukan menyokong kerajaan wajib dilabel sebagai pembangkang. Sasterawan dan penulis mana boleh membangkang.
Justeru BERSIH5 berjaya mengukuhkan kedudukan golongan itu sebagai kumpulan pemikir yang berjaya berfikir tentang apa-apa saja kecuali siasah yang boleh menyebabkan mereka nampak tidak bersama-sama penguasa.
* Baju Merah
Mereka mengotakan janji seperti dilafazkan Datuk Seri Jamal Md Yunos. Di mana ada baju kuning, di situ ada Baju Merah. Kadang-kadang mereka berkongsi tangga yang sama, atau koc LRT yang sama.
Di mana ada baju kuning, biasanya di situ ada baju merah.
Dianggarkan ada lebih 100,000 orang berbaju merah di sekitar Kuala Lumpur semalam, walaupun yang berarak dan berteriak-teriak itu mungkin hanya sekitar 1,000 hingga 4,000 orang.
Jamal menjanjikan 30,000 orang baju merah tetapi di sekitar Kuala Lumpur jumlah itu ternyata amat ramai. Cuma tidaklah semuanya menutup muka kerana sebahagian daripada orang berbaju merah itu berbaju merah kerana ia adalah pakaian seragam mereka di tempat kerja.
Seperti biasa tidak semua yang diingini, tercapai dalam BERSIH5. Ada beberapa kegagalan yang ketara semalam. Berikut adalah antaranya:
* Pertunjukan seni bela diri
Sepatutnya ia sudah tersusun dengan baik. Ia bermula dengan aksi yang 'bunga-bunga' yang sangat menjanjikan seperti aksi berhampiran pejabat Malaysiakini pada 6 November lalu.
Bukan mudah untuk menyaksikan bagaimana hebatnya seseorang memecahkan ketulan konkrit dengan kepala dan mematahkan batang kayu dengan badan.
Memanglah aksi itu kadang-kadang boleh ditafsir sebagai aktiviti memukul diri sendiri. Kadang-kadang ia kelihatan menghukum kawan-kawan, namun itulah uniknya seni bela diri.
Seni bela diri di tangan Baju Merah sangat unik dan menggerunkan.
Sepatutnya semasa BERSIH5 mereka mempamerkan aksi lebih hebat dan istimewa, seperti upacara mandi minyak panas atau bagi yang memiliki ilmu lebih tinggi, mereka mungkin boleh terbang dari satu stesen LRT ke stesen yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5 aman, kenapa arah tutup jalan, kedai makan dan masjid?

Posted: 19 Nov 2016 09:45 PM PST


Sebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 NovemberSebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November
Perhimpunan Bersih 5 terbukti mampu berlangsung secara aman jika tidak ada provokasi melampau daripada pihak tidak bertanggungjawab, kata ahli jawatankuasa Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Dr Zulkarnain Lokman.
Namun katanya, lalu lintas terganggu di sekitar Kuala Lumpur dan jalan-jalan menuju pusat bandar kerana banyak jalan utama yang ditutup.
"Sepanjang tinjauan, saya dapati perhimpunan ini berlangsung dengan aman tanpa gangguan. Yang terganggu adalah trafik kerana banyak jalan ditutup. Saya tidak nampak keperluan untuk menutup sebegitu banyak jalan," katanya yang bertugas sebagai peguam pemerhati sepanjang perhimpunan semalam.
Beliau juga kesal dengan pengurusan Masjid Jamek yang menutup tempat ibadat itu menyebabkan orang Islam tidak boleh menunaikan solat Zohor di situ.
Sebaliknya Masjid India dibuka dan ramai peserta Bersih 5 menunaikan solat dan berehat termasuk memberishkan diri.
"Saya juga kesal kerana Masjid Jamek Melayu ditutup kepada orang Islam untuk menunaikan solat zohor. Sedangkan Masjid India dibuka seluas-luasnya dan para jamaah bebas untuk bersuci, beristirehat dan solat.
"Ini adalah kerugian kepada Masjid Jamek Melayu kerana saya lihat ramai juga jemaah memberikan sumbangan kepada tabung derma masjid. Saya pasti tabung Masjid India bertambah berlipat kali ganda daripada hari biasa," ujarnya.
Selain itu katanya, tiada keperluan bagi peniaga khususnya peniaga kedai makan menutup perniagaan mereka semalam kerana ia ternyata merugikan.
Read More / Baca Lagi >>

#BERSIH5 - Nurul Izzah Anwar.

Posted: 19 Nov 2016 09:40 PM PST

Muhyiddin: Bersatu Lebih Suci Dari Umno

Posted: 19 Nov 2016 09:40 PM PST

Husam: Pas Akan Hilang Kelantan

Posted: 19 Nov 2016 09:39 PM PST

Tun M: Bersatu Terus Berjuang Walaupun Kalah

Posted: 19 Nov 2016 09:39 PM PST

Apa tujuan Baju Merah berhimpun..??

Posted: 19 Nov 2016 09:38 PM PST

Malaysia: Thousands protest against scandal-hit PM Razak - Al Jazeera

Posted: 19 Nov 2016 09:35 PM PST

PEMBOHONGAN TV3/4 sudah dijangka..HAMBAR...!!!

Posted: 19 Nov 2016 05:50 PM PST

Semoga berita Buletin Utama TV3suku mengembirakan hati penyokong Baju Merah..

Bersih 5: PKPIM kecam penahanan tiga aktivis mahasiswa

Posted: 19 Nov 2016 05:48 PM PST


PKPIMPKPIMPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam penahanan tiga  aktivis mahasiswa dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung semalam.
Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.
Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan), Anis Syafiqah Md Yusof dan aktivis Kesatuan, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali ditahan sehari sebelum Berish 5 manakala Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUM), Muhamad Luqman Nul Haqim ditahan awal pagi tadi.
Presidennya, Muhammad Khair Sujud berkata, penahanan ini tidak demokratik dan dilihat menzahirkan lagi sikap zalim kerajaan dalam usaha menutup ruang bagi mahasiswa menyuarakan kritikan melalui konteks demokrasi berperlembagaan.
"PKPIM juga melihat siri penangkapan sebegini adalah antara siri pendoktrinan 'culture of fear' dalam kalangan mahasiswa agar tidak lagi berpartisipasi dalam mengkritik sebarang dasar dan tindakan kerajaan yang terbukti makin korup dan rosak," katanya dalam satu kenyataan.
PKPIM juga tegasnya, mengecam serta menolak tindakan keras yang dilakukan pihak polis sepanjang proses penangkapan seperti tidak membenarkan peguam berhubung dengan mangsa dan melakukan tangkapan tidak mengikut standard prosedur yang telah ditetapkan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Peguam mengadu sukar jumpa aktivis ditahan

Posted: 19 Nov 2016 05:46 PM PST

Beberapa peguam mengadu mereka perlu menunggu hampir 6 jam sebelum polis membenarkan seorang daripada mereka menemui 4 tahanan.
Dinesh-Mutha_bersih_;aw_600
PETALING JAYA: Polis menyukarkan peguam menemui anak guam mereka yang ditahan berhubung perhimpunan Bersih, menurut wakil beberapa peguam bagi 4 tahanan.
Dinesh Muthal yang bercakap bagi pihak dirinya dan 3 peguam lain dari Kuala Lumpur Urgent Arrest Team memberitahu FMT, mereka menunggu hampir 6 jam di pintu masuk Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, semalam, sebelum polis membenarkan hanya seorang daripada mereka menemui anak guam.
Dinesh dan rakan sekerjanya – Lim Chi Chau, Jacky Loi dan Arina Ong – mewakili Adun Perak Howard Lee, aktivis politik Hishamuddin Rais, pereka grafik yang juga aktivis Fahmi Reza dan seorang peserta Bersih bernama Siew Teck Soon yang didakwa menggunakan dron ketika perhimpunan itu.
Dinesh berkata, polis akhirnya membenarkan Loi menemui anak guamnya selama 10 hingga 15 minit sebelum memindahkan mereka ke Balai Polis Daerah Dang Wangi sementara menunggu permohonan reman yang akan dibuat hari ini.
Dalam pada itu, Kesatuan Pemuda Sosialis Antarabangsa (IUSY) turut mengutuk penahanan Lee yang juga presidennya dan ahli pembangkang lain.
"IUSY dan YES (Young European Socialist Members Organisation) mengutuk penahanan secara tiba-tiba dan tidak adil Presiden IUSY, Howard Lee dan ahli pembangkang lain di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Ronnie Liu pengsan dalam lokap akibat tekanan darah tinggi

Posted: 19 Nov 2016 05:45 PM PST

Lim Lip Eng mendakwa ahli keluarga dan peguam cuba menghantar ubat kepada Liu di dalam lokap, tetapi ditolak polis.
Ronnie-Liu_hkl_6001
PETALING JAYA: Bekas Exco Selangor yang ditahan polis, Ronnie Liu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan di dalam lokap akibat tekanan darah tinggi.
Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng ketika mengesahkan perkara itu kepada Oriental Daily berkata, ahli jawatankuasa DAP Selangor terbabit yang sememangnya menghidap tekanan darah tinggi, diserang penyakit itu di dalam lokap kerana tidak membawa ubat yang sering dimakannya.
Lim mendakwa: "Selepas ditahan, ahli keluarga dan peguam cuba menghantar ubat kepadanya, tetapi ditolak polis. Oleh itu, masalah tekanan darah tinggi menyerang dalam tempoh 24 jam dan perlu dihantar ke hospital."
Beliau berkata, pemimpin DAP tidak dapat melawat bekas adun Pandamaran itu di HKL semalam kerana wadnya dikawal ketat polis dan mereka akan cuba mencari jalan untuk melawatnya pagi ini.
Liu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kelmarin, kerana disyaki cuba mencetuskan huru-hara menjelang perhimpunan Bersih 5.

Bersih 5: Banyak isu lain jejas imej negara, kata penganalisis

Posted: 19 Nov 2016 05:42 PM PST

Wan Saiful Wan Jan berkata Bersih 5 sebahagian daripada gambaran yang lebih besar yang menyumbang kepada sentimen negatif pelabur
wan-saiful-wan-jan
PETALING JAYA: Tunjuk perasaan Bersih tidak boleh dipersalahkan untuk imej negara yang tercemar dan rasa tidak yakin para pelabur, kata penganalisis dasar Wan Saiful Wan Jan.
Jelasnya isu lain, seperti 1Malaysia Developed Berhad (1MDB), menyumbang kepada imej negatif kerana hal ehwal 1MDB mengundang persoalan sama ada pelabur meyakini institusi negara.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi ditanya mengenai kesan tunjuk perasaan Bersih 5 dan Baju Merah kepada ekonomi negara.
Katanya: "Himpunan itu hanya sebahagian daripada gambaran yang lebih besar yang menyumbang kepada sentimen negatif pelabur. Malah saya berpendapat sekiranya kerajaan melihat Bersih dari segi positif, mereka boleh beritahu kepada pelabur bahawa demokrasi di negara ini semakin matang."
Tambahnya, perarakan beri manfaat kepada peniaga tempatan, terutamanya mereka yang menjual makanan dan minuman kepada penunjuk perasaan.
Wan Saiful sukacita tiada kejadian tidak diingini berlaku hari ini yang menyaksikan perhimpunan serentak Bersih dan Baju Merah yang berlawanan.
Sebelum ini, penyokong kedua pihak bertembung dalam konvoi Bersih 5 seluruh negara.
Wan Saiful berasa seronok melihat manusia daripada pelbagai fahaman politik berbeza mampu berhimpun secara aman, kerana itulah demokrasi pada asasnya.
"Polis perlu dipuji kerana mengekalkan keamanan. Tidak ada kejadian ganas walaupun ada provokasi."
Orang ramai bagaimanapun akan menghakimi polis berdasarkan kejadian sebelum ini, dan kejadian selepas perhimpunan.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Dr Mahathir, Muhyiddin memperkudakan Bersih?

Posted: 19 Nov 2016 05:40 PM PST

Jika Dr Mahathir dan Muhyiddin bersetuju dengan perjuangan asal Bersih untuk pilihan raya yang bersih, mengapa mereka berdua tidak memperjuangkannya ketika berada dalam BN?
mahathir_muhyiddin_bersih_600
Perhimpunan November 19 sudah tamat. Melihat Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Bersih 5 umpama melihat serigala berpengalaman Hillary Clinton berkempen melawan Donald Trump yang tidak dapat dihuraikan menggunakan kata-kata.
Hillary menyerang Trump dari segala arah, terutamanya kata-kata menghinanya, polisinya, kelakuannya sehingga gaya hidupnya. Di dalam kempen Hillary, Trump digambarkan sejahat-jahatnya, dan masa depan Amerika dipersepsikan akan menjadi neraka jika Trump menjadi presiden Amerika Syarikat.
Manakala Trump pula tidak mempunyai banyak senjata terhadap Hillary. Meskipun sedikit, serangannya terhadap Hillary sangat mudah dan terbukti berkesan.
"Semua polisi yang kamu cadangkan (jika Hillary menjadi presiden), mengapa kamu tak buat sewaktu 30 tahun kamu di politik. Percayalah saya, dulu dia tak buat, apabila dia mendapat kuasa, dia tetap tak akan buat. Dia hanya cakap," begitulah serangan Trump terhadap Hillary ketika debat dan kempennya.
Kata-kata Trump ini sangat berkesan dalam situasi Dr Mahathir mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin mendampingi Bersih.
Apakah Dr Mahathir dan Muhyiddin bersetuju dengan perjuangan asal Bersih untuk pilihan raya yang bersih? Jika begitu, mengapa Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak memperjuangkannya ketika dalam BN? Apakah Dr Mahathir dan Muhyiddin sedang memperkudakan Bersih?
Bagaimanakah Bersih boleh menerima kehadiran mereka yang berperanan menyebabkan pilihan raya di Malaysia ini tidak bersih? Apakah Bersih sudah lupa matlamat mereka?
Begitulah bunyi soalan-soalan ala Trump yang bakal diajukan terhadap Bersih dan Dr Mahathir yang susah dijawab.
Jika mereka memilih untuk menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai jawapan, mereka terpaksa pula berdepan soalan-soalan ala Trump yang selanjutnya seperti:
"Siapa yang nak sangat memilih Najib menjadi PM? Apakah jaminan pilihan Dr Mahathir selepas ini lebih baik? Rekod beliau dalam memilih diketahui umum. Pak Lah tak boleh. Najib tak boleh. Yang seterusnya pun akan sama. Dan ketika itu, mereka pula akan memuji Najib ke langit jika Najib sudi bersamanya untuk menjatuhkan pilihan terbarunya."
Read More / Baca Lagi >>

Surat anak Maria Chin kepada rakyat Malaysia

Posted: 19 Nov 2016 05:38 PM PST

Peserta  Bersih 5Peserta Bersih 5
Malam sebelum himpunan BERSIH, tentu sekali semua orang sedang bersedia untuk turun ke himpunan tersebut; himpunan yang menjadi satu lagi langkah ke arah pilihan raya yang bersih dan adil buat Malaysia. Jam sekitar 6.00 petang, kami di rumah sedang menyediakan makan malam ketika menerima panggilan daripada seorang rakan kepada keluarga yang bertanyakan keadaan, dan adakah kami sudah mendengar berita. Kebingungan, kami tanyakan apa yang sedang berlaku? Beliau terangkan bahawa ibu kami baru sahaja ditahan dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan selanjutnya.
Sejam kemudian, kami tiba ke balai tersebut dan terus menunggu peguam membawa kami masuk berjumpa dengan ibu kami. Ketika kami akhirnya berjumpa dengannya, beliau terangkan yang beliau dituduh mengancam kestabilan kerajaan. Kedua-dua ibu dan Mandeep yang ada bersama meyakinkan kami yang semuanya akan berlangsung dengan baik, tenang, dan tertib. Kami hanya harap tuduhan ke atas ibu kami dapat digugurkan dan dia dilepaskan segera.
Setelah semua yang berlaku ini, adalah mengecewakan apabila orang-orang yang hanya memperjuangkan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil dituduh sebagai ancaman kepada negara. Adakah ini negara yang kita sebagai rakyat Malaysia inginkan? Negara yang mana rasuahnya bermaharajalela, pilihan rayanya kotor, dan orang yang tidak bersalah disumbat sebalik jeriji besi?
Ketika kami kecil, kami tidak faham apa yang ibu dan ayah kami perjuangkan, kenapa ayah benar-benar menentang I.S.A. Ayah kini telah tiada. Hari ini, kami sudah cukup dewasa untuk memahami betapa penting dan besarnya pengorbanan orang-orang seperti mereka. Orang seperti ibu dan ayah kami, yang berani bersuara melawan penyelewengan dan rasuah tidak melakukannya untuk diri mereka sendiri, sebaliknya untuk generasi yang akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Ambiga puji usaha polis kekalkan keamanan

Posted: 19 Nov 2016 05:36 PM PST

Tetapi mereka tidak sepatutnya menutup laluan ke Dataran Merdeka, kata bekas pengerusi Bersih itu
ambiga-rally-2
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara memuji 7,000 anggota yang bertugas memelihara keamanan di himpunan Bersih 5 dan Baju Merah, tetapi aktivis berpendapat beberapa perkara perlu penambahbaikan.
Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sukacita melihat penunjuk perasaan tidak diganggu, tetapi polis tidak perlu menutup laluan ke Dataran Merdeka.
"Saya tiada masalah dengan polis. Cara mereka memudahkan urusan kita dan tidak menganggu peserta harus dipuji," katanya. "Cuma saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka menutup jalan. Himpunan itu boleh diakhiri dengan baik disitu juga, jadi bagi saya, tak wajar semua laluan ditutup."
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata cara polis mengendalikan tunjuk perasaan hari ini sentiasa dijangka berlaku dalam demokrasi yang matang, malangnya ia jarang berlaku di negara ini.
"Kita hidup dalam demokrasi terbalik, iaitu kita ramal polis akan banteras, tahan dan mengasari rakyat. Oleh itu, bila ramalan itu meleset, kita mahu memuji mereka. Ini sudah salah," katanya.
"Sekiranya kita mahu mencapai taraf demokrasi dunia pertama sepeti United Kingdom atau Australia, bantahan aman suatu kebiasaan dan memang polis dijangka akan memudahkan acara dan menghalang mereka yang cuba mencetuskan masalah."
Beliau mengkritik penahanan beberapa aktivis dan ahli politik pembangkang dan siasatan ke atas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
"Mereka kutip orang secara rawak, mereka yang tiada kaitan antara satu sama lain dan menuduh mereka cuba mencetuskan rusuhan. Maksud saya, tiada bukti langsung. Cuma kutip secara raman dan paling teruk apabila Maria Chin disiasat di bawah Sosma."
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Bersih 5 paling berjaya, kata peserta

Posted: 19 Nov 2016 05:35 PM PST


Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.

Perhimpunan Bersih 5 adalah yang paling berjaya diadakan dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum keluar beramai-ramai untuk menyertai perhimpunan ini.
Demikian kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa ketika memberikan ucapan di perhimpunan kali ini.
Menurut beliau, walaupun rakyat ditakutkan serta diugut oleh kumpulan baju merah, tetapi sambutan tetap amat menggalakan.
Pandangan Husam turut dikongsi oleh ramai peserta perhimpunan Bersih hari ini.
Bagi mereka, himpunan kali ini jauh lebih baik dari Bersih 4 sekurang-kurangnya kerana lebih ramai muka Melayu kelihatan dalam himpunan kali ini.
Perhimpunan Bersih 5 ini turut dihadiri oleh pemimpin utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Turut serta adalah beberapa pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Antara pemimpin Amanah yang hadir adalah penasihatnya, Ustaz Ahmad Awang dan presidennya Tuan Haji Mohamad Sabu dan lain-lain.
Perhimpunan Bersih tahun ini menyaksi kelainan yang amat ketara apabila orang Melayu turun dengan ramai dalam perhimpunan ini berbanding dengan perhimpunan Bersih 4.
Pelbagai pihak memberikan angka masing-masing tentang jumlah penyertaan kali ini dari serendah 20,000 sehingga ke angka seratus ribu peserta.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri kepada Bersih: Najib masih tak letak jawatan

Posted: 19 Nov 2016 05:33 PM PST

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berharap Bersih 2.0 maklumkan tarikh himpunan selepas ini untuk dipromosikan dalam Visit Malaysia 2017.
nazri-bersih-1
KUALA LUMPUR: Menteri Datuk Seri Nazi Aziz hari ini mencemuh tunjuk perasaan Bersih 5, dengan berkata gerakan itu gagal dalam misi menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya sudah periksa. Saya hubungi Pejabat Perdana Menteri tadi, dan mereka kata Najib masih tidak letak jawatan," katanya kepada FMT.
"Mereka menganjurkan tunjuk perasaan ini bagi mendesak Najib letak jawatan, tapi perdana menteri tidak serah surat peletakan jawatan."
Jelas, katanya, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pihak lain yang terbabit dalam penganjuran tunjuk perasaan itu "bodoh politik".
Nazri berkata mereka tidak perlu membuang masa menunjuk perasaan di jalanan sekiranya bersungguh mahu Najib letak jawatan.
Sebaliknya mereka boleh tunggu pilihan raya akan datang dan menzahirkan ketidakpuasan hati dengan mengundi lawan Barisan Nasional.
Ketika diminta mengulas tunjuk perasaan itu secara umum, menteri pelancongan dan kebudayaan itu sukacita dengan kelancaran perjalanan tunjuk himpunan itu tadi.
Jelasnya ia membuktikan Malaysia negara demokrasi sebenar.
"Setiap hari orang menunjuk perasaan terhadap bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Di Korea Selatan ribuan berhimpun membantah perdana menteri mereka.
"Itulah demokrasi. Malaysia sama taraf dengan Korea Selatan, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
"Penunjuk perasaan mengangkat martabat Malaysia ke paras negara yang mempunyai tahap demokrasi yang sihat. Saya mahu jabat tangan mereka."
Nazri turut menggesa gabungan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 supaya menganjurkan himpunan serupa tahun hadapan, dengan syarat pihaknya diberitahu dengan lebih awal supaya ia boleh dimasukkan dalam promosi pelancongan.
Read More / Baca Lagi >>

10 gambar terbaik Bersih 5

Posted: 19 Nov 2016 05:32 PM PST

10 gambar terbaik yang dipilih sempena perhimpunan Bersih 5 pada 19 November 2016.
1. BERSIH-BERSIH... Presiden Amanah, Mohamad Sabu memberikan ucapan di hadapan puluhan ribu penyokong Bersih 5.1. BERSIH-BERSIH... Presiden Amanah, Mohamad Sabu memberikan ucapan di hadapan puluhan ribu penyokong Bersih 5.
2. BERSIH... seorang gadis Cina yang menyertai perhimpunan Bersih 5 melaungkan Bersih dengan penuh semangat.2. BERSIH... seorang gadis Cina yang menyertai perhimpunan Bersih 5 melaungkan Bersih dengan penuh semangat.

3. KLEPTOKRASI... Seorang peserta Bersih 5 menaikkan sepanduknya di perhimpunan Bersih 5.3. KLEPTOKRASI... Seorang peserta Bersih 5 menaikkan sepanduknya di perhimpunan Bersih 5.
4. SELFIE...Tun Dr Mahathir mengambil gambarnya sendiri di perhimpunan Bersih 5.4. SELFIE...Tun Dr Mahathir mengambil gambarnya sendiri di perhimpunan Bersih 5.
5. IKONIK...Peserta perhimpunan dengan bangganya berdiri di depan Menara KLCC semasa perhimpunan Bersih 5.5. IKONIK...Peserta perhimpunan dengan bangganya berdiri di depan Menara KLCC semasa perhimpunan Bersih 5.
6. SALAM... Orang ramai berebut-rebut bersalam dengan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub selepas selesai perhimpunan Bersih 5.6. SALAM... Orang ramai berebut-rebut bersalam dengan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub selepas selesai perhimpunan Bersih 5.
7. LAUT KUNING...Puluhan ribu peserta Bersih 5 yang berhimpun di perkarangan KLCC membentuk lautan kuning.7. LAUT KUNING...Puluhan ribu peserta Bersih 5 yang berhimpun di perkarangan KLCC membentuk lautan kuning.
8. SETUJU... Peserta Bersih  mengangkat tangan tanda setuju di atas cadangan pemimpin mereka dalam himpunan Bersih 5.8. SETUJU... Peserta Bersih mengangkat tangan tanda setuju di atas cadangan pemimpin mereka dalam himpunan Bersih 5.
9. KLEPTOKRASI...Antara poster yang dinaikkan di himpunan Bersih 5.9. KLEPTOKRASI...Antara poster yang dinaikkan di himpunan Bersih 5.
10. SOLAT ZOHOR... Para peserta Bersih 5 yang beragama Islam menunaikan solat Zohor berjamaah semasa menyertai himpunan Bersih kali ini.10. SOLAT ZOHOR... Para peserta Bersih 5 yang beragama Islam menunaikan solat Zohor berjamaah semasa menyertai himpunan Bersih kali ini.

Salleh Keruak: Dr M penyebab Bersih 5 hanya 10% daripada Bersih 4

Posted: 19 Nov 2016 05:30 PM PST

Salleh Said Keruak berkata ramai penyokong Bersih sebelum ini tidak bersama himpunan kali ini kerana tidak bersetuju dengan Dr Mahathir dan kroni
sallehs-aid-keruak-mahathir-bersih-1
KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Berasaskan jumlah peserta Bersih 5 yang keluar hari ini, Salleh berkata ini menunjukkan kegagalan serius buat Dr Mahathir dan parti baharunya, rakan baharu dalam gabungan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Beliau berkata penubuhan parti baharu Dr Mahathir bertujuan menghimpunkan penyokong baharu orang Melayu untuk Pakatan dan Bersih 5.
"Namun, mereka yang berarak hari ini hanya 3% dari perhimpunan Bersih tahun lepas – iaitu, 15,500 hari ini berbanding 500,000 tahun lepas yang didakwa Bersih.
"Jikapun anda ambil kira angka yang diberikan Malaysiakini, jumlah hari ini tidak lebih daripada 41,000 – kurang daripada 10% daripada angka yang didakwa Bersih tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Salleh berkata, kesan daripada Dr Mahathir dan kroninya menyertai Bersih menyaksikan jumlah peserta yang keluar menurun hampir 97%.
"Orang Melayu mengesan agenda peribadinya dan enggan turut serta. Dan beribu-ribu rakyat Cina Malaysia yang menyertai Bersih tahun lepas begitu mual melihat Mahathir terlibat, mereka duduk saja di rumah," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rezeki peniaga melimpah ruah kerana himpunan Bersih 5

Posted: 19 Nov 2016 05:27 PM PST

Peniaga air minuman antara yang mendapat keuntungan lumayan semasa himpunan Bersih.Peniaga air minuman antara yang mendapat keuntungan lumayan semasa himpunan Bersih.
Himpunan Bersih 5.0 ternyata memberi rezeki yang melimpah ruah kepada para penjaja kecil-kecilan di sekitar Dataran Merdeka.
Seorang penjaja yang ditemui, Mohd Rozaidi Nordin, 35, berkata, beliau amat berpuas hati dengan margin keuntungan yang diperolehi hari ini.
"Saya berniaga air tin. Biasa untung RM100 saja satu hari, tapi hari ini boleh dapat hampir RM500," ujar Rozaidi.
Beliau juga menambah bahawa dengan kos membeli air tin daripada pemborong semakin meningkat, perniagaan beliau mula mengalami sedikit masalah.
Ekoran itu beliau juga sependapat dengan tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bersih bagi membuat perubahan dalam pilihan raya.
"Dulu air tin harga RM24 untuk satu bundle, tapi sekarang dah naik jadi RM28 untuk satu bundle. Letih sikitlah nak pusing modal," ujarnya lagi.
Selain daripada air tin, Rozaidi juga turut menjual air mineral di dalam botol dan minuman berperisa yang lain.
"Semua bangsa membeli air daripada saya. Tapi orang Cina suka air mineral saja, Melayu dan India lebih kerap membeli minuman berperisa," tambah beliau.
Dengan keadaan himpunan yang harmoni selain memberi keuntungan kepada para penjaja, Rozaidi berharap himpunan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Tian dan Zuraida ditangkap polis selepas perhimpunan Bersih 5

Posted: 19 Nov 2016 05:25 PM PST


Tian ChuaTian ChuaDua ahli parlimen PKR ditangkap polis malam tadi selepas menyertai perhimpunan Bersih 5 semalam.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga naib presiden PKR ditahan di rumahnya di Bandar Utama dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
"Nasib baik saya sempat mandi. Lega dapat bersama aktivis Bersih 5 dan berehat dengan tenang dalam lokap," kata pemimpin PKR itu.
Menurut Tian, beliau ditahan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas tuduhan merusuh.
Tidak lama selepas itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juag Ketua Wanita PKR pula ditahan di rumahnya.
Sebelum kejadian, Tian Chua menulis polis sudah mengepung kediamannya.
"Polis di depan rumah, nampaknya malam ini saya mungkin ditangkap. #LawanTetapLawan," katanya.
Terdahulu aktivis Fahmi Reza ditahan polis sejurus selepas perhimpunan tamat di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Tian dan Zuraida adalah individu ke-14 dan 15 ditahan. Senarai tahanan polis sebelum ini ialah:
1. Maria Chin Abdullah
2. Ronnie Liu Tian Khiew
3. Mandeep Singh Karpall Singh
4. Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali
5. Arutchelvan Subramaniam
6. Wong Chee Wai @ Jimmy Wong
7. Lee Khai Meng
8. Anis Syafiqah Md Yusof
9. Hairol Nizam Md Nor
10. Razali Zakaria
11. Muhamad Safwan Anang @ Talib
12. Fahmi Reza
13. Hishamuddin Rais

Rangkuman #BERSIH5, Hak rakyat untuk berhimpun!

Posted: 19 Nov 2016 05:18 PM PST

#BERSIH5 : Tahniah Najib perompak terkenal, seluruh dunia tahu -Azmin

Posted: 19 Nov 2016 05:18 PM PST

Comments (0)